CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 20 Mei 2020

LATIHAN TB BM SPM


  7. MENUKARKAN CAKAP PINDAH CAKAP AJUK

Praktis 1: Tukarkan cakap pindah di bawah ini dalam bentuk cakap ajuk  dengan mengekalkan                            maksud asalnya serta menggunakan bahasa yang gramatis.

            Joyah ingin tahu tentang orang yang menelefonnya . Sebelum memperkenalkan diri , Abu secara bergurau mengatakan bahawa Joyah sudah tidak mengingati kawan lamanya . Setelah mengetahui Abu yang bercakap , maka Joyah menanyakan sebab Abu menelefonnya pada lewat malam begitu . Abu menyatakan bahawa dia memerlukan pertolongan Joyah. Joyah bertanyakan bentuk pertolongan yang diperlukan oleh Abu . Abu menyatakan bahawa dia memerlukan seorang penjamin untuk menjadi penjamin untuk membeli sebuah kereta . Joyah bertanyakan jenis kereta yang bakal dibeli oleh Abu . Abu menyatakan bahawa dia berkeinginan membeli sebuah kereta Waja . Joyah bersetuju untuk menjadi penjamin tersebut . Abu mengucapkan terima kasih kepada Joyah .

Praktis 2:
           
            Latipah menanyakan Meena sama ada Meena boleh mengajarnya memasak nasi beriani . Meena bersetuju dengan permintaan Latipah . Latipah  kemudiannya meminta Meena menulis resepi nasi beriani pada masa itu juga . Meena mengatakan Latipah  supaya dia tidak risau kerana dia berjanji akan memberikan resepi tersebut sebelum balik sekolah pada hari itu . Latipah kemudiannya memberitahu Meena bahawa dia ingin memasak nasi beriani tersebut pada minggu hadapannya . Dia juga akan menyediakan bahan-bahan yang akan ditulis oleh Meena . Meena menyetujui rancangan Latipah dan dia berjanji bahawa dia akan datang ke rumah Latipah untuk mengajar Latipah  cara-cara memasak nasi tersebut .

Praktis 3:

            Ida menyatakan kepada Lina bahawa cempedak yang mereka makan itu sungguh sedap. Lina menerangkan bahawa cempedak itu dibelinya di pasar malam petang semalamnya. Ida mencadangkan agar cempedak itu digoreng oleh mereka untuk minum petang. LIna menyetujuinya tetapi meminta Ida menggorengnya kerana dia ingin berehat. Ida bersetuju dan meminta Lina menolongnya mengeluarkan semula isi cempedak itu kerana dia ingin menggorengnya sebentar lagi. Lina bersetuju membantu Ida.
Praktis 4:

            Cikgu Zaki mengarahkan murid-muridnya menghantar buku latihan mereka ke bilik guru sebelum waktu persekolahan tamat.Syirah memaklumkan bahawa bukunya tertinggaldi asrama.Dia kemudiannya bertanya sama ada boleh menghantar buku tersebut keesokan harinya. Cikgu Zaki member kebenaran tetapi member syarat sekiranya Syirah lupa lagi beliau akan mendendanya.Syirah mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Zaki dan berjanji akan menghantar buku latihannya keesokan harinya.Haris pula bertanya Cikgu Zaki sama ada dia boleh menghantar lewat kerana buku latihannya dipinjam oleh Ghani dan Ghani pula tidak hadir pada hari itu.Cikgu Zaki menegur muridnya yang suka eminjamkan buku kepada rakan kerana akhirnya mereka juga yang akan susah.Cikgu Zaki kemudiannya menasihati murid-muridnya pada hari itu agar tidak tertanggu

Praktis 5:

            Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu.

Praktis 6:

            Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya itu dalam keadaan tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop mengatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Limah mencadangkan agar suaminya makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja kerana dia takut suaminya akan berasa lapar . Pak Usop memberitahu  isterinya bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu. Mak Limah bertanya cara suaminya hendak mendapatkan pekerjaan sekiranya dia berhenti kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.

Praktis 7:

            Amir menerangkan kepada Hazmi bahawa giginya sakit sejak semalamnya. Hazmi menyuruh Amir bersegera ke klinik gigi. Amir memberitahu bahawa dia takut sekira giginya dicabut. Hazmi menjelaskan kepada Amir agar tidak takut giginya akan dicabut kerana sekiranya kerosakan giginya besar sahaja barulah akan dicabut. Amir bertanya kepada Hazmi jika ada cara lain. Amir memberitahu sekiranya akar gigi Amir masih kuat doktor hanya menampal lubang pada gigi Amir. Amir berseruju untuk ke klinik gigi pada masa itu juga.

Praktis 8: .

            Norhayati bertanya kepada Syikin mengapa dia tidak hadir ke sekolah semalam. Norasyikin meminta maaf kepada Norhayati kerana tidak memberitahunya dan menjelaskan bahawa dia menghadapi masalah di rumah. Norhayati bertanya kepada Norasyikin masalah yang dihadapi dan meminta dia menceritakan perkara yang berlaku kepadanya. Norhayati berjanji akan bersama-sama menanggung kesusahan kerana menggangap mereka sudah lama berkawan. Norasyikin menjelaskan kepada Norhayati bahawa ibunya sakit.

Tiada ulasan:

Catat Komen