CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Ahad, 22 September 2024

LATIHAN SEJ T5

 SET 13

1 Lambang kebesaran adalah identiti sesebuah kerajaan. Antara berikut, yang manakah lambang kebesaran sultan dalam Kesultanan Melayu Melaka?
A Undang-undang                 B Cap mohor

C Wilayah pengaruh             D Agama Islam

 

2. Pembesar Berempat dalam Kesultanan Melayu Melaka memperoleh kawasan pegangan bagi mentadbir wilayah, sungai atau pulau. Bagaimanakah mereka memperoleh kawasan tersebut?

A Melalui penaklukan                       B Mendapat kurnia sultan

C Melalui sokongan rakyat               D Menggunakan konsep naungan

 

3 Revolusi Perancis tercetus daripada idea nasionalisme oleh golongan pemikir Perancis.

Jean Janques Rousseau Voltaire

Apakah idea yang diperjuangkan?

I Kesedaran                 II Persamaan              III Persaudaraan         IV Kesejahteraan

A I dan II         B I dan IV        C II dan III      D III dan IV

 

4 Maklumat berikut berkaitan dengan tokoh nasionalisme tempatan

·         Mat Salleh 

·         Tok Janggut

Apakah ciri perjuangan tokoh di atas

A Berorganisasi                                  B Bersifat setempat

C Perjuangan yang radikal                D Mempunyai penulisan kreatif

 

5 Perjanjian Versailles ditandatangani antara Pakatan Bertiga dengan Jerman pada tahun 1919. Mengapakah Italia menganggap Perjanjian Versailles adalah tidak adil?
A Tidak diberikan tanah jajahan baharu      B Perlu membayar pampasan perang

C Kehilangan tanah jajahan                          D Kemelesetan ekonomi dan inflasi

 

6 Gambar berikut merupakan tokoh yang telah memberikan sumbangan dalam perkembangan nasionalisme di negara kita.
- LEFTENAN ADNAN SAIDI

Apakah sumbangan tokoh tersebut?

A Menentang pendudukan Jepun                 B Menubuhkan pasukan gerila

C Menubuhkan Force 136                             D Mengusir komunis

 

7. Maklumat berikut berkaitan dengan pentadbiran British di Tanah Melayu.

·         Melicinkan sistem pentadbiran 

·         Meningkatkan pelaburan British 

·         Mengukuhkan pertahanan

Apakah bentuk pentadbiran tersebut?

A Persekutuan Tanah Melayu                       B Pentadbiran Tentera British

C Syarikat Borneo Utara British                    D Malayan Union

 

8 Berikut adalah faktor penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British.

Masalah pewarisan takhta · Desakan Kerajaan British

Masalah kewangan

Apakah masalah kewangan Sarawak selepas Perang Dunia Kedua?

I Lombong minyak musnah              II Ekonomi Sarawak terjejas

III Ketegangan antara kaum             IV Ancaman penyakit berjangkit

A I dan II         B I dan IV        C II dan III      D III dan IV

 

9 Gabungan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) terdiri daripada beberapa pertubuhan Melayu. Pilih pasangan yang tepat berkenaan gabungan ini.

 

PERTUBUHAN

KETUA

A

Angkatan Pemuda Insaf –API

Musa Ahmad

B

Barisan Tani Malaya- BATAS

Abu Bakar Al Bagqir

C

Gerakan Angkatan Muda- GERAM

Ahmad Boestaman

D

Parti Kebangsaan Melayu Malaya-PKMM

Dr Burhanudin Al Helmi

 

10. Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1948. Apakah kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap orang Melayu?
A Mendukung perpaduan kaum                   B Dilantik sebagai rakyat pribumi

C Diiktiraf sebagai penduduk asal                D Membuka ruang kewarganegaraan

 

11. Undang-undang Darurat telah dikuatkuasakan keseluruh Tanah Melayu pada 1948. Mengapakah undang-undang tersebut dikuatkuasakan?

A. Melakukan penjajahan baharu                B. Menghapuskan pengaruh Jepun

C. Membanteras ancaman komunis             D. Menangkap kumpulan Anti-British


12. Berikut berkenaan dengan pasukan Sarawak Rangers (Iban Tracker).
Apakah kejayaan pasukan tersebut?

A. Menghapuskan kumpulan Min Yuen                  B. Membantu polis menentang komunis

C. Membantu mengamankan kampung                   D. Memusnahkan kem dan markas komunis

 

13. Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah pada tahun 1951. Apakah tujuan sistem ini diperkenalkan?
A. Merangka perlembagaan yang baharu

B. Melaksanakan proses pilihan raya umum

C. Merancang pembangunan ekonomi tempatan

D. Melatih penduduk tempatan dalam pentadbiran

 

14. Bagaimanakah Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 menjadi asas kepada pembentukan sistem pendidikan kebangsaan?

I Memperbanyak sekolah vernakular

II Melalui sukatan pelajaran yang seragam

III Penggunaan bahasa pengantar yang sama

IV Pelajaran percuma kepada semua pelajar

A I dan II         B I dan IV        C II dan III      D III dan IV

 

15. Rajah berikut adalah garis masa sebahagian proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) 1955.
- 27 Julai 14955- mengundi

- 15 Jun 1955- x

- 18 Oktober 1954- pendaftaran pengundi

- Ogos 1954 – undang-undang pilihan raya diluluskan

Apakah X?

A. Penamaan calon                                        B. Penetapan sempadan kawasan

C. Pembentukan suruhanjaya pemantau     D. Pengumuman keputusan pilihan raya

 

16. Bagaimanakah V.T. Sambanthan selaku Menteri Buruh melaksanakan tugasnya untuk menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan?

A. Mengurangkan pegawai Eropah

B. Mengambah bilangan pelajar ke Britain

C. Menyekat kemasukan buruh asing

D. Menubuhkan pusat latihan kemahiran

 

17. Manakah antara berikut merupakan gerak kerja Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?
A. Mengadakan perbincangan dengan Gabenor

B. Membuat lawatan ke Negeri-negeri Selat

C. Menerima nasihat perundangan dari Britain

D. Mengkaji pentadbiran Negeri-negeri Melayu

 

18. Berikut berkenaan dengan maklumat cara kewarganegaraan dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Perkara 14

Tiap - tiap orang yang lahir dalam Negeri Persekutuan pada atau pun selepas Hari Merdeka

Apakah cara kewarganegaraan berikut?

A. Naturalisasi                                                            B. Permohonan pendaftaran

C. Penguatkuasaan undang-undang                        D. Kebenaran Majlis Tertinggi Kabinet

 

19. Jawatankuasa persediaan fizikal ditubuhkan sebagai persediaan menyambut kemasyhuran kemerdekaan negara. Mengapakah kerajaan menubuhkan jawatankuasa tersebut?
A. Menyebarkan risalah kepada penduduk

B. Menyediakan pelbagai kemudahan asas

C. Menerima cadangan atur cara sambutan

D. Mewujudkan identiti negara yang merdeka

 

20. Maklumat berikut berkaitan dengan penurunan bendera Union Jack.

Bendera Union Jack telah diturunkan dengan diiringi lagu God Save The Queen pada malam 30 Ogos 1957

Apakah kepentingan peristiwa tersebut?

A. Mengesahkan kedaulatan Raja-raja Melayu

B. Menandakan penamatan penjajahan British

C. Memberi penghormatan kepada kerajaan British

D. Mengukuhkan kedudukan istimewa orang Melayu

 

21. Mengapakah kedaulatan penting bagi sesebuah negara?
A. Mewujudkan kesejahteraan rakyat

B. Menjadikan kuasa politik unggul di dunia

C. Menunjukkan kekuatan angkatan tentera

D. Membuktikan dasar luar mengikut situasi semasa

 

22. Ilustrasi berikut menggambarkan masyarakat majmuk di negara kita. Bagaimanakah pemerintah mengekalkan perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat?
A. Menubuhkan parti berasaskan kaum

B. Menggubal undang-undang perpaduan kaum

C. Membina petempatan kampung baru

D. Membangunkan kemudahan infrastruktur

 

23. Pilih pasangan yang tepat berkenaan badan penggubal undang-undang di negeri-negeri Melayu pada tahun 1946.

 

Negeri

Badan penggubal

A

Negeri-Negeri Selat

Majlis Undangan Negeri

B

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

Majlis Negeri

C

Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu

Majlis Persekutuan

D

Sabah Dan Sarawak

Majlis Tertinggi

 

24. Perlembagaan negara kita telah dipinda pada tahun 1963 dan 1965. Mengapakah perlembagaan tersebut dipinda?
A. Mengelakkan tekanan pihak luar

B. Memenuhi permintaan Kerajaan negeri

C. Mengikut perubahan ekonomi semasa

D. Menyesuaikan dengan keperluan semasa

 

25. Undang-undang berikut digubal sebelum Perang Dunia Kedua.

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 

Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu 1911

Apakah persamaan kedua-dua undang-undang tersebut?

A. Raja berkuasa mutlak                                B. Kerajaan dipilih oleh rakyat

C. Pemerintahan Raja Berperlembagaan      D. Menteri Besar menguasai pentadbiran

 

26. Maklumat berkenaan dengan kebebasan asasi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Kebebasan Bersuara, Berhimpun, dan Berpersatuan.

Setiap warganegara berhak kepada kebebasan bersuara, berhimpun secara aman dan membentuk persatuan

Mengapakah kebebasan asasi tersebut tidak bersifat mutlak?

A. Menggalakkan penubuhan parti politik              B. Membendung pencerobohan musuh

C. Menggalakkan percambahan idea                                   D. Memastikan ketenteraman awam

 

27. Antara yang berikut, perkara yang manakah terletak di bawah bidang Kuasa Kerajaan Persekutuan?
A. Perubatan dan kesihatan               B. Pertanian dan perhutanan

C. Kebudayaan dan sukan                 D. Undang-undang Islam

 

28. Jadual berikut menunjukkan kerjasama kerajaan untuk membangunkan kesejahteraan rakyat.

Kerajaan

Program pembangunan

Persekutuan

Rumah Mesra Rakyat

Perbadanan Perumahan 1 Malaysia ( PRIMA )

Negeri

Rumah Selangorku

Rumah Mampu Milik Johor

 

Apakah sumbangan program tersebut terhadap golongan pertengahan?

A. Membangunkan kawasan baharu                        B. Meningkatkan pendapatan rakyat

C. Menyelesaikan masalah setinggan                       D. Menyediakan rumah mampu milik

 

29. Barisan Sosialis di Singapura menentang cadangan pembentukan Malaysia. Mengapakah parti tersebut berbuat demikian?
A. Penjajahan bentuk baharu

B. Penguasaan sumber ekonomi

C. Pakatan meluaskan pengaruh politik

D. Peluang menjatuhkan parti pembangkang

 

30. Tahun 1965-- Jeneral Suharto telah mengambil alih kuasa pemerintahan daripada Presiden Soekarno.

Apakah kesan daripada peristiwa berikut?

A. Perang dunia merebak                   B. Sistem beraja dipulihkan

C. Pakatan tentera dibentuk              D. Dasar konfrontasi berakhir

 

31. Kerajaan melaksanakan dua kaedah, iaitu gerakan perang saraf dan operasi ketenteraan bagi mengatasi ancaman komunis. Bagaimanakah kerajaan mengatasi ancaman komunis melalui perang saraf?
A. Memberi tawaran pengampunan             B. Mengisytiharkan perintah darurat

C. Mendirikan penempatan baharu              D. Memperbesar pasukan keselamatan

 

32. Isu berikut dihadapi oleh negara kita pada awal kemerdekaan.

Terlalu bergantung kepada eksport getah dan bijih timah

Bagaimanakah kerajaan mengatasi isu tersebut?

A. Menarik kemasukan pelabur luar

B. Melibatkan kerjasama sektor swasta

C. Meningkatkan pengeluaran bijih timah

D. Mempelbagaikan pengeluaran komoditi negara

 

33. Maklumat berkenaan dengan cadangan tambahan Laporan Rahman Talib.

Penekanan kepada mata pelajaran Sejarah 

Mewajibkan mata pelajaran Tatarakyat

Mengapakah Laporan Rahman Talib mengemukakan cadangan tersebut?

I mengurangkan murid gagal mata pelajaran sejarah

II memperkukuh semangat kesetiaan terhadap negara

III mempukukuh persefahaman antara kaum

IV meningkatkan murid memasuki sekolah akademik

A I dan II         B I dan IV        C II dan III      D III dan IV

 

34. Logo berikut diperkenalkan sempena sambutan 50 tahun Rukun Negara.
Apakah maksud bulan dan bintang dalam logo tersebut?

A. Keluhuran perlembagaan              B. Kepercayaan kepada Tuhan

C. Kedaulatan undang-undang         D. Kesetiaan kepada raja dan negara

 

35. Matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah untuk mencapai perpaduan dan kesejahteraan kaum. Apakah strategi yang digunakan untuk mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB)?
A. Memajukan pertanian masyarakat luar bandar

B. Mengurangkan jurang sosioekonomi yang wujud antara kaum

C. Membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan rakyat

D. Memperkenalkan pertanian dan perindustrian moden di Malaysia

 

36. Rajah berikut merujuk kepada strategi Dasar Pembangunan Nasional (DPN) untuk membasmikan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
STRATEGI DPN

-ekonomi

-Sosial

-Kemudahan fizikal dan alam sekitar

Apakah strategi DPN dalam bidang ekonomi?

A. Menambah baik kemudahan asas

B. Meningkatkan pemilikan saham bumiputera

C. Membentuk masyarakat yang berdisiplin dan progresif

D. Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian

 

37 Apakah faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia?
A Pengurusan pentadbiran sistematik          B Kerjasama antara negara serantau

C Hubungan perdagangan                            D Keperluan nasional

 

38 Antara berikut, yang manakah membuktikan negara Komanwel merupakan rakan dagang Malaysia yang utama?

I Menyediakan kemudahan kredit

II Membuka pelaburan ke negara luar

III Memudahkan eksport barang ke semua negara

IV Mengenakan kadar cukai yang rendah

A I dan II         B I dan IV        C II dan III      D III dan IV

 

39 Malaysia menyertai OIC yang dianggotai oleh 57 buah negara Islam. Apakah tugas utama Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dalam pertubuhan OIC ?
A. Menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama

B. Menggalakkan masyarakat Islam di seluruh dunia patuh ajaran Islam

C. Memastikan masyarakat Islam di seluruh dunia mendapat pembelaan

D. Menjadi pengerusi pertama Kongres Islam Sedunia Rantau Asia Tenggara

 

40 Rakyat Malaysia turut aktif terlibat dalam aktiviti kesukarelawanan bagi membantu golongan yang tidak bernasib baik yang disebabkan peperangan seperti di Syria.

Apakah bentuk bantuan yang disalurkan oleh sukarelawan tersebut?

A. Bantuan kewangan                                   B. Sumbangan derma

C. Pendidikan percuma                      D. Penyaluran ubat-ubatan

LATIHAN SEJARAH T5

 SET 12

1 Rajah berikut menunjukkan ciri-ciri Kesultanan Melayu Melaka.

Ciri kesultanan Melayu Melaka

-         X

-         Rakyat

-         Kedaulatan

-         Lambang kebesaran

Apakah X?

A Raja             B Kerajaan      C Pemerintahan         D Sultan

 

2 Maklumat berikut berkaitan dengan peraturan jenayah dalam Hukum Kanun Melaka.

FASAL 4 - Hukuman Bunuh

Apakah kesalahan yang boleh dijatuhkan hukuman tersebut?

A Mengubah haluan pelayaran        B Membunuh di atas kapal

C Mengingkari arahan raja               D Menyamar menjadi pembesar

 

3 Jadual berikut berkait dengan peristiwa perjuangan rakyat British di England pada abad ke-17.
1688 – revolusi tercetus kerana Raja James II telah membelakangkan parlimen semasa membuat undang-undang

Mengapakah peristiwa tersebut dikenali sebagai Revolusi Keagungan?

A Peralihan kuasa berlaku dengan aman

B Penentangan melibatkan seluruh rakyat

C Perjuangan memulihkan kuasa raja

D Penghapusan sistem birokrasi

 

4 Maklumat berikut berkaitan nasionalis Tanah Melayu pada penghujung abad ke-19 dan
awal abad ke-20.
      -    Tok Janggut

-         Dato Maharaja Lela

-         Haji Abdul Rahman Limbong

Apakah matlamat perjuangan tokoh di atas?

A Menggerakkan pembaharuan pentadbiran

B Mendaulatkan wilayah masing-masing

C Mempertahankan golongan intelektual

D Menghasilkan karya nasionalisme

5 Bagaimanakah Adolf Hitler mengembalikan maruah bangsa dan negaranya selepas Perang Dunia Pertama?
A Membina angkatan tentera                                   B Melaksanakan pilihan raya

C Memulihkan krisis pencerobohan             D Membangunkan industri baru

 

6 Pilih jawapan yang tepat berkaitan dengan sumbangan pasukan berikut.
A. Force 136 Ulu Perak- membentuk gerila Melayu Perak

B. Force 136 Kedah- menubuhkan Askar Melayu Setia

C. Force 136-MPAJA – menubuhkan Rejimen Askar Melayu

D. Force 136 Pahang- membentuk Wataniah Pahang

 

7 Parlimen British telah meluluskan Kertas Putih 6274 yang mengandungi 13 perkara berkaitan gagasan Malayan Union.

Apakah perkara yang terkandung di dalam kertas tersebut?

A Penentuan bentuk pentadbiran                 B Penubuhan pertubuhan kebangsaan

C Pembubaran Parti Komunis Malaya          D Penyertaan Singapura dalam gagasan

 

8 Senarai berikut menunjukkan persatuan di Sarawak.
           Barisan Pemuda Sarawak   ( BPS )

·         Pergerakan Pemuda Sarawak  (  PPM)

·         Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak  (PKMS )

Apakah reaksi pertubuhan tersebut terhadap pengambilan Sarawak oleh Kerajaan British?
I Mengadakan demonstrasi                           II Memulau pentadbiran British
III Membuat rundingan tertutup                  IV Menghantar surat bantahan

A I dan II         B I dan IV        C II dan III      D III dan IV

 

Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan pada 25 Julai 1946 bagi membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Apakah cadangan yang dikemukakan oleh jawatankuasa tersebut?

A Menetapkan hari cuti negeri

B Membentuk Majlis Eksekutif

C Mengetatkan syarat kewarganegaraan

D Melantik Gabenor mengetuai pentadbiran

 

10 Apakah kesan penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities
Liaison Committee (CLC) kepada negara kita?

 

A Memperkukuh pertahanan negeri

B Memberi latihan dalam pentadbiran

C Mengembalikan status Raja-raja Melayu

D Memupuk persefahaman antara pemimpin

 

11. 16 Jun 1948 – pembunuhan tiga orang pengurus ladang British di Sungai Siput , Perak

Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?

A Memperkenalkan Rancangan Briggs        B Mengharamkan Parti Komunis Malaya

C Memperkukuhkan pasukan keselamatan D Melaksanakan Undang-Undang Darurat

 

12 Berikut menunjukkan anggota Cawangan Khas yang sedang merancang strategi untuk memerangi komunis.
Apakah kaedah yang digunakan untuk menjayakan operasi tersebut?

A Risikan                     B Rundingan               C Membina kubu       D Serangan gerila

 

13 Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah pada tahun 1951.
Apakah tanggungjawab anggota Sistem Ahli?
A Melonggarkan syarat kewarganegaraan

B Mencadangkan undang-undang berkaitan jabatan

C Memastikan keadilan agihan kekayaan negara

D Melaksanakan pilihan raya dengan sistematik

 

14 Bagaimanakah Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 menjadi asas kepada pembentukan  sistem pendidikan kebangsaan?

I  Memperbanyak sekolah vernakular
II Melalui sukatan pelajaran yang seragam
III Penggunaan bahasa pengantar yang sama
IV Pelajaran percuma kepada semua pelajar

A I dan II         B I dan IV        C II dan III      D III dan IV

 

15 En Ali berhajat untuk menjadi calon Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
Syarat manakah yang tidak perlu dipenuhi oleh Encik Ali?
A Berumur 21 tahun ke atas

B Warganegara Persekutuan Tanah Melayu

C Berpengetahuan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

D Tinggal di Persekutuan Tanah Melayu dalam tempoh 6 bulan terdahulu

 

16 Apakah jawatan yang disandang oleh Dato’ Abdul Razak Hussein dalam kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu?
A Menteri Buruh                                B Menteri Pelajaran

C Menteri Kesihatan                          D Menteri Pengangkutan

 

17 Maklumat berikut berkaitan usaha ke arah kemerdekaan di negara kita.
X – mengadakan perjumpaan sebanyak 118 kali

-         Mengkaji dan membuat cadangan berkaitan perlembagaan

Apakah X?

A Suruhanjaya Reid                           B Majlis Raja-Raja

C Kabinet Pertama                             D Sistem Ahli

 

18 Pernyataan berikut berkaitan dengan agama Islam.

Agama Islam ialah agama rasmi Persekutuan.

Apakah bukti penyataan di atas?

A Tanah Melayu mempunyai ramai orang Islam

B Agama Islam telah disebarkan oleh pedagang

C Termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan

D Melaka menjadi pusat penyebaran agama Islam

 

19 Apakah peranan Jawatankuasa Sambutan dalam persediaan menyambut pemasyhuran
kemerdekaan negara?
A Mendirikan Stadium Merdeka                   B Membuat tempahan bendera

C Menggubah lagu Negaraku                       D Memilih bunga kebangsaan

 

20 Peristiwa berikut dilakukan semasa sambutan kemerdekaan negara kita pada 31 Ogos 1957.

Sebanyak 101 das tembakan dilepaskan.

Apakah simbolik tembakan tersebut?

A Keamanan tercapai                                                B Rakyat bersatu padu

C Negara yang berdaulat                               D Memperolehi kemenangan

21 Apakah takrif kedaulatan mengikut Bahasa Yunani?
A Kekuasaan tertinggi pada raja                               B Negara yang bebas dan merdeka

C Kerajaan bertindak sebagai pemerintah                D Negara berkuasa terhadap pemerintahan

 

22. Berikut merujuk sampul surat hari pertama Pos Malaysia berkaitan dengan
kepelbagaian budaya dan adat resam kaum di Malaysia.
Apakah mesej yang diperoleh daripada sampul surat tersebut?

A Menunjukkan keunikan negara                B Mengadakan kunjung-mengunjung

C Mematuhi undang-undang negara           D Mengekalkan perpaduan kaum

 

23 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 bermodelkan Westminster.
Antara berikut manakah yang menjadi terma rujukan utama Perjanjian Persekutuan 1957?
A Kewarganegaraan yang sama

B Ketelusan dalam perkhidmatan awam

C Kedudukan Pesuruhjaya Tinggi British

D Keseragaman bentuk pentadbiran negara

 

24 Maklumat berikut berkaitan ketua Negeri Sarawak.

Apabila Malaysia dibentuk, Sarawak diketuai oleh Yang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanakah Yang di-Pertua Negeri tersebut menjalankan tugas?

A Mengikut Perlembagaan negeri                 B Mengikut perintah kerajaan pusat

C Mengikut peruntukan sedia ada                D Mengikut nasihat Majlis Tertinggi

 

25 Jadual berikut berkaitan dengan penjajahan British di negeri-negeri Melayudi Negeri-negeri Melayu dan cara pentadbiran.
- Negeri Melayu Bersekutu – Sistem Residen

-Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu- X

Apakah pentadbiran X?

A Sistem Penasihat                 B Sistem Birokrasi

C Sistem Republik                   D Sistem Tirani

26 Dialog berikut contoh situasi berlaku dalam badan eksekutif.

Menteri A: Saya tak setuju dengan keputusan mesyuarat tadi.
Menteri B: Saya juga tak sokong dengan keputusan dasar kerajaan tadi.

Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh menteri tersebut?

A Meletakkan jawatan                       B Meninggalkan dewan

C Membatalkan mesyuarat               D Mengemukakan bantahan

 

27 Jadual berikut menunjukkan pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri.Pasangan manakah yang betul?

 

KERAJAAN PERSEKUTUAN

KERAJAAN NEGERI

A

Hari cuti negeri

Kewangan

B

Kewarganegaraan

Pertanian dan perhutanan

C

Biasiswa

Perumahan

D

Pertahanan

Kebajikan awam

 

28 Bagaimanakah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bekerjasama dalam penyediaan perumahan rakyat?
A Kerajaan Negeri melaksanakan Program Perumahan Rakyat

B Kerajaan Persekutuan menubuhkan agensi pembangunan negeri

C Kerajaan Persekutuan memperkenalkan Perumahan Awam Kos Rendah

D Kerajaan Negeri menyediakan tanah yang dijual pada harga yang rendah

 

29 Cadangan pembentukan Malaysia mendapat reaksi pelbagai daripada penduduk Sarawak dan Sabah.
Mengapakah penduduk Sabah menentang rancangan pembentukan Malaysia?
A Dipengaruhi Parti Komunis Malaya

B Keinginan untuk mendapatkan kemerdekaan secara berasingan

C Menganggap Sabah perlu merdeka bersama-sama dengan Filipina

D Pemimpin-pemimpin Sabah berhasrat untuk menubuhkan Melayu Raya

 

30 Tentera Indonesia telah melakukan serangan di Johor, Sabah dan Sarawak dalam dasar konfrontasi.

Bagaimanakah tindakan Malaysia menangani isu serangan tersebut?

A Mengadakan rundingan damai                 B Menuntut campur tangan Brunei

C Melaksanakan sekatan ekonomi               D Membawa isu ke Majlis Keselamatan PBB

 

31 Apakah tujuan Strategi Counterinsurgency (COIN) dijalankan?
A Menamatkan ancaman komunis               B Memulihkan kepercayaan rakyat

C Membasmi kemiskinan penduduk             D Memajukan ekonomi negeri

 

32 Senarai berikut berkaitan isu pembangunan ekonomi yang dihadapi negara kita.
- peluang pekerjaan yang terhad

-         Kadar pengangguran meningkat

Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi isu tersebut?

A Memberi bantuan kewangan

B Menubuhkan lebih banyak kilang

C Menambahkan pengambilan pelajar universiti

D Meluaskan peluang pekerjaan kepada rakyat

 

33 Apakah kesan pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan terhadap negara?

I Menyediakan tenaga kerja mahir                           II Memperkukuhkan perpaduan rakyat
III Menggalakkan kemasukan modal asing              IV Meningkatkan kualiti perkhidmatan

A I dan II         B I dan IV        C II dan III      D III dan IV

 

34 Mengapakah seluruh warganegara Malaysia perlu menghayati prinsip Rukun Negara?
A Identiti negara                    B Teras nasional

C Falsafah hidup                    D Nilai kerakyatan

 

35 Agensi kerajaan berikut telah ditubuhkan dalam Rancangan Malaysia Kedua.
LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

Apakah peranan agensi tersebut?

A Mengawal selia sektor pertanian

B Membantu dalam penyelidikan pertanian

C Melibatkan petani dalam kegiatan koperasi

D Menjalankan penyelidikan terhadap pertanian

 

36 Langkah menyusun semula masyarakat dilakukan dengan pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Bagaimanakah usaha ini dilaksanakan?

A Pemberian subsidi oleh kerajaan               B Penyertaan bumiputera dalam IKS

C Peruntukan pelaburan saham                   D Penswastaan projek

 

37 Perkembangan politik, ekonomi dan sosial antabangsa yang sentiasa berubah telah
mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia.
Bagaimanakah keadaan ini ditangani?
A Menyertai pertubuhan Komanwel

B Meningkatkan kemajuan dalam sistem ekonomi

C Mengubah dasar daripada probarat kepada tidak berpihak

D Menjalinkan hubungan dengan negara sedang membangun

 

38 Negara Komanwel merupakan antara rakan dagang Malaysia.

Apakah manfaat yang diperolehi hasil hubungan ini?

I Bantuan pertahanan                                               II Cukai yang rendah dikenakan
III Kemudahan kredit dan bantuan dana     IV Program latihan untuk kakitangan awam

A I dan II         B I dan IV        C II dan III      D III dan IV

 

39 Tunku Abdul Rahman telah mencetuskan idea penubuhan pertubuhan OIC
pada tahun 1971.

Apakah matlamat penubuhan pertubuhan tersebut?

A Mengekalkan keamanan dunia

B Menjaga kepentingan masyarakat Islam

C Meningkatkan hubungan perdagangan

D Memperjuangkan hak asasi manusia

 

40 Senarai berikut merupakan NGO yang mewakili Malaysia dalam misi kemanusiaan di
Syria.
- Organisasi Humanitarian Care Malaysia

-         Cinta Syria Malaysia

Apakah sumbangan NGO tersebut?
I Membina rumah                                          II Melancarkan kempen
III Memberi bantuan kemanusiaan              IV Membina infrastruktur yang rosak

A I dan II         B I dan IV        C II dan III      D III dan IV