CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Ahad, 7 Februari 2021

KESAN KONFLIK TERHADAP MALAYSIA

 

KESAN KONFLIK ANTARABANGSA TERHADAP MALAYSIA

 

Konflik antarabangsa akan mempengaruhi keamanan dunia secara amnya tidak

terkecuali Malaysia. Konflik antarabangsa yang berlaku sama ada melibatkan dua atau lebih negara yang jauh kedudukan geografinya dari Malaysia akan mempengaruhi secara langsung politik dan dasar luar negara, ekonomi serta perdagangan antarabangsa.

Konflik antarabangsa secara tidak langsung memberi kesan terhadap penggubalan

dasar luar Malaysia. Dasar luar Malaysia berubah mengikut keadaan semasa. Malaysia

mengamalkan dasar pro barat pada awal kemerdekaan telah mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik dengan semua negara. Perubahan ini disebabkan peristiwa Perang Vietnam yang melibatkan Amerika Syarikat dan China.

 

Konflik dunia memberi kesan terhadap ekonomi Malaysia. Konflik yang berlaku di Asia

Barat telah mempengaruhi pengeluaran minyak dan kenaikan harga bahan api. Perkara ini

mengganggu kehidupan harian masyarakat Malaysia. Seterusnya kenaikan harga bahan api

membawa kepada kenaikan kos dan harga barangan.

 

Selain itu, konflik yang berlaku akan memberi kesan kepada jumlah kehadiran

pelancong dan menjejaskan pendapatan negara. Selain itu, pengangguran dijangka

meningkat dan taraf hidup rakyat akan merosot.

 

Konflik dunia juga memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Nyawa rakyat Malaysia akan

terancam di negara yang berhadapan konflik. Malaysia terpaksa membawa pulang rakyatnya dari negara yang dilanda konflik contohnya di Syria.

 

Seterusnya konflik yang berlaku telah membawa kepada kebanjiran kemasukan

pelarian dari negara yang bergolak. Perang ini telah menyebabkan bilangan pelarian yang

ramai ke Malaysia. Malaysia terpaksa menyediakan petempatan khas di Pulau Bidong untuk pelarian ini. Kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan dan kos untuk menampung mereka. Nelayan juga menanggung kerugian apabila mereka tidak dibenarkan menangkap ikan berhampiran pulau tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan