CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Ahad, 7 Februari 2021

KONFLIK MENYEBABKAN DUNIA TIDAK AMAN. BUKTIKAN

 Konflik dunia yang berlaku pada hari ini menyebabkan dunia tidak aman. Buktikan penyataan tersebut.

Konflik dunia yang berlaku pada hari ini menyebabkan dunia tidak aman. Sewajarnya dunia yang semakin bertamadun dan canggih dapat menangani konflik yang dihadapi oleh dunia. Ini dapat dapat dilihat terhadap krisis yang melibatkan Amerika Syarikat yang bertegang dengan Korea Utara membabitkan isu senjata nuklear. Setiap kali Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu nuklear, Amerika menyatakan kesediaan untuk berperang. Ini akan mengancam negara-negara berdekatan termasuk negara kita dari segi pelaburan atau ketenteraan. Malahan sekutu masing-masing bersedia memberi bantuan sekiranya peperangan berlaku .Contohnya, China akan memberi bantuan kepada Korea Utara. Jika peperangan berlaku ianya akan merebak ke seluruh dunia seperti Perang Dunia Pertama dan kedua.

Selain itu, Amerika juga berkonflik perdagangan dengan China. Sehingga kini didapati krisis antara dua kuasa besar itu saling mencabar antara sama laini. Malahan perbalahan perdagangan ini menjejaskan ekonomi dunia dan keamanan tergugat.

Begitu juga konflik di Mindanao, yang membabitkan kerajaaan Flipina dengan Bangsa Moro yang menyebabkan ribuan nyawa yang terkorban .Pada masa kini persetujuan damai dimeterai. Dalam hal ini juga dapat dilihat kepada konflik di Selatan Thailand yang melibatkan antara Bangkok dengan pejuang pemisah Pattani yang belum reda. Sejak 2004, ribuan terbunuh kerana menuntut kemerdekaan.

Seterusnya Konflik di Myanmar juga semakin kompleks apabila kerajaan Myanmar masih tidak menyelesaikan isu Rohingya dan beberapa etnik minoriti yang bertempur dengan tentera. Hal sedemikian membawa kepada meningkatnya kadar perlarian yang hidup dalam serba kekurangan. Menurut Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi perlarian (UNHCR) sehingga penghujung tahun 2019, terdapat 79.5 juta orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

Di samping itu juga, konflik dunia di Palestin, Chechnya, Kashmir atau Timur Turkistan didapati kekejaman yang dilakukan kepada umat Islam atau pembersihan etnik. Pembunuhan dan kekejaman ini membawa kepada perasaan marah dan mahu melakukan sesuatu sebagai pembalasan. Malahan ketegangan di antara orang Islam dan bukan Islam sama ada di peringkat negara atau dunia. Ini mengambarkan bahawa konflik global mengugat keamanan dunia. Menurut laporan portal usnews, kajian membabitkan 163 negara dan wilayah berdaulat didapati dunia semakin kurang aman sebanyak 0.27 peratus berbanding 2016. Negara paling aman adalah Iceland dan negara paling bergolak adalah Syria. Keganasan ini membawa kesan buruk kepada ekonomi globel yang membabitkan kerugian sebanyak AS$14.8 trilion pada tahun 2017.Oleh itu menjadi tanggungjawab rakyat di seluruh dunia menjaga keamanan dunia. 

Tiada ulasan:

Catat Komen