DI SEBALIK WAJAH
SINOPSIS
Novel Di Sebalik Wajah mengisahkan
kesukaran hidup yang terpaksa ditempuh oleh seorang budak lelaki yanag sejak
azalinya dilahirkan balar, berkulit putih kemerahan, berambut
kuning keemasan yang dinamakan sebagai Doktor Fikri.
Selepas bapanya , Cikgu Saiful
berpindah ke pekan Menggatal, Doktor Fikri bersekolah di Sekolah Menengah
Kebangsaan Menggatal di tingkatan Dua Mawar. Di sana, dia berkawan rapat dengan
beberapa oranag rakan seperti Azizi, Suriani , Josy, Dayang Mahani dan Sanin.Walaupun
sering diejek akan penampilannya yang berbeza namun Doktor Fikri tidak pernah
mengambil hati. Malah, dia mempelawa rakan-rakannya itu ke rumahnya untuk
melihat hobinya menanam sayur dan memelihara ayam. Selain itu, Doktor Fikri
juga gemar membaca. Oleh sebab itu, terdapat perpustakaan mini di dalam
rumahnya dan Doktor Fikri mempelawa rakan-rakannya meminjam buku miliknya. Dia
juga mengajak rakan-rakannya ke Tamu Menggatal untuk bersama-sama menjual
sayur-sayuran yang ditanam. Namun nasib kurang menyebelahi mereka apabila hujan
turun dengan lebatnya pada hari itu. Akibatnya, hasil yang diperoleh kurang
memberangsangkan.
Narius, Jais dan Jamadi ialah
murid-murid nakal di sekolah Doktor Fikri. Mereka merupakan murid-murid
tingkatan empat. Mereka memeras ugut Doktor
Fikri untuk meberikan wang sebagai cukai kepada mereka.Namun akhirnya mereka
tertangkap oleh pihak sekolah dan dihukum rotan di hadapan perhimpunan
sekolah.Rentetan itu mereka berdendam kepada Doktor Fikri yang disangka telah
melaporkan kejadian tersebut kepada guru disiplin.
Satu pemeriksaan mengejut
dilakukan di sekolah Doktor
Fikri. Semasa pemeriksaan dijalankan di tingkatan Dua Mawar, buku-buku
perpustakaan, pen dan dompet yang dilaporkan hilang oleh murid-murid di sekolah
itu ditemui dalam beg sekolah Doktor Fikri. Doktor Fokri dituduh mencuri oleh
rakan-rakannya dan hubungan mereka menjadi renggang. Hanya Josy yang
mempercayai kata-kata Doktor Fikri.
Walau bagaimanapun, rahsia akhirnya
terbongkar jua setelah Narius dan rakan-rakannya berjaya diberkas oleh pihak
polis atas pelbagai kesalahan termasuk mencuri basikal baharu Doktor Fikri. Namun, niat baik Doktor
Fikri memujuk ayahnya supaya menjamin Narius menyebabkan Narius berasa kesal
dan malu akan sikap buruknya terhadap Doktor Fikri selama ini.
Selepas kejadian itu, hubungan antara
Narius dan Doktor Fikri semakin rapat .Hal ini menimbulkan keraguan
rakan-rakannya yang bimbang Doktor Fikri terpengaruh denga kelakuan buruk
Narius. Narius dan rakan-rakanya masuk ke kelas Tingkatan Dua Mawar dan
memperjelaskan kedudukan sebenar dan memohon maaf kepada
rakan-rakan Doktor Fikri. Narius dan rakan-rakannya juga menyampaikan sepucuk
surat daripada Doktor Fikri kepada rakan-rakan baik Doktor Fikri. Pemergian
Doktor Fikri dan keluaraganya ke
Jepun amat memeranjatkan mereka.
Setelah
setahun berlalu, Doktor Fikri dan keluarganya pulang ke Malaysia. Kepulangan
mereka disambut mesra oleh rakan-rakan Doktor Fikri di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kota Kinabalu. Rakan-rakan Doktor Fikri menawarkan untuk
mengemaskan rumahnya yang telah lama ditinggalkan. Dalam pada itu, Doktor
Fikri turut memberikan cenderamata kepada rakan-rakan baiknya itu di samping
mencerikatakan pengalamannya berada di Jepun.
Doktor Fikri menyampaikan hasratnya
untuk menawan puncak Gunung Kinabalu kepada kedua-dua orang tuanya. Ibu
dan bapanya bersetuju untuk menunaikannya. Mereka berehat di Panalaban sebelum
meneruskan pendakian. Semasa berada di rumah rehat itu. Doktor Fikri telah
bermimpi dikejar oleh seekor naga yang menjadi dongeng masyarakat Dusun
sehinggakan dia terjatuh dari katil dan menyebabkan penghuni rumah rehat
Panalaban berasa terkejut akan jeritan Doktor Fikri.
Tema
Dalam novel Di Sebalik Wajah, tema yang ingin disampaikan
oleh pengarang ialah kehidupan
suka dan duka seorang budak balar. Novel ini mefokuskan kehidupan yang
dialami oleh seorang budak balar yanag berambut kuning keemasan dan berkulit
putih yanag mempunyai nama yang unik iaitu Doktor Fikri. Dia menjadi bahan
ejekan dan sering dicemuh oleh murid-murid lain disekolahnya namun doktor Fikri
tetap bersabar. Kehadiran lima orang sahabat dalam hidupnya menceriakan
hari-harinya . Dia berkongsi minat membaca dan menjual sayur-sayuran di Tamu
Menggatal dengan rakan-rakannya. Akibat dendam . Doktor Fikri difitnah mencuri
buku dari perpustakaan oleh Narius dan rakan-rakannya. Namun, rahsia akhirnya
terbongkar apabila Narius ditangkap pihak polis kerana mencuri basikal baharu Doktor Fikri
dan akhirnya dijamin keluar oleh bapa Doktor Fikri. Hubungan Narius dan Doktor
Fikri bertambah baik dan kemudian Doktor Fikri meninggalkan tanah air bersama
dengan keluarganya ke Jepun. Setahun kemudian Doktor Fikri pulang dan
rakan-rakan baiknya tyang dirindui.
Persoalan
Terdapat banyak persoalan yang boleh
kita pelajari dalan novel Di Sebalik Wajah. Antara persoalan yang ingin
disampaikan oleh penulis ialah kasih
sayang sesebuah keluarga. Kasih sayang ini ditunjukkan oleh Cikgu saiful
terhadap anaknya.Cikgu saiful menyayangi anaknya yang baru dilahirkan walaupun
anaknya itu cacat. Dia berharap agar anaknya itu
kelak akan menjadi seorang yang berguna dan mulia.
Selain itu, persoalan yang dapat
dilihat ialah balasan ke atas
perbuatan jahat. Narius dan rakan-rakannya dikenakan hukuman setimpal
kerana perbuatan jahat mereka. Tanpa disangka-snagka perbuatan Narius dan
rakan-rakannya memeras ugut Doktor Fikri telah membawa akibat buruk kepada
mereka.Mereka ditangkap dan dihukum oleh pengetua di hadapan murid-murid
lain sewaktu perhimpunan sekolah.
Persoalan seterusnya ialah jenayah dan gejala sosial.
Persoalan ini dapat dilihat melalui peristiwa Narius dan rakan-rakannya memeras
ugut dan meminta cukai keselamatan daripada Doktor Fikri. Mereka juga tergamak
menghabiskan bekalan makanan yang dibawa oleh Doktor Fikri ke sekolah. Di
samping itu, mereka juga turut terlibat dengan kegiatan mencuri basikal dan
bergerak di bawah arahan seorang ketua.
Persoalan lain yang ingin disampaikan
ialah takdir yang tidak
dapat dielakkan. Cikgu saiful dan Puan Halipah reda akan nasib mereka
dikurniakan seoanag anak yang balar walaupun pada awalnya mereka tidak dapat
menerima kenyataan bahawa bayi yang baru dilahirkan itu berbeza daripada
bayi-bayi lain.Namun, pada akhirnya mereka pasrah serta reda akan ketentuan
Tuhan kerana pada pendapat mereka, zuriat adalah anugerah buat setiap ibu dan
bapa.
Akhir sekali, persoalan yang ingin
disampaikan oleh penulis ialah cinta akan tanah air. Perasaan
cinta akan tanah air dipamerkan oleh Doktor Fikri yang sering teringat akan
tanah air ketika berada di negara Jepun. Dia selalu berasa rindu akan tanah air
dan rakan-rakannya . Dia juga mengimpikan untuk menawan puncak Gunung Kinabalu di Sabah.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Watak utama dalam novel Di sebalik wajah ialah Doktor Fikri. Doktor Fikri
berusia 14 tahun dan merupakan anak tunggal kepada Cikgu saiful dan Puan
Halipah. Bertubuh kecil dan
sentiasa berpakaian kemas. Keadanya balar manakala rambutnya pula kuning
keemasan.
Perwatakan Doktor Fikri pula ialah
seorang yang rajin dan
berdikari. Sifat ini terserlah apabila dia gigih memelihara ayam dan
mengusahakan sayur-sayuran di kebunya sehingga
membuahkan hasil yang kemudiannya dijual di Tamu Menggatal. Hasil jualannya
disimpan pula sebagai persiapan di kemudian hari, Dia tidak mahu bergantung
kepada kedua-dua ibu dan bapanya.
Seterusnya, perwatakan doktor Fikri yang dapat dilihat ialah sabar . Sifat sabar Doktor Fikri sering
diuji apabila ia sering
diperli dan diejek.Doktor Fikri juga tetap bersabar walaupun dituduh mencuri
buku-buku di perpustakaan , pen dan dompet yang hilang.
Perwatakan taat kepada perintah agama dipaparkan ketika peristiwa Doktor
Fikri menunaikan kewajipannya sebagai muslim dengan menunaikan solat semasa
berada di Chalet Taman Negara Kinabalu sebelum menunaikan pengembaraannya ke
Gunung Kinabalu.
Selain itu, gemar membaca merupakan perwatakan yang dimiliki
oleh Doktor Fikri. Doktor Fikri berpendpat amalan membaca akan memperkaya ilmu
pengetahuan. Sikap positif ini membolehkannya membuat satu perpustakaan mini di
rumahnya.
Akhir sekali, perwatakan Doktor Fikri
yang jelas kelihatan ialah sikap
berjimat cermat. Doktor Fikri lebih gemar membawa bekalan daripada makan di
kantin sekolah. Dia juga gemar menabung sehinggakan wang simpanannya di dalam
bank mencecah RM1000.00.
Watak sampingan
Antara watak sampingan yang terdapat
dalan novel ini ialah Cikgu
Saiful.Cikgu Saiful merupakan suami Puan Halipah dan ayah kepada Doktor
Fikri. Dia merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah di Tuaran, Sabah.
Bagaimanapun dia telah meletakkan jawatan sebagai guru dan berkhidmat di sektor
swasta.
Perwatakan Cikgu Saiful merupakan seorang suami yang taat setia dan penyayang.
Ketika isterinya Halipah mengandung, dia telah mencari daging rusa di
persekitaran Kota Kinabalu demi memenuhi permintaan isterinya. Dia juga
kelihatan cemas dan risau ketika isterinya berada di wad bersalin.
Selain itu,Cikgu Saiful juga merupakan
seorang ayah yang
bertanggungjawab dan penyayang. Dia amat sayang akan anak tunggal mereka,
iaitu Doktor Fikri. Dia sentiasa mengambil berat pelajaran dan kehendak
anaknya. Contohnya dia membenarkan anaknya mempraktikkan Pendidikan Kemahiran
Hidup dengan berkebun sayur-sayuran, menternak ayam dan menjual sayur-sayuran,
malah dia turut membantu Doktor Fikri mengutip najis lembu di jalan raya
sebagai baja sayur-sayuran.
Cikgu Saiful juga seorang yang alim.
Dia sentiasa menunaikan solat sembahyang. Ketika anaknya dilahirkan dia segera
meminta kebenaran daripada jururawat untuk membaca azan anaknya. Cikgu Saiful
juga mudah insaf akan kesilapannya. Contohnya pada mulanya, dia tidak percaya
bahawa bayi yang balar itu adalah cahaya matanya. Setelah ditegur oleh doktor,
dia segera insaf akan kesilapannya lalu menerima hakikat tersebut. Dia meminta
maaf kepada bayi itu atas kezaliman dan bersyukur atas anugerah Tuhan itu.
Akhir sekali, Cikgu Saiful seorang yang baik hati.Sikap
baik hati ini ditunjukkan semasa dia berada di balai polis untuk mengambil
basikal anaknya semula. Setelah dipujuk oleh Doktor Fikri, Cikgu Saiful
mengambil keputusan untuk menjamin Narius keluar dari lokap walaupun budak
lelaki itu sering membuli dan menganiaya anaknya.
Nilai-nilai murni
Salah satu nilai dalam novel ini adalah rajin. Watak utama Doktor Fikri merupakan seorang budak
yang rajin. Dia sanggup menanam sayur-sayuran dan menjual hasilan tanaman di
tamu. Dia juga tekun membaca buku.
Selain itu, nilai kasih sayang jelas terpapar dalam watak Cikgu
Saiful dan Puan Halipah. Mereka sangat sayang akan anak kandung mereka dan
sentiasa memenuhi kehendak anak kesayangan. Sebagai contoh, Cikgu Saiful
sanggup menemani anak mengutip najis lembu sebagai baja sayur-sayuran ketika
diminta oleh anak mereka.
Nilai tabah turut digambarkan dalam diri
doktor Fikri sebagai seorang pelajar. Dia tabah menghadapi layanan rakannya
yang telah salah faham akannya. Dia sentiasa tabah menghadapi layanan yang
buruk daripada murid yang lain.
Doktor Fikri juga mengamalkan
nilai sedia memaafkan dan
tidak menaruh dendam terhadap orang yang pernah menganiayainya, iaitu Narius
yang meletakkan barang dicurinya ke dalam beg Doktor Fikri. Doktor Fikri bukan
memaafkan Narius malah meminta ayahnya mengikat jamin terhadap Narius kerana
terlibat dalam kes kecurian.
Di samping itu,nilai simpati terpapar sewaktu Doktor Fikri bersikap simpati
terhadap nasib Narius, iaitu keluarganya miskin, bapanya sudah tua dan tidak
mampu mengikat jaminnya keluar dari lokap. Doktor Fikri segera meminta ayahnya
menghulurkan bantuan.
Dalam novel di sebalik Wajah juga
dipaparkan nilai bertanggungjawab
.Kakitangan perubatan di Hospital Ratu Elizabelt menjalankan tugas dengan
bertanggungjawab. Mereka melayani keluarga pesakit dengan mesra. Hal ini
terpapar oleh jururawat Cina yang membenarkan Cikgu Saiful mengucapkan nazar
kepada anaknya yang dilahirkan. Doktor yang berketurunan India juga menjalankan
tugas dengan amanah. Selain itu pengetua SMK Menggatal sanggup merotan pelajar
yang terlibat dalam kes peras ugut di dewan sekolah. Cikgu Wahab juga
melaksanakan tugasnya sebagai guru disiplin dengan tegasnya.
Nilai berjimat cermat ditunjukkan oleh Doktor Fikri melalui sikapnya yang sentiasa membawa bekalan emaknya
ke sekolah daripada berbelanja di kantin untuk menjimatkan wang.
Nilai Alim turut dipaparkan melalui watak Doktor Fikri yanag bekerja di
Hospital Ratu Elizabelt merupakan seorang yang alim dan bersopan santun. Ketika
melihat Cikgu Saiful dalam keadaan yang gelisah, dia turut mengajak Cikgu
Saiful menjalankan solat sembahyang di bilik surau di hospital tersebut.
Sikapnya yang mulia turut menyebabkan Cikgu Saiful hendak menamai anak
lelakinya sebagai “Doktor Fikri”.
Akhir sekali nilai Gigih juga terdapat dalam Doktor Fikri.
Nilai ini dapat dilihat ketika menyertai acara lumba lari 1500 lelaki B, dia
tidak berputus asa walaupun lututnya sakit dan berasa sukar bernafas.
Bagaimanapun dia jatuh pengsan ketika mendekati garis penamat.
Selain itu ketika mendaki Gunung Kinabalu, Doktor Fikri
dan ibu bapanya tidak berpatah semangat untuk meneruskan pendakian walaupun
berasa penat, sejuk, susah bernafas serta kaki yang sakit.
Pengajaran
Berdasarkan novel Di Sebalik Wajah,
pengajarannya ialah kita harus
tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan dalam kehidupan. Contohnya
sebagai anak balar yang cacat dari segi kulit, Doktor Fikri sentiasa tabah dan
sabar ketika diejek, disindir malah dianiaya oleh murid lain.
Pengajaran yang seterusnya ialah kita harus sedia memaafkan
kesalahan orang lain. Contohnya Doktor Fikri sedia memaafkan Narius yang
pernah memeras ugut terhadap malah meminta ayahnya membantu Narius keluar dari
lokap polis dengan membayar wang ikat jamin.
Selain itu, kita perlu rajin untuk mengusahakan
sesuatu kerja. Contohnya Doktor Fikri mengerjakan kebun sayur-sayurannya di
belakang rumah pada setiap petang. Dia sanggup mengutip najis lembu sebagai
baja. Selain itu dia juga menjualkan hasil tanaman di tamu.
Bukan itu sahaja, terdapat pengajaran tentang kita perlu
bertanggungjawab terhadap kerjaya kita. Misalnya kakitangan Hospital Ratu
Elizabelt dapat menjalankan tugas dengan baik.
Di samping itu, kita perlu berjimat cermat dalam
kehidupan kita. Doktor Fikri sentiasa berjimat cermat dan membawa bekalan
ibu ke sekolah tanpa berbelanja di kantin. Wang simpanan mencapai seribu
ringgit di bank. Dia dapat membeli basikal barunya dengan wang simpanan
sendiri.
Tambahan pula, terdapat pengajaran kita harus hormat dan taat kepada ibu bapa. Contohnya, Doktor Fikri sentiasa mematuhi perintah ibu bapanya. Dia juga meminta kebenaran ibu bapanya dahulu sebelum bertindak, seperti membeli basikal dengan wang simpanan sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan