CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 26 Ogos 2025

NOTA SEJ T1 BAB 6 PENINGATAN TAMADUN YUNANI DAN ROM

 

BAB 6- PENINGKATAN TAMADUN YUNANI DAN ROM

 

1. PENGENALAN

         i.            Tamadun Yunani berkembang antara tahun 1000-800 SM

       ii.            Mencetuskan perkembangan tamadun Eropah

     iii.            Banyak pencapaian dalam pemerintahan dan pentadbiran ( pengenalan sistem demokrasi/ ekonomi/ sains dan teknologi, kesusasteraan / falsafah dan pendidikan

 

2. lokasi dan perkembangannya

         i.            Berada di semenanjung Greece dan pulau sekitarnya ( laut Mediterranean )

       ii.            Cuaca sederhana – banyak kegiatan luar rumah dapat dilakukan- debat dan sukan

     iii.            Berhampiran laut – melahirkan pelayar yang handal

     iv.            Negara kota ( Polis ) – Bandar utama/ Bandar kecil dan kawasan kampung

       v.            Di dalam polis ada acropolis – pusat pentadbiran/ keselamatan / ada pelbagai kemudahan ( rumah ibadat/ bangunan kerajaan/ istana/ rumah bangsawan). Ada agora iaitu kawasan lapang untuk pasar dan pertemuan

     vi.            Contoh Polis – Athens, Sparta , Corinth

   vii.            Ciri polis – penduduk ramai

 viii.            Setiap warga ada hak dan tanggungjawab menjaga polis ( melahirkan kerjasama antara rakyat )

 

3. corak pemerintahan

         i.            Corak pemerintahan – monarki / oligarki/ aristokrasi/tirani / demokrasi

       ii.            Monarki – sistem pemerintahan beraja , oligarki – pemerintahan dikuasai oleh segolongan kecil pihak berkuasa / aristokrasi – pemerintahan golongan bangsawan / tirani – pemerintah yang zalim dan menindas rakyat

     iii.            Demokrasi – hanya berlaku hasil kematangan politik penduduk di setiap polis

     iv.            Maksud demokrasi – pemerintah dipilih oleh rakyat melalui pengundian ( pilihan raya )

       v.            Demokrasi di Athens – dewan perhimpunan ( badan tertinggi ) dibantu oleh majlis/ majistret/ juri

     vi.            Dewan perhimpunan – melantik ahli sebagai pentadbir, gubal undang-undang,mengisytiharkan perang jika perlu ,membuat perjanjian , perbincangan hal kewangan dan percukaian , menerima duta .

   vii.            Ahli dewan – lelaki , pegang jawatan 6 bulan hingga setahun , bersidang 3 kali sebulan

 viii.            Majlis – ahlinya dilantik oleh dewan perhimpunan. Ahlinya seramai 500 orang. Berkhidmat selama 2 tahun. Berfungsi melaksanakan keputusan dewan perhimpunan , mengendalikan jabatan kerajaan

     ix.            Majistret – melaksanakan dasar ( warganegara , 6000 ahli, 200-500 hakim ) dan 10 jeneral tentera

       x.            Juri – badan yang bertanggunjawab dengan sistem keadilan

 

Sparta

-         Diperintah oleh 2 raja serentak ( bagi mengelakkan kekejaman )

-         Pemerintahan dibantu oleh dewan perhimpunan ( 10,000  ahli ) dan majlis ( 28 orang dewasa berumur 60 tahun )

-         Menekankan disiplin/ ketenteraan

-         Kaum wanita turut diajar latihan fizikal/ berlari/ bertinju/ menari dan menyanyi

-         Menekankan ketaatan kepada Negara/ sanggup mati demi Negara

 

TAMADUN ROM

a.PENGENALAN

         i.            Menyambung tamadun Yunani

       ii.            Menjadi tamadun/ kuasa yang kuat apabila mengalahkan Etruscan , Mecedonia, Seleucid, Mesir

     iii.            Membentuk empayar yang luas , berpusatkan Itali

 

b. Lokasi dan perkembangannya

         i.            Terletak di lembah Latium

       ii.            Lembah yang subur dan sesuai untuk pertanian

     iii.            Sg Tiber – dijadikan punca sumber air dan jalan pengangkutan keluar

     iv.            Masyarakat dibahagikan kepada 3 – Patricia – atasan / Plebian- petani /artisan – peniaga dan hamba

C. perkembangan seni bina

          i.            Orang Rom membina bangunan bersaiz besar/ ada seni bina. Contohnya bangunan, jalan raya , saliran dan tempat mandi awam

        ii.            Binaan kekal lama – melibatkan kepakaran / ilmu/ teknologi pada masa itu/ berilmu

      iii.            Penggunaan simen – tahan

      iv.            Banyak binaan dibuat oleh hamba/buruh

        v.            Binaan – unik contohnya Colosseum, tembok pertahanan, tempat mandi awam

      vi.            Colosseum – tempat adakan persembahan dan pertandingan/ boleh memuatkan 50,000 orang ( seperti stadium pada masa sekarang )

    vii.            Pantheon – berkubah/ tempat sembah dewa ( seperti dewan )

  viii.            Akueduk – sistem pembekalan air- untuk rumah dan tempat mandi awam ( empangan )

      ix.            Jalan raya – mula dibina mulai 500 SM. Menghubungkan Bandar/laluan tentera

        x.            Tembok pertahanan –lindungi serangan musuh/ tinggi 5 meter/ ada kawalan tentera

      xi.            Tempat mandi awam –mandi untuk kebersihan dan kesihatan/ ada tandas/ruang mandi/ mengurut/ perpustakaan/ bilik rehat dan bersenam/ mandi air panas/ berwap- 1500 orang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan