CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Ahad, 7 Februari 2021

FAKTOR KONFLIK MASIH BERTERUSAN

 

MENGAPAKAH KONFLIK DUNIA MASIH TERUS BERLAKU PADA HARI INI?

 

Konflik dunia adalah perkara biasa yang berlaku dalam kancah politik antarabangsa dan

masih terus berlaku pada hari ini. Keadaan ini kerana ada kuasa-kuasa tertentu yang sentiasa berlumba-lumba meningkatkan keupayaan negara masing-masing. Misalnya, Amerika Syarikat yang ingin mengekalkan penguasaannya sebagai kuasa besar dunia demi kepentingan nasionalnya.

 

Dasar luar pemimpin sesebuah negara secara tidak langsung menyumbang kepada

tercetusnya konflik. Iran misalnya memusuhi Amerika Syarikat yang sering campur tangan dan mendominasi negara lain demi kepentingan negara mereka. Impaknya ia membawa kepada tuduh menuduh yang berpanjangan.

 

Selain itu, pandangan yang berbeza antara penganut agama menjadi penyebab konflik

dunia terus berlaku. Sebahagian besar penganut agama mentafsirkan ajaran agamanya dengan cara yang salah. Ini menyebabkan perselisihan faham antara agama dan mencetuskan konflik. Contohnya konflik Hindu-Islam antara India dan Pakistan serta antara Islam-Kristian di Kaherah, Mesir. Kesannya banyak orang cedera dan terkorban.

Kemunculan negara sekutu atau negara proksi juga seolah-olah konflik dunia tidak

ada kesudahan. Ia adalah cara sesebuah negara yang lemah bergantung dengan negara kuasa besar untuk mengekalkan kedaulatan ataupun berbaik antara sesama kuasa besar yang mempunyai kepentingan. Konflik antara Iran dan Israel dijangka semakin bergolak melalui sekutu masing-masing. Sebagai negara sekutu dan negara proksi Amerika Syarikat, Israel berasa terancam kerana kegagalannya mengatur strategi dalam konflik Syria. Akibatnya Israel cuba memperkuatkan kembali kedudukannya dengan mengadakan hubungan tidak rasmi dengan beberapa negara Arab yang memusuhi Iran.

 

Konflik dunia juga berlaku kerana keupayaan ketenteraan yang hebat sama ada di laut,

darat dan udara. Amerika Syarikat kini bertegang dengan Korea Utara berkaitan isu senjata

nuklear. Setiap kali Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu nuklear, Amerika Syarikat menyatakan kesediaan untuk berperang.

Jelaslah, dunia yang sepatutnya bertamadun tinggi dan kecanggihan lebih baik, masih

dibelenggu konflik. Ketegangan antara Amerika Syarikat dan Iran misalnya jika dibiarkan, tidak mustahil beralih ke arah krisis peperangan secara terbuka yang akan membawa kemusnahan dan kerugian yang besar.

 

Tiada ulasan:

Catat Komen