CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Ahad, 22 September 2024

LATIHAN SEJ T5

 SET 13

1 Lambang kebesaran adalah identiti sesebuah kerajaan. Antara berikut, yang manakah lambang kebesaran sultan dalam Kesultanan Melayu Melaka?
A Undang-undang                 B Cap mohor

C Wilayah pengaruh             D Agama Islam

 

2. Pembesar Berempat dalam Kesultanan Melayu Melaka memperoleh kawasan pegangan bagi mentadbir wilayah, sungai atau pulau. Bagaimanakah mereka memperoleh kawasan tersebut?

A Melalui penaklukan                       B Mendapat kurnia sultan

C Melalui sokongan rakyat               D Menggunakan konsep naungan

 

3 Revolusi Perancis tercetus daripada idea nasionalisme oleh golongan pemikir Perancis.

Jean Janques Rousseau Voltaire

Apakah idea yang diperjuangkan?

I Kesedaran                 II Persamaan              III Persaudaraan         IV Kesejahteraan

A I dan II         B I dan IV        C II dan III      D III dan IV

 

4 Maklumat berikut berkaitan dengan tokoh nasionalisme tempatan

·         Mat Salleh 

·         Tok Janggut

Apakah ciri perjuangan tokoh di atas

A Berorganisasi                                  B Bersifat setempat

C Perjuangan yang radikal                D Mempunyai penulisan kreatif

 

5 Perjanjian Versailles ditandatangani antara Pakatan Bertiga dengan Jerman pada tahun 1919. Mengapakah Italia menganggap Perjanjian Versailles adalah tidak adil?
A Tidak diberikan tanah jajahan baharu      B Perlu membayar pampasan perang

C Kehilangan tanah jajahan                          D Kemelesetan ekonomi dan inflasi

 

6 Gambar berikut merupakan tokoh yang telah memberikan sumbangan dalam perkembangan nasionalisme di negara kita.
- LEFTENAN ADNAN SAIDI

Apakah sumbangan tokoh tersebut?

A Menentang pendudukan Jepun                 B Menubuhkan pasukan gerila

C Menubuhkan Force 136                             D Mengusir komunis

 

7. Maklumat berikut berkaitan dengan pentadbiran British di Tanah Melayu.

·         Melicinkan sistem pentadbiran 

·         Meningkatkan pelaburan British 

·         Mengukuhkan pertahanan

Apakah bentuk pentadbiran tersebut?

A Persekutuan Tanah Melayu                       B Pentadbiran Tentera British

C Syarikat Borneo Utara British                    D Malayan Union

 

8 Berikut adalah faktor penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British.

Masalah pewarisan takhta · Desakan Kerajaan British

Masalah kewangan

Apakah masalah kewangan Sarawak selepas Perang Dunia Kedua?

I Lombong minyak musnah              II Ekonomi Sarawak terjejas

III Ketegangan antara kaum             IV Ancaman penyakit berjangkit

A I dan II         B I dan IV        C II dan III      D III dan IV

 

9 Gabungan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) terdiri daripada beberapa pertubuhan Melayu. Pilih pasangan yang tepat berkenaan gabungan ini.

 

PERTUBUHAN

KETUA

A

Angkatan Pemuda Insaf –API

Musa Ahmad

B

Barisan Tani Malaya- BATAS

Abu Bakar Al Bagqir

C

Gerakan Angkatan Muda- GERAM

Ahmad Boestaman

D

Parti Kebangsaan Melayu Malaya-PKMM

Dr Burhanudin Al Helmi

 

10. Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1948. Apakah kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap orang Melayu?
A Mendukung perpaduan kaum                   B Dilantik sebagai rakyat pribumi

C Diiktiraf sebagai penduduk asal                D Membuka ruang kewarganegaraan

 

11. Undang-undang Darurat telah dikuatkuasakan keseluruh Tanah Melayu pada 1948. Mengapakah undang-undang tersebut dikuatkuasakan?

A. Melakukan penjajahan baharu                B. Menghapuskan pengaruh Jepun

C. Membanteras ancaman komunis             D. Menangkap kumpulan Anti-British


12. Berikut berkenaan dengan pasukan Sarawak Rangers (Iban Tracker).
Apakah kejayaan pasukan tersebut?

A. Menghapuskan kumpulan Min Yuen                  B. Membantu polis menentang komunis

C. Membantu mengamankan kampung                   D. Memusnahkan kem dan markas komunis

 

13. Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah pada tahun 1951. Apakah tujuan sistem ini diperkenalkan?
A. Merangka perlembagaan yang baharu

B. Melaksanakan proses pilihan raya umum

C. Merancang pembangunan ekonomi tempatan

D. Melatih penduduk tempatan dalam pentadbiran

 

14. Bagaimanakah Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 menjadi asas kepada pembentukan sistem pendidikan kebangsaan?

I Memperbanyak sekolah vernakular

II Melalui sukatan pelajaran yang seragam

III Penggunaan bahasa pengantar yang sama

IV Pelajaran percuma kepada semua pelajar

A I dan II         B I dan IV        C II dan III      D III dan IV

 

15. Rajah berikut adalah garis masa sebahagian proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) 1955.
- 27 Julai 14955- mengundi

- 15 Jun 1955- x

- 18 Oktober 1954- pendaftaran pengundi

- Ogos 1954 – undang-undang pilihan raya diluluskan

Apakah X?

A. Penamaan calon                                        B. Penetapan sempadan kawasan

C. Pembentukan suruhanjaya pemantau     D. Pengumuman keputusan pilihan raya

 

16. Bagaimanakah V.T. Sambanthan selaku Menteri Buruh melaksanakan tugasnya untuk menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan?

A. Mengurangkan pegawai Eropah

B. Mengambah bilangan pelajar ke Britain

C. Menyekat kemasukan buruh asing

D. Menubuhkan pusat latihan kemahiran

 

17. Manakah antara berikut merupakan gerak kerja Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?
A. Mengadakan perbincangan dengan Gabenor

B. Membuat lawatan ke Negeri-negeri Selat

C. Menerima nasihat perundangan dari Britain

D. Mengkaji pentadbiran Negeri-negeri Melayu

 

18. Berikut berkenaan dengan maklumat cara kewarganegaraan dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Perkara 14

Tiap - tiap orang yang lahir dalam Negeri Persekutuan pada atau pun selepas Hari Merdeka

Apakah cara kewarganegaraan berikut?

A. Naturalisasi                                                            B. Permohonan pendaftaran

C. Penguatkuasaan undang-undang                        D. Kebenaran Majlis Tertinggi Kabinet

 

19. Jawatankuasa persediaan fizikal ditubuhkan sebagai persediaan menyambut kemasyhuran kemerdekaan negara. Mengapakah kerajaan menubuhkan jawatankuasa tersebut?
A. Menyebarkan risalah kepada penduduk

B. Menyediakan pelbagai kemudahan asas

C. Menerima cadangan atur cara sambutan

D. Mewujudkan identiti negara yang merdeka

 

20. Maklumat berikut berkaitan dengan penurunan bendera Union Jack.

Bendera Union Jack telah diturunkan dengan diiringi lagu God Save The Queen pada malam 30 Ogos 1957

Apakah kepentingan peristiwa tersebut?

A. Mengesahkan kedaulatan Raja-raja Melayu

B. Menandakan penamatan penjajahan British

C. Memberi penghormatan kepada kerajaan British

D. Mengukuhkan kedudukan istimewa orang Melayu

 

21. Mengapakah kedaulatan penting bagi sesebuah negara?
A. Mewujudkan kesejahteraan rakyat

B. Menjadikan kuasa politik unggul di dunia

C. Menunjukkan kekuatan angkatan tentera

D. Membuktikan dasar luar mengikut situasi semasa

 

22. Ilustrasi berikut menggambarkan masyarakat majmuk di negara kita. Bagaimanakah pemerintah mengekalkan perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat?
A. Menubuhkan parti berasaskan kaum

B. Menggubal undang-undang perpaduan kaum

C. Membina petempatan kampung baru

D. Membangunkan kemudahan infrastruktur

 

23. Pilih pasangan yang tepat berkenaan badan penggubal undang-undang di negeri-negeri Melayu pada tahun 1946.

 

Negeri

Badan penggubal

A

Negeri-Negeri Selat

Majlis Undangan Negeri

B

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

Majlis Negeri

C

Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu

Majlis Persekutuan

D

Sabah Dan Sarawak

Majlis Tertinggi

 

24. Perlembagaan negara kita telah dipinda pada tahun 1963 dan 1965. Mengapakah perlembagaan tersebut dipinda?
A. Mengelakkan tekanan pihak luar

B. Memenuhi permintaan Kerajaan negeri

C. Mengikut perubahan ekonomi semasa

D. Menyesuaikan dengan keperluan semasa

 

25. Undang-undang berikut digubal sebelum Perang Dunia Kedua.

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 

Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu 1911

Apakah persamaan kedua-dua undang-undang tersebut?

A. Raja berkuasa mutlak                                B. Kerajaan dipilih oleh rakyat

C. Pemerintahan Raja Berperlembagaan      D. Menteri Besar menguasai pentadbiran

 

26. Maklumat berkenaan dengan kebebasan asasi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Kebebasan Bersuara, Berhimpun, dan Berpersatuan.

Setiap warganegara berhak kepada kebebasan bersuara, berhimpun secara aman dan membentuk persatuan

Mengapakah kebebasan asasi tersebut tidak bersifat mutlak?

A. Menggalakkan penubuhan parti politik              B. Membendung pencerobohan musuh

C. Menggalakkan percambahan idea                                   D. Memastikan ketenteraman awam

 

27. Antara yang berikut, perkara yang manakah terletak di bawah bidang Kuasa Kerajaan Persekutuan?
A. Perubatan dan kesihatan               B. Pertanian dan perhutanan

C. Kebudayaan dan sukan                 D. Undang-undang Islam

 

28. Jadual berikut menunjukkan kerjasama kerajaan untuk membangunkan kesejahteraan rakyat.

Kerajaan

Program pembangunan

Persekutuan

Rumah Mesra Rakyat

Perbadanan Perumahan 1 Malaysia ( PRIMA )

Negeri

Rumah Selangorku

Rumah Mampu Milik Johor

 

Apakah sumbangan program tersebut terhadap golongan pertengahan?

A. Membangunkan kawasan baharu                        B. Meningkatkan pendapatan rakyat

C. Menyelesaikan masalah setinggan                       D. Menyediakan rumah mampu milik

 

29. Barisan Sosialis di Singapura menentang cadangan pembentukan Malaysia. Mengapakah parti tersebut berbuat demikian?
A. Penjajahan bentuk baharu

B. Penguasaan sumber ekonomi

C. Pakatan meluaskan pengaruh politik

D. Peluang menjatuhkan parti pembangkang

 

30. Tahun 1965-- Jeneral Suharto telah mengambil alih kuasa pemerintahan daripada Presiden Soekarno.

Apakah kesan daripada peristiwa berikut?

A. Perang dunia merebak                   B. Sistem beraja dipulihkan

C. Pakatan tentera dibentuk              D. Dasar konfrontasi berakhir

 

31. Kerajaan melaksanakan dua kaedah, iaitu gerakan perang saraf dan operasi ketenteraan bagi mengatasi ancaman komunis. Bagaimanakah kerajaan mengatasi ancaman komunis melalui perang saraf?
A. Memberi tawaran pengampunan             B. Mengisytiharkan perintah darurat

C. Mendirikan penempatan baharu              D. Memperbesar pasukan keselamatan

 

32. Isu berikut dihadapi oleh negara kita pada awal kemerdekaan.

Terlalu bergantung kepada eksport getah dan bijih timah

Bagaimanakah kerajaan mengatasi isu tersebut?

A. Menarik kemasukan pelabur luar

B. Melibatkan kerjasama sektor swasta

C. Meningkatkan pengeluaran bijih timah

D. Mempelbagaikan pengeluaran komoditi negara

 

33. Maklumat berkenaan dengan cadangan tambahan Laporan Rahman Talib.

Penekanan kepada mata pelajaran Sejarah 

Mewajibkan mata pelajaran Tatarakyat

Mengapakah Laporan Rahman Talib mengemukakan cadangan tersebut?

I mengurangkan murid gagal mata pelajaran sejarah

II memperkukuh semangat kesetiaan terhadap negara

III mempukukuh persefahaman antara kaum

IV meningkatkan murid memasuki sekolah akademik

A I dan II         B I dan IV        C II dan III      D III dan IV

 

34. Logo berikut diperkenalkan sempena sambutan 50 tahun Rukun Negara.
Apakah maksud bulan dan bintang dalam logo tersebut?

A. Keluhuran perlembagaan              B. Kepercayaan kepada Tuhan

C. Kedaulatan undang-undang         D. Kesetiaan kepada raja dan negara

 

35. Matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah untuk mencapai perpaduan dan kesejahteraan kaum. Apakah strategi yang digunakan untuk mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB)?
A. Memajukan pertanian masyarakat luar bandar

B. Mengurangkan jurang sosioekonomi yang wujud antara kaum

C. Membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan rakyat

D. Memperkenalkan pertanian dan perindustrian moden di Malaysia

 

36. Rajah berikut merujuk kepada strategi Dasar Pembangunan Nasional (DPN) untuk membasmikan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
STRATEGI DPN

-ekonomi

-Sosial

-Kemudahan fizikal dan alam sekitar

Apakah strategi DPN dalam bidang ekonomi?

A. Menambah baik kemudahan asas

B. Meningkatkan pemilikan saham bumiputera

C. Membentuk masyarakat yang berdisiplin dan progresif

D. Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian

 

37 Apakah faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia?
A Pengurusan pentadbiran sistematik          B Kerjasama antara negara serantau

C Hubungan perdagangan                            D Keperluan nasional

 

38 Antara berikut, yang manakah membuktikan negara Komanwel merupakan rakan dagang Malaysia yang utama?

I Menyediakan kemudahan kredit

II Membuka pelaburan ke negara luar

III Memudahkan eksport barang ke semua negara

IV Mengenakan kadar cukai yang rendah

A I dan II         B I dan IV        C II dan III      D III dan IV

 

39 Malaysia menyertai OIC yang dianggotai oleh 57 buah negara Islam. Apakah tugas utama Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dalam pertubuhan OIC ?
A. Menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama

B. Menggalakkan masyarakat Islam di seluruh dunia patuh ajaran Islam

C. Memastikan masyarakat Islam di seluruh dunia mendapat pembelaan

D. Menjadi pengerusi pertama Kongres Islam Sedunia Rantau Asia Tenggara

 

40 Rakyat Malaysia turut aktif terlibat dalam aktiviti kesukarelawanan bagi membantu golongan yang tidak bernasib baik yang disebabkan peperangan seperti di Syria.

Apakah bentuk bantuan yang disalurkan oleh sukarelawan tersebut?

A. Bantuan kewangan                                   B. Sumbangan derma

C. Pendidikan percuma                      D. Penyaluran ubat-ubatan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan