CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 20 Mei 2020

PANDUAN MESYUARAT PERTAMA PANITIA


PANDUAN  MESYUARAT PANITIA KALI PERTAMA

1. AGIHAN TUGASAN AHLI PANITIA
·         Penetapan tugasan setiap ahli panitia dari segi kurikulum termasuk setiausaha panitia, penyelaras mata pelajaran setiap tingkatan/tahun dan aktiviti koakademik.

2. AGIHAN BELANJA MENGURUS/KEWANGAN PANITIA
·         Perancangan belanjawan perlu dibuat semasa mesyuarat yang pertama. Panitia perlu membincangkan barangan yang ingin dibeli untuk kegunaan tahun sama di samping pemakluman tempat penyimpanan peralatan/buku yang telah dibeli tahun sebelumnya untuk pengetahuan dan kegunaan semua ahli panitia.
·         Ambil kira juga jumlah keseluruhan yang panitia dapat secara kasar
·         Tentukan jumlah mengikut peratusan yang sesuai bagi setiap bahagian yang dirancang termasuk untuk pembelian bahan pdpc, abm, pendaftaran pertandingan , bengkel menjawab soalan, cetakan soalan  / jika ada  dan aktiviti / pertandingan peringkat sekolah

3. PASCANILAI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN/PT3/UPSR
·         Analisis peperiksaan akhir tahun, PT3 perlu dibincangkan dalam mesyuarat pertama untuk makluman dan tindakan semua ahli.
·         Lihat kelemahan dan kekuatan pelajar dengan memberikan focus setiap kelas bagi satu-satu mata pelajaran
·         Lihat juga peratus kelulusan dan GP mata pelajaran dalam usaha menentukan ETR yang sesuai untuk dibincangkan semasa mesyuarat/ audit dalam penentuan ETR sekolah
·         Fikirkan juga masalah dalam proses pdpc pada tahun lepas bagi mendapatkan gambaran awal persiapan kepada guru baru yang akan mengajar mata pelajaran tersebut

4. PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA
·         Fokus kepada perancangan peningkatan prestasi tahun semasa berdasarkan TOV dan ETR yang dibuat berdasarkan analisis peperiksaan akhir tahun yang telah dibuat. Setiap program perlu ada perancangan untuk dilaksanakan, orang yang menjadi penyelaras, fokus sasaran dan skop latihan/program.
·         Pastikan program rutin tidak dimasukkan dalam perancangan strategic kita seperti kelas tambahan, pembinaan modul, latih tubi, bengkel menjawab dsb
·         Contoh program yang sesuai – kumpulan guru muda, kumpulan intan ( gred A )  , bengkel pelajar cemerlang dll

5. PENGGUBALAN RPT
·         Mengikut keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum, tarikh akhir sukatan pelajaran perlu dihabiskan dan susunan berdasarkan takwim persekolahan yang telah digubal oleh pihak sekolah.
·         Pastikan semua RPT tingkatan dibuat sama setiap guru yang mengajar tingkatan yang sama
·         Rujuk JKD jika ada masalah dengan penulisan RPT/RPH
·         Tarikh semakan dan tarikh penyerahan kepada semua guru yang mengajarkan subjek.
·          
6. BUKU REKOD MENGAJAR
·         Penetapan bahagian yang perlu dilengkapkan dan tarikh untuk penghantaran perlu dibincangkan dalam Panitia.

7. PENULISAN RPH
·         Panitia perlu memberi atau membincangkan format penulisan RPH yang telah diputuskan dalam mesyuarat kurikulum yang pertama pada tahun semasa.

8. PENETAPAN JUMLAH BUKU LATIHAN/ BUKU NOTA
·         Jumlah buku  perlu ditetapkan dalam mesyuarat bagi memastikan setiap kelas bagi tingkatan/tahun yang sama mempunyai jumlah dan menggunakan buku yang sama.

9. AGIHAN LATIHAN
·         Agihan latihan mesti mengikut tahap kebolehan murid. Setiap panitia perlu menetapkan jumlah latihan minimum untuk tempoh tertentu. Sebagai contoh, tiga bulan pertama, murid perlu mempunyai 12 latihan penulisan.

10. SEMAKAN LATIHAN DAN BUKU LATIHAN
·         Semakan untuk penandaan latihan juga perlu dibincangkan untuk menyelaraskan semakan latihan murid. Contohnya, indeks yang perlu disediakan oleh setiap murid pada muka surat pertama dan kedua setiap buku latihan. Simbol penandaan dan sebagainya.
·         Tarikh semakan buku latihan oleh pentadbir yang telah diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa kurikulum yang pertama juga perlu dimaklumkan dalam mesyuarat panitia.

11. PENGGUBALAN SOALAN PEPERIKSAAN
·         Mengikut takwim persekolahan. Perbincangan mesti meliputi tarikh serahan JSU, soalan dan skop soalan serta nama penggubal bagi setiap peperiksaan atau ujian yang telah diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa kurikulum yang pertama.
·         Biasanya Penilaian kurikulum 1 – Mac , Peperiksaan Pertengahan Tahun – JUN, peperiksaan percubaan ( disediakan oleh JKD ) dan peperiksaan akhir tahun

12. PENCERAPAN
·         Bulan pencerapan berserta senarai nama pencerap dibincangkan untuk makluman semua ahli panitia.
·         Biasanya boleh dirujuk dalam buku pengurusan sekolah bagi setiap mata pelajaran

13. ULBS/PBS
·         Gerak kerja (prosedur) untuk ULBS dan PBS mesti dibincangkan untuk makluman semua ahli. Borang yang digunakan perlu dibincangkan untuk makluman semua.
·         Lihat juga pekeliling terkini jika ada sebarang perubahan format semasa mengikut tahun tersebut

14. PLC/PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU DALAM PANITIA
·         Perancangan pelaksanaan PLC/LADAP perlu dibincangkan berdasarkan keperluan setiap ahli panitia.
·         Contoh – pengajaran TB/ bengkel menulis karangan/  mentor mantee guru baru dan lama


Tiada ulasan:

Catat Komen