CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 26 Ogos 2025

NOTA SEJ T1 BAB 4 MENGENALI TAMADUN

 

BAB 4- MENGENALI TAMADUN

 

4.1. MAKSUD – kehidupan manusia yang telah mencapai tahap kehidupan ( adanya pencapaian dalam teknologi, ekonomi, politik , kemasyarakatan dan perbandaran

- Maksud dalam bahasa Inggeris – Civilisation ( pembangunan manusia dan organisasi yang dianggap paling maju merangkumi perkembangan ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang , kebolehan manusia

- dalam bahasa arab ( mudun/ madain/madana ) – tinggi budi bahasa  hadari ( tanah yang didiami masyarakat yang maju )

- dalam bahasa Melayu – pencapaian kemajuan masyarakat ( sosial, budaya , politik / seni bina/ ekonomi/hasil ciptaan – membangunkan kehidupan manusia yang lebih teratur )

4.2.ciri

         i.            Pertanian dan perdagangan

-         Kegiatan pertanian menyebabkan terciptanya pelbagai peralatan , pembinaan saliran, kincir angin, sistem teres

-         Hasil yang banyak – boleh berdagang/ tukar barang

-         Hasil – bahan mentah, logam, besi , emas

       ii.            Sistem pemerintahan

-         Penubuhan kerajaan untuk mentadbir Bandar

-         Awal – pendeta agama , kemudian raja

-         Raja dibantu pentadbir ( bangsawan )

-         Pembentukan undang-undang ( peraturan )

     iii.            Pembentukan Bandar

-         Adanya pertempatan – wujud Bandar ( berlakunya pertambahan penduduk )

-         Bangunan tersusun

-         Rumah – ada kemudahan perigi/ bilik mandi dan tandas

-         Ada kemudahan awam – pasar/ rumah ibadat dan kawasan kediaman

-         Ada sistem perparitan / pembentungan

-         Ada pembinaan  kota ( untuk perlindungan daripada serangan )

-         Contoh – Ur, Uruk , Memphis, Mohenjo Daro , Anyang

     iv.            Pengkhususan pekerjaan

-         Bilangan penduduk bertambah

-         Wujud pekerjaan baru ( pengutip cukai,, jurutera, tentera, penjaga sungai, petani , pekerja sawah, pentadbir

-         Wujud kumpulan tukang ( mahir mengukir , menempa besi dan tembikar

-         Wujud saudagar dan pedagang

       v.            Teknologi

-         Munculnya ciptaan baru untuk barangan dan bangunan dan hasil pertukangan

-         Contoh – Taman Tergantung Babylond, pyramid , Negara kota

-         Muncul peralatan membajak , penciptaan roda , kereta kuda/ lembu

     vi.            Organisasi sosial

-         Wujud kelas / lapisan sosial

-         Ada golongan atasan – firaun / raja/ bangsawan , golongan agama

-         Golongan pertengahan – saudagar/ artisan

-         Bawahan – petani / pekerja

-         Paling rendah – hamba ( hamba perang / hamba dijual )

   vii.            Agama dan kepercayaan

-         Percaya adanya banyak tuhan

-         Tuhan bulan , matahari , ibu dan sungai

-         Ada tempat agama yang khusus

-         Percaya adanya kehidupan selepas mati

 viii.            Tulisan dan penyimpanan rekod

-         Muncul sistem tulisan kira-kira 5000 tahun dahulu

-         Ia membolehkan usaha menyimpan rekod dan perkara  penting tentang masyarakat

-         Tulisan awal – piktograf ( simbul bergambar )

     ix.            Kesenian dan kesusasteraan

-         Hasilkan seni sastera dan seni bina

-         Contoh – ciptaan patung , lukisan tuhan/ dewa, pahlawan, pemerintah

-         Patung tembaga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan