CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 12 September 2012

NOVEL PMR 2012


TINGKATAN 1: ISTANA MENANTI

TEMA
keprihatinan  dan kesungguhan sekumpulan remaja  menyelongkar sejarah tanah air

-  Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy mewakili golongan remaja yang sangat minat akan subjek sejarah dan mempunyai rasa ingin tahu yang mendalam tentang sejarah setempat.
- Mereka bertiga juga sanggup meredah hutan belukar untuk melihat dan mengkaji sendiri kewujudan dan keunikan Istana Menanti di puncak Gunung Datuk.
    
PERSOALAN

1. Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga

-  Ibu bapa Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng sangat menyayangi anak-anak mereka. Mereka berpakat untuk mencari anak-anak mereka yang tidak pulang setelah mendaki puncak Gunung Datuk.
2. Persoalan menghargai persahabatan / semangat setiakawan dalam persahabatan
-  Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng mempunyai semangat setiakawan yang sangat kuat. Mereka bersepakat untuk mengetahui sejarah serta keunikan Istana Menanti.
-  Fadhil dan Ramasamy sangat prihatin terhadap Ah Seng dan berganding bahu mencari Ah Seng yang  tiba-tiba hilang di dalam terowong.
3. Persoalan prihatin terhadap kesusahan orang lain
-  Tuk Ngah amat prihatin terhadap kehilangan Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng. Dia meminta pihak polis segera menyelamatkan mereka.
5. Persoalan Ketabahan menghadapi dugaan  hidup
- Fadhil, Ramasamy, Ah Seng dan Khairil tabah dalam menghadapi penjenayah yang mengerah tenaga mereka untuk menggali tanah bagi mendapatkan harta karun. Mereka diugut akan dibunuh sekiranya tidak mengikut arahan.

Watak Utama

Fadhil

1.  Tabah -  Fadhil tabah dalam menghadapi penjenayah yang mengerahnya untuk menggali tanah bagi mendapatkan harta karun. Mereka diugut akan dibunuh sekiranya tidak mengikut arahan.
2.   Penyayang    -  Dia teringat akan ayah dan ibunya ketika dalam tahanan
3. Berani-  Fadhil berani mendaki puncak Gynung Datuk untuk melihat kecantikan dan keunikan Istana Menanti walaupun diberitahu bahawa istana itu berpuaka dan ada penunggu.
4.      Taat perintah agama- Fadhil sering bersolat Maghrib secara berjemaah dengan keluarganya. Selepas itu, dia akan belajar mengaji al-Quran dengan bapanya.
5.    Tidak berdikari - Fadhil  tidak bersendirian mendaki puncak Gunung Datuk tetapi pergi bersama-sama dengan Ah Seng, Ramasamy dan Tuk Ngah.
6. Pandai mengambil hati/ memujuk  - Fadhil memicit-micit kaki Tuk Ngah semasa bercerita tentang keistimewaan Istana Menanti supaya Tuk Ngah terus bercerita.

Watak sampingan

Tuk Ngah
1. Penyayang -    Tuk Ngah menyayangi Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng. Dia sanggup melayan kerenah mereka serta menceritakan kisah sejarah sebagaimana yang dipinta oleh mereka.
-   Dia amat senang hati dengan kedatangan mereka kerana semua anaknya telah bekerja dan berkahwin.
2. Bertanggungjawab - Tuk Ngah bertanggungjawab dan mengambil berat akan keselamatan Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy dengan membuat laporan kepada pihak polis apabila mendapati mereka hilang.
3.    Baik hati -  Tuk Ngah sanggup menemani tiga sahabat tersebut untuk mendaki puncak Gunung Datuk walaupun sudah berusia 80 tahun.
-  Beliau suka berkongsi cerita kerana beliau tahu tentang cerita sejarah setempat dan sejarah negara.


Dolah
1. Mempunyai sikap yang tidak baik iaitu pendendam
    Dia ingin membalas dendam terhadap kematian beratus-ratus kawannya yang terbunuh akibat diserang oleh tali barut Inggeris

2.    Penjenayah negara yang tidak pernah insaf
Dia berfahaman komunis yang masih tidak mengiktiraf kemerdekaan Malaysia . Dia mengetuai pembelot negara.
2. Baik hati
    Dia menghlurkan plastik yang berisi minuman kepada Ah Seng kerana dia tahu Ah Seng dalam kehausan.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang berbilang bangsa dan agama
 - Penduduk di Kampung Ulu Seperi,Rembau hidup makmur meskipun dihuni oleh pelbagai bangsa dan agama.
-  Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng merupakan remaja yang berbilang bangsa.

2. Masyarakat pelajar
  -   Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy merupakan pelajar minat subjek sejarah.
3. Masyarakat yang bertanggungjawab
    Ibu bapa Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng bertanggungjawab untuk mencari anak-anak mereka yang tidak pulang setelah mendaki puncak Gunung Datuk.
4. Masyarakat yang melakukan kezaliman
   Dolah dan penjenayah yang lain telah menawan Fadhil, Ah Seng, Ramasamy dan Khairil Anuar serta mengerah mereka menggali tanah untuk mencari harta karun.

5. Golongan pelajar yang minat mengkaji  sejarah negara
   Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy mewakili golongan remaja yang sangat minat akan subjek sejarah dan mempunyai rasa ingin tahu yang mendalam tentang Istana Menanti


NILAI

1. Nilai. Bertanggungjawab
Tuk Ngah bertanggungjawab dan mengambil berat akan keselamatan Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy dengan membuat laporan kepada pihak polis apabila mendapati mereka hilang
2. Nilai Kasih sayang
-   Ibu-bapa Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy sangat sayang akan anak mereka.Mereka berasa amat risau apabila anak-anak mereka lewat pulang dan segera berpakat mencari mereka.

3.Nilai Ketabahan
  -   Fadhil, Ramasamy, Ah Seng dan Khairil tabah dalam menghadapi penjenayah yang mengerah tenaga mereka untuk menggali tanah bagi mendapatkan harta karun. Mereka diugut akan dibunuh sekiranya tidak mengikut arahan.

4. Nilai Baik Hati
 -  Dolah menghlurkan plastik yang berisi minuman kepada Ah Seng kerana dia tahu Ah Seng dalam kehausan.

5. Nilai Keberanian
    Tiga sahabat itu berani ke puncak Gunung Datuk semata-mata untuk melihat keunikan Istana Menanti.Begitu juga dengan Khairil Anuar yang berani bersendirian semata-mata untuk mengkaji sendiri nilai sejarah yang ada di situ.

6. Nilai setia kawan / Bantu membantu
 Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng mempunyai semangat setiakawan yang sangat kuat. Mereka bersepakat untuk mengetahui sejarah serta keunikan Istana Menanti.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah bertanggungjawab melaksanakan tugas atau amanah yang diberikan
-  Tuk Ngah bertanggungjawab dan mengambil berat akan keselamatan Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy dengan membuat laporan kepada pihak polis apabila mendapati mereka hilang
2. Kita harus hormat dan taat kepada ibu bapa
 - Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy meminta keizinan ibu bapa mereka untuk pergi ke Istana Menenti

3. Kita perlulah membantu golongan yang memerlukan
 -  penduduk kampung dan anggota polis menjalankan gerakan mencari tiga orang remaja yang hilang di sekitar Gunung Datuk .

4. Kita mestilah menyanyangi sesama insan
    Ibu-bapa Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy sangat sayang akan anak mereka.Mereka berasa amat risau apabila anak-anak mereka lewat pulang dan segera berpakat mencari mereka.
5. Kita perlulah bersikap setia kawan
Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng mempunyai semangat setiakawan yang sangat kuat. Mereka bersepakat untuk mengetahui sejarah serta keunikan Istana Menanti.
6. Kita mestilah tabah menghadapi dugaan hidup
Fadhil, Ramasamy, Ah Seng dan Khairil tabah dalam menghadapi penjenayah yang mengerah tenaga mereka untuk menggali tanah bagi mendapatkan harta karun. Mereka diugut akan dibunuh sekiranya tidak mengikut arahan.

7. Kita janganlah terlibat dalam kegiatan yang  menyalahi undang-undang/ masalah sosial
Dolah sanggup bersekongkol
dengan pihak komunis dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan selepas Tanah Melayu Merdeka.

8. Kita mestilah berani menegakkan kebenaran
  -   Tiga sahabat itu berani ke puncak Gunung Datuk semata-mata untuk melihat keunikan Istana Menanti.Begitu juga dengan Khairil Anuar yang berani bersendirian semata-mata untuk mengkaji sendiri nilai sejarah yang ada di situ.

1 ulasan: