CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 20 Mei 2020

LATIHAN TB BM SPM


4. MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF

Praktis 1: Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

1.      Puan Rohaya telah memarahi Ameng kerana memecahkan pasu bunga.
2.      Ibu bapa harus mengawasi tingkah laku anak-anak supaya mereka tidak tersalah langkah.
3.      Puan Mira menghadiahi Hafiz sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian memandu.
4.      Ayah saya menyambut kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah.
5.      Dia mendayung sampan itu dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut.

Praktis 2 :

1.      Saya membeli rumah mewah di atas bukit itu dengan duit titik peluh saya sendiri.
2.      Ibu Aida membuat kuih bahulu yang sedap itu sempena hari lahirnya.
3.      Mereka menyusun kerusi-kerusi  itu di padang  sebelum acara sukan bermula.
4.      Semua pelajar sudah membaca buku cerita yang terdapat di perpustakaan.
5.      Saya memasang lampu di hadapan rumah sebelum tidur.

Praktis 3
1.      Kamu perlu membereskan kerja yang diberikan oleh guru sebelum pulang nanti.
2.      Hidayah telah mengambil buku itu semalam.
3.      Saya sudah menyelesaikan tugasan itu semalam.
4.      Ayah memarahi Faiz kerana pulang jauh malam.
5.      Kakak mencuci pakaian kotor di bilik air.

Praktis 4

1.      Saya telah mengirimi adik wang saku untuk keperluannya belajar di luar negara.
2.      Ayah menghadiahi emak seutas rantai emas sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
3.      Anda patut menyelesaikan tugas itu sekarang juga.
4.      Beliau menyandang jawatan yang sangat penting dalam organisasi tersebut.
5.      Kakak memasukkan sedikit garam ke dalam gulai yang sangat saya gemari.

Praktis 5
1.      Pengetua mengarahkan guru-guru memantau aktiviti pelajar pada waktu petang.
2.      Saya mengangkat beg besar itu masuk ke bilik hotel dengan segera.
3.      Anda mesti menghadiri kursus itu untuk meningkatkan kemahiran anda.
4.      Mirza menemui buku itu di dalam beg pakaian.
5.      Anda perlu mengelakkan perbuatan mencuri kerana perbuatan itu berdosa.

Praktis 6
1.      Kebanyakan negara hari ini mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi.
2.      Pasukan petugas Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan bagi Pembangunan Struktur Informasi menggariskan beberapa langkah untuk membangunkan komputer peribadi buatan Malaysia sepenuhnya.
3.      Ayah telah berjaya menangkap seekor rusa jantan sewaktu memburu di hutan.
4.      Anuar telah memetik buah rambutan di belakang rumah untuk diberi kepada Raju.
5.      Adik terpaksa menyapu halaman rumah kami setiap hari kerana banyak daun yang gugur.



Tiada ulasan:

Catat Komen