CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Ahad, 7 Februari 2021

CABARAN SEMASA

 

Cabaran seterusnya ialah Ideologi keagamaan yang menampakkkan gejala konflik dalam abad 20 adalah konflik antara mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah, Syiah dan Yahudi. Masyarakat Asia Tenggara yang beragama Islam juga berdepan dengan pengaruh fahaman Syiah yang sedang menular.

Sebagai pemimpin negara, berikan cadangan anda bagi mengatasi cabaran di atas.

Sebagai pemimpin negara, cabaran tersebut boleh diatasi jika ekonomi negara tidak bergantung kepada satu pihak sahaja. Ekonomi juga tidak boleh bergantung kepada beberapa komoditi utama sahaja. Sebaliknya, pemimpin mesti bijak dalam menentukan rakan niaga dengan mana-mana negara. Sumber ekonomi juga dipelbagaikan agar tidak terlalu terkesan dengan kejatuhan harga komoditi utama yang membawa kemelesetan ekonomi negara dan dunia apabila sesuatu konflik berlaku.

Cadangan kedua, pemimpin-pemimpin negara dan seluruh rakyat mestilah bersatu hati dalam menghadapi ledakan semangat kebangsaan yang berkobar-kobar. Pemimpin yang bijak berjaya memenangi hati rakyat seluruhnya dengan menolak dasar yang dibawa oleh penjajah secara rundingan. Hal ini akhirnya menyebabkan negara-negara Eropah khususnya penjajah memulakan proses dekolonisasi dengan memberikan kemerdekaan kepada tanah-tanah jajahan mereka.

Antara langkah lain yang boleh dibuat bagi menangani cabaran tersebut ialah dengan tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar tersebut. Langkah terbaik ialah dengan mengamalkan dasar berkecuali atau pun berbaik-baik dengan semua pihak. Hal ini boleh mengurangkan tekanan daripada negara-negara yang bertelagah. Contohnya, negara Malaysia mengamalkan dasar berkecuali dan menyertai pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM).

Seterusnya ialah dengan memperkukuhkan pembinaan negara bangsa masing-masing bagi mengelakkan tempias permusuhan kuasa-kuasa besar. Dalam hal ini, pemimpin dan rakyat hendaklah menolak campurtangan kuasa asing dalam politik negara, sebaliknya mempertingkatan kesatuan atas nama satu negara dan satu bangsa yang bebas dan berdaulat.

Di samping itu, sebagai pemimpin negara yang baru dalam hal politik sepatutnya mengekalkan dasar untuk tidak menyokong kuasa besar walaupun dalam apa-apa hal sekalipun.

Sebagai pemimpin negara, hendaklah bersikap adil kepada semua pihak dan tidak menceroboh kedaulatan negara lain sewenang-wenangnya. Hal ini dapat membantu mewujudkan kestabilan dan menjamin kedaulatan negara lain. Selain itu, dengan memberi kefahaman yang betul kepada masyarakat tentang perkara-perkara yang selalu menimbulkan kekekeliruan dalam masyarakat dengan menyeru masyarakat kembali kepada ajaran Islam mengikut al Quran dan Sunnah.

Sebagai pemimpin dunia, berikan cadangan anda bagi mewujudkan dunia yang aman dan tanpa konflik.

Usaha mewujudkan keamanan dunia menjadi agenda perdana Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Walau bagaimanapun, setiap negara tidak boleh bergantung semata-mata kepada badan dunia itu, malah setiap pemimpin negara perlu mengambil inisiatif untuk mengekalkan keamanan dalam negara mahupun antarabangsa.

Cadangan yang pertama ialah perpaduan masyarakat. Perpaduan antara rakyat merupakan kunci keamanan sesebuah negara terutamanya di negara yang berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia. Oleh itu, usaha mewujudkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat hendaklah dilaksanakan secara serius dan berterusan. Contohnya kerajaan menerapkan penghayatan Rukun Negara.

Pada masa yang sama keamanan sejagat juga mampu diwujudkan dengan cara menjalin hubungan kerjasama antara negara serantau. Impak daripada kerjasama antara negara dapat memupuk persefahaman antara negara serantau ibarat aur dan tebing . Sehubungan itu, Malaysia telah menganggotai beberapa pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM), dan Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam (OIC) di samping menjalin hubungan diplomatik dengan setiap negara di dunia.

Secara umum, konflik boleh berlaku bila-bila masa, namun kita perlu menyedari kewujudan pemangkin konflik. Kepelbagaian agama yang wujud didunia dikenal pasti sebagai salah satu faktor yang boleh mencetuskan konflik, antaranya ialah perbezaan pegangan ajaran agama dan sikap penganut agama bertindak di luar batasan.

Oleh itu, saya mencadangkan seminar atau dialog antara agama perlu kerap dianjurkan untuk memberikan pemahaman pelbagai agama yang lebih mendalam kepada masyarakat. Dalam konteks ini, mata pelajaran umum seperti kursus tamadun Islam dan tamadun Asia serta kursus hubungan etnik boleh menjadi kursus wajib kepada pelajar universiti awam dan swasta di Malaysia.

Sebagai pemimpin negara, program yang memperjuangkan isu sejagat perlu dijadikan rancangan dasar kerajaan. Kejayaan Malaysia menganjurkan Perhimpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka pada 24 Mac 2019 jelas menunjukkan Malaysia wajar dijadikan negara contoh di mata dunia dalam memperjuangkan keamanan sejagat. mengatasi konflik yang dihadapi. Pertubuhan ASEAN contohnya merupakan platfom yang digunakan bagi menyelesaikan pertikaian antara negara-negara di Asia Tenggara.

Warga dunia juga perlu dididik agar mencintai keamanan dan perpaduan. Sebarang bentuk keganasan dan perlumbaan senjata perlu ditentang. Semua warga dunia perlu menyokong segala usaha untuk memelihara keamanan sejagat. Konsep ZOPFAN sebagai contoh adalah menjadikan Asia Tenggara satu kawasan yang aman, bebas dan berkecuali dari pertelingkahan politik kuasa-kuasa besar.

Bagi memastikan keselamatan negara, kebanyakkan negara termasuk Malaysia mengambil langkah dengan mewujudkan kerjasama erat dengan negara-negara jiran, berganding bahu menjaga keselamatan perairan, perkapalan dan pencerobohan secara bersama. Hasilnya negara-negara ASEAN dapat menikmati keamanan daripada ancaman lanun di perairan negara masing-masing. Seandainya cara ini jika dipraktikkan oleh semua negara dunia, pastinya keamanan dan kesejahteraan akan terus dapat dinikmati secara bersama.

Keamanan yang wujud juga dapat memberi peluang kepada rakyat dari negara-negara membangun melanjutkan pelajaran ke negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia dan Jepun. Di samping itu, universiti-universiti tempatan boleh mengadakan program pertukaran pelajar ke universiti-universiti terkenal di negara lain. Pertukaran pelajar ini mampu memberi pendedahan ilmu dan perkongsian idea kepada mereka. Perkongsian idea ini membolehkan mereka mengaplikasikan ilmu tersebut di universiti mereka. Kesannya pemikiran mereka lebih terbuka dan berdaya saing.

Bagi menjamin kesejahteraan dan kemakmuran dari segi ekonomi pula, ianya dapat menarik minat pelabur-pelabur asing melabur di negara-negara yang aman dan terjamin keselamatan. Secara tidak lansung kemasukan pelaburan asing banyak membantu pertumbuhan ekonomi negara dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Contoh pelabur-pelabur asing daripada Jepun dan Korea membuka kilang-kilang perindustrian sama ada berskala tinggi atau sederhana seperti DRB-Hicom dan syarikat dari Jepun bagi menghasilkan kenderaan seperti lori, kereta dan motosikal.

seharusnya mementingkan ilmu pengetahuan. Hal ini kerana tanpa ilmu pengetahuan kita mudah dipermainkan oleh pihak yang lebih maju yang cuba mengambil kesempatan. Ilmu adalah asas kejayaan membangunkan bangsa dan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan