Set 5
1. Syahbandar dipertanggungjawabkan untuk mengutip
cukai di pelabuhan manakala pembesar lain mengutip cukai di kawasan pegangan.
Apakah maksud kawasan pegangan?
A Dikurniakan kepada Pembesar Berempat
B Lokasi pedagang-pedagang berniaga
C Diberikan untuk dikawal keselamatan
D Tempat pentadbiran Pembesar Berempat
2. Revolusi Perancis 1789 tercetus daripada idea
nasionalisme oleh golongan pemikir Perancis seperti Jean Janques Rousseau
(Rousseau) dan Voltaire. Apakah idea yang diperjuangkan?
I kesedaran II
persamaan III persaudaraan IV kesejahteraan
A I dan II B
I dan IV C II dan III D III dan IV
3.
KEMUNCULAN GERAKAN NASIONALISME Apakah faktor kemunculan Gerakan
Nasionalisme?
I Sistem
Pendidikan II kedaulaan negara III kepentingan ilmu IV penulisan kreatif
A I dan II B
I dan IV C II dan III D III dan IV
4. Jadual berikut menunjukkan peluasan kuasa
Jepun sehingga Perang Dunia Kedua. Apakah yang berkait dengan peluasan kuasa
tersebut?
Tahun peristiwa
1910 menguasai
Korea
1932 menduduki
Manchuria
1937 menduduki
China
1941 menakluki
Indochina
A Tugas Menyebarkan Tamadun B Kerjasama Kuasa Besar
C Pengaruh Golongan Tentera. D Asia Untuk Orang Asia
5. Dua batalion Rejimen Askar Melayu terlibat dalam
usaha mempertahankan tanah air ketika serangan tentera Jepun. Apakah perkara
yang mencetuskan penentangan terhadap pendudukan Jepun?
A Dasar pentadbiran Jepun B Sikap Jepun terhadap agama
C Tuntutan peluang Pendidikan D Pemerintahan yang kejam
6. Pendudukan Jepun meninggalkan kesan yang
besar terhadap kehidupan masyarakat di negara kita. Apakah perkembangan
nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan?
I perjuangan
menuntut kemerdekaan
II perkembangan semangat antipenjajah
III pengaruh luar dan serantau
IV kemunculan golongan intelektual
A I dan II B
I dan IV C II dan III D III dan IV
7. Bantahan rakyat terhadap Malayan Union
dilaksanakan melalui akhbar, cendikiawan, persatuan Melayu, kongres dan
perhimpunan besar-besaran. Apakah akhbar yang menyuarakan bantahan tersebut?
A Warta Malaya B
The Malay Mail
C Fajar Sarawak D
Utusan Melayu
8. Penyerahan Sarawak mencetuskan dua reaksi
yang berbeza, iaitu golongan yang menentang penyerahan Sarawak dan golongan
yang menyokong penyerahan Sarawak.
Factor penentangan penyerahan Sarawak
-
Tindakan Vyner Brooke bertentangan
dengan Perlembagaan 1941
-
Gerard T MacBryan menggunakan muslihat
-
X
Apakah X ?
A James Brooke menjual Sarawak kepada British
B Vyner Brooke mengetepikan wasiat Charles Brooke
C Charles Brooke menentang penyerahan
D Vyner Brooke mengingkari perjanjian
9. Pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah
Melayu telah ditubuhkan secara rasmi setelah Raja-Raja Melayu menandatangani
Perjanjian Pesekutuan Tanah Melayu 1948. Apakah faktor penubuhan Persekutuan
Tanah Melayu 1948?
I ketidakpuasan hati terhadap British
II Cadangan raja-raja Melayu dan UMNO
III penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union
IV kegagalan British mentadbir Malayan Union
A I dan II B
I dan IV C II dan III D III dan IV
10. Berikut merupakan ciri-ciri Persekutuan
Tanah Melayu 1948. Kewarganegaraan terbahagi kepada dua cara iaitu secara kuat
kuasa undang-undang dan X. Apakah X?
A Kebenaran Raja-raja B Sokongan British
C Cadangan pemimpin D
Secara pendaftaran
11. Gambar menunjukkan kereta api yang disabotaj
oleh komunis. Apakah tujuan komunis mensabotaj kereta api tersebut?
A Membunuh rakyat Tanah Melayu B Mengancam keselamatan rakyat
C Melumpuhkan ekonomi British D Memutuskan jalan kereta api
12. Rancangan Briggs dilancarkan oleh Sir
Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu pada 1950. Apakah
tujuan Rancangan Briggs?
A Menggalakkan rakyat Tanah Melayu bersatu
B Memutuskan hubungan PKM dengan Min Yuen
C Mengawal pergerakan Parti Komunis Malaya
D Mengetatkan undang-undang senjata api
13. Perkembangan politik antarabangsa dan
serantau mempengaruhi gelombang politik di negara kita. Apakah parti setempat
yang mencetuskan idea negara merdeka?
I kaum Tua II
Angkatan Wanita Sedar III Hizbul
Muslimin IV kesatuan Melayu Muada
A I dan II B
I dan IV C II dan III D III dan IV
14. Berikut merupakan usaha ke arah pembentukan
sistem pendidikan kebangsaan melalui penubuhan jawatankuasa pelajaran di Tanah
Melayu, Sarawak dan Sabah.
- sekolah rendah menggunakan Bahasa Melayu atau
Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar
- sekolah menengah menggunakan Bahasa Inggeris
sebagai Bahasa penghantar
Apakah jawatankuasa tersebut?
A Laporan Barnes 1951 B Laporan Fenn-Wu 1951
C Ordinan Pelajaran 1952 D Penyata Pelajaran 1956
15. Dimanakah lokasi pilihan raya tersebut?
- pilihanraya majlis perbandaran yang pertama
diadakan pada tahun 1951
- ia diadakan untuk memilih sembilan orang ahli pesuruhjaya
A Alor Setar, Kedah B
Seremban, Negeri Sembilan
C Bandaraya Kuala Lumpur D George Town, Pulau Pinang
16. Salah satu peranan Kabinet Pertama adalah
menyambung sistem yang diguna pakai dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan yang
berasaskan Model Westminster. Mengapakah Tanah Melayu menggunakan sistem
tersebut?
A Kuasa penuh diberikan kepada pihak tertentu
B Pemerintahan demokrasi mengikut British
C Mengurangkan kuasa pentadbiran British
D Proses pembaharuan secara berperingkat
17. Tunku Abdul Rahman dan wakil Raja-raja Melayu
menjelaskan misi rundingan di London bagi membincangkan
- hubungan British- Tanah Melayu
- perkara berkaitan perlembagaan negara yang akan
Merdeka
- X
Apakah X
A Sokongan seluruh penduduk B Undang-undang negara
C Rakyat berbilang kaum D Hal keselamatan rakyat
18. Sebanyak 131 memorandum bertulis diterima
daripada pihak Raja-raja Melayu, parti politik, badan awam dan orang
perseorangan unuk dipertimbangkan. Apakah memorandum yang diterima dari parti
politik dan pihak awam?
A Kepimpinan tempatan B Bahasa dan pendidikan
C Semangat nasionalisme D Pengaruh serantau
19. Tepat jam 12.00 tengah malam, bendera Union
Jack mula diturunkan oleh Tahir Abdul Majid dengan diiringi lagu God Save The
Queen. Mengapakah bendera Union Jack diturunkan?
A Berakhirnya pentadbiran British
B Memperkenalkan bendera Tanah Melayu
C Memberi penghormatan terakhir
D Pemasyhuran kemerdekaan negara
20. Rajah menunjukkan bunga raya yang
merupakan bunga kebangsaan negara merupakan identiti dan jati diri rakyat.
Mengapakah kita perlu memberikan penghormatan kepada simbol rasmi negara?
A Semangat berdikari B Menunjukkan kehebatan
C Simbol perpaduan D
Pengiktirafan rakyat
21. Kedaulatan penting untuk negara melaksanakan
dasar sosial bagi kesejahteraan negara. Bahasa kebangsaan, kebudayaan, sukan
dan Rukun Negara diperkenalkan. Mengapakah perkara-perkara tersebut
diperkenalkan?
A Memupuk perasaan muhibah B Memerdekakan negara
C Melambangkan kecantikan D Menunjukkan kekuatan
22. Berikut menunjukkan Titah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni
Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. Apakah langkah yang
dilaksanakan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat?
Kedaulatan negara bergantung pada warganya yang
bersatu
A Memperuntukan perbelanjaan B Menggunakan bahasa kebangsaan
C Memastikan pelaksanaan dasar D Menggubal undang-undang
23. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi
sebagai teras pemerintahan sesuatu negara. Apakah perkara yang terdapat di
dalam Undang-undang Negeri Melayu?
I memperkenalkan undang-undang Negeri Selat
II raja sebagai pemerintah
III rakyat memberi ketaatan
IV undang-undang digubal di England
A I dan II B
I dan IV C II dan III D III dan IV
24. Perlembagaan negara digubal bertujuan untuk
rakyat mematuhi peraturan. Oleh itu, rakyat perlu mematuhi Perlembagaan
Persekutuan bagi menjamin keamanan negara. Mengapakah Perlembagaan Persekutuan
dianggap unik?
A Mengandungi ciri tradisional dan moden
B Kewarganegaraan Persekutuan diperkenalkan
C Mewujudkan laporan suruhanjaya
D Membentuk kerajaan persekutuan
25. Gambar menunjukkan Durbar pertama di Kuala
Kangsar, Perak pada tahun 1897. Apakah peranan durbar?
A Majlis persidangan raja-raja Melayu
B Bertanggungjawab mempertahankan adat
C Mengukuhkan kedudukan British
D Mewujudkan kemakmuran ekonomi
26. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa atau
peranan yang luas dalam pemerintahan negara yang meliputi tiga kuasa.
-
Kuasa eksekutif
-
X
-
Y
Apakah X dan Y
I pengampunan II
diplomatic III perundangan IV kehakiman
A I dan II B
I dan IV C II dan III D III dan IV
27. Gambar menunjukkan Parlimen Negara. Institusi
ini mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang bagi seluruh Malaysia. Apakah
yang terkandung dalam Senarai Persekutuan?
A Undang-undang Islam B Kebudayaan dan sukan
C Perubatan dan Kesihatan D Hari kelepasan negeri
28. Penyelarasan pentadbiran dibuat antara Kerajaan
Persekutuan dengan Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua
Menteri serta majlis khas.
Majlis yang ditubuhkan oleh Kerajaan
-
Majlis Air Negara
-
Majlis Perumahan Negara
-
X
Apakah majlis x
A Kewangan Negara B
Keselamatan Negara
C Tanah Negara D
Negara bagi Kerajaan Tempatan
29. Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM)
ditubuhkan ketika Persidangan Ahli-Ahli Parlimen Komanwel di Singapura pada 23
Julai 1961. Apakah peranan penting jawatankuasa tersebut?
A Mendapatkan sokongan rakyat B Memupuk perpaduan kaum
C Menggalakkan kerjasama kaum D Memastikan keamanan negara
30. Gambar menunjukkan Peristiwa Pengisytiharan
Malaysia di Kuala Lumpur. Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963.
Istiadat pengisytiharan diadakan serentak di Kuala Lumpur, Sarawak dan Sabah.
Siapakah yang membacakan Pengisytiharan Malaysia di Stadium Merdeka?
A Ketua Menteri B
Wakil British
C Ketua Hakim Negara D Yang di-Pertuan Agong
31. Negara kita menghadapi pelbagai cabaran selepas
pembentukan Malaysia. Antara cabaran yang dihadapi termasuklah :
- Pembangunan dan sosioekonomi di Sarawak dan Sabah
- krisis politik di Sarawak
- perpaduan kaum
Mengapakah system pengangkutan di Sarawak sukar
dimajukan
A Kerjasama masyarakat sukar dicapai
B Kawasan Sarawak yang besar
C Bergantung pengangkutan air
D Masyarakat tidak ingin perubahan
32. Peristiwa rusuhan antara kaum berlaku pada 13
Mei 1969, bermula beberapa hari setelah diadakan Pilihan Raya Umum Ketiga.
Apakah langkah yang diambil bagi mengatasi masalah tersebut?
A Melancarkan program pembangunan negara
B Pembentukan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
C Mempercepatkan perpaduan antara kaum
D Mendapatkan bantuan daripada pihak ketiga
33. Pendidikan merupakan saluran terbaik bagi
merealisasikan matlamat membina perpaduan kaum dan integrasi nasional. Matlamat
ini terkandung dalam Laporan Rahman Talib. Bagaimanakah Laporan Rahman Talib
dapat mewujudkan perpaduan?
A Penekanan terhadap aktiviti kokurikulum
B Sistem persekolahan aneka jurusan
C Penegasan kepada pendidikan kerohanian
D Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
34. Rukun Negara dibentuk untuk mendukung cita-cita
mencapai beberapa matlamat. Setiap matlamat ini berperanan bagi melahirkan
sebuah negara yang rakyatnya hidup bersatu padu. Apakah matlamat Rukun Negara?
I Masyarakat progresif II negara Bersatu III
nilai kenegaraan IV norma sosial
A I dan II B
I dan IV C II dan III D III dan IV
35. Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan dalam
tempoh 20 tahun sebagai rancangan pembangunan ekonomi dan perpaduan negara.
Apakah tujuan DEB?
A Merapatkan jurang sosioekonomi setempat
B Memulihkan ketidakseimbangan sosioekonomi
C Mencari masalah yang berkaitan masyarakat
D Membangunkan ekonomi masyarakat di bandar
36. Kerajaan meneruskan usaha untuk menghapuskan
kemiskinan tegar dalam kalangan pelbagai kaum khasnya golongan bumiputera.
Bagaimana usaha tersebut boleh membantu golongan belia?
A Pemberian bantuan kewangan B Pendidikan di Kolej Vokasional
C Latihan di Pusat Latihan Giatmara D Lawatan ke kawasan industri
ringan
37. Malaysia memberi komitmen dan kerjasama yang
penuh kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Hal ini sejajar dengan
pendirian Malaysia dalam soal antarabangsa. Apakah pendirian Malaysia?
A Dasar tidak campurtangan B Perpaduan kaum asas kemajuan
C Ekonomi maju rakyat Sejahtera D Hidup bersama secara aman
38. Penglibatan Malaysia dalam negara serantau
membolehkan negara kita menjadi anggota ASEAN yang memberikan manfaat dalam
ekonomi, sosial dan politik. Apakah usaha Malaysia untuk mencapai matlamat
tersebut?
A Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)
B Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO)
C Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
D Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
39. Gambar menunjukkan logo ASEAN Free Trade
Area (AFTA). Perjanjian AFTA bertujuan menjadikan kawasan ASEAN sebagai tempat
produksi yang kompetitif bagi hasil keluaran ASEAN. Apakah kelebihan yang dapat
dilaksanakan melalui AFTA?
A Memajukan pelabuhan antarabangsa
B Mengurangkan tarif barangan
C Menjaga pelabur dari luar negara
D Mencadangkan cukai yang dikenakan
40. Isu Palestin disuarakan oleh semua Perdana
Menteri Malaysia, sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. Kewujudan NGO
(Pertubuhan Bukan Kerajaan) dapat dilihat dengan jelas dalam membantu menangani
isu ini. Antara NGO yang membantu Palestin adalah
I Cinta Gaza Malaysia II Muslim Care Malaysia
III Global Peace Mission IV Angkatan Belia Islam Malaysia
A I dan II B
I dan IV C II dan III D III dan IV
Tiada ulasan:
Catat Ulasan