CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 20 Mei 2020

LATIHAN TB BM SPM

6. MENUKARKAN CAKAP AJUK, CAKAP PINDAH

Praktis 1:
Tulis semula cakap ajuk di bawah ini dalam bentuk cakap pindah tanpa mengubah
 maksud asalnya.

" Mengapa kamu lambat pulang, Senah?" Soal Pak Jib dengan Bengis.
"Basikal saya kena curi, ayah, " kata Senah dengan sedih.
"Kamu tak kunci basikal kamu agaknya," kata Pak Jib.
"Saya dah kunci, ayah. Lagipun, bukan basikal saya sahaja yang dicuri. Basikal Siti dan basikal     
 Nurhaliza pun Kena curi, ayah, " kata Senah.
"Sudah buat aduan polis?" soal Pak Jib.
" Belum lagi, ayah. Kami baru mengadu kepada guru disiplin sahaja," jawab Senah.
"Sekejap lagi kita buat aduan di balai polis. Ajak Siti dan Nurhaliza sekali", kata Pak Jib.

Cadangan jawapan:

Pak Jib …………………………...………… kelambatan Rosnah pulang dengan ……………….. 
Dengan sedih Senah ……………………………. bahawa basikalnya telah …………………….
Pak Jib ……..…………..kemungkinan Senah ………………………….
Senah ……………………………………………………… basikalnya. Senah juga memberitahu bahawa bukan basikalnya sahaja yang dicuri tetapi ………………………………………………..
Pak Jib seterusnya …………………..………… Senah telah membuat ……………….
Senah menjelaskan bahawa…..……………………… Menurutnya lagi, mereka hanya baru membuat aduan …………………..…………..
Pak Jib mengatakam bahawa sebentar lagi……………………….. Beliau juga meminta Senah mengajak ……………………………………….

Praktis 2:


  1. “Hai, Misya! Sudah lama kita tidak berjumpa. Apa khabar?” kata Omar.
  2. “Tidak, saya tidak pernah terlibat dalam kes kecurian. Semua ini fitnah orang lain yang cemburu saya,” kata pemuda itu kepada seorang pegawai polis.
  3. “Tolong, tolong! Adik saya terjatuh ke longkang. Adik saya tidak tahu berenang. Cepat, cepat tolongnya,” jerit Fatimahtun.
  4. “Baru-baru ini, kes ragut berlaku satu demi satu, saya sungguh kesal. Polis macam tidak bertindak sesuatu,” kata seorang tua di kedai kopi.
  5. “Saya tidak mahu kalian terus malas dan tidak membuat latihan. Jika kalian masih bersikap begini, saya akan menghubungi ibu bapa kalian,” kata guru kelas kepada sekumpulan pelajar.
  6. “Cis! Aku juga pendekar yang bukan alang-alang. Jangan sangka aku akan tunduk kepada keriskau. Kalau berani, biarlah kita berlawan lelaki sama lelak,” kata Hang Jebat kepada Hang Tuah.
  7. “Oh! Tuhan, ampuni dosaku. Berilah saya kekuatan untuk menghadapi segala kesusahan,” kata gadis itu.
  8. “Abu, sekarang mak akan pergi ke hospital untuk menziarahi ayah kamu. Nanti kamu masak gulai sayar yang disediakan di dapur sebagai lauk malam ini dan bekalan awak di sekolah esok,” kata emak.
  9. “Saya jalan dahulu, jika ada sebarang masalah, hubungi saya dengan telefon,” kata jurujual itu kepada Tauke Lim.
  10. “Assalamualaikum, ada orang di rumah? Saya hendak mencari Kassim.   Adakah dia ada di rumah?” kata pemuda itu.

Praktis 3:


“ Poskad daripada siapa tu , Anuar ? tanya Zain sambil memandang Anuar yang tersenyum .
“ Daripada Rosnahlah , budak Tanjung tu ,” jawab Anuar tersengih . Dia meletakkan poskad itu di 
  hadapan kawan-kawannya .
“ Ha , apa ceritanya ?” tanya Siti pula ingin tahu .
“ Tak ada apa-apa yang istimewa , biasa aja ,” balas Anuar .
“ Takkan begitu pula , ” kata Sarah hairan . Muka Anuar yang berhidung kecil itu ditatapnya .
“ Dia mengajak kita ke Pulau Pinang , boleh tengok pesta katanya ,” kata Anuar tegas .
“ Bagus juga tu . Lagipun kita bercuti panjang tak lama lagi . Kita mesti merancang cuti kita
  dari sekarang , ” kata Siti

Praktis 4: Tukarkan cakap ajuk di bawah ini dalam bentuk cakap pindah tanpa mengubah
                maksud asalnya.

Abu                 : Saya mahu kahwin, Pak Aji. Cuma saya tak ada duit. Lagipun, siapa yang nak macam               saya ni. Kerja cuma menggali kubur.
Pak Aji             : Kerja menggali kubur tu, kerja juga. Malah satu pekerjaan yang mulia. Setiap orang                  yang mati wajib dimandikan, dikapankan, wajib disembahyangkan dan wajib…
Abu                 : (Menyambung) Wajib dikebumikan,he..he..he… Jadi kerja saya ni mulia, ya Pak Aji.
Pak Aji : Memang mulia… kalau tak ada penggali kubur, di mana mayat tu nak dikuburkan.
Abu                 : Hmm, betul juga kata Pak Aji tu. Kalau gitu sekarang saya nak pergi gali kubur Ngah
                          Baba tu.

Praktis 5:.

Firdaus            : Eh kamu nak ke mana tu ? Tergesa-gesa nampaknya !
Munir              : Oh , Farid rupanya , saya nak ke hospital , adik saya kemalangan
Farid                : Bila dan di mana ?
Munir              : Pagi tadi sewaktu dia dalam perjalanan ke pasar raya . Dia dilanggar oleh seorang                    pekerja kilang di Jalan Haji Yaacob !
Farid                : Bagaimana keadaannya , teruk ke ?
Munir              : Menurut pihak hospital teruk juga keadaannya . Dia cedera di kaki dan kepala .                                    Maklumlah dia jatuh daripada motor dan masuk ke dalam longkang di tepi jalan .
Farid                : Kalau begitu baiklah saya ikut awak sekarang !
Munir              : Boleh . Marilah naik kereta saya .

Praktis 6:


Asmah             : Bibah , nak ke mana ?
Bibah               : Saya nak ke perpustakaan , nak pulangkan buku ni .
Asmah             : Hari minggu nanti kamu tak ke mana-mana ?
Bibah               : Tidak . ada apa?
Asmah             : Saya nak ajak kamu menonton wayang gambar .
Bibah               : Kamu sudah ada tiketnya ?
Asmah             : Dah , aku beli minggu lepas lagi . Cerita Hindustan .
Bibah               : Bagus juga idea engkau . Aku mesti pergi .
Asmah             : Dah sampai masa nanti , janganlah engkau lupa pula ! 

Tiada ulasan:

Catat Komen