CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 26 Ogos 2025

NOTA SEJ T1 BAB 2 ZAMAN AIR BATU

 

BAB 2: ZAMAN AIR BATU

 

 (2.1) Pengenalan

- usia bumi dianggarkan 4.6 bilion tahun

- bumi terdiri daripada kawasan air batu , daratan dan lautan

- bumi mengalami perubahan iklim dan fizikal

- terdapat binatang berbulu tebal yang hidup pada zaman ini iaitu mammoth , bison , harimau bertaring dan  sloth

- pada 650 juta tahun dahulu bumi tiada hidupan

- 390 juta tahun dahulu – wujud air tawar dan ada hidupan seperti ikan dan amfibia

- 195 juta tahun dahulu – zaman jurasik dan hidupan dinasour

- 94 juta tahun dahulu – dinasour pupus dan bentuk fizikal bumi mula berubah

- 18,000 tahun dahulu – telah wujud binatang seperti kuda , badak sumbu, anjing, kucing

- iklim mempengaruhi perubahan bentuk muka bumi ( daratan dan lautan )

- daratan – gunung/banjaran/bukit/ tanah pamah/lembah/ sungai

- lautan – laut/ selat/tasik/ teluk

- dunia terdiri daripada benua Amerika Utara/ Amerika Selatan/ Eropah/ Afrika/ Asia/ Ocenia

- dunia memiliki lautan besar seperti – Laut Pasifik Selatan/ Lautan Artik/ Lautan Atlanatik/ Lautan Hindi/ Lautan Pasifik Utara/ Lautan Selatan

 

2.2/2.3. garis masa zaman air batu

 

Bil

Nama

Tempoh

Fizikal / Hidupan

1

Miosen

5-23 juta tahun dahulu

Gunung-ganang / mamalia / hidupan air

2

Pliosen

2.6 -5 juta tahun dahulu

Dataran tinggi terbentuk / haiwan pelbagai habitat

3

Pleistosen

10.000 – 2.5 juta tahun dahulu

Zaman glasier / manusia tahu membuat api

4

holosen

10.000 - kini

Manusia bertani/ ciptaan roda / ciptaan tulisan/ mula wujud tamadun manusia

 

2.4 ciri zaman air batu

-

Bil

Ciri

Huraian

1

Fizikal bumi

Permukaan air laut membeku / sebahagian bumi dilitupi ais

2

Binatang

Seperti mammoth , badak , kuda. Singa tinggal di kawasan tanah pamah

3

Tumbuhan

Rerumput dan tumbuhan renek

4

Suhu

Terlalu sejuk

5

Aras laut

Permukaan laut membeku, paras air laut rendah, wujud imigrasi manusia dan binatang

6

Kehidupan manusia

Tinggal di tanah pamah ( rendah / hidup bernomad atau berpindah randah dan memburu binatang

 

 

2.5 perubahan zaman air batu

- air batu mencair – paras air laut meningkat

- mewujudkan pulau / tasik

- kepupusan binatang mammoth / sloth dan harimau bertaring

- semasa zaman Holosen perubahan iklim menyebabkan berlakunya penghijrahan manusia dari benua Afrika ke Eropah dan Asia kerana cuaca di sini tidak begitu sejuk

- cuaca bumi asalnya ialah terlalu sejuk berubah kepada menjadi sederhana sejuk kerana berlakunya peningkatan suhu bumi

 

2.6 – kesan perubahan zaman air batu di Asia Tenggara

- kenaikan paras air

- penghijrahan manusia

- menukarkan bentuk fizikal ( terjadinya sungai dan tasik / selat )

- wujud mamalia  bersaiz besar

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan