TINGKATAN 3 CEMPAKA PUTIH UNTUKMU
TEMA
Persahabatan yang akrab dan ikhlas antara dua orang remaja
tanpa mengira latar belakang dan
keturunan
- Hartini dan
Satiah bersahabat baik dan persahabatan mereka kekal hingga ke akhir hayat.
- Hartini tetap mengunjungi Satiah meskipun hubungan keluarga mereka renggang.
- Hartini dan
Satiah sering berutus surat walaupun
tinggal berjauhan semasa di asrama.
PERSOALAN
1. Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga
- Contohnya Encik
Hasrul dan Pn Sarah sayang akan anak
mereka dan sentiasa mengambil berat perkembangan anak mereka di sekolah
2. Persoalan menghargai persahabatan/ semangat setiakawan
dalam persahabatan
- Hartini tetap mengingati Satiah yang telah meninggal dunia akibat
penyakitnya dengan menanam sepohon
cempaka putih di pusara Satiah sebagai tanda persahabatan.
3. Persoalan prihatin terhadap kesusahan orang lain
- Encik Hasrul amat prihatin terhadap kesihatan satiah dan
mendesak Pak morit membenarkannya menghantar Satiah ke hospital kerana penyakit
Satiah amat serius dan tidak boleh
diubati dengan cara perubatan tradisional.
4. Persoalan berdikari
- Hartini dan Satiah
hidup berdikari semasa tinggal di asrama
5. Persoalan ketabahan menghadapi dugaan hidup
- Satiah yang
menghidap penyakit barah paru-paru tabah menghadapi penyakitnya dan tetap
meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Tangjung Bestari
WATAK UTAMA
Hartini
1. Tabah
- Hartini menerima
berita kematian sahabat karibnya, Satiah dengan hati yang tabah. Dia berjanji
tidak akan menangis lagi.
2. Penyayang
- Hartini amat menyayangi Satiah sehingga sanggup menjaga
Satiah sewaktu dia sakit.
3. Berani
- Hartini berani
menghadapi Pak Morit yang bengis demi kebaikan sahabatnya Satiah. Dia memujuk
Pak Morit supaya bersetuju Satiah dirawat di hospital
4. Rajin
- Disebabkan
kerajinannya mengulangkaji pelajaran, Hartini berjaya memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam PMR iaitu 7A 1B.
5. Berdikari
- Hartini hidup berdikari semasa tinggal di
asrama Sekolah Menengah Gemilang Wawasan
6. Berdikari
- Hartini hidup berdikari semasa tinggal di
asrama Sekolah Menengah Gemilang Wawasan
WATAK SAMPINGAN
Satiah
1. Penyayang
- Satiah amat
menyayangi Hartini dan kedua ibu bapanya. Buktinya ,dia menangis apabila
mengetahui Hartini ditahan di dalam lokap. Malah Satiah sanggup datang ke lokap
untuk memberi semangat dan dorongan kepada Hartini.
.
2. Bertanggungjawab
- Satiah
berrtanggungjawab menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar sehingga berjaya
mencapai keputusan yang cemerlang dalam PMR.
3.Baik hati
Dia banyak membantu ketika tinggal di rumah Encik Hasrul.
Satiah menyediakan sarapan pagi dan mengangkat baju di ampaian tanpa disuruh
Pak Morit
1. Ego dan keras kepala
Pak Morit melarang Satiah keluar rumah selepas tamat waktu
persekolahan. Kawan-kawan Satiah juga dilarang berkunjung ke rumahnya. Dia juga
tidak sekali-kali membenarkan Satiah menerima rawatan di hospital.
2. Insaf atas kesalahan yang lalu
- Pak Morit berasa kesal akan sikapnya selama ini yang tidak
membenarkan Satiah dirawat di hospital sedangka penyakit Satiah semakin
kritikal lalu akhirnya meninggal dunia.
3. Baik hati
Dia membenarkan
Satiah mendapatkan rawatan di hospital apabila keadaan Satiah semakin tenat.
Latar masyarakat
1. Masyarakat orang
asli
Masyarakat orang
asli di kampung Kuala Batu bergotong-royong mengadakan kenduriuntuk menyambut
kedatangan Pegawai Pertanian iaitu Encik Hasrul.
2. Masyarakat
pelajar
- Hartini dan Satiah
merupakan pelajar di Tingkatan Tiga Teratai, sekolah Menengah Kuala Batu .
- 3. Masyarakat
yang bertanggungjawab
Encik Hasrul sanggup bertukar kerja di sebuah perkampungan
orang asli di kawasan pedalaman setelah dinaikkan pangkat kerana menjalankan
tanggungjawabnya memajukan masyarakat pedalaman.
4. Masyarakat yang melakukan kezaliman
Junainah berdendam
dengan Hartini yang telah menamparnya dengan membuat rancangan menuduh Hartini
memiliki pil ecstacy sehingga Hartini di tahan di dalam lokap.
5. Masyarakat yang
ego
Pak Morit melarang Satiah keluar rumah selepas tamat waktu
persekolahan. Kawan-kawan Satiah juga dilarang berkunjung ke rumahnya. Dia juga
tidak sekali-kali membenarkan Satiah menerima rawatan di hospital.
6. Golongan pelajar yang minat belajar
Hartini Dan Satiah sangat minat dan rajin belajar sehingga
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR dan kemudian
melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama.
NILAI
1. Nilai Bertanggungjawab
- Encik Hasrul
seorang bapa yang bertanggungjawab. Dia telah beberapa hari tidak tidur untuk
menyiasat kes dadah yang melibatkan anak perempuan, Hartini untuk membuktikan
bahawa anaknya tidak bersalah.
2. Nilai Kasih sayang
- Encik Hasrul dan Puan Sarah juga sangat menyayangi anak
angkat mereka, iaitu Satiah malah sanggup menanggung kos perubatan Satiah di
hospital
3.Nilai Ketabahan
- Contohnya Satiah
sentiasa sabar dan tabah terhadap penyakitnya. Walaupun dia menanggung
penderitaan yang tidak terperi, dia tetap bertenang dan tidak mahu kawan dan
emaknya menaruh bimbang terhadapnya.
4. Nilai Baik
Hati
Ketika tinggal
di rumah Hartini, Satiah sentiasa membantu kerja-kerja rumah. Satiah
menyediakan sarapan pagi dan mengangkat baju di ampaian tanpa disuruh.
5. Nilai Keberanian
Hartini sanggup
dimarahi oleh Pak Morit supaya Satiah dapat dihantar ke hospital kerana tidak
sanggup melihat penderitaan Satiah akibat penyakit barah paru-paru.
6. Nilai Setia kawan
Contohnya
persahabatan Hartini dan Satiah yang erat menyebabkan mereka sentiasa mengambil
berat antara satu sama lain. Hartini sanggup menjaga Satiah di hospital ketika
dia sakit.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah bertanggungjawab melaksanakan tugas atau
amanah yang diberikan
Encik Hasrul seorang bapa yang bertanggungjawab. Dia telah
beberapa hari tidak tidur untuk menyiasat kes dadah yang melibatkan anak
perempuan, Hartini untuk membuktikan bahawa anaknya tidak bersalah
2. Kita harus hormat dan taat kepada ibu bapa.
Hartini hormat
kepada ibu bapanya. Ketika menghadapi kegelisahan, dia akan meminta pandangan
daripada ibu bapanya. Satiah juga hormat dan taat kepada ibu bapanya. Dia
menerima perintah bapa tanpa mengingkari kehendak bapanya.
3. Kita perlulah
membantu golongan yang memerlukan
Encik Hasrul dan isterinya sedia memberikan bantuan kepada
orang lain. Mereka sentiasa menghantar Satiah ke hospital dan sanggup
menanggung kos perubatan Satiah.
4. Kita mestilah menyanyangi sesama insan
- Encik Hasrul dan
Puan Sarah sangat menyayangi anak angkat mereka, iaitu Satiah malah sanggup
menanggung kos perubatan Satiah di hospital
5. Kita perlulah bersikap setia kawan
persahabatan
Hartini dan Satiah yang erat menyebabkan mereka sentiasa mengambil berat antara
satu sama lain. Hartini sanggup menjaga Satiah di hospital ketika dia sakit.
6. Kita mestilah tabah menghadapi dugaan hidup
Satiah yang
menghidap penyakit barah paru-paru tabah menghadapi penyakitnya dan tetap
meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Tangjung Bestari.
Terima Kasih Cikgu..
BalasPadamkerana sudi berkongsi ilmu
Saya Azrin Shah,saya berumur 15 Tahun pada tahun 2013.
Saya belajar di Sekolah Tinggi Segamat Johor.
terima kasih cikgu utk informasi lengkap mengenai novel ini. saya merupakan lelajar mrsm mukah, sarawak....sekali lagi, terima kasih cikgu.
BalasPadam