CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 26 Ogos 2025

SEJ SPM K1 SET 4

 

SET 4

 

1. Maklumat di bawah berkaitan peranan pemerintah dan rakyat. Apakah tanggungjawab rakyat terhadap pemerintah dalam kerajaan Kesultanan Melayu Melaka?

 

Captionless Image

A Membekalkan tenaga kerja

B Menghadiri majlis umum

C Mengutip hasil melalui sistem serah

D Memelihara keamanan dan kebajikan

 

2. Kegagalan Gerakan Propaganda pimpinan Jose Rizal telah mencetuskan idea nasionalisme yang lebih radikal di Filipina. Apakah tindakan yang diambil bagi mencapai matlamat perjuangannya?

A Melancarkan revolusi

B Mengadakan tunjuk perasaan

C Menubuhkan persatuan anti penjajah

D Membesarkan angkatan tentera

 

3. Maklumat berikut berkaitan tokoh nasionalis lepasan Maktab Melayu Kuala Kangsar.  Raja Chulan Raja Abdullah  Mahmut Mat  Mohammad Eunos Abdullah. Apakah yang diperjuangkan oleh golongan ini?

I menuntut kebebasan daripada penjajah       

II membaiki taraf hidup orang Melayu

III membuka peluang pekerjaan orang Melayu         

IV mendaulatkan Bahasa melayu sebagai Bahasa rasmi

A I dan II        B I dan IV       C II dan III     D III dan IV

 

4.  Mengapakah Perang Dunia Pertama tercetus di Eropah pada tahun 1914?

A Pembentukan Kuasa Paksi

B Pembubaran Liga Bangsa-Bangsa

C Pencerobohan Jerman ke atas Rusia

D Pembunuhan bakal raja Austria-Hungary

 

5. Garis masa berikut menerangkan kemaraan tentera Jepun di Tanah Melayu. Apakah faktor yang menyumbang kepada kejayaan Jepun menakluki Tanah Melayu ?

15 Februari 1942 – menawan Singapura

11 Januari 1942 – menduduki Kuala Lumpur

8 Disember 1941 – pendaratan Jepun di Kelantan

A Tentera British berpaling tadah

B Sokongan orang dagang

C Strategi yang berkesan

D Pergolakan politik di Tanah Melayu

 

6.  Maklumat berikut berkaitan tindak balas orang Melayu terhadap Bintang Tiga. Apakah matlamat pembentukan Gerakan tersebut?                          

- orang Melayu Bersatu dan membentuk Gerakan Fi Sabilillah apabila Bintang Tiga mengancam institusi politik , kekeluargaab dan agama Islam

A Mempertahankan maruah bangsa               B Mengatasi masalah kemiskinan

C Memperjuangkan nasib petani                    D Mencapai kemerdekaan

 

7.  Bagaimanakah British Military Administration berusaha untuk memulihkan keamanan dan kestabilan di Tanah Melayu selepas pengunduran tentera Jepun?

A Memecat pegawai yang menyokong Jepun

B Menghantar pulang imigran Cina dan India

C Mengadakan pilihan raya umum untuk memilih kerajaan

D Membubarkan Malayan’s People Anti Japanese Army

 

8.  Mengapakah penyerahan Sabah kepada British tidak mendapat bantahan daripada penduduk tempatan?

A Tiada mempunyai ketua yang berkaliber                B Tidak memahami tujuan penyerahan

C British membangunkan ekonomi                            D Penduduk terhutang budi

 

9.  Jadual 1 berkaitan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.      

Tarikh – 25 Julai 1946

Jawatankuasa – Jawatankuasa Kerja      

Antara Cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa tersebut ialah

                      

I  semua negeri Melayu disatukan

II dewan undangan negeri ditubuhkan

III Singapura diasingkan daripada Persekutuan

IV Bahasa Melayu menjadi Bahasa kebangsaan

A I dan II        B I dan IV       C II dan III     D III dan IV

 

10.  Apakah faedah yang diperoleh orang Melayu melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?

A Kebebasan berpolitik                                  B Menguasai pentadbiran

C Menentukan kerakyatan                              D Kedudukan istimewa dilindungi

 

11. Maklumat berikut berkaitan dengan karya ideologi politik pada abad ke-19. Apakah persamaan idea yang terdapat pada karya tersebut?

- communist Manifesto

- das kapital

A Perinsip persamaan hak                              B Kerajaan bercorak republik

C Memiliknegarakan ekonomi                       D Pemerintahan berbentuk tirani

 

12.  Pada 18 Jun 1948, Undang-Undang Darurat telah dikuatkuasakan di seluruh Tanah Melayu. Apakah kesan pengisytiharan undang-undang tersebut?

 

A Pengukuhan perpaduan kaum                     B Pertambahan jumlah setinggan

C Pembesaran pasukan bersenjata                  D Peningkatan jumlah kewarganegaraan

 

13.  Maklumat berikut berkaitan dengan usaha ke arah kemerdekaan. Apakah peranan jawatankuasa ini dalam isu pendidikan?

Jawatankuasa hubungan antara kaum ( communities Liasison Committee )

Ditubuhkan pada januari 1949 bagi menghimpundkan pemimpin utama Masyarakat pelbagai kaum

A Mencadangkan sistem pendidikan yang seragam

B Mencadangkan penubuhan institusi pengajian tinggi

C Mencadangkan penubuhan sekolah pelbagai aliran

D Mencadangkan sistem peperiksaan mengikut jurusan

 

14. Maklumat berikut berkaitan dengan kemunculan parti politik selepas Perang Dunia Kedua.

Tarikh – Februari 1949

Parti – Malayan Chinese Association ( MCA )

Apakah matlamat penibihan parti tersebut

 

A Bekerjasama menentang komunis

B Memperjuangkan pendidikan yang seragam

C Mendapatkan hak dan kedudukan sama rata

D Menuntut kewarganegaraan secara jus soli

 

15. Pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 diadakan bagi merintis jalan ke arah kemerdekaan. Apakah syarat untuk menjadi calon dalam pilihan raya tersebut?

I berketurunan kerabat diraja

II berumur 21 tahun dan ke atas

III warganegara Persekutuan Tanah Melayu

IV berpendidikan sekolah Inggeris

A I dan II        B I dan IV       C II dan III     D III dan IV

 

16. Pembentukan Majlis Perundangan Persekutuan menunjukkan kompromi melalui perkongsian kuasa antara kaum bagi mencapai kemerdekaan. Apakah kesan daripada pembentukannya?

A Pemimpin tempatan berkuasa penuh          B Syarat kerakyatan dilonggarkan

C Institusi beraja terus diperkukuh                 D Kerajaan diketuai oleh Ketua Menteri

 

17.  Apakah bentuk bantuan yang dijanjikan oleh Komanwel kepada Persekutuan Tanah Melayu selepas mencapai kemerdekaan?

A Pinjaman kewangan                        B Kerjasama pertahanan

C Pembangunan pertanian                  D Perkongsian teknologi

 

18.  Gambar berikut menunjukkan Tunku Abdul Rahman dan beberapa ahli Parti Perikatan bertolak ke London. Apakah tujuan rombongan tersebut berlepas ke London?

 

A Merundingkan tarikh kemerdekaan

B Menandatangani perjanjian pertahanan

C Membincangkan isu kerakyatan

D Mengukuhkan hubungan luar

 

19. Apakah pengertian kemerdekaan yang diberikan oleh tokoh-tokoh berikut?

- Tunku Abdul Rahman – Malaysia

- Mahatma Ghandi -India

- Nelson Mandela – Afrika Selatan

 

A Kebebasan politik

B Pembasmian kemiskinan

C Penghapusan perkauman

D Kehancuran ideologi penjajah

 

20.  Tunku Abdul Rahman telah dikalungkan dengan rantai emas pada aalam sambutan pemasyhuran kemerdekaan.Apakah simbolik di sebalik kalungan tersebut?

 

A Anugerah tokoh kepimpinan

B Pengisytiharan ‘Bapa Kemerdekaan’

C Pelantikan Perdana Menteri Pertama

D Pengiktirafan sebagai negara demokrasi

 

21. Dalam sistem pemerintahan Malaysia, siapakah yang menjadi Ketua Utama Negara?

 

A Perdana Menteri                  B Majlis Raja-raja

C Menteri Besar                      D Yang di-Pertuan Agong

 

22. Mengapakah kedaulatan penting kepada sesebuah negara?

A Meningkatkan imej negara

B Menunjukkan kebebasan mentadbir

C Mewujudkan keberkesanan pentadbiran

D Melambangkan kehebatan sesebuah negara

 

23. Mengapakah perundangan berikut : Charter of Justice diperkenalkan di Negeri-Negeri Selat?

A Memajukan ekonomi                      B Melindungi penduduk

C Membangunkan negeri                    D Mengukuhkan perpaduan

 

24. Maklumat berikut berkaitan dengan pelaksanaan pindaan perlembagaan di negara kita. Mengapakah pindaan tersebut dilakukan?

- Pindaan Perlembagaan 1963

- Pindaan Perlembagaan 1965

 

A Menyesuaikan dengan keperluan semasa

B Menyeragamkan bidang kuasa kerajaan

C Memantapkan undang-undang negeri

D Mengehadkan kuasa pemerintah

 

25. Maklumat berikut berkaitan dengan hak kebebasan asasi rakyat yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

Kebebasan asasi

-          kebebasan diri

-          X

Apakah X

A Hak dalam pendidikan

B Hak memiliki kewarganegaraan

C Kebebasan menjalankan hukuman

D Kebebasan memiliki kekayaan

 

26. Apakah kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong dalam Perlembagaan Persekutuan?

 

 

I melantik Ketua Menteri

II tidak memperkenankan pembuaran DUN

III tidak memperkenankan pembubaran parlimen

IV melantik perdana menteri

A I dan II        B I dan IV       C II dan III     D III dan IV

 

27. Bagaimanakah British menyatukan pentadbiran negeri-negeri berikut pada tahun 1946?

-          Melaka

-          Pulau Pinang

-          Semua negeri Melayu

A Pembentukan Persekutuan Malaysia

B Penubuhan Kesatuan Melaya

C Pembinaan konsep negara bangsa

D Penetapan sempadan antara negeri

 

28. Maklumat berikut berkaitan dengan projek perumahan di negara kita. Siapakah kumpulan sasaran projek perumahan tersebut?

- Rumah Selangorku

- Rumah mampu milik Johor

 

A Kakitangan kerajaan negeri                        B Kumpulan profesional tempatan

C Golongan berpendapatan rendah                D Terbuka kepada semua golongan

 

29. Idea gagasan Malaysia ialah konsep yang menggabungkan beberapa bekas tanah jajahan British di Asia Tenggara. Apakah matlamat penggabungan wilayah tersebut kepada British?

 

A Memupuk perpaduan                                  B Melakukan imperialisme

C Melaksanakan pemodenan                          D Memudahkan pentadbiran

 

30. Mengapakah parti politik berikut menentang penggabungan Singapura dalam Malaysia?

 

 

-          Parti Rakyat Singapura

-          Barisan Sosialis

A Menuntut kemerdekaan mutlak

B Mempertahankan hak peribumi

C Menganggap penjajahan baharu

D Menolak prinsip persamaan taraf

 

31. Kerajaan telah melaksanakan gerakan Perang Saraf untuk mengatasi ancaman komunis di Sarawak. Bagaimanakah gerakan tersebut dijalankan?

I mengisytiharkan Kawasan putih

II mengadakan perhimpunan awam

III mendaftarkan kad pengenalan

IV membina pusat perdagangan

A I dan II        B I dan IV       C II dan III     D III dan IV

 

32. Rancangan Malaysia Pertama diperkenalkan untuk menangani isu pembangunan ekonomi negara. Apakah isu tersebut?

 

A Serangan wabak penyakit

B Pendapatan penduduk rendah

C Kekurangan kemudahan asas

D Kadar kemiskinan bertambah

 

33. Pada 31 Ogos 1986, perkhidmatan Feri Malaysia (Cruise Muhibah) antara Semenanjung Malaysia, Sarawak dengan Sabah dilancarkan. Mengapakah perkhidmatan feri tersebut diperkenalkan?

 

A Memendekkan masa perjalanan

B Menjimatkan kos pengangkutan

C Menjayakan aktiviti pelancongan

D Menjayakan integrasi nasional

 

34. Mengapakah Jawatankuasa Kabinet 1974 dibentuk?

 

A Memperkenalkan dasar pendidikan kebangsaan

B Memperbaiki mutu pendidikan sekolah dan negara

C Menilai keberkesanan Dasar Pendidikan Kebangsaan

D Mengenal pasti kelemahan penggunaan bahasa Melayu

 

35. Mengapakah kerajaan membangunkan industri kecil dan sederhana (IKS)?

I membaiki taraf hidup rakyat

II menambah daya pengeluaran

III memodenkan sektor pertanian

IV Menyusun semula masyarakat

A I dan II        B I dan IV       C II dan III     D III dan IV

 

36. Apakah strategi sosial Dasar Pembangunan Negara (DPN) untuk memajukan golongan bumiputera?

 

A Membangunkan kawasan perdagangan bebas

B Mewujudkan Industri Kecil dan Sederhana

C Mengenal pasti pasaran eksport baharu

D Menyediakan pinjaman tanpa faedah

 

37. Senarai berikut merujuk kepada kerajaan Alam Melayu yang telah menjalin hubungan luar. Apakah kerajaan yang terlibat dengan hubungan luar tersebut?

- Kerajaan P’an-P’an

-kerajaan Langkasuka

- Kerajaan Chih-t’u

A India            B Jepun           C China           D Siam

 

38. Masyarakat Islam sering mendapat tohmahan berkaitan 3K berikut. Bagaimanakah pendekatan Malaysia untuk menangani tohmahan tersebut?

- keganasan

- kemiskinan

- kemunduran

 

A Menganjurkan beberapa persidangan

B Melakasanakan rundingan damai

C Memberi bantuan kemanusiaan

D Mengetengahkan nilai kesederhanaan

 

39. Apakah bentuk sumbangan NGO berikut  terhadap mangsa tsunami di Aceh?

 

Yayasan Restu

I membina rumah anak yatim

II mendirikan pusat Kesihatan

III memberi bantuan Pendidikan

IV menyediakan rawatan percuma

A I dan II        B I dan IV       C II dan III     D III dan IV

 

40. Rizab Sekuriti Makanan ASEAN telah ditubuhkan sebagai usaha mendapatkan maklumat berkaitan dengan dasar sekuriti makanan. Apakah kepentingan rizab makanan tersebut?

 

A Digunakan sewaktu kecemasan

B Mengawal harga bahan mentah

C Mengenal pasti kualiti makanan

D Diselaraskan jumlah pengeluaran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan