CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Isnin, 12 September 2011

komsas - belum keluar dalam PMR ( soalan 30 - 35 )

  1. usia

maksud

- penyajak menghadapi usia yang kian bertambah dengan perasaan yang tenang. Penyajak sedar bahawa penambahan usia menyebabkan umur semakin pendek. Oleh itu kehendak atau keinginan harus dibataskan. Apa-apa yang akan datang dinanti dengan penuh harapan.

- Penyajak sedar dan sayang akan kehidupan. Usia yang bertambah dapat meningkatkan kematangan dan ketabahan dalam menghadapi pelbagai ragam dan masalah hidup. Oleh itu arah kehidupan hendaklah menjurus pada hakikat hidup yang sebenarnya

- Dengan kuasa dan kehendak Tuhan , usia dilanjutkan atau dimatikan dengan tiba-tiba

Tema

- kesedaran manusia terhadap kebesaran / kekuasaan Tuhan

persoalan

- takdir tuhan atas setiap manusia

- kesyukuran terhadap kurniaan Tuhan

- keinsafan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan