CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 26 Ogos 2025

NOTA SEJ T1 BAB 3 ZAMAN PRASEJARAH

 

BAB 3 – ZAMAN PRASEJARAH

3.1 – MAKSUD

- zaman sebelum manusia mengetahui dan mengenal tulisan

- terbahagi kepada zaman batu dan zaman logam

- zaman batu – menggunakan batu dalam kehidupan

- terbahagi kepada 3 – zaman  paleolitik , mesolitik dan neolitik

- zaman paleolitik  - teknologi batu ringkas / tulang binatang

- zaman mesolitik – cara hidup semakin berkembang / memburu binatang/ menangkap ikan

- zaman neolitik – kehidupan lebih baik / ada pertempatan / bercucuk tanam / membuat tembikar dan menternak binatang

 

Zaman logam

- menggunakan gangsa dan besi

- aktiviti pelayaran / bertani

- aktiviti pertukaran barangan / peralatan

- peralatan – kapak / tulang mawas / beliung / mata lembing

 

3.2 – lokasi zaman pra sejarah

Bil

Tempat

Penemuan

1

Gua Chauvet , Perancis

Lukisan prasejarah / memburu binatang

2

Altamira , Sepanyol

Lukisan gua zaman mesolitik

3

Catal huyuk , Turki

Pertanian , penanaman barli dan gandum

4

Stoneage , Britain

Binaan batu – ritual agama dan mengkaji bintang

5

Bhimbetka India

Lokasi pertempatan

6

Zhoukoudian China

Rangka manusia Peking Man

7

Shahr –i Sokhta , Iran

Kawasan perumahan, perkuburan , pembuatan barangan harian

 

Lokasi zaman prasejarah di Asia Tenggara

Bil

Tempat

Jumpaan / huraian

1

Ban  Chiang Thailand

Pertanian , pembuatan logam , tekstil, tembikar tanah , menternak binatang

2

Lenggong , Malaysia

Rangka Perak Man

3

Gua Liang Batu Indonesia

Fosil dan tulang Flores Man

4

Gua Padah lin , Myanmar

Pertempatan

5

Sa Hyun , Vietnam

Tapak zaman besi – pembuatan tembikar

6

Gua Tabon , Filipina

Rangka manusia

 

3.3. ciri kehidupan manusia zaman prasejarah

 

Ciri

Zaman paleolitik

Zaman mesolitik

Zaman neolitik

Zaman logam

Tempat kediaman

Gua dan lubang bawah tanah, bawah pokok, ranting kayu

Masih di dalam gua/ lubang bawah tanah

Pinggir sungai (untuk  air dan ikan )

Menetap di kaawsan lembah sungai dan pesisiran pantai. Rumah diperbuat daripada batu , tanah liat dan kayu

Menetap dan membina kediaman..

Bahan binaan batu, kayu dan tanah liat

Mula tinggal dikawasan tanah tinggi

peralatan

Daripada batu, kayu dan tulang haiwan

Peralatan ringkas dan kasar

Masih daripada batu, kayu dan tulang binatang. Cara pembuatan lebih halus dan kemas

Menggunakan panah dan perangkap untuk memburu binatang

Peralatan lebih halus dan kemas. Terdapat peralatan baru untuk menggali dan roda

Mencipta peralatan daripada logam.

Tahu melebur dan membuat acuan.

Peralatan berasaskan tembaga, gangsa dan besi

Pengumpulan barangan

Aktiviti paling penting untuk mendapatkan makanan selain memburu binatang

Kumpulkan buah, cendawan, bijirin, pucuk tumbuhan liar

Masih jalankan aktiviti mengumpul makan. Termasuk siput/ kerang di pinggir sungai dan laut

Aktiviti semakin berkurangan. Lebih melibatkan diri dengan bertani dan menternak

Aktiviti mengumpul makanan telah tiada.

Makanan semakin mencukupi bahkan wujud perniagaan tukar barang

Kegiatan ekonomi

Bergantung sepenuhnya pada sumber alam.

Hidup secara nomad dan berkongsi makanan. Aktiviti bersifat sara diri

Mengutip hasil hutan , buru binatang dan menangkap ikan. Masih berkongsi makanan.

Menghasilkan makanan melalui penternakan dan pertanian. Berdagang secara bertukar barang . mula melakukan pengkhususan kerja

Pertanian, penternakan dan perdagangan , pertukaran barangan menjadi aktiviti utama

Organisasi sosial

Hidup dalam kelompok kecil/ keluarga

Kelompok kecil

Hidup menetap / ada ketua / pemimpin/ pengikut/ orang bawahan

Ada pemimpin yang bertanggungjawab selesaikan masalah

Ada aturan hidup

Ada sistem pentadbiran

Kepercayaan

Animism

Sembah alam semula jadi ( petir /kilat/angin/ matahari/ pokok/batu /bukit

Animisme

Ada cara persembahan kepada alam / ada cara penyembahan

Wujud kepercayaan hidup selepas mati

Mayat diurus dengan teliti dan dikebumi dengan sempurna

Penyembahan kepada kuasa alam

Membina bangunan untuk tujuan penyembahan

Kesenian dan kebudayaan

Lukisan gua

Lukisan gua

Lukisan gua

Corak permukaan tembikar

Pola geometri dalam hiasan tembikar

Menghargai seni

Gendang  gangsa ( berhias )

 

3.4  kesinambungan sumbangan zaman prasejarah kepada kemajuan kehhidupan manusia

- aktiviti pertanian – menjadi sumber makanan / dilakukan secara lading untuk hasil yang lebih banyak

- memburu binatang- menggunakan senjata moden / lessen memburu / binatang hutan

- menternak binatang- dilakukan secara komersial ( lembu/ kuda/ kambing/ kambing biri-biri )

-peralatan-inovasi pedang/ parang tombak cangkul / keris/ kapak – penggunaan mesin dan jentera moden/ barangan elektrik

- tembikar – tembikar dinasti Ming sangat terkenal sehingga menjadi bahan dagangan /

- ideofak – awal / menghormati mayat/ kaedah pengebumian/sekarang ( amalan mengebumikan mayat dalam keranda

- meonumen dan seni bina – kemampuan manusia membina bangunan lebih tinggi

 

3.5. zaman pra sejarah di Malaysia

a. Lokasi

         i.            40,000 tahun dahulu manusia menetap di Negara ini

       ii.            Berlaku pada zaman paleolitik

     iii.            Bukti – lokasi di gua dan kawasan terbuka

     iv.            Zaman paleolitik – Tingkayu / Sabah , Gua Niah / Sarawak, kota Tampan / Perak

       v.            Zaman Mesolitik – Gua Cha / Kelantan, Gua Madai / Sabah

     vi.            Zaman Neolitik – Gua Kecil/ Pahang, Sungai Tembeling/ Pahang

   vii.            Zaman Logam – Lembah Bernam / Selangor

 

b. teknologi

- peralatan memotong, menetak atau memecahkan tulang

 

c. tembikar dan manik

-pandai membuat tembikar dan manic

- pelbagai bentuk, saiz dan warna dan corak hiasan

d. lukisan gua dan ukiran batu

- cara manusia zaman dulu menyampaikan maklumat tentang kehidupan mereka

- menggambarkan kehidupan harian pada masa itu ( memburu, agama )

- contoh – batu patung

e. ekonomi

- memburu dan memungut hasil hutan

- menanam padi

- kegiatan perdagangan – pertukaran barang – loceng dan gendang

f. kepercayaan

- tapak perkuburan / keranda / keranda kayu/ keranda perahu/ tempayan

NOTA SEJ T1 BAB 2 ZAMAN AIR BATU

 

BAB 2: ZAMAN AIR BATU

 

 (2.1) Pengenalan

- usia bumi dianggarkan 4.6 bilion tahun

- bumi terdiri daripada kawasan air batu , daratan dan lautan

- bumi mengalami perubahan iklim dan fizikal

- terdapat binatang berbulu tebal yang hidup pada zaman ini iaitu mammoth , bison , harimau bertaring dan  sloth

- pada 650 juta tahun dahulu bumi tiada hidupan

- 390 juta tahun dahulu – wujud air tawar dan ada hidupan seperti ikan dan amfibia

- 195 juta tahun dahulu – zaman jurasik dan hidupan dinasour

- 94 juta tahun dahulu – dinasour pupus dan bentuk fizikal bumi mula berubah

- 18,000 tahun dahulu – telah wujud binatang seperti kuda , badak sumbu, anjing, kucing

- iklim mempengaruhi perubahan bentuk muka bumi ( daratan dan lautan )

- daratan – gunung/banjaran/bukit/ tanah pamah/lembah/ sungai

- lautan – laut/ selat/tasik/ teluk

- dunia terdiri daripada benua Amerika Utara/ Amerika Selatan/ Eropah/ Afrika/ Asia/ Ocenia

- dunia memiliki lautan besar seperti – Laut Pasifik Selatan/ Lautan Artik/ Lautan Atlanatik/ Lautan Hindi/ Lautan Pasifik Utara/ Lautan Selatan

 

2.2/2.3. garis masa zaman air batu

 

Bil

Nama

Tempoh

Fizikal / Hidupan

1

Miosen

5-23 juta tahun dahulu

Gunung-ganang / mamalia / hidupan air

2

Pliosen

2.6 -5 juta tahun dahulu

Dataran tinggi terbentuk / haiwan pelbagai habitat

3

Pleistosen

10.000 – 2.5 juta tahun dahulu

Zaman glasier / manusia tahu membuat api

4

holosen

10.000 - kini

Manusia bertani/ ciptaan roda / ciptaan tulisan/ mula wujud tamadun manusia

 

2.4 ciri zaman air batu

-

Bil

Ciri

Huraian

1

Fizikal bumi

Permukaan air laut membeku / sebahagian bumi dilitupi ais

2

Binatang

Seperti mammoth , badak , kuda. Singa tinggal di kawasan tanah pamah

3

Tumbuhan

Rerumput dan tumbuhan renek

4

Suhu

Terlalu sejuk

5

Aras laut

Permukaan laut membeku, paras air laut rendah, wujud imigrasi manusia dan binatang

6

Kehidupan manusia

Tinggal di tanah pamah ( rendah / hidup bernomad atau berpindah randah dan memburu binatang

 

 

2.5 perubahan zaman air batu

- air batu mencair – paras air laut meningkat

- mewujudkan pulau / tasik

- kepupusan binatang mammoth / sloth dan harimau bertaring

- semasa zaman Holosen perubahan iklim menyebabkan berlakunya penghijrahan manusia dari benua Afrika ke Eropah dan Asia kerana cuaca di sini tidak begitu sejuk

- cuaca bumi asalnya ialah terlalu sejuk berubah kepada menjadi sederhana sejuk kerana berlakunya peningkatan suhu bumi

 

2.6 – kesan perubahan zaman air batu di Asia Tenggara

- kenaikan paras air

- penghijrahan manusia

- menukarkan bentuk fizikal ( terjadinya sungai dan tasik / selat )

- wujud mamalia  bersaiz besar

 

NOTA SEJ T1 BAB 1 SEJARAH DAN KITA

 BAB 1: SEJARAH DAN KITA

 

(1)Pengertian Sejarah

Sejarah – peristiwa yang sudah berlaku dalam kehidupan sesebuah masyarakat/ Negara

Sejarah – dikaji oleh ahli sejarah/ ilmu sejarah melalui catatan/ rekod

Sejarah – ditulis dalam buku/ makalah/ majalah

- Perkataan Arab -syajaratun

- pohon atau pokok,salasilah, keturunan, asal-usul dan riwayat.

- kamus dewan – asal usul/ keturunan/ salasilah/ peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lampau

- bahasa inggeris – history ( cerita tentang seseorang/ historia iaitu penyelidikan

 

1. 2.pengertian sejarah mengikut pandangan sejarawan

- sejarahwan Ibn Khaldun– masyarakat dan peradaban manusia dan perubahan yang berlaku pada sifat masyarakat.

-Herodotus– cerita tindakan manusia yang penting dan sebab mereka melakukannya.

-.Muhd. Yusof Ibrahim– catatan / rekod peristiwa yg berlaku.

-.Penyelidikan perkara yg telah berlaku

 

1.3 masa silam dan ruang masa

- zaman sebelum masihi/ masihi

- kurun/ abad

- dekad

- tahun/ bulan/ hari

 

 

(1.3) Sumber Sejarah

Definasi

Artifak

-         Peralatan ciptaan manusia

-         Contoh alat berburu/ bertani/ berdagang

-         Alatan diperbuat daripada batu/ kaca/logam

Fosil

-         Kesan tinggalan daripada haiwan/ tumbuhan dan hidupan lain

-         Biasanya dalam bentuk batu/ tulang

-         Usia melebihi 10,000 tahun

 

Terbahagi kepada 2 – sumber utama / primer / sumber kedua/ sekunder

Sumber Pertama/Sumber Primer.

i.fosil, artifak dan keterangan lisan.

ii.Belum diolah dan dicetak

iii.Masih asli dan belum ditafsir.

iv.Contoh: fail rasmi jabatan, surat peribadi, manuskrip belum dicetak & batu bersurat.

 

Ciri Sumber Kedua/Sumber Sekunder.

i.Bahan yg dikaji melalui bacaan bahan bertulis.

ii.Ditulis oleh sejarawan.

iii.Diolah dan dicetak.

iv.Disebarkan kepada umum.

v.buku, majalah, jurnal, akhbar dan risalah.

 

(1.4) Kaedah Pengkajian Sejarah

a)Kaedah lisan.

1.Maklumat diperoleh secara terus melalui ucapan, penceritaan, perbualan

2.maklumat berkait dgn tradisi sastera rakyat spt mitos, legenda, dongeng dan puisi.

3.Sejarawan memilih, mentafsir dan bandingkan fakta

4.Kelemahan - wujudnya unsur tokok tambah yang bercampur dengan unsur mitos, legenda dan dongeng.

5.Kesan kemajuan sains dan teknologi /kaedah pandang dengar digunakan. Contoh:televisyen, pita rakaman & internet

 

b) Kaedah bertulis.

1.Maklumat drp sumber yang ditulis, dilakar atau dipahat pada batu/ kulit kayu.

 

c) Kaedah arkeologi.

1.Maklumat berdasarkan kajian saintifik.

2.Antara cabang bidang arkeologi ialah angkasa lepas,maritim / laut dan  cari gali.

3.Maklumat ditemui melalui proses cari gali .

4.Melalui proses cari gali , ketetapan usia bahan dapat disahkan melalui kajian saintifik seperti pentarikhan radiocarbon.

 

(1.5)Pentafsiran Sejarah

1.Tafsiran menjadikan peristiwa bermakna ( pemilihan peristiwa yang sesuai boleh dijadikan bahan/ atau perisitiwa sejarah )

2.Sejarawan berusaha mencari jawapan

3.Tafsiran tepat memerlukan penyelidikan

4.Tafsiran mungkin berbeza antara sejarawan.

i. ada yang kata pembunuhan Birch kerana beliau memperkenalkan sistem cukai.

ii. Sejarawan lain - pembunuhan kerana Birch ambil alih kuasa pembesar dan raja

 

5.Tafsiran berbeza disebabkan pandangan yang berlainan antara sejarawan.

i. Sejarawan barat - penjajahan British kerana ingin membantu raja mententeramkan kacau bilau

ii. Sejarawan lain - penjajahan kerana British ingin membolot kekayaan ekonomi Tanah Melayu.

iii. Sejarawan Barat - anggap Tok Janggut, Dato Bahaman sebagai pemberontak.

iv. Sejarawan tempatan - anggap pahlawan Melayu sebagai pejuang tanah air.

6. Sejarawan mestilah jujur dan bertanggungjawab ketika membuat penyelidikan dan penilaian peristiwa sejarah

 

(1.6)Tujuan mempelajari Sejarah

1.menambah  ilmu pengetahuan.

2.Mengetahui kepentingan sesuatu peristiwa

3.Melahirkan perasaan jati diri yang tinggi

4.Hargai jasa pemimpin negara masa lalu dan kini

5.Sikap berhati-hati agar tidak mengulangi kesilapan ( mengambil iktibar )

6 .Merangka wawasan masa depan untuk mempertahankan kedaulatan dan kemajuan negara.

 

(1.7) Faedah mempelajari sejarah.

1.Panduan untuk memperbaiki kesilapan

2.Menjadi perangsang memajukan Negara

3.Mengingati zaman keagungan kita

4.Memupuk semangat patriotik

5. melahirkan rasa berbangga menjadi rakyat Malaysia

 

(8) Rumusan

1.Sejarah - panduan dan pengajaran untuk  panduan masa kini dan masa hadapan.

2.Melalui sejarah, generasi kita dipupuk dengan semangat patriotik

NOTA SEJ T1 2025

 

PEMBAHAGIAN BAB SEJARAH TINGKATAN 1

 

BAB 1 – MENGENALI SEJARAH

1.1. Pengertian Sejarah

1.2. Pengertian sejarah mengikut pandangan sejarawan

1.3. Masa silam dan ruang dalam Sejarah

1.4. Sumber Sejarah

1.5. Penyelidikan dalam Sejarah

1.6. Tafsiran dalam Sejarah

1.7. Kepentingan mempelajari Sejarah

 

BAB 2 – ZAMAN AIR BATU

2.1. dunia kita

2.2. zaman air batu

2.3. garis masa zaman air batu

2.4. ciri zaman air batu akhir

2.5. perubahan zaman air batu akhir

2.6. kesan perubahan zaman air batu di Asia Tenggara

 

BAB 3 – ZAMAN PRASEJARAH

3.1. maksud zaman prasejarah

3.2. lokasi

3.3. ciri kehidupan manusia

3.4. kesinambungan sumbangan zaman prasejarah kepada kemajuan kehidupan manusia

3.5. zaman prasejarah di Malaysia

 

BAB 4- MENGENALI TAMADUN

4.1. maksud tamadun

4.2. konsep tamadun

4.3. ciri tamadun awal dunia

 

BAB 5 – TAMADUN AWAL DUNIA

5.1. empat lokasi tamadun awal dunia

-  Tamadun Mesopotamia

- Tamadun Mesir Purba

- Tamadun Indus

- Tamadun Huang He

5.2. Perbandingan sumbangan Tamadun awal

 

BAB 6 – PENINGKATAN TAMADUN YUNANI DN ROM

6.1. Tamadun Yunani

6.2. Peningkatan pemerintahan dan pentadbiran Tamadun Yunani

6.3. Tamadun Rom

6.4. Peningkatan seni bina dalam Tamadun Rom

 

BAB 7 – PENINGKATAN TAMADUN INDIA DAN CHINA

7.1. Tamadun India

7.2. Tamadun China

 

BAB 8 – TAMADUN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

8.1. latar belakang masyarakat arab sebelum kedatangan Islam

8.2. Kemunculan dan perkembangan Tamadun Islam

8.3. Ketokohan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin

8.4.Sumbangan Tamadun Islam kepada dunia

8.5. Sumbangan Tamadun Islam dalam bidang seni bina