SET 3
1. Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka
telah digunakan pada zaman kesultanan Melayu Melaka. Apakah tujuan
undang-undang tersebut?
A Menjadi sebuah kerajaan yang prihatin
B Menghukum rakyat yang melakukan kesalahan
C Mengukuhkan kerajaan dan melindungi rakyat
D Menjamin pemerintahan yang makmur dan sejahtera
2. Apakah pendekatan yang digunakan Maharaja
Mikado Meiji semasa menerapkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat
Jepun?
A Membawa slogan anti Barat
B Menanam prinsip dan semangat bushido
C Menyebarkan kekejaman Barat kepada rakyat
D Melahirkan pemimpin yang berjiwa nasionalisme
3. Golongan intelektual menjadi penyumbang kepada
kemunculan gerakan nasionalisme di negara kita. Apakah jasa Syed Sheikh
al-Hadi?
A Membebaskan masyarakat luar bandar
B Membawa ideologi daripada Timur Tengah
C Menggerakkan idea pembaharuan dalam masyarakat
D Menyedarkan umat Islam untuk bersatu padu
4. Perluasan kuasa pihak Jepun melalui Orde Baharu
di Asia telah menimbulkan tindak balas segera daripada pihak Bersekutu.
Bagaimanakah reaksi Amerika Syarikat?
A Menyerang Jepun melalui senjata api
B Menghantar perisik untuk mendapatkan maklumat
C Menghalang Jepun daripada mendapatkan bekalan
makanan
D Mengenakan sekatan ekonomi terhadap negara Jepun
5. Manakah antara berikut merupakan tindakan Jepun
memperkenalkan sistem persekolahan mereka di negara kita.
I menekankan
semangat Jepun
II Bahasa
Jepun sebagai Bahasa perantaraan
IV lagu negaraku sebagai nyanyian rasmi di sekolah
A I dan II B
I dan IV C II dan III D III dan IV
6. Pada bulan Jun 1942, tentera Jepun telah
mengambil tindakan yang drastik dengan membubarkan Kesatuan Melayu Muda (KMM).
Mengapakah Jepun bertidak sedemikian?
A Pemimpin KMM telah menuntut kemerdekaan
B KMM merupakan sebuah parti yang radikal
C Menyelamatkan pentadbiran Jepun daripada dirampas
D Jepun takut akan kebangkitan rakyat tempatan
7. Gambar di bawah merupakan peristiwa penting
dalam sejarah penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union. Apakah peristiwa
tersebut?
Gambar
perwakilan bergambar di hadapan Kelab Sultan Sulaiman
A Demontarasi rakyat B Penubuhan UMNO
C Kongres Melayu D
Kongres Maruah Melayu
8. Mengapakah Vyner Brooke membuat keputusan untuk
menyerahkan Sarawak kepada British pada 1 Julai 1946?
I masalah
kewangan II kekurangan
pengalaman
III desakan
daripada rakyat IV tidak mempunyai
pewaris tahta
A I dan II B
I dan IV C II dan III D III dan IV
9. Apakah cadangan Raja-raja Melayu dan UMNO semasa
pertemuan dengan pihak British pada 27 Mei 1946?
A Memberi kemerdekaan Tanah Melayu
B Mengemukakan syarat baharu Malayan Union
C Membuat perjanjian baharu menggantikan Malayan
Union
D Mewujudkan sebuah jawatankuasa meninjau pandangan
rakyat
10. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah
berjaya mewujudkan kerjasama antara kaum yang utuh dalam negara kita. Apakah
bukti bagi pernyataan di atas?
A Negara menjadi aman dan damai
B Dapat mengelakkan berlakunya rusuhan kaum
C Kewujudan kerjasama antara parti politik semua
kaum
D Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
11. Bagaimanakah Parti Komunis Malaya telah berjaya
meluaskan pengaruh mereka di Tanah Melayu?
I penyebaran risalah II menyebar di sekolah
III penerbitan akhbar IV melalui kesatuan sekerja
A I dan II B
I dan IV C II dan III D III dan IV
12. Apakah fungsi Home Guard dalam usaha mengekang
penyebaran pengaruh komunis terhadap penduduk tempatan?
A Menjaga keselamatan kawasan kampung
B Menangkap tali barut komunis di hutan
C Menghantar barangan kepada penduduk
D Menyekat bekalan makanan daripada jatuh ke tangan
komunis
13. Sistem Ahli telah dibentuk bagi menyediakan
langkah berkerajaan sendiri kepada pemimpin tempatan. Apakah bidang tugas
Sistem Ahli?
A Melaporkan situasi semasa negara
B Mencadangkan undang-undang kepada British
C Merancang pembangunan dan dasar-dasar negara
D Menentukan kaedah mendapat kewarganegaraan yang
sistematik
14. Ordinan Pelajaran 1952 telah diluluskan setelah
Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu diteliti oleh Jawatankuasa Penasihat Pusat
Pelajaran. Apakah kandungan Ordinan Pelajaran 1952?
I mempunyai
satu kurikulum yang sama
II
sekolah rendah dan menengah menggunakan Bahasa penghantar yang sama
III Bahasa
Inggeris menjadi Bahasa penghantar di sekolah menengah
IV Bahasa
Cina dan Tamil diajar sebagai Bahasa ketiga bagi sekolah yang mempunyai 15
murid
A I dan II B
I dan IV C II dan III D III dan IV
15. Mengapakah gabungan Perikatan UMNO-MCA
berjaya memenangi jumlah kerusi yang besar dalam pilihanraya pada tahun 1954?
A Menggunakan strategi yang tepat
B Kerjasama politik yang diterima masyarakat
C Memberi manifesto yang boleh meyakinkan rakyat
D Mengetengahkan pemimpin yang berwibawa sebagai
calon
16. Majlis Perundangan Persekutuan
Persekutuan 1955 telah ditubuhkan menggantikan Majlis Perundangan Persekutuan
1948. Siapakah ahli Majlis Perundangan Persekutuan 1955?
I 9
orang residen British
II 52
orang ahli yang dipilih melalui pilihan raya
III 11
orang Menteri besar mewakili
IV 11
orang pegawai pentadbiran Kerajaan
A I dan II B
I dan IV C II dan III D III dan IV
17. Apakah peranan utama pembentukan
Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?
A Menubuhkan kabinet bayangan di Tanah Melayu
B Menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada
British
C Merangka perlembagaan yang baharu untuk Tanah
Melayu
D Membincang, menyusun dan merangka Perlembagaan
Persekutuan
18. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
telah menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara kita. Apakah
kepentingan perkara tersebut kepada negara?
A Melahirkan ramai bijak pandai bahasa
B Menyelaraskan penggunaan bahasa komunikasi
C Menjadi identiti kepada sebuah negara bangsa
D Mengukuhkan penggunaan bahasa Melayu di semua
peringkat
19. Lagu Negaraku mula diperdengarkan di khalayak
semasa upacara Perisytiharan Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Siapakah penulis
lirik Lagu Negaraku?
A Mohamad Hamzah B
Saiful Bahari
C Tunku Abdul Rahman D Yaacob Abdul Latiff
20. Gambar menunjukkan peristiwa Majlis Perasmian
Bank Negara pada 1959 oleh Yang di-Pertuan Agong. Apakah tujuan bank tersebut?
A Menguruskan simpanan rakyat
B Menjamin keselamatan duit rakyat
C Menjalankan perniagaan dan memberi dividen
D Memastikan kestabilan kewangan dan ekonomi negara
21. Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat
mempunyai sistem pentadbiran yang sistematik. Siapakah ketua utama negara?
A Menteri Besar B
Jemaah Menteri C Perdana Menteri D Yang di-Pertuan Agong
22. Manakah yang berikut merupakan usaha yang
dilakukan kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan negara melalui kestabilan
politik dan kemakmuran ekonomi.
I mewujudkan pentadbiran yang cekap
II memilih pemimpin bertanggungjawab
III membasmi kemiskinan Masyarakat desa
IV mengelakkan amalan rasuah dalam pentadbiran
A I dan II B
I dan IV C II dan III D III dan IV
23. Apakah nama badan yang diberikan kuasa
oleh Perlembagaan Sarawak untuk menggubal undang-undang negeri pada ogos 1956?
A Mahkamah B
Majlis Kerja C Majlis Negeri D Dewan Undangan Negeri
24. Setelah Singapura membuat keputusan untuk
keluar daripada Malaysia, apakah kesan terhadap sistem perundangan negara kita?
A Berlaku Pindaan Perlembagaan 1963 B Berlaku Pindaan Perlembagaan 1965
C Penggubalan Perlembagaan Persekutuan D Mengekalkan Perlembagaan Malaysia
25. Apakah sistem pemerintahan negara kita selepas
kemerdekaan dicapai pada tahun 1957?
A Kesultanan Melayu Melaka
B Undang-undang Laut Melaka
C Perlembagaan Malaysia 1957
D Raja Berperlembagaan Dan Demokrasi Berparlimen
26. Rajah di bawah adalah badan yang berfungsi
sebagai semak dan imbang dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negara kita.
Apakah badan yang diwakili X?
-
Perundangan
-
Eksekutif
-
x
A Mahkamah B
Kehakiman C Jemaah Menteri D Perdana Menteri
27. Malaysia merupakan sebuah negara yang
mengamalkan sistem Persekutuan. Apakah unsur penting yang terdapat dalam sebuah
negara Persekutuan?
I
majlis Perbandaran II Kerajaan tempatan
III Kerajaan
pusat IV Kerajaan negeri
A I dan II B
I dan IV C II dan III D III dan IV
28. Senarai Bersama merupakan bidang tugas yang
harus dipikul secara bersama atas semangat Persekutuan untuk menjamin
keharmonian negara. Apakah perkara tersebut?
A Undang-undang tanah B Keselamatan dalam negeri
C Kebudayaan dan sukan D Perhubungan dan pengangkutan
29. Negara jiran turut memberi pelbagai reaksi
terhadap rancangan Pembentukan Malaysia. Apakah reaksi negara Filipina?
A Menentang kerana menuntut wilayah Sabah
B Menerima ingin bergabung dengan Malaysia
C Menentang kerana dasar neokolonialisme British
D Menerima kerana keamanan rantau Asia Tenggara
30. Bagaimanakah jalan penyelesaian yang digunakan
kerajaan Malaysia semasa menguruskan isu konfrontasi dengan Indonesia?
A Melalui pendekatan diplomatik
B Memanggil mesyuarat tergempar
C Menutup aktiviti ekonomi dua hala
D Melancarkan perang gerila
31. Menurut Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj,
pemisahan Singapura merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan.
… so it does seem completely impossible to arrive
at a solution whereby we can hope to pull along together and to work together
in the interest and for the common good of our beloved country
Penyata perbahasan di dewan Rakyat , 9 Ogos 1965
Apakah punca pemisahan tersebut ?
I Lee Kuan Yew menuntut hak sama rata
II Singapura menuntut pembukaan pasaran Bersama
III Singapura enggan menunaikan permohonan Malaysia
IV dewan rakyat telah meluluskan usul pemisahan
Singapura
A I dan II B
I dan IV C II dan III D III dan IV
32. Rancangan Pembangunan Lima tahun merupakan
usaha kerajaan memastikan pembangunan dan ekonomi rakyat dapat dikembangkan
secara holistik di seluruh negara. Apakah strategi Kementerian Pembangunan Luar
Bandar untuk meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar?
A Membudayakan keusahawanan dalam kalangan
masyarakat
B Menyediakan pelbagai kemudahan bagi kegunaan
masyarakat
C Memastikan sistem jaringan jalur lebar
dipertingkatkan di seluruh kawasan
D Menghantar skuad bergerak untuk memberikan
maklumat kepada penduduk
33. Citrawarna Malaysia menjadi sebahagian medium
untuk menjayakan matlamat Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Bagaimana program
tersebut dijalankan?
A Pertandingan nyanyian antara negara
B Menganjurkan rumah terbuka semasa perayaan
C Menganjurkan citrawarna pada setiap bulan ogos
D Memperagakan kebudayaan, pakaian, tarian dan
nyanyian
34. Berikut merupakan prinsip yang terkandung dalam
Rukun Negara. Bagaimana prinsip tersebut diamalkan?
- keluhuran perlembagaan
A Mempertahankan kedaulatan negara
B Menghormati setiap peraturan dan undang-undang
C Rakyat menerima dan mematuhi kemuliaan
perlembagaan
D Menghormati simbol kedaulatan negara
35. Apakah matlamat kerajaan melancarkan
Rancangan Buku Hijau pada 20 Disember 1974?
A Meningkatkan pendapatan dan pengeluaran makanan
B Merapatkan jurang ekonomi penduduk luar bandar
C Membasmi kemiskinan penduduk bandar dan luar
bandar
D Mengusahakan tanah dengan tanaman jangka pendek
36. PROTON dan PERODUA merupakan hasil kejayaan
Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional Negara. Apakah manfaat
kejayaan tersebut kepada rakyat?
A Memajukan industri negara B Membuka peluang pekerjaan
C Meningkatkan kuasa beli rakyat D Meningkatkan pendapatan
negara
37. Bagaimanakah cara Malaysia memberikan
komitmen dan kerjasama terhadap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
I mendukung Piagam PBB II terlibat dalam misi pengaman
III menubuhkan persatuan bebas IV membantu negara miskin
A I dan II B
I dan IV C II dan III D III dan IV
38. Malaysia telah menjadi tuan rumah dalam
Persidangan Kemuncak NAM kali ke-13. Apakah resolusi yang dicapai dalam
persidangan tersebut?
A Menentang penindasan Palestin
B Membantu negara-negara membangun
C Meluluskan lebih banyak bantuan kewangan
D Bekerjasama agar menjadi organisasi yang
dihormati
39. Malaysia turut terlibat dalam krisis
kemeseletan ekonomi dunia pada tahun 1998. Apakah langkah yang diambil untuk
mengatasi masalah tersebut?
A Menambat kadar pertukaran ringgit kepada dolar
B Menarik masuk lebih banyak pelabur asing
C Membuat perjanjian dengan ASEAN
D Membuat pinjaman dengan IMF
40. Gambar berikut berkaitan Sidang Kemuncak Bumi
di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992. Apakah deklarasi Agenda 21?
A Dasar Alam sekitar
B Menyelamatkan bumi
C Tindakan pembangunan abad ke-21
D Menggalakkan penggunaan tenaga baharu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan