CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 20 Mei 2020

LATIHAN TB BM SPM


3. AYAT SONGSANG KEPADA AYAT BIASA

Praktis 1: Tukarkan ayat bersusunan songsang kepada ayat bersusunan biasa.
i.                     Selain jualan secara langsung barang tiruan boleh tiba kepada pengguna dengan pesanan melalui internet.
ii.                   Membebankan pesakit penswastaan penjagaan kesihatan.
iii.                 Kerana kongkongan yang keterlaluan anak-anak telah memberontak.
iv.                 Suka makan kacang, dia.
v.                   Lelaki yang berkaca mata itu abang saya.
vi.                 Milik Pak Abu lembu yang gemuk itu.

Praktis 2: Tukarkan ayat bersusunan songsang kepada ayat bersusunan biasa.
i.                     Dalam tempoh dua dekad sektor pertanian telah mengalami pengucupan.
ii.                   Disarankan supaya mengamalkan sikap saling menghormati dalam kehidupan setiap golongan masyarakat
iii.                 Sudah empuk dan boleh dimakan ubi yang direbus oleh ibu.

Praktis 3 : Tukarkan ayat bersusunan songsang kepada ayat bersusunan biasa.
i.                     Pada peringkat awal, barangan tiruan hanya membabitkan wang dan dokumen.
ii.                   Bermutu rendah kebanyakan barang tiruan yang dijual.
iii.                 Ditawarkan melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh ketiga-tiga pelajar yang cemerlang itu.

Praktis 4: Tukarkan ayat bersusunan songsang kepada ayat bersusunan biasa.
i.                     Ke Mekah semua keluarga pak Mat pada tahun ini untuk menunaikan ibadah haji.
ii.                   Melukis pemandangan petang yang indah pelukis terkenal itu di tepi laut.
iii.                 Sambil menonton televisyen ibu dan adik melipat pakaian kami sekeluarga.

Praktis 5: Tukarkan ayat bersusunan songsang kepada ayat bersusunan biasa.
i.                     Sedang mengikuti bengkel penulisan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka penulis-penulis muda.
ii.                   Menjadi faktor penentu penganugerahan sijil SPM dalam peperiksaan tersebut kelulusan dalam mata pelajaran  Bahasa Melayu.
iii.                 Mendiami pondok buruk yang beratapkan rumbia dan berdindingkan buluh orang tua itu.

Praktis 6: Tukarkan ayat bersusunan songsang kepada ayat bersusunan biasa.
i.                     Diperam oleh Pak Yusof dengan cara membungkusnya buah-buah mangga yang belum begitu masak.
ii.                   Akan berlangsung pada minggu hadapan majlis pertabalan sultan negeri itu.
iii.                 Menyasarkan keuntungan sebanyak RM 2 juta Syarikat Intan Indah hasil daripada kegiatan eksport.


Tiada ulasan:

Catat Komen