TINGKATAN 2 DI SEBALIK WAJAH
TEMA
Ketabahan
seorang remaja menghadapi kekurangan diri dalam kehidupan hariannya
- Doktor
Fikri yang cacat kulitnya iaitu balar terpaksa menerima ejekan, sindiran dan
cemuhan daripada pelajar-pelajar lain di sekolahnya.
- Doktor Fikri tabah walaupun difitnah mencuri buku dari perpustakaan oleh
Narius dan rakan-rakannya. Akhirnya Narius ditangkap pihak polis
kerana kesalahan mengopak cermin kereta.
PERSOALAN
1. Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga
- Cikgu Saiful dan
Puan Halipah memberikan sepenuh kasih sayang kepada Doktor Fikri. Semua
kemahuan anaknya akan dipenuhi oleh mereka.
2. Persoalan berdikari
- Doktor Farid berusaha sendiri untuk mencapai cita-cita
yang diinginkan walaupun mendapat tentangan awal daripada ayahnya. Dia berjaya
mengusahakan kebun sayur dan membela ayam.
3,Persoalan menghargai persahabatan / semangat setiakawan
dalam persahabatan
- Josy tetap berkawan dengan Doktor Fikri walau apa juga
rintangan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
4.Persoalan prihatin terhadap kesusahan orang lain
- Puan Halipah sentiasa memeriksa buku latihan Doktor Fikri
apabila Doktor Fikri pulang dari sekolah.
5. Persoalan mempercayai perubatan moden
- Doktor Fikr
dilahirkan di sebuah hospital Ratu Elizabeth. Namanya juga diambil sempena
seorang Doktor yang mendoakan keselamatan ibunya sewaktu melahirkannya.
WATAK UTAMA
Doktor
Fikri
1. Tabah
- Doktor Fikri yang cacat
kulitnya iaitu balar tabah menerima ejekan, sindiran dan cemuhan daripada
pelajar-pelajar lain di sekolahnya
2.
Penyayang
- Doktor Fikri menyayangi keluarga dan
rakan-rakan rapatnya seperti Azizi, Suriani , Josy, Dayang
Mahani dan Sanin.
4.
Rajin
- Doktor Fikri rajin membaca buku dan
mengusahakan kebun sayur-sayuran serta ternakan ayamnya.
5.Berdikari
- Doktor Fikri berusaha sendiri untuk
menambah tabungan dengan menjual hasil tanaman dan ayam ternakannya.
6. Taat perintah agama
Doktor Fikri
menunaikan kewajipannya sebagai muslim dengan menunaikan solat semasa berada di
Chalet Taman Negara Kinabalu sebelum menunaikan pengembaraannya ke Gunung
Kinabalu.
7. Berdikari
- Doktor Fikri berusaha sendiri untuk
menambah tabungan dengan menjual hasil tanaman dan ayam ternakannya.
WATAK
SAMPINGAN
Narius
1.
Pendendam
Narius berdendam dengan Doktor Fikri yang disangka melaporkan kegiatan
peras ugut mereka sehingga dirotan oleh pengetua, mereka sanggup menganiaya
Doktor Fikri dengan memasukkan barang curian ke dalam beg sekolah Doktor Fikri.
2. Insaf
atas kesalahan yang lalu
- berubah menjadi seorang pelajar yang baik apabila cikgu Saiful menjaminnya
setelah ditahan di lokap kerana kesalahan mengopak cermin kereta.
3. Nakal
Dia merupakan gengster di sekolah mereka. Dia
sentiasa membuli murid yang lemah dan memeras ugut pelajar yang baru seperti
Doktor Fikri.
Cikgu
Saiful
1.
Penyayang
- Ketika isterinya Halipah mengandung, dia
telah mencari daging rusa di persekitaran Kota Kinabalu demi memenuhi
permintaan isterinya. Dia juga kelihatan cemas dan risau ketika isterinya
berada di wad bersalin.
2.
Bertanggungjawab
- Dia sentiasa mengambil berat pelajaran dan
kehendak anaknya. Contohnya dia membenarkan anaknya mempraktikkan Pendidikan
Kemahiran Hidup dengan berkebun sayur-sayuran, menternak ayam dan menjual
sayur-sayuran,
3.Baik
hati
Sikap baik hati
ini ditunjukkan semasa dia berada di balai polis untuk mengambil basikal
anaknya semula. Setelah dipujuk oleh Doktor Fikri, Cikgu Saiful mengambil
keputusan untuk menjamin Narius keluar dari lokap walaupun budak lelaki itu
sering membuli dan menganiaya anaknya.
Nilai
1. Nilai
Bertanggungjawab
- pengetua SMK Menggatal sanggup merotan
pelajar yang terlibat dalam kes peras ugut di dewan sekolah.
- Cikgu Wahab juga melaksanakan
tugasnya sebagai guru disiplin dengan tegasnya.
2. Nilai
Kasih sayang
- Cikgu Saiful dan Puan Halipah sangat sayang
akan anak kandung mereka dan sentiasa memenuhi kehendak anak kesayangan.
Sebagai contoh, Cikgu Saiful sanggup menemani anaknya mengutip najis lembu
sebagai baja sayur-sayuran ketika diminta oleh anaknya.
3.Nilai
Ketabahan
- sebagai anak balar yang cacat dari segi kulit,
Doktor Fikri sentiasa tabah dan sabar ketika diejek, disindir malah dianiaya
oleh murid lain.
4. Nilai
Baik Hati
- Cikgu Saiful mengambil keputusan untuk
menjamin Narius keluar dari lokap walaupun budak lelaki itu sering membuli dan
menganiaya anaknya.
5. Nilai
Keberanian
Doktor Fikri
berani melawan Narius, Jais dan Jamadi yang meminta wang yang kononnya sebagai
cukai keselamatan terhadap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal
6. Nilai setia kawan
. Josy
tetap berkawan dengan Doktor Fikri walau apa juga rintangan dan tuduhan yang
dilemparkan kepada Doktor Fikri.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang berbilang bangsa dan agama
- Contohnya,Cikgu Saiful bapa kepada Doktor Fikri
berbangsa Melayu,Doktor Vasuthevan yang bertanggungjawab membedah Puan Halipah,
berbangsa India dan Cikgu Girlie Tan berbangsa Cina selaku Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid Kebangsaan Menggatal.
2. Masyarakat pelajar
- Doktor Fikri, Josy,
Dayang Mahani, Sanin dan Aziz belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal.
3. Masyarakat yang tabah dan penyabar
Sifat sabar Doktor Fikri sering diuji
apabila ia sering diperli dan diejek.Doktor Fikri juga tetap bersabar walaupun
dituduh mencuri buku-buku di perpustakaan , pen dan dompet yang hilang.
.
4. Golongan pelajar yang minat berkebun dan
menternak
Doktor
Fikri gigih memelihara ayam dan mengusahakan
sayur-sayuran di kebunnya sehingga membuahkan hasil yang kemudiannya
dijual di Tamu Menggatal.
PENGAJARAN
1.Kita hendaklah bertanggungjawab melaksanakan
tugas atau amanah yang diberikan
- pengetua SMK Menggatal sanggup merotan pelajar yang terlibat dalam kes
peras ugut di dewan sekolah.
- Cikgu
Wahab juga melaksanakan tugasnya sebagai guru disiplin dengan
tegasnya
2. Kita harus hormat dan taat kepada ibu bapa. Doktor
Fikri sentiasa mematuhi perintah ibu bapanya. Dia juga meminta kebenaran ibu
bapanya dahulu sebelum bertindak, seperti membeli basikal dengan wang simpanan
sendiri
3. Kita perlulah membantu golongan yang
memerlukan
- Cikgu Saiful mengambil keputusan untuk menjamin Narius keluar dari lokap
walaupun budak lelaki itu sering membuli dan menganiaya anaknya.
4. Kita
mestilah menyanyangi sesama insan
- Cikgu Saiful
dan Puan Halipah sangat sayang akan anak kandung mereka dan sentiasa memenuhi
kehendak anak kesayangan. Sebagai contoh, Cikgu Saiful sanggup menemani anaknya
mengutip najis lembu sebagai baja sayur-sayuran ketika diminta oleh anaknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan