CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 9 September 2011

soalan 30-35 kertas 1 BM PMR

KOMSAS – BELUM KELUAR DALAM PMR

CERPEN ( pemberatan 60 % )

1. hadiah hari guru

Ramli ( anak yatim ) yang baru pulang dari sekolah menyatakan hasratnya untuk memberikan hadiah kepada Cikgu Fatimah sempena Hari Guru yang bakal tiba. Beliau ialah guru tingkatannya. Ramli sedar akan kesusahan ibunya yang telah uzur. Oleh yang demikian dia tidak mendesak ibunya untuk memenuhi hasratnya itu.

Pada pagi Hari Guru , Ramli adalah orang pertama yang sampai ke sekolah dan memberikan bungkusan hadiah kepada Cikgu Fatimah. Murid yang lain pula memberikan hadiah yang cantik-cantik kepada beliau. Selesai sambutan Hari Guru , Cikgu Fatimah membuka bungkusan hadiah yang diberikan oleh Ramli. Beliau sangat terharu dengan keikhlasan Ramli setelah membaca nota ringkas daripada Ramli. Akhirnya Cikgu Fatimah berhasrat mengambil Ramli sebagai anak angkatnya.

Tema

- keikhlasan dan kejujuran pelajar memberi penghargaan terhadap gurunya bersempena dengan sambutan Hari guru

persoalan

- kemiskinan hidup pelajar luar bandar

- sikap bertanggungjawab sebagai anak dan pelajar

- tanggungjawab seorang ibu terhadap anaknya

- sikap tolong menolong dapat meringankan beban masyarakat

latar masyarakat

- golongan petani / pesawah yang hidup serba kekurangan

- pelajar yang tahu menghargai jasa guru

- masyarakat guru yang prihatin dan mengambil berat akan hal kebajikan murid-muridnya

2. gema menggegar kota

15 orang ahli Kelab Sejarah yang diketuai oleh guru penasihat ( Cikgu Zaidah ) telah bertolak ke Bukit Sapai. Selepas perjalanan selama 40 minit mereka sampai dan mendaki ke puncak bukit. Mereka sampai ke bahagian kota lama peninggalan Belanda. Mereka kemudiannya diarahkan oleh Cikgu Zaidah membuat kajian dan mencari bahan-bahan sejarah. Sewaktu berehat di pantai , Rashid telah tersepak sebiji bom lama. Cikgu Zaidah diberitatahu tentang hal itu lalu mengarahkan Rahim untuk melaporkan penemuan tersebut ke balai polis berdekatan. Menjelang petang bom tersebut dimusnahkan oleh sekumpulan ahli pemusnah bom. Ahli kelab pulang dengan selamat.

Mesej

- bijaksana dan tidak panik ketika melalui masalah luar jangka

3. diari seorang pengawas

Kisah beberapa orang pelajar yang kembali ke sekolah setelah bercuti panjang. Halim gembira kerana dapat bertemu semula dengan rakan-rakannya seperti Yusuf dan Rubiah. Halim mula meminati Mona Aida yang cantik. Fikri pula dijadikan sebagai ketua pengawas.

Fikri bertanggungjawab memberikan taklimat tentang tugas pengawas. Cikgu Khalid yang bertugas sebagai penasihat badan pengawas meminta pengawas menjalankan tugas dengan penuh amanah. Beliau mahu pengawas lebih tegas dalam menangani masalah disiplin terutama kesalahan merokok.

Pada suatu hari ketika sedang bertugas , Halim telah menahan Mona Aida atas kesalahan datang lewat. Mona Aida berasa marah dan berlalu dengan muka yang masam.

Halim kemudiannya mendapat surat layang . Setelah diselidiki ternyata surat tersebut daripada Yusuf yang mendendami Halim yang pernah menangkapnya atas kesalahan merokok di dalam tandas.

Dalam suatu peristiwa yang lain Halim melihat Yahya , murid tingkatan Tiga B dipapah ke bilik guru dalam keadaan menggeletar. Halim menyangkakan bahawa Yahya menghidap penyakit sawan babi. Namun setelah diselidiki barulah diketahui bahawa Yahya mengalami ketagihan dadah yang tegar.

4. makmal znf

Mengisahkan pertarungan Zainuddin , Fauzi dan Syarif di alam maya. Ia bermula dengan Norhaiza yang memasuki alam maya melalui sistem komputer Zainuddin yang didapati hilang daripada perisian komputer. Zainuddin mengambil keputusan menjejaki Norhaiza lalu memasuki alam maya. Di alam maya Zainuddin berjaya menemui Norhaiza namun telah diserang oleh Syarif , musuh lamanya. Mereka bertarung di alam maya. Syarif menghantar virus ke komputer Zainuddin. Sebagai akibatnya Zainuddin hilang daripada skrin komputer. Fauzi yang mengikuti pertarungan itu mula berasa cemas. Dia cuba memulihkan sistem komputer Zainuddin dan berjaya memusnahkan virs tersebut. Ketika Zainuddin hampir ditewaskan oleh Sharif , Fauzi telah memasuki alam maya. Dia berjaya menewaskan Syarif. Zainuddin , Norhaiza dan Fauzi kembali semula ke alam realiti. Mereka mendengar banglo Sharif terbakar sebagai akibat litar pintas tetapi mayatnya tidak dapat ditemukan.

Tema

- perjuangan menentang kejahatan yang berakhir dengan kejayaan

persoalan

- sikap setia kawan

- sikap dendam sesama manusia

- penyalahgunaan ilmu dan kemahiran

- bersikap rasional dalam sebarang tindakan

5. sehijau warna daun

Sebaik sahaja pulang dari sekolah , Nyonya Khoo menyuruh Mei Ling menyalin pakaian sekolahnya dan makan tengah hari bersama-sama. Semasa makan Mei Ling berasa sedih dan terharu atas kepayahan hidup yang dilalui oleh ibunya. Selepas makan Nyonya Khoo pergi ke kebun pisang milik Haji Hasyim. Pisang-oisang itu perlu ditebang untuk dijual kepada Pak Mail.

Ketika bersendirian Mei Ling teringat akan kata-kata ibunya dan terkenang akan liku-liku kehidupan yang dilalui oleh mereka selepas kematian ayahnya. Dia juga terharu atas layanan dan sikap orang Melayu di Kampung Kemuning yang baik terhadap mereka sekeluarga.

Petang itu Mei Ling tertunggu-tunggu akan kedatangan Siti yang berjanji untuk belajar bersma-sama. Semasa belajar itu, Siti menyedari kemurungan yang dialami oleh Mei Ling. Dia meredakan perasaan Mei Ling dengan mengatakan bahawa penduduk Melayu di kampung itu ikhlas menerima mereka sekeluarga.

Tema

- perpaduan kaum hasil daripada sikap toleransi

6. pak usu

Pak Zubir gembira menerima sepucuk surat daripada sepupunya usop atau Pak Usu. Pak Usu ialah anak yatim piatu yang cacat penglihatan. Dia kini menetap di Pak Zubir terkejut dan tidak menyangka bahawa Pak Usi yang telah meninggalkan kampung selama 20 tahun itu masih hidup.

Arif ( anak Pak Zubir )dan Mak Gayah mula tertarik apabila diberitahu kisah lampau Pak Usu. Dia kebingungan apabila ibunya kurang menyenangi kepulangan Pak Usu.

Ketibaan Pak Usu di halaman rumah Pak Zubir disambut oleh Arif secara mesra. Kedatangan PU dengan berkereta besar , berpersonaliti menarik dan berjawatan pensyarah mengkagumkan Arif.

PU berbangga dengan perubahan yang berlaku di kampung itu. PU ingin berjumpa dengan ibu bapa Arif untuk membalas budi mereka serta memaklumkan bahawa dia akan ke luar negara bagi menyambung pengajian. Dia juga memberi peransang kepada Arif agar belajar dengan bersungguh-sungguh.

Tema

- hubungan kekeluargaan yang masih utuh walaupun pernah dilanda krisis dan perpisahan selama 20 tahun

persoalan

- kepentingan ilmu dalam kehidupan

- mengenang budi

- kecacatan bukan penghalang meraih kejayaan

7. tina

- Di sekolah baru Haidi bertemu dengan seorang pelajar perempuan yang mempunyai wajah dan perawakan fizikal yang mirip arwah adiknya ( Sutina ) . Haidi berusaha dan akhirnya dapat berkenalan / mengenali pelajar tersebut. Kebetulan pula Haidi dan pelajar ini ( Kursiah ) meminati sukan dan berada dalam rumah sukan yang sama di sekolah itu iaitu Tuk Janggut. Pada hari sukan , Haidi mencabar Kursiah memenangi acara 5000 meter perempuan terbuka dan berjanji akan memberi wang sebanyak RM 5 jika berjaya mendapat tempat pertama. Kurish menyahut cabaran tersebut dan berjaya meraih tempat pertama. Setibanya di garisan penamat Kursiah jatuh pengsan ( klimaks ) dan diusung di atas tandu. Haidi meraung apabila Kursiah ditandu ke ambulans. Haidi berasa takut sekiranya apa-apa yang telah berlaku kepada adiknya Sutina akan menimpa Kursiah pula. Dia hanya mampu berdoa agar Tuhan tidak mengambil nyawa Kursiah ( peleraian )

Persoalan

- tanggungjawab seorang abang terhadap adiknya

- ketabahan menghadapi ujian hidup

- semangat kesukanan

- sikap prihatin seorang abang dan sahabat

8. batu

Mazlan bertanya kepada Iskandar dan Zainol tentang arah jalan ke Jalan Raja Angkasa kerana ingin menyerahkan batu gandapuri kepada seseorang yang tinggal di situ. Pada masa yang sama dia cuba mempengaruhi Iskandar dan Zainol akan khasiat batu gandapuri tersebut. Mereka ke Restoran Heng Ah See untuk membolehkan Mazlan menjelaskan dengan lebih lanjut serta menunjukkan kehebatan batu itu. Zainol yang telah terpedaya pergi ke bank untuk mengeluarkan wang sebanyak RM 400 untuk membeli batu tersebut.

Dalam tempoh tersebut Mazlan cuba memujuk Iskandar membeli batu tersebut dengan menawarkan harga yang lebih rendah. Iskandar yang termakan pujukan Mazlan telah menemui kawannya Malik untuk meminjam wang. Malik memberitahu bahawa batu tersebut ialah batu karbonit yang akan bertindak balas apabila terkena air limau. Iskandar mula sedar bahawa dia telah ditipu lalu meminta Malik menghubungi kawannya Nordin.

Malik sebenarnya membawa Inspektor Hussin dari balai polis. Mazlan telah diberkas dan didakwa kerana menjalankan kegiatan penipuan.

Persoalan

- kesanggupan menipu untuk memperoleh kesenangan secara mudah

- sikap terburu-buru membawa padah

- sikap anggota masyarakat yang bertanggungjawab membanteras jenayah

9. buku catatan farid badrul

Farid ingin bercuti di rumah Pak Cik Sani iaitu bapa saudaranya yang tinggal di kampung. Inya dilakukan kerana dia berasa bosan tanpa aktiviti semasa cuti persekolahan. Pemergian Farid dipersetujui oleh kedua ibu bapanya.

Di kampung Farid mengikut bapa saudaranya Pak Cik Sani dan sepupunya Hamzah ke surau untuk bersembahyang dan mendengar ceramah agama. Farid berasa malu kerana dia tidak tahu bersembahyang. Farid juga mengikut Hamzah ke kelas agama. Dia mula mempelajari cara membaca bacaan dalam sembahyang di bawah bimbingan Ustaz Ramli.

Setelah seminggu berada di kampung ibu bapa Farid menjemputnya untuk pulang. Namun Farid enggan pulang kerana ingin menghabiskan cutinya di kampung. Ibu bapanya akur dengan permintaan Farid.

Tema

- kedangkalan / kecetekan tentang ilmu agama dan kesedaran untuk mempelajarinya

Persoalan

- tanggungjawab ibu bapa dalam memberikan didikan agama kepada anak-anak

- pengabaian kasih sayang terhadap anak-anak dalam kalangan masyarakat bandar

- perbezaan gaya hidup antara masyarakat bandar dan desa

10. erti kasih makna sayang

Mengisahkan sebuah keluarga peribumi Sarawak iait u Puan Antagi dan anak-anaknya Seganti , Ungin dan Indusai yang berusaha menyelamatkan dua ekor mawas.

Mereka menemukan mawas tersebut yang cedera di dalam guni yang dipercayai dijerat oleh penyeludup haram. Ibu mawas diberikan nama Busut manakala anaknya diberikan nama Cendawan. Kedua-duanya dirawat dan dimasukkan ke dalam kandang oleh Puan Antagi dan anak-anaknya.

Pada suatu hari Busut yang pengsan disangkakan telah mati sebagai akibat pendarahan yang teruk. Ungin dan Indusai melucutkan tali yang mengikat Busut lalu merawatnya. Seminggu setelah dirawat kedua-dua mawas tersebut telah semakin pulih. Sekalipun mereka sekeluarga menyayangi Bust dan Cendawan tetapi mereka tetap menyerahkan mawas tersebut kepada PERHILITAN demi menyelamatkan spesies mawas daripada terus menjadi mangsa penyeludup dan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan