CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 20 Mei 2020

LATIHAN TB BM SPM


2. AYAT BIASA KEPADA AYAT SONGSANG
Praktis 1: Tukar ayat bersusunan biasa kepada ayat songsang tanpa mengubah maksudnya.
i.                     Tarian merupakan satu eleman penting dalam seni selain nyanyian.
ii.                   Pemuda yang berbadan besar itu bertarung hampir sejam pada perlawanan pusingan ketiga.
iii.                 Latar masyarakat merupakan aspek penting dalam sebuah novel.

Praktis 2: Tukar ayat bersusunan biasa kepada ayat songsang tanpa mengubah maksudnya.
i.                     Fesyen dan fabrik memang sudah sinonim dengan wanita.
ii.                   Beliau telah melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu sebelum membuka butik ini.
iii.                 Kami bertekad untuk mengubah nasib keluarga selepas peristiwa itu.

Praktis 3: Tukar ayat bersusunan biasa kepada ayat songsang tanpa mengubah maksudnya.
i.                     Saya sedang menunggu panggilan En. Zamri untuk mengetahui persetujuan beliau bagi menggunakan kaedah itu.
ii.                   Bantuan kewangan tersebut telah diperoleh hasil sumbangan daripada syarikat-syarikat di seluruh negara
iii.                 Kerja-kerja membina saluran dan menaik taraf sistem saliran itu akan dijalankan dalam masa terdekat.

Praktis 4: Tukar ayat bersusunan biasa kepada ayat songsang tanpa mengubah maksudnya.
i.                     Seorang pelajar lelaki hampir putus pergelangan tangan kiri selepas ditetak dengan parang oleh rakan sekolahnya.
ii.                   Kemenangan itu telah menamatkan rekod sembilan kemenangan berturut-turut Kedah.
iii.                 Guru yang memakai baju berwarna merah itu telah ditawarkan untuk menjadi pensyarah di sebuah kolej.

Praktis 5: Tukar ayat bersusunan biasa kepada ayat songsang tanpa mengubah maksudnya.
i.                     Pemimpin yang akan dipilih sebagai wakil rakyat kawasan itu merupakan anak watan kampung tersebut.
ii.                   Semua penduduk kampung  menggembleng tenaga untuk membaiki jambatan yang rosak.
iii.                 Ekspo buku di Dewan Serbaguna Parit Bakar telah mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk tempatan.

Praktis 6: Tukar ayat bersusunan biasa kepada ayat songsang tanpa mengubah maksudnya.
i.                     Segelintir pelajar yang ketagihan permainan video terlalu leka bermain hingga mengabaikan pelajaran mereka.
ii.                   Masalah pengedaran dadah di negara ini masih belum dapat diatasi oleh pihak berkuasa.
iii.                 Perdagangan elektronik yang menggunakan telefon selular dijangka lebih menarik pada tahun depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan