CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 20 Mei 2020

LATIHAN TB BM SPM



SET 5

Soalan 3: Pengetahuan dan Kefahaman tetang Tatabahasa Bahasa Melayu [30 markah] Jawab semua soalan.

(a) Tulis dua ayat bagi tiap-tiap pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) suka duka 
(ii) baik buruk 
(iii) penat lelah 
(iv) melayari laman web
(v) pembangunan mesra alam
(vi) semangat setia kawan

(b) Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama asa ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama +Frasa kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)

(i) Baju sutera ini untuk ibu.
(ii) Kuda putih itu berlari pantas.
(iii) Sekolah baharu itu sangat cantik landskapnya.
(iv) Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan Malaysia.
(v) Penduduk kampung akan bergotong- royong pada hujung minggu ini.
(vi) Encik Ramli guru mata pelajaran Bahasa Melayu di SMK Seri Murni.

(c) Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.


Sebagi masyarakat yang menyintai keamanan dan kemakmuran, rakyat Malaysia sentiasa perihatin terhadap nasib rakyat Negara yang dilanda bencana. Kita kasihan akan rakyat yang hidup tersiksa dan diancam kebuluran. Kita perlulah menghulur bantuan kewangan dan mengembleng tenaga dalam memperjuangkan keamanan sejagat.
 (d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dab satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

 (i) Hasrat Aiman supaya menyertai ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu terpaksa dimansuhkan kerana masih belum mendapat keizinan daripada kedua-dua ibu bapanya.

(ii) Wang gaji yang diperoleh oleh saya setiap bulan dibelanjakan secara berhemah dan bakinya disimpan di dalam bank.

(iii) Jabatan Meteorologi menganggarkan bahawa cuaca panas di pantai Timur Semenanjung Malaysia mendung, manakala di lain-lain kawasan cuacanya cerah.

(e) Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya
(i) Bagai menatang minyak yang penuh. 
(ii) Buruk siku    
(iii) Belum duduk sudah berlunjur


SET 6

Soalan 3: Pengetahuan dan Kefahaman tetang Tatabahasa Bahasa Melayu [30 markah] Jawab semua soalan.

(a) Tulis dua ayat bagi tiap-tiap pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan  maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.
(i) kemas
(ii) mengemaskan 
(iii) kekemasan
(iv) harga 
(v) menghargai  
(vi) penghargaan   (  6markah)

(b) Berdasarkan ayat-ayat di bawah, bina ayat Tanya dengan menggunakan kata Tanya yang betul. Kata Tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata  yang berhuruf condong dalam ayat-ayat yang diberi.

(i) Mereka bersenam petang tadi
(ii) Encik Samad pengurus besar syarikat itu.
(iii) Murid itu mendapat pujian kerana kecemerlangan dalam pelajaran.
(iv) Pertandingan akhir Piala Malaysia akan diadakan di Stadium Bukit Jalil.
(v) Kren digunakan dalam pembinaan bangunan 21 tingkat itu.
(vi) Negara kita mencapai kemerdekaan melalui rundingan meja bulat.

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

(i) Pertunjukan akrobatik yang mengkagumkan itu mendapat tepukan yang gemuroh daripada para penonton.
(ii) Semua peserta ekspedisi meredah hutan itu digalakkan supaya memakai stoking tebal untuk menjaga keselamatan
(iii) Mangsa kemalangan jalan raya itu telah dikejar ke hospital dengan menggunakan sebuh ambulan.

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dab satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Hasrat Wardiah  supaya menyertai ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu terpaksa dimansuhkan kerana masih belum mendapat keizinan daripada kedua-dua ibu bapanya.
(ii) Biasiswa yang diperoleh oleh saya setiap bulan dibelanjakan secara berhemah dan bakinya disimpan di dalam bank.
(iii) Jabatan Meteorologi menganggarkan bahawa cuaca panas di utara  Semenanjung Malaysia mendung, manakala di lain-lain kawasan cuacanya cerah.

(e) Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya

(i) Bagai bulan dipagar bintang. 
(ii) Bagai kaca terhempas ke batu
(iii) bidan terjun.


Tiada ulasan:

Catat Komen