Ahad, 9 September 2012

Percubaan PMR 2012 BM 2 SBP


Soalan Percubaan PMR BM Kertas 2 SBP

Sumber

Baca petikan di bawah dengan teliti.  Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang   usaha-usaha meningkatkan semangat  patriotisme dan perpaduan kaum di
negara kita. Panjang ringkasan anda hendaklah  tidak melebihi 80 patah perkataan.  Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
 
Semangat cinta akan tanah air amat perlu dipupuk dalam diri setiap rakyat negara ini.
Namun usaha ini bukanlah satu tugas yang mudah. Peristiwa berdarah  13 Mei 1969 menuntut
setiap rakyat berusaha mengukuhkan dan  mengekalkan  perpaduan. Hal ini kerana  perpaduan menjadi benteng utama keselamatan negara pada masa hadapan. 

 Perpaduan dan semangat cinta akan negara mempunyai hubung kait dengan
penghayatan falsafah Rukun Negara yang merupakan kunci keharmonian dan perpaduan
negara. Namun perlu diingat , hal ini hanya dapat direalisasikan seandainya setiap warga
Malaysia menghayati dan betul-betul memahami falsafah dan tujuan penbentukan Rukun
Negara. Kini, masih  banyak rakyat  negara ini kurang memahami falsafah di sebalik Rukun
Negara. 

 Pendedahan  generasi muda terhadap  sejarah  negara kita berupaya membantu  remaja
kini memahami dan menyedari proses pembentukan negara berasaskan pelbagai kaum . Di
samping itu, mata pelajaran Sejarah dijadikan sebagai pembelajaran wajib di sekolah untuk
pelajar  mengenal sejarah bangsa dan  negara. Selain itu, penubuhan Kelab Rukun Negara di
setiap sekolah ialah pelengkap kepada usaha kerajaan mempercepat penyatuan bangsa Malaysia yang selari dengan Gagasan 1 Malaysia.

 Pembelajaran di sekolah juga membantu dalam pemupukan  semangat  perpaduan
antara kaum selain penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa
kebangsaan. Persoalannya, sejauh manakah bahasa Melayu didukung sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa perpaduan? Halangan utama dalam usaha memupuk semangat
perpaduan dan integrasi kaum dalam kalangan masyarakat di negara ini ialah sistem pendidikan dan persekolahan yang berbeza-beza. 
 Selain itu, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)  yang telah dilancarkan mampu
membangun dan  membentuk remaja  yang akan menjadi bentang negara pada masa depan.
Program yang membabitkan remaja pelbagai kaum ini bertujuan membantu remaja membina
personaliti untuk cemerlang dalam akademik seterusnya mempunyai semangat patriotisme
yang tinggi terhadap negara, selain memupuk semangat perpaduan yang kental dan bersatu
padu sebagai satu bangsa Malaysia. 
( Dipetik dan diubah suai daripada rencana ‘Tanah Tumpahnya Darahku’,
 Muhd Izhar Abu Samah, Dewan Siswa, Ogos 2011 )







Bahagian A(ii) : Pemahaman
[ 10 markah ]

Berdasarkan petikan Bahagian A (i),  jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat sendiri.

1.  Beri maksud rangkai kata membina personaliti ?        [ 2 markah ] 

2.  Apakah  kekangan yang dihadapi dalam usaha memupuk perpaduan kaum di negara
kita?                                                         [ 4 markah ]

3.  Pada pendapat anda, apakah kesan yang akan berlaku sekiranya perpaduan tidak dapat
dicapai?          [ 4 markah ]


Bahagian B

[ 20 markah ]

Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang  usaha-usaha untuk
meningkatkan minat remaja terhadap permainan tradisional.  Panjang huraian anda
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
                
                                             

PERMAINAN  TRADISIONAL
§               Galakan ibu bapa
§               Peranan  media massa
§               Penubuhan kelab / persatuan
§               kempen


BAHAGIAN C

[ 40 markah ]

Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada
180 patah perkataan.


1.  Baru-baru ini anda telah terpilih menyertai Kem Bina Insan yang dianjurkan oleh  Unit
Bimbingan Kaunseling di sekolah anda.
Ceritakan pengalaman anda semasa menyertai kem itu.

2.  Pertubuhan Sukarela merupakan satu persatuan atau organisasi yang melakukan sesuatu
aktiviti kemasyarakatan secara sukarela.

Tulis sebuah rencana tentang kepentingan menyertai Pertubuhan Sukarela.
3.  Kejayaan  dalam bidang akademik dan kokurikulum  melayakkan seseorang murid itu
dinobatkan sebagai murid cemerlang.

Bincangkan faktor-faktor kejayaan murid cemerlang.
4.  Kebersihan sungai adalah tanggungjawab kita bersama. Namun, masyarakat kini masih
tidak mengambil peduli tentang pencemaran sungai yang semakin serius.
Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang patut diambil bagi mengatasi
pencemaran sungai.

5. Kata-kata hikmat Bahasa Jiwa Bangsa  jelas menunjukkan bahawa sesuatu bangsa itu
terkenal kerana mempunyai bahasa yang berdaulat.

Huraikan usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan.



    BAHAGIAN D
[ 10 markah ]

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1
atau Tingkatan 3.

 (i)  Hikmah  karya Mohd Faris Ikmal
  (ii)  Istana Menanti karya Abdul Latip Talib
(iii)  Bukan Duniaku karya Aida Shahira
(iv)  Sukar Membawa Tuah karya Suziana Che Will
(v)  6.20  karya Siti Jasmina Ibrahim
(vi)  Cempaka Putih Untukmu karya Rohani Deraman
(vii)  Merenang Gelora karya Roslan Ngah

Berdasarkan  satu daripada novel yang telah anda kaji, huraikan tiga persoalan berserta dengan contoh yang sesuai bagi menggambarkan persoalan-persoalan tersebut. 

                                                        

2 ulasan:

  1. Baru-baru ini anda telah terpilih menyertai Kem Bina Insan yang dianjurkan oleh Unit
    Bimbingan Kaunseling di sekolah anda.
    Ceritakan pengalaman anda semasa menyertai kem itu.

    Ada Contoh Karangan Ini Tak >

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti saya cuba cari apa isi cadangan. sorry lambat balas.

      Padam