CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Ahad, 9 September 2012

PERSEDIAAN AKHIR MENJELANG PMR 10102012 7


BAB  7 GAGASAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

7.1 Idea Pembentukan Malaysia
1. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman mengumumkan cadangan beliau untuk menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak, dan Brunei.
2. Sekiranya bergabung dalam Persekutuan Malaysia, negeri-negeri yang masih menjadi tanah jajahan British seperti Sabah, Sarawak, Singapura dan negeri naungan British iaitu Brunei akan mendapat kemerdekaan.

7.2 Matlamat Pembentukan Malaysia
1. menyekat ancaman komunis di Asia Tenggara.
2. memesatkan lagi perkembangan ekonomi secara keseluruhannya.
3. Tunku Abdul Rahman menggalakkan penyertaan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Tanah Melayu untuk mengimbangi komposisi kaum.
4. Penggabungan dalam Persekutuan Malaysia merupakan satu penyelesaian untuk menamatkan pemerintahan British di Singapura, Sabah, dan Sarawak.

7.3 Reaksi terhadap Pembentukan Persekutuan Malaysia
Reaksi Negeri-negeri yang  terlibat
1. Di Tanah Melayu secara keseluruhannya rakyat menyokong .
2. Parti PETIR di Singapura juga menyambut baik gagasan tersebut demi kepentingan keselamatan.
3. Terdapat juga pihak yang menentang iaitu Parti Barisan Sosialis dan Parti Buruh.
4. Pada peringkat awal, penduduk Sabah dan Sarawak menentang gagasan Malaysia kerana bimbang akan dikuasai oleh pemimpin Tanah Melayu. Namun setelah diberi penerangan, ramai penduduk telah menyokong gagasan Malaysia.
5. Sultan Brunei pada dasarnya menyokong gagasan Malaysia. Namun setelah berlakunya pemberontakan oleh A.M. Azahari, baginda mengambil keputusan untuk tidak menyertai Persekutuan Malaysia.( isu kekananan jawatan untuk menjadi YDA dan hasil minyak )

Reaksi dan Negara-negara Jiran
1. Indonesia telah menentang Persekutuan Malaysia yang dianggap sebagai negara neokolonialis untuk mengukuhkan kedudukan Britain di Asia Ten ggara.
2. Indonesia turut melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia.
3. Filipina juga menentang penubuhan gagasan Malaysia.
4. Penentangan diketuai oleh Presiden Macapagal yang mendakwa Kesultanan Sulu adalah sebahagian daripada Filipina.

Reaksi Negara Barat
1. Amerika Syarikat dan Britain menyokong pembentukan gagasan Malaysia untuk menyelamatkan Asia Tenggara daripada ancaman komunis dan memelihara kepentingan ekonomi masing-masing di rantau ini.
2. British pula menyokong kemasukan Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia kerana kedua-dua wilayah tersebut tidak mendatangkan keuntungan kepada penjajah British.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan