CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Isnin, 12 September 2011

komsas - belum keluar dalam PMR ( soalan 30 - 35 )

KOMSAS – BELUM KELUAR DALAM PMR II

PUISI MODEN ( pemberatan 55 % )

  1. negeri cinta

maksud

- Gambaran terhadap kejadian alam yang dikaitkan dengan kehidupan manusia kerana alam adalah sebahagian daripada kehidupan manusia. Oleh itu kita perlulah mencintai , menghargai dan memelihara keindahan alam

- Negeri yang diidam-idamkan oleh penyajak ialah sebuah negeri yang indah daripada segi alam semulajadinya

- Harapan agar keindahan hutan , laut , sungai dan udara sama-sama dipelihara oleh rakyat negara ini daripada pencemaran dan kemusnahan alam sekitar.

- Malaysia adalah negara di rantau ini yang maju dan terselamat daripada kemusnahan sebagai akibat arus pemodenan yang dianggap dapat menjejaskan perpaduan rakyat dan mengancam keluhuran kebudayaannya

Tema

- cinta akan keindahan alam

persoalan

- pembangunan yang tidak terancang dapat menjejaskan alam sekitar

- tanggungjawab rakyat menjaga dan mengekalkan keindahan alam sekitar

nada

- romantis

gaya bahasa

- metafora – negeri impian , negeri gemerlapan

- anafora ( pengulangan awal )

o cinta kepadanya jutaan bunga-bunga

o cinta kepadanya cinta jutaan jiwa manusia

- personafikasi – dari buruan kehidupan yang mencekik

o hiperbola – ( perlambangan keterlaluan )cinta kepadanya cinta jutaan jiwa manusia

- asonansi – pengulangan huruf vokal ( ini sungai kita , lindungi dari keracunan – pengulangan vokal i )

- aliterasi – pengulangan huruf konsonan – lindungi dari keganasan-keganasan - pengulangan konsonan n )

pengajaran

- alam ialah syurga bumi yang perlu dilindungi

- semua pihak harus bekerjasama melindungi alam sekitar daripada tercemar

- kita perlu mengekalkan semangat perpaduan

catatan / ulasan

  1. bahasa yang digunakan agak mudah
  2. senang difahami
  3. isu yang dibincangkan agak mudah / penting
  4. gaya bahasa agak pelbagai
  5. sesuai untuk penyoalan bahagian bahasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan