Percubaan PMR BM 2 Pahang
Baca petikan
di bawah dengan
teliti. Berdasarkan petikan
tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang kepentingan
mewujudkan hutan rekreasi
di negara kita. Panjang
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah
perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Kini penduduk
dunia telah mula
memberikan perhatian terhadap
alam semula jadi. Masyarakat mula menyedari
pentingnya hutan kepada
alam dan hidupan
khususnya manusia. Maka
langkah-langkah yang pragmatik
mula difikirkan demi
kelangsungan hutan. Kawasan hutan
dijadikan kawasan rekreasi
dan tempat beriadah,
sesuai dengan persekitarannya yang tenang,
hijau dan damai.
Sehubungan dengan itu,
kerajaan telah mengambil
inisiatif mewujudkan hutan
rekreasi bagi memenuhi kepentingan yang
tertentu.
Antara kepentingannya termasuklah menyediakan tempat-tempat untuk beristirahat dan
beriadah seperti tempat
.untuk berkelah dan
bermandi-manda, tempat menikmati
keindahan taman tumbuh-tumbuhan, tempat
meninjau persekitaran hutan
dan sebagainya. Selain
itu, dengan adanya hutan
rekreasi ini, dapat
menyedarkan masyarakat tentang
pentingnya memelihara
keaslian alam sekitar
dan khazanah yang
berharga. Dalam masa
yang sama, perasaan cinta dan
menghargai alam sekitar dapat dipupuk
dalam kalangan generasi muda.
Bagi individu
yang sentiasa beke~a dalam
tekanan, mereka dapat membebaskan diri
dan fikiran
daripada kesibukan kerja
harian dan kesibukan
kota. Pelbagai aktiviti
dapat
dilakukan di
hutan rekreasi ini.
Antaranya termasuklah aktiviti
mendaki bukit dan
gunung, berkhemah di hutan,
menyertai aktiviti lasak
seperti menjelajah hutan,
kawat berpandu dan sebagainya. Secara
tidak langsung, aktiviti
ini dapat memberikan dorongan dan peluang untuk menjelajah kawasan hutan sambil
menikmati serta menghargai keindahannya.
Dengan adanya
hutan rekreasi juga,pihak-pihak tertentu
dapat menambah kawasan kajian dan
penyelidikan terhadap
ekologi hutan tropika
bagi tujuan pelajaran
dan pengetahuan sains, terutamanya
golongan muda dan pelajar.
Dengan itu, kawasan
hutan dapat dikekalkan
supaya dapat berfungsi
sebagai pengimbang alam
sekitar dan bertindak
sebagai penapis kepada kegiatan
pembangunan lain di
sekelilingnya. Tarikan flora
dan fauna daripada
habitat aslinya yang dipersembahkan dalam
bentuk keunikan semula
jadi mampu memberikan kepuasan kepada para pengunjung
yang benar-benar mencintai keindahan alam semula jadi.
(Dipetik dan diubahsuaikan
daripada Rencana Hutan Rekreasi dan Muzium Terbuka Hutan
Bahagian A(ii) - Pemahaman
[10 markah}
Berdasarkan petikan Sahagian
A(i), jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
1. Apakah maksud rangkai kata
mengambil inisiatif? [2 markah]
2. Berdasarkan petikan , mengapakah
langkah-langkah diambil untuk memastikan
kelangsungan hutan? [4 markah]
3. Pada pendapat anda, apakah
kesan sekiranya kita tidak memelihara
hutan-hutan di
negara kita ( 4m )
Sahagian B
[20markah]
Berdasarkan rajah di bawah,
huraikan pendapat anda tentang
punca-punca keracunan
Makanan. Panjangnya huraian anda
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Punca-punca Keracunan Makanan
§
Pengabaian kebersihan premis
jualan
§
Makanan yang terdedah
§
Tidak mencuci tangan sebelum makan
§
Peralatan yang tidak bersih
Sahagian C
[40 markah]
Pilih satu daripada soalan di
bawah. Tulis sebuah karangan yang
panjangnya lebih daripada
180 patah perkataan.
1. Budi Bahasa Budaya Kita
Nyatakan ciri-ciri seorang yang
berbudi bahasa.
2. lbu bapa merupakan ketua dalam institusi
keluarga.
Huraikan peranan ibu bapa dalam membentuk keluarga bahagia.
3. Anda akan menyertai pertandingan syarahan
yang dianjurkan oleh pihak sekolah.Tajuk
syarahan ialah" Perpaduan Menjamin Kesejahteraan Negara ".
Sediakan teks syarahan selengkapnya.
4. Belakangan
ini, kejadian jenayah
sering berlaku di kawasan setempat.
Hal ini menjadi kebimbangan kepada pelbagai pihak.
Nyatakan peranan masyarakat dalam
menjamin keselamatan setempat.
5. Peribahasa
" Kalau tidak dipecahkan
ruyung manakan dapat sagunya" bermaksud
cita-cita tanpa usaha tidak akan
tercapai. Tulis sebuah cerita berdasarkan maksud peribahasa tersebut.
Bahagian D
[10 markah]
Jawapan anda hendaklah
berdasarkan novel yang tefah anda kaji di
sama ada di Tingkatan 1,
Tlngkatan 2 atau Tingkatan 3
i) Bukan Duniaku, karya Aida
Shakira
ii) Le.stari Bukit Menghijau karya Syed Mahadzir
iii) Merenang Gelora karya Ruslan
Ngah
Nilai
§
Kasih sayang
§
Kerajinan
§
Ketabahan
Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan satu contoh peristiwa bagi setiap
nilai di atas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan