CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Ahad, 9 September 2012

Percubaan BM 2 Negeri Sembilan


Bahagian A(i) : Ringkasan

 [20 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang  peranan remaja dalam kejiranan.  Panjang ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat
anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

               Masyarakat bermula daripada jiran. Jiran pula terdiri daripada semua lapisan
umur termasuk remaja. Dalam hal ini, remaja ada peranannya yang tersendiri. Konsep
kejiranan serta persaudaraan cukup menarik dan mesti dikekalkan oleh masyarakat,
khasnya golongan remaja. 

                Remaja boleh mengaktifkan diri melalui persatuan masyarakat seperti Rukun
Tetangga (RT).  Kini, aktiviti RT semakin meluas fungsinya seperti  aktiviti
pendidikan, sukan, keagamaan, rekreasi, dan kesihatan. Remaja boleh terlibat dengan
aktif. Melalui persaudaraan dan semangat kejiranan dapat mewujudkan rasa kasih
sayang, bantu-membantu dan kekuatan dalam kalangan rakyat.  Malah, melalui suara
kolektif remaja dapat saling membantu, mengingatkan dan  menegur sesuatu yang
tidak kena dalam masyarakat. Semangat kejiranan dan persaudaraan yang akrab juga
dapat menghilangkan perasaan iri hati, dengki, bermusuh-musuhan dan sifat negatif
lain yang membawa perpecahan.

                  Jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan kawasan
setempat daripada ancaman luar. Semuanya dapat dibendung jika jiran memainkan
peranan  masing-masing dan  remaja boleh mengambil inisiatif  dengan
melaporkannya kepada pihak berwajib setiap kali menyedari berlakunya perkara yang
meragukan. Sesungguhnya, remaja boleh bekerjasama dengan media massa untuk
menyemarakkan semangat kejiranan. Misalnya, dengan memaparkan rencana yang
menekankan peri pentingnya semangat kejiranan dan perpaduan. Selain itu, remaja
boleh berinteraksi dengan ibu bapa untuk memastikan kejiranan golongan remaja 
sentiasa kondusif dan baik.
 
               Mereka juga perlu berbincang dan bersepakat dalam melaksanakan program
yang bersesuaian  agar matlamat yang satu dapat dicapai. Hal ini demikian kerana
semangat kejiranan mampu mengekalkan keamanan, keselamatan dan ketenteraman.
Remaja mesti menjadikan agama sebagai pegangan utama agar lebih
bertanggungjawab kepada diri sendiri, kejiranan  dan negara. 

                Remaja perlu mempunyai daya tahan dari segi fizikal dan mental agar dapat
membentuk kejiranan yang  kental dan utuh. Elemen jati diri dan kawalan diri yang
kukuh dapat mengawal perasaan dan emosi  daripada terjerumus ke lembah yang
hina. Segala usaha untuk memupuk semangat  kejiranan dalam kalangan masyarakat
tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Walau bagaimanapun, sentiasalah
beringat bahawa tiada gunung yang tidak dapat didaki, tiada lurah yang tidak dapat
dituruni. 

                  (Dipetik dan diubah suai daripada  rencana ‘Hidup Berjiran Muafakat Masyarakat’,  
Bahagian A(ii) - Pemahaman

[10 markah]
Berdasarkan petikan  Bahagian A (i),  jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

1 Berikan maksud rangkai kata kental dan utuh.    [2 markah]

2  Berdasarkan petikan, nyatakan kesan jika jiran hidup bersatu padu.     [4 markah]

3 Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku jika jiran mempunyai sikap
mementingkan diri sendiri                     4m


Bahagian B
[20 markah]

Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda  tentang  peranan pelbagai
pihak untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat. 

Memupuk Minat Membaca
-         Peranan sekolah
-         Peranan keluarga
-         Peranan kerajaan
-         Peranan media massa



Bahagian C

 [40 markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 180 patah perkataan.

1    Kelas  anda telah memenangi pertandingan keceriaan kelas. 
  Tuliskan pengalaman anda dan rakan-rakan menceriakan kelas.
  
2 Anda selaku pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diundang
ke sebuah sekolah untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Pembentukan
tingkah laku dan keperibadian anak-anak bermula dari rumah’. 

Tulis ceramah tersebut selengkapnya. 

3 Masalah ponteng sekolah begitu berleluasa di sekolah anda. 
Anda ingin mengemukakan cadangan-cadangan bagi mengatasi masalah
tersebut kepada pengetua.

Tulis surat itu selengkapnya.

4 Penggunaan internet secara meluas banyak memberikan manfaat kepada
masyarakat. 
 
 Bincangkan pernyataan di atas.
      
5  ... Akhirnya, Danial yang lemah dalam pelajaran dan sering kali gagal dalam
peperiksaan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang setelah berusaha
bersungguh-sungguh. Baru kini dia sedar akan kebenaran kata-kata gurunya
bahawa belakang parang kalau diasah lagikan tajam. 
  
Tulis cerita yang berakhir dengan perenggan di atas.

Bahagian D
[ 10 markah ]
Jawapan anda hendaklah berdasarkan ketiga-tiga novel yang telah anda kaji dalam
tingkatan 1, 2 dan 3.

(i)  Sukar Membawa Tuah, karya  M.Z. Erlysha
(ii)  Wira Persona Avatari, karya Ahmad Zaki Abu Bakar
(iii)  Merenang Gelora, karya Ruslan Ngah

Huraikan  tiga  contoh peristiwa berkaitan persoalan di atas, iaitu  satu contoh
Peristiwa daripada setiap novel yang dibaca


3 ulasan: