CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 26 Ogos 2025

SEJ SPM K1 SET 1

 

Soalan sejarah

 1 Bagaimanakah Kesultanan Johor-Riau meneruskan ciri-ciri negara bangsa dari Kesultanan Melayu Melaka?

A Menjaga hubungan dengan Kerajaan Melayu Kedah

B Menjalinkan hubungan baik dengan kuasa Barat

C Meluaskan wilayah pengaruh di Srivijaya

D Menekankan kepentingan Islam

 Rajah 1 berikut menggambarkan hierarki sosial Kesultanan Melayu Melaka

 Dalam hierarki ini, sultan akan menjamin kesejahteraan rakyat Melaka. Sebagai timbal baliknya,

apakah peranan rakyat? 


Sultan dan pembesar

rakyat

 I Menumpahkan taat setia                   II Mematuhi undang-undang

III Mengesahkan arahan Sultan                      IV Meluaskan wilayah pengaruh

A I dan II        B I dan IV       C II dan III     D III dan IV

 3 Pada tahun 1928, Kongres Pemuda Indonesia melahirkan ikrar “Sumpah Pemuda” berikut dan menjadi tonggak nasionalisme Indonesia

Apakah asas yang terkandung dalam sumpah tersebut?

A Satu rumpum                       B Satu suara                C Satu agama              D Satu tanah air

 

Perkembangan nasionalisme dalam dan luar negara telah menyemarakkan pergerakan nasionalisme di negara kita

 4 Apakah kesan perkembangan tersebut kepada perjuangan intelektual negara kita?

A Penentangan secara sulit                             B Penubuhan persatuan-persatuan

C Kemunculan persaudaraan sejagat              D Kewujudan perlembagaan setiap negeri

 5 Apakah kesan peperangan berikut terhadap Eropah?

Tahun Peperangan 1914 - 1918

Perang Dunia Pertama

A Pakatan tentera dibentuk                             B Pemerintahan beraja tamat

C Kerjasama antara etnik diperkukuh            D Keperluan bahan mentah meningkat

 6 Jerman telah melanggar syarat-syarat Perjanjian Versailles yang ditandatangani pada tahun 1919. Bagaimanakah negara tersebut melanggar syarat- syarat Perjanjian Versailles?

A Memperkuat angkatan tentera                    B Menjalinkan kerjasama dengan Rusia

C Mengeksport senjata ke luar negara            D Menyertai Pakatan Bertiga

 7 Mengapakah Raja-raja Melayu menentang pengenalan Malayan Union?

A Membantah pelaksanaan cukai                   B Mengelak kemasukan imigran

C Menolak kemasukan budaya luar               D Menentang penjajahan secara mutlak

 

8 Apakah faktor yang mempengaruhi penyerahan Sarawak oleh Vyner Brooke kepada British?

 A Selaras dengan Perlembagaan 1941           B Vyner Brooke memungkiri janji

 C Desakan kerajaan British                            D British melantik Gabenor Sarawak

 9 Maklumat berikut berkaitan dengan Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan pada tahun 1946. Tarikh                               Ahli Jawatankuasa

25 Julai 1946               • Pemimpin UMNO

• Wakil Raja - raja Melayu

• Pegawai Kanan British

Apakah tujuan penubuhan jawatankuasa tersebut?

A Membincangkan bidang kuasa raja

B Merangka asas Perjanjian Persekutuan

C Mengawal kemasukan golongan radikal

D Membentuk perlembagaan Malayan Union

 10 Mengapakah British bersetuju menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

A Penentangan golongan radikal

B Pengaruh daripada orang dagang

C Pembubaran Majlis Mesyuarat Negeri

D Perpaduan dalam kalangan orang Melayu

 11 Gambar 1 menunjukkan keganasan komunis di Tanah Melayu.

Mengapakah komunis bertindak demikian?

A Mengugat proses kemerdekaan                  B Melumpuh aktiviti ekonomi

C Melindungi penduduk pedalaman               D Memecahbelah penduduk tempatan

 Darurat memberi kesan jangka panjang terhadap negara kita dari aspek politik dan sosioekonomi. Penamatan zaman darurat di seluruh negara berkuat kuasa mulai 31 Julai 1960. Dengan itu berakhirlah zaman darurat yang berlangsung selama 12 tahun di negara kita.

 

12 Apakah peristiwa yang dapat dikaitkan dengan kesan darurat di atas?

A Tindakan konfrontasi dari Indonesia

B Memperkenalkan rancangan ekonomi

C Usaha ke arah rundingan kemerdekaan dipercepatkan

D Parti Komunis Malaya menerima syarat rundingan Baling

 13 Jadual 1 merupakan usaha orang Melayu menentang Malayn Union.

 TAHUN                      PERISTIWA               TEMPAT

1- 4 Mac 1946 Kongres Melayu                     Kelab Sultan Sulaiman

JADUAL 1

Apakah kesan peristiwa tersebut?

A Penubuhan UMNO

B Pengiktirafan gologan radikal

C Pemalauan tehadap Malayan Union

D Persatuan melayu semakin berkembang

 14 Mengapakah Jawatankuasa Pelajaran 1956 dapat memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat di Tanah Melayu.

A Persekolahan mengikut aliran

B Kurikulum bercorak kebangsaan

C Memperkasa sekolah vernacular

 D Sistem pendidikan percuma kepada semua pelajar

 

15 Apakah X?

-          Pilihan Raya Majlis Perbandaran George Town 1951

-          Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 1952

-          Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955

-          Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuching 1956

-          X – 1954

A Pilihan Raya Negeri                        B Pilihan Raya Negeri-negeri Selat

C Pilihanraya kerajaan tempatan        D Pilihanraya kecil

 

13 Jadual 1 merupakan usaha orang Melayu menentang Malayn Union.

 

TAHUN                      PERISTIWA                           TEMPAT

1- 4 Mac 1946             Kongres Melayu         Kelab Sultan Sulaiman

 

JADUAL 1 Apakah kesan peristiwa tersebut?

 

A Penubuhan UMNO                                     B Pengiktirafan gologan radikal

C Pemalauan tehadap Malayan Union           D Persatuan melayu semakin berkembang

 

16 Mengapakah Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu 1955 penting kepada negara kita?

A Menunjukkan kompromi antara kaum        B Pertambahan kuasa pesuruhjaya Tinggi

C Mengukuhkan kuasa Raja-raja Melayu      D Penyatuan parti politik

 

17 Maklumat berikut berkaitan rundingan antara wakil Tanah Melayu dengan British.

 

Rundingan London

· Pengerusinya Lord Lennox- Boyd

 · Berlangsung dari 18 Januari hingga 6 Februari 1956

· Diwakili oleh Raja-raja Melayu, pemimpin tempatan dan British

Apakah hasil rundingan tersebut?

A Penubuhan Parti Perikatan                          B Perlaksanaan pilihan raya umum

C Pengekalan hak istimewa orang Melayu    D Pemberian taraf berkerajaan sendiri

 

18 Mengapakah keahlian Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada tokoh-tokoh luar negara?

A Pelaksanaan proses demokrasi                    B Tuntutan rakyat tempatan

 C Menjamin keadilan                                    D Menjaga keamanan

 

 

19 Gambar 2 merujuk laungan “MERDEKA” oleh Tunku Abdul Rahman sebanyak tujuh kali dan diakhiri dengan 101 das tembakan dilepaskan di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957.

 

Gambar 2

Apakah simbolik 101 das tembakan dilepaskan pada sambutan tersebut?

A Melambangkan sambutan yang gilang gemilang

B Menandakan Persekutuan Tanah Melayu berdaulat

C Menggambarkan kekuatan pasukan keselamatan

D Mengiktiraf Queen Elizabeth II sebagai payung Negara

 

20

Malay National Bank

· Bank Negara Malaysia

· Kwong Yik Bank

Apakah kepentingan penubuhan institusi kewangan tempatan tersebut?

A Mewujudkan persaingan sihat dalam industri

B Menimba pengalaman dalam perbankan

C Menggalakkan kestabilan kewangan

D Menjana kekayaan melalui pelaburan

 

21 Perlembagaan Persekutuan merupakan sistem perundangan tertinggi yang menjadikan Malaysia sebuah negara berdaulat. Apakah kepentingan perlembagaan tersebut terhadap wargenegara Malaysia?

I Menjamin keselamatan rakyat

II Melicinkan pentadbiran kerajaan

III Mengawal pertambahan penduduk

IV Memberi kebebasan memilih kerakyatan

 

A I dan II        B I dan IV       C II dan III      D III dan IV

 

22 Pemerintah dan rakyat memainkan peranan penting dalam mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia. Pernyataan manakah yang menerangkan peranan tersebut?

Pemerintah Rakyat

A Mewujudkan pentadbiran yang cekap Menggubal dasar dan undang-undang

B Mematuhi undang-undang negara Merangka program perpaduan kaum dan intergrasi nasional

C Memastikan agihan sumber secara adil dan saksama Melaksanakan undang-undang mengikut perlembagaan negara

D Memperuntukkan perbelanjaan untuk program Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan

 

23 Apakah tujuan Brirish memperkenalkan Charter of Justice di Negeri-negeri Selat?

A Mengukuhkan perpaduan               B Mengukuhkan kedudukan penjajah

C Melindungi penduduk asal              D Menghapuskan kuasa raja

 

24 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dipinda pada tahun 1963 dan 1965. Apakah rasional pindaan tersebut?

A Perubahan politik dalam negara                 B Atas permintaan Majlis Raja-raja Melayu

C Mengekalkan keluhuran perlembagaan      D Desakan daripada pihak British

 

25 Berikut adalah majlis yang dibentuk selepas penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1897.

DURBAR

Apakah fungsi majlis tersebut?

A Membincang hal agama dan adat

B Membincangkan hal ehwal pentadbiran

C Menggubal undang-undang Persekutuan

D Melantik ahli Jemaah Menteri Persekutuan

 

26 Pernyataan berikut berkaitan dengan badan eksekutif pada peringkat Kerajaan Persekutuan.

Jemaah Menteri terdiri daripada Perdana Menteri dan Menterimenteri yang memegang portfolio tertentu.

Apakah peranan badan tersebut?

A Meluluskan sistem cukai baru

B Melaksanakan dasar-dasar negara

C Menggubal undang-undang negara

D Mengadili pertikaian antara pemerintah dengan rakyat

 

27 Antara berikut, perkara manakah yang terletak di bawah bidang kuasa dalam Senarai Bersama?

 I Pelajaran      II Perumahan III Kebudayaan dan sukan      IV Keselamatan dalam negeri

 

A I dan II        B I dan IV       C II dan III      D III dan IV

 

28 Maklumat berikut berkaitan dengan kerjasama sosioekonomi Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri melalui Pembangunan Koridor Wilayah berlandaskan projek pembangunan.

Tahun              Rancangan Pembangunan Koridor Wilayah Wilayah Liputan

2007    Wilayah Ekonomi Pantai Timur atau Esat Coast Economic Region (ECER) Pahang, Terengganu, Kelantan, Daerah Mersing, Johor.

 

Bagaimanakah peranan Kerajaan Negeri dalam mencapai matlamat tesebut?

A Bantuan kepakaran             B Bantuan kewangan

C Penyediaan buruh                D Penyediaan tanah

 

29 Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM) ditubuhkan pada 23 Julai 1961 semasa Persidangan Ahli-ahli Parlimen Komanwel di Singapura. Apakah tujuan penubuhan jawatankuasa tersebut?

A Mengumpul pandangan tentang pembentukan Malaysia

B Menyedia rangka perlembagaan Persekutuan Malaysia

C Mencadangkan kuasa autonomi kepada Sabah dan Sarawak

D Mengekalkan kuasa imigresen kepada Sabah dan Sarawak

 

30 Pada 20 Januari 1963, Dr Subandrio (Menteri Luar Indonesia) mengumumkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia. Mengapakah Indonesia bertindak demikian.

A Desakan penjajahan barat               B Hasil referemdum rakyat

C Penguasaan kekuatan senjata          D Mengancam kedaulatan Negara

 

31 Dialog berikut menggambarkan situasi ancaman komunis di Sarawak.

A : Tuan, komunis mula membunuh orang awam di negeri ini.

B : Ya, benar. kerajaan Malaysia telah berusaha mengatasi ancaman tersebut.

Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia dalam mengatasi ancaman tersebut?

A Akta Keselamatan Dalam Negeri               B Perjanjian Kerjasama Sempadan

C Strategi Counterinsurgency                         D Operasi Hammer

 

32 Yang di-Pertuan Agong memperkenankan penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan tangggungjawab MAGERAN?

A Menentukan pentadbiran yang licin           B Membenar penerbitan akhbar tempatan

C Mengisytiharan darurat                               D Memajukan ekonomi

 

33 Logo slogan dibawah telah dilancarkan pada tahun 1960 untuk mengukuh pembinaan masyarakat yang bersatu padu melalui bahasa.

Bagaimanakah Bahasa Melayu dapat dimartabatkan sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu?

A Pengenalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

B Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka

C Menubuhkan institusi pengajian tinggi swasta

D Mengiktiraf institusi pendidikan antarabangsa

 

34 Maklumat berikut ialah kejayaan Malaysia menganjurkan pelbagai jenis sukan di peringkat serantau dan antarabangsa.

-          Hoki Piala Dunia

-          Sukan Komanwel

-          Piala Thomas

Apakah kepentingan penganjuran sukan tersebut terhadap Malaysia?

A Memantapkan semangat kenegerian           B Memupuk semangat perpaduan

C Menjamin kebebasan bersuara                    D Mempertahan sistem sosial

 

35 Mengapakah Amanah Saham Nasional dan Amanah Saham Bumiputera diperkenalkan.

A Melahirkan tenaga kerja mahir                   B Memajukan industri kecil dan sederhana

C Meningkatkan taraf hidup rakyat                D Menambah pemilikan saham

 

36 Selepas Dasar Ekonomi Baru berakhir pada tahun 1990, usaha-usaha yang dilaksanakan melalui DEB diteruskan melalui Dasar Pembangunan Nasional (DPN). Apakah matlamat yang ingin dicapai melalui DPN?

A Kerjasama melalui sistem pendidikan

B Perpaduan melalui pengagihan kekayaan

C Memajukan pertanian masyarakat luar bandar

D Memperkenalkan pertanian dan perindustrian moden

 

37 Rajah dibawah berkaitan dengan perkembangan Dasar Luar Malaysia. Perkembangan Pertama Perkembangan Kedua

 

Dasar Pro Barat Dasar menjalin hubungan dengan negara lain tanpa ideologi

 

Mengapakah perubahan tersebut berlaku?

A Mendukung arahan kuasa besar dunia        B Menghapuskan pengaruh komunis

C Melindungi kepentingan nasional               D Membendung kejatuhan harga komoditi

 

38 Senarai berikut adalah pertubuhan antarabangsa yang disertai oleh Malaysia.

OIC · NAM · Komanwel

 

 Apakah faedah yang Malaysia perolehi dalam pertubuhan tersebut?

I Ekonomi Maju                                  II Keselamatan terjamin

III Identiti bangsa mantap                   IV Bantuan kewangan

A I dan II        B I dan IV       C II dan III     D III dan IV

 

39 Bagaimanakah Malaysia dengan Indonesia menyelesaikan isu tuntutan bertindih Pulau Sipadan dan Ligitan?

A Menyertai mesyuarat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

B Menjalin kerjasama dengan Polis Antarabangsa (INTERPOL)

C Melalui keputusan Mahkamah Antarabangsa

D Menghadiri forum ASEAN-China

 

40 Gambar 3 menunjukkan logo kerjasama ASEAN Free Trade Area – AFTA (Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN).

Gambar 3 Bagaimanakah kerjasama ini dilaksanakan?

A Monopoli pasaran barangan                        B Menjamin keselamatan negara

C Mengurangkan cukai barangan                   D Menambat kadar mata wang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan