CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Ahad, 9 September 2012

PERSEDIAAN AKHIR MENJELANG PMR 10102012 8


BAB 8 Perjanjian dan Perisytiharan Malaysia

8.1 Langkah ke Arah Pembentukan Malaysia
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel (CPA)
1. Mesyuarat ini diadakan antara pemimpin-pemimpin Tanah Melayu dengan Singapura.
2. Ia bertujuan untuk memberi penjelasan tentang penubuhan Malaysia.
3. Dalam persidangan itu, Jawatan kuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan.

Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
1. Dipengerusikan oleh Donald Stephens.
2. Tujuannya ialah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan mereka berkaitan dengan gagasan Malaysia.
Suruhanjaya Cobbold
1. Ditubuhkan untuk meninjau pendapat penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penubuhan Malaysia.
2. Hasil daripada tinjauan tersebut didapati lebih 70% penduduk Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia.
Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
1. Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk mengkaji peruntukan perlembagaan berkaitan dengan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia.
2. Pemimpin Parti Perikatan Sabah mengemukakan 20 Perkara Sabah untuk dipertimbangkan oleh JAK.
8.2 Cabaran dari Negara Indonesia dan Filipina
1. Indonesia dan Filipina menentang penubuhan gagasan Malaysia.
2. Antara usaha yang dilakukan untuk mengatasi masalah penentangan ialah:
(a) Tunku Abdul Rahman membuat rundingan dengan Subandrio.
(b) Membentuk pakatan serantau iaitu MAPHILINDO.
3. Indonesia dan Filipina akan menyokong Malaysia jika penduduk di Sabah dan Sarawak bersetuju bergabung dalam Persekutuan Malaysia.
4. Oleh itu, Suruhanjaya PBB di bentuk untuk meninjau kembali pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai pembentukan Persekutuan Malaysia.
Konfrontasi Indonesia
1. Indonesia melancarkan konfrontasi kerana terpengaruh dengan Parti Komunis Indonesia.
2. Selepas penubuhan Malaysia, konfrontasi diperhebatkan.
3. Antara Iangkah yang diambil untuk menghadapi konfrontasi ialah:
(a) Menghantar bantahan rasmi ke PBB.
(b) Askar Wataniah diwujudkan untuk membantu pasukan keselamatan.
(c) Menghantar perwakilan ke negara Afro-Asia dan Dunia Ketiga untuk menangkis propaganda Indonesia yang memburukkan Persekutuan Malaysia.
4. Konfrontasi terhadap Malaysia berkurangan selepas gerakan GESTAPO di Indonesia.

8.3 Perisytiharan Malaysia
1. Laporan PBB tidak dapat dikeluarkan pada tarikh penubuhan Persekutuan Malaysia kerana terdapat kerumitan semasa menjalankan tinjauan. Tarikh penubuhan Malaysia yang ditetapkan pada 31 Ogos 1963 ditunda sehingga Laporan PBB dapat disiapkan pada 14 Sep tember 1963.
3. Laporan PBB membuktikan lebih 70% penduduk Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia.
4. Persekutuan Malaysia diisytiharkan secara rasminya pada 16 September 1963.
5. Perlembagaan Malaysia adalah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
6. Laporan tentang 20 Perkara Sabah turut menjadi asas Perjanjian Malaysia.
7. Menurut Perjanjian Malaysia, terdapat peruntukan bagi negeri Sabah dan Sarawak seperti:
(a) Dibenarkan menguasai hal ehwal dalam negeri masing-masing.
(b) Kaum bumiputera mendapat hak keistimewaan yang sama dengan orang Melayu di Tanah Melayu.
(c) Bahasa Inggeris boleh digunakan sebagai bahasa rasmi.

8.4 Perpisahan Singapura
1. Semasa pilihan raya Parlimen 1964, Parti PETIR telah bertanding untuk menentang Parti Perikatan.
2. Pemimpin PETIR telah membangkitkan sentimen perkauman semasa kempen pilihan raya. 
3. Tunku Abdul Rahman mengambil keputusan untuk mengeluarkan Singapura daripada Persekutuan Malaysia bagi mengelakkan berlakunya  rusuhan kaum.
4. Singapura dipisahkan secara rasmi dari Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965.( isu duri dalam daging )
            

Tiada ulasan:

Catat Ulasan