CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 17 September 2024

LATIHAN SEJARAH T5

 

SET  1( Penubuhan Malaysia )

1.     Maklumat berikut merupakan cadangan Lord Brassey.

·         Pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara.

·         Penggabungan Sarawak, Sabah, Negeri- negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat menjadi tanah jajahan besar

Apakah alasan cadangan tersebut dibuat ?

A. Menjimatkan kos   B. Potensi ekonomi     C. Pentadbiran strategik         D.Melaksanakan dekolonisasi

 

2.     Maklumat berikut adalah berkaitan Gerakan yang bergiat di negeri Sarawak.

Clandestine Communist Organizatian (CCO)

Apakah kesan daripada Gerakan tersebut ?

A.Perkembangan kumpulan radikal             B. Sarawak menyertai Malaysia

C . Mempercepat pilihan raya                       D. Menjejaskan pembangunan

 

3.Pembentukan Malaysia mendapat sokongan pihak British kerana rancangan dekolonisasi.

Apakah maksud dekolonisasi?

A. Kuasa autonomi negeri                              B. Proses berkerajaan sendiri

C. Darurat ditamatkan                                   D. Kebebasan bersuara

 

Majalah X - Penyatuan raja dan orang Melayu dalam pendidikan dan pembangunan ekonomi di Alam Melayu

4. X merujuk kepada

A. Neracha                  B. Warta Malaya                    C. Al Imam      D. Majlis

 

5.     Mengapakah Tunku Abdul Rahman tidak bersetuju menggabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu sahaja?

A. Bimbang pengaruh komunis                                 B. Kestabilan politik Tanah Melayu tergugat

C. Bimbang kemasukan budaya luar                                    D. Ketidakseimbangan penduduk

 

6.     Tokoh berikut pernah mengemukakan idea berkaitan dengan gagasan Malaysia

·         Sir Malcolm MacDonald

Apakah alasan yang diberikan oleh beliau terhadap cadangan tersebut?

I   Membentuk entiti politik dan ekonomi                II  Melaksanakan dekolonisasi

III Menghalang Melayu Raya                                    IV Memajukan pendidikan

A  I dan II                    B .I dan IV                   C .II dan III                 D.  III dan IV

 

7.     Majalah berikut telah menggesa penyatuan raja dan orang Melayu dalam beberapa bidang sejak tahun 1906

·         Al imam

Apakah bidang tersebut?

I   Ekonomi                 II  Bahasa        III Kesenian                 IV Pendidikan

A           I dan II           B I dan IV        C          II dan III          D         III dan IV

 

8. Apakah faktor-faktor yang menggalakkan pembentukan Malaysia?

I   Membentuk kabinet baharu                      II  Membanteras ancaman komunis

III Meningkatkan taraf hidup peribumi       IV Melaksanakan sistem demokrasi berparlimen

A           I dan II           B          I dan IV           C          II dan III          D         III dan IV

 

9. Apakah usaha yang dilakukan oleh parti politik di Sarawak bagi menyokong pembentukan Malaysia?

A. Bekerjasama dengan parti politik di Sabah          B. Perbincangan antara SUPP dan SNAP

C. Menubuhkan Sarawak Alliance 1963                  D. Melantik wakil untuk berunding

 

10.     Mengapakah pembentukan Malaysia disambut baik oleh golongan dan pengusaha industri di Singapura?

A. Singapura dijadikan pelabuhan bebas                  B. Menyokong pendirian pemimpin Singapura

C. Industri mereka bebas dari ancman komunis      D. Membuka peluang industri yang lebih besar

 

11.     Pembentukan Malaysia telah disokong oleh Sultan Brunei. Namun terdapat reaksi penentangan daripada rakyatnya.

Apakah rasional penentangan tersebut dilakukan?

A.Penentangan dipimpin oleh A.M Azahari

B. Hasrat menggabungkan Brunei, Sabah, Sarawak dan Kalimantan Utara

C. Hasutan daripada pihak British

D.Terpengaruh dengan idea penentangan dari Filipina

 

12.     Mengapakah Filipina tidak bersetuju dengan pengabungan Sabah ke dalam Malaysia

A.Rakyat Filipina di Sabah akan diusir                      B.Mendakwa wilayah Sabah milik Filipina

C.Mengancam kepentingan Filipina di Sabah          D.Malaysia menjadi kuasa baru di Asia Tenggara

 

13.     Rajah berikut menunjukkan penubuhan gabungan parti-parti politik di Sarawak.

·         BARJASA, SNAP,PANAS, SCA, PESAKA- PARTI PERIKATAN SARAWAK

Apakah tujuan gabungan parti-parti politik tersebut

I   Menyokong Sarawak menyertai Malaysia                      

II  Menuntut kemerdekaan daripada British

III Menghalang penyatuan Sarawak dengan British          

IV Membentuk Sarawak Alliance yang menyokong Malaysia

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

14.     Mengapakah Barisan Sosialis menentang penyertaan Singapura dalam pembentukan Malaysia?

I   Meminta pandangan pihak British

II  Mencapai kemerdekaan terlebih dahulu

III Mendapatkan pandangan rakyat terlebih dahulu

IV Menganggap pembentukan Malaysia sebagai penjajahan bentuk baharu

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

15.  Apakah tujuan penubuhan Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia ?

I.      Mengumpulkan pandangan tentang pembentukan Malaysia

II.     Menyebarkan maklumat berkaitan dengan Malaysia

III.    Bagi meninjau reaksi penduduk

IV.    Menyediakan rangka perlembagaan

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

16.     Siapakah ahli-ahli yang terlibat dalam Suruhanjaya Cobbold dilantik oleh Kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu?

I.      Donald Stephens                                    II.     Sir Anthony Abell

III.    Sir David Watherston                IV.    Sir Malcolm MacDonald

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

17.     Kandungan laporan Suruhanjaya Cobbold merujuk kepada …?

A.Sarawak dan Sabah dijanjikan kemerdekaan

B. Singapura dan Brunei akan menyertai Malaysia

C. Dua pertiga penduduk menyokong pembentukan Malaysia

D . Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dijadikan asas Perlembagaan yang baharu

 

18.  Kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu mengumumkan penubuhan Inter-Governmental Committee atau dikenali sebagai Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK). Manakah yang merujuk pada perkara ini ?

I.      Pertahanan dan keselamatan                II.     Kewarganegaraan

III.    Perundangan dan Kehakiman              IV.    Perkhidmatan Awam

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

18.Jawatankuasa ini bertujuan menyediakan rangka perlembagaan dan membentuk keperluan melindungi kepentingan Sarawak dan Sabah

Nyatakan jawatankuasa tersebut?

A. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia                       B. Jawatankuasa Siri Lawatan

C. Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia                               D. Jawatankuasa Antara Kerajaan

 

19.  Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) telah mengusulkan 18 perkara bagi Sarawak dan 20 perkara bagi Sabah yang perlu dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan untuk menjamin hak dan kepentingan rakyat Sarawak dan Sabah.  Manakah antara perkara berikut menjadi teras utama dalam perlembagaan kecuali

A           Islam ialah agama rasmi Persekutuan Malaysia tetapi dikecualikan kepada Sarawak dan Sabah

B           Sistem pendidikan dikekalkan di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan

C           Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Persekutuan Malaysia tetapi bahasa Inggeris juga digunakan

sebagai bahasa rasmi di Sarawak dan Sabah

D           Dalam Parlimen Malaysia, sebanyak 24 kerusi diperuntukan kepada Sarawak dan 16 kerusi kepada Sabah dan 15 kerusi kepada Singapura

 

20.     Apakah perkara yang membuktikan Perjanjian Malaysia mengambil kira kepentingan Sarawak, Sabah dan Singapura?

A . Pemberian kerusi dalam Parlimen                       B.Perlantikan Perdana Menteri mengikut giliran

C.Bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar                        D.Berkuasa menubuhkan kabinet persekutuan

 

21     United Nations Malaysia Mission (UNMM) ditubuhkan selepas Indonesia membuat bantahan rasmi pembentukan Malaysia di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Apakah laporan yang diterbitkan oleh misi tersebut tentang penerimaan penduduk Sabah dan Sarawak?

A. Ingin kekal di bawah British                                 B. Membantah gabungan Malaysia

C. Menerima pembentukan Malaysia                       D.Berbelah bahagi dengan pembentukan Malaysia

 

22.     Siapakah Yang di-Pertua Negeri Sabah yang pertama selepas pengisyitiharan Malaysia?

A. Donald Stephens                                                    B. Datu Mustapha Datu Harun

C. Temenggung Jugah anak Barieng                         D. Datu Abang Haji Openg Abang Sapiee

 

23.     Apakah inti pati perjanjian Malaysia?

I.       Tarikh pembentukan Malaysia adalah 31 ogos 1963

II.       Kerajaan British akan mengiktiraf kedaulatan Sarawak, Sabah dan Singapura dalam Malaysia

III.       Kerusi Parlimen diberikan kepada singapura sebanyak 12 kerusi, Sarawak 26 kerusi dan Sabah 20 kerusi

IV.       Memberikan kelebihan kepada singapura menubuhkan kabinet sendiri

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

24.     Berikut adalah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

United Nation Malaysia Mission (UNMM)

Apakah tujuan Jawatankuasa tersebut?

A. Menggubal perlembagaan                                                B. Menilai dan membuat laporan

C. Meninjau keadaan Sarawak dan Sabah               D. Persediaan pengistiharan Malaysia

 

25.     Pernyataan yang manakah berkaitan peristiwa pengistiharan Malaysia.

I.       Di Kuala Lumpur Yang di-Pertuan Agong membacakan pengistiharan Malaysia di Stadium Merdeka.

II.       Tun Abdul Razak mengumumkan pengistiharan Malaysia di Kota Kinabalu

III.       Tunku Abdul Rahman mengumumkan pengistiharan Malaysia di Singapura

IV.       Pengistiharan Malaysia dibaca oleh Khir Johari wakil Kerajaan Persekutuan di Kuching

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

26.     Berikut adalah tuduhan Indonesia terhadap rancangan Malaysia.

·         Neo-Kolonialisme

Apakah maksudnya?

A.Perluasan pengaruh politik                                    B.Penjajahan kuasa mutlak

C.Pencerobohan kedaulatan                          D.Konfrontasi bersenjata

 

27.     Mengapakah Indonesia mengambil tindakan-tindakan berikut?

• Melancarkan serangan gerila di Sarawak

      Pendaratan gerila di Johor

A . Dasar dekolonisasi Presiden Soekarno                 B. Dasar konfrontasi terhadap Malaysia

C. Terputusnya hubungan diplomatik                      D. Kegagalan rundingan di Tokyo

 

28.  Pada 30 September 1965 berlaku peralihan kepimpinan di Indonesia. Apakah kesannya kepada Malaysia?

A. Hari Malaysia diisytiharkan                                  B. Tamatnya Dasar Konfrontasi

C. Hubungan diplomatik terputus                            D. Konflik bersenjata meletus

 

29.     Penyataan manakah yang berkaitan dengan latar belakang ekonomi di Sarawak dan Sabah.

I. Pewujudan ekonomi komersial                              II. Mengamalkan pertanian sara diri

III. Memiliki kekayaan hasil bumi                             IV. Penanaman kelapa sawit dan getah

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

30.     Apakah cabaran memajukan system pengangkutan dan perhubungan negeri Sarawak dan Sabah ?

A. Saiz negeri besar                            B. Keadaan geografi

C. Iklim tidak menentu                      D. Kawasan pedalaman

 

31.     Apakah peristiwa yang membawa kepada darurat diisytiharkan di Sarawak pada tahun 1966.

A .Pembunuhan Ketua Polis Negara              B. Tragedi hubungan antara kaum

C. Krisis kepimpinan Ketua Menteri              D.Ancaman komunis di kawasan pedalaman

 

32.     Antara berikut yang manakah bukan masalah hubungan antara pemimpin Persekutuan dengan Singapura yang telah ada sebelum Singapura menyertai Malaysia ?

A.          Politik             B. Sosial                       C. Budaya                   D.Ekonomi

 

33.     Rusuhan kaum yang telah berlaku di Singapura pada 21 Julai 1964 telah menimbulkan ketegangan antara kaum.

Mengapakah berlaku rusuhan kaum tersebut ?

A. Usaha menuntut persamaan hak                         B. Sikap provokatif dalam berkempen

C. Krisis perebutan kuasa pentadbiran                     D.Ketidakseimbangan dalam sosiobudaya

 

34.Berdasarkan ucapan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj tersebut yang menyatakan pemisahan Singapura daripada Malaysia yang berlaku pada tahun 1965 merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan.

Apakah pendekatan yang digunakan oleh kedua-dua negara tersebut untuk menyelesaikan isu tersebut ?

A.  Desakan                 B. Provokasi                C. Rundingan                          D.Peperangan

 

35.  British telah mengadakan program bagi memberikan peluang kepada anggota komunis

keluar daripada komunis. Apakah program tersebut?

A. Peluang pekerjaan                                     B .Perkampungan baru

C .Tawaran pengampunan                            D.Ganjaran yang lumayan

 

36.  Bagaimanakah kerajaan melawan ancaman komunis  di Sarawak ?

I.            Melancarkan Perang Saraf                          II.           Menanam kebencian terhadap komunis

III.          Menyusun strategi yang mantap               IV.         Mengadakan mesyuarat dengan komunis

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

37.     Pada 17 Jun 1968, PKM telah melakukan serangan hendap pasukan keselamatan di Kroh, Perak.

Apakah kesan serangan tersebut?

A. Menembak mati Ketua Polis Negara                     B. Mengorbankan 16 anggota keselamatan

C. Menembak mati Ketua Polis Negeri Perak                        D. Meletupkan jalan raya dan jambatan kereta api

 

38. Apakah bentuk ancaman komunis yang berlaku di Semenanjung Tanah Melayu ?

I.            Membina kubu tentera                                II.           Menyerang anggota keselamatan

III.          Memusnahkan kemudahan awam             IV.         Merekrut ahli baru

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

39.     Kerajaan bertindak tegas mengenakan tindakan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Berdasarkan kenyataan ini, Apakah tindakan PKM yang menimbulkan kemarahan rakyat hingga menyebabkan British bertindak sedemikian?

A. Meletupkan Tugu Negara                                     B. Membunuh Ketua Polis Negara

C. Mengebom balai polis dan hospital                      D.Memusnahkan kilang, ladang dan kedai

 

40.     Apakah kejayaan yang dicapai hasil daripada Perjanjian Hat Yai pada 2 Disember 1989 ?

I. Komunis semakin kuat                                           II.Kerajaan tunduk kepada tekanan komunis

III. PKM membubarkan unit senjata             IV.PKM memusnahkan bahan letupan dan jerangkap samar

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

41.  Matlamat utama Rancangan Malaysia Pertama ialah

A.  Membasmi kemiskinan                             B. Menyusun masyarakat

C. Membangunkan ekonomi rakyat             D.Mewujudkan identiti kaum mengikut peluang ekonomi

 

42.     Penyataan manakah  berkaitan dengan isu pembangunan ekonomi yang dihadapi oleh kerajaan berikutan pembentukan Malaysia

I.  Kekurangan hasil bumi                              II. Kemerosotan pelaburan asing

III. Kejatuhan harga bahan mentah              IV. Kurang pelaksanaan pertanian komersial

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

43.     Berikut merupakan usaha kerajaan selepas pembentukan Malaysia

          Melancarkan program pembangunan

          Membuka kawasan baharu

          Mendapatkan bantuan Bank Dunia

Apakah matlamat yang dihasratkan untuk dicapai?

A. Mengeratkan perpaduan                                      B. Meningkatkan taraf hidup

C. Menjamin keselamatan penduduk                       D. Mengkormersial sumber ekonomi negara

 

44.     Tindakan berikut telah menjadi punca utama peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969

          Perarakan selepas Pilihan Raya Umum 1969

Mengapakah tindakan tersebut telah mencetuskan rusuhan kaum?

A           Masyarakat Jahil                  B           Rakyat tidak berpendidikan

C           Perpaduan kaum lemah       D           Kelemahan kepimpinan

 

45. 13 Mei 1969 -  Rusuhan kaum di Kuala Lumpur, Selangor dan kawasan sekitarnya.

Antara berikut yang manakah langkah untuk mengatasi masalah peristiwa tersebut?

A.   Penubuhan MAGERAN                            B. Pengisytiharan pilihan raya

C. Pengenalan operasi ketenteraan               D.Pelancaran dasar pembangunan ekonomi

 

46.     Apakah tanggungjawab Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)

A. Mengembalikan keamanan                       B. Menghapuskan ancaman komunis

C. Memajukan kawasan luar bandar                        D. Menguatkuasakan Akta Keselamatan 1948

Tiada ulasan:

Catat Ulasan