CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Isnin, 12 September 2011

komsas - belum keluar dalam PMR ( soalan 30 - 35 )

  1. rumah baru

Maksud

  1. rumah baru yang dimaksudkan ialah sebuah negara baru. Telah ada perancangan bagi memajukan negara pada masa akan datang. Ianya juga berkaitan dengan wawasan 2020 yang memberi manfaat / faedah kepada generasi muda yang perlu diberikan pendidikan supaya mereka menjadi warga negara yang matang , cerdik dan dapat mendukung cita-cita wawasan
  2. wawasan pada masa akan datang itu dibina secara kerjasama dengan rakyat di negara ini. Negara ini mampu maju hasil daripada sikap bertolak ansur antara kaum-kaum di negara ini
  3. melalui wawasan yang dibina adalah diharapkan negara kita mempunyai identiti kebangsaan yang jelas. Rakyatnya pula akan sentiasa bersatu padu, hormat menghormati dan bekerjasama. Kesannya keharmonian hidup dapat dinikmati.

Persoalan

  1. masa depan negara ditentukan oleh generasi muda pada masa kini
  2. kerjasama antara kaum amat penting dalam sebuah negara yang berbilang bangsa seperti di Malaysia

nada

- patriotik

gaya bahasa

- metafora – tahun wawasan / tiang muafakat / bumi toleransi / juadah kesejahteraan

- perlambangan – rumah baru ( negara yang masih muda )

pengajaran

- kita bertanggungjawab memberikan pendidikan yang secukupnya kepada generasi muda

- kita hendaklah bertindak dengan bijaksana dalam usaha mencapai wawasan

- setiap kaum harus mengamalkan toleransi dan muafakat untuk mewujudkan kesejahteraan dan perpaduan

- sesebuah negara yang aman adalah negara yang berlandaskan perpaduan antara kaum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan