CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Sabtu, 30 Disember 2023

NOTA SEJ T3 BAB 8

 

BAB 8 KEBIJAKSANAAN RAJA DAN PEMBESAR MELAYU MENAGANNI CABARAN BARAT

 

8.1 Reaksi Pemerintah Negeri-negeri Melayu Utara dan Johor Terhadap Tindakan Barat

 

Penguasaan British didorong oleh perkembangan politik serantau yang melibatkan persaingan kuasa Barat terutamanya British dan Perancis

British meluaskan kuasa melalui Perjanjian Bangkok pada 10 Mac 1909

 

1. Protokol Sempadan Perjanjian Bangkok Memecahbelahkan Wilayah Negeri-negeri Melayu Utara

·         Protokol sempadan perjanjian Bangkok 1909

·         Garis sempadan berasasakan legeh dan lembah sungai

·         Bermula dari utara muara sungai Perlis di sebelah barat

·         Berakhir di muara Kuala Tabal di sebelah timur

·         British menguasai pulau Langkawi dan pulau di bahagian selatan

·         Siam memiliki Pulau Teratau dan pulau di bahagian utara

 

Legeh – kawasan tanah tinggi yang memisahkan dua hulu sungai

 

2. Reaksi Pemerintah Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor Terhadap Tindakan Barat

Reaksi pemerintah perlis

-          Perjanjian Bangkok menyebabkan Perlis kehilangan wilayah Pujoh kepada Siam

-          Raja Siam ingin memasukkan wilayah ini ke dalam wilayah Siam  ( Setul )

Reaksi pemerintah Kelantan

-          Raja Kelantan enggan menerima keputusan perjanjian Bangkok

-          Baginda menolak keputusan British memberikan wilayah Tabal kepada siam

2.         Reaksi pemerintah Kedah

-          Sultan Abdul Hamid berasa tersinggung kerana tidak dirujuk sebelum perjanjian ini dipersetujui

-          Kedah akan kehilangan wilayah Sadao, Setul, Pulkau Teratau , Setul, Butang dan pulau sekitarnya

-          Mahu sempadan sedia ada dikekalkan

-          Menganggap wilayah ini diambil /secara paksa

3.         Reaksi pemerintah Terengganu

-          Perjanjian ini tidak diterima oleh pelbagai pihak – sultan,ulama dan pembesar

-          Sultan mengecam Siam yang menyerahkan Terengganu kepada British tanpa pengetahuan sultan

-          Menganggap Siam tidak mempunyai hak ke atas Terengganu

-          Penghantaran bunga emas sebagai tanda persahabatan/ bukan negeri taklukan kepada Siam

-          Bantah keputusan kepada Gabenor NNS

 

3. Kebijaksanaan Pemerintah Johor menyekat kemaraan British

Kewibawaan Temenggung Daeng Ibrahim (1825 - 1862):

a) Menjamin keselamatan perairan

·         Memastikan perairan Johor dan Singapura selamat untuk perdagangan

·         Mendapat hadiah pedang keemasan daripada Ratu Victoria sebagai menghargai jasa beliau mewujudkan keamanan perairan

 

b) Mengasaskan Bandar Iskandar Puteri

·         Memindahkan pusat pentadbiran Johor dari Teluk Belanga, Singapura ke Tanjung Puteri utnuk mengelakkan tekanan British di Negeri Selat yang juga berpusat di Singapura.

·         Mengisytiharkan Tanjung Puteri sebagai ibu negeri Johor dan dinamakan Iskandar Puteri

 

c) Memodenkan Pentadbiran Negeri

Mempelopori birokrasi moden

·         Sistem tradisional diperkukuh dengan unsur baharu dari Barat ke dalam sistem pentadbiran seperti pendidikan moden

 

d) Memperkenalkan Sistem Kangcu

·         Menggalakkan kemasukan orang Cina untuk mengusahakan tanaman gambir dan lada hitam

Tahun 1860: Johor menjadi pengeluar gambir dan lada hitam yang terkemuka di Alam Melayu

 

e) Mengeksploitasi Hasil Hutan

·         Mengeluarkan hasil hutan tertama getah perca untuk dijual kepada pedagang British

·         Perdagangan getah perca menguntungkan sehingga Temenggung mengisytiharkan sebagai monopoli Johor Usaha Pembesar Melayu dalam Pemodenan Negeri

 

 1. Pembangunan Sosioekonomi

a) Long Jaafar

·         Membawa kemajuan di Larut sekali gus memperkenalkan negeri Melayu di pasaran dunia sebagai pengeluar utama bijih timah

·         Menggalakkan pusat pengajian agama dan membina sekolah Melayu Matang pada tahun 1826 untuk membeikan pendidikan kepada anak tempatan

 

b) Tengku Menteri Ngah Ibrahim

·         Jutawan berwatak nasionalis dan berwawasan dalam membangunkan ekonomi bangsa

·         Menemui Sultan Abu Bakar Johor untuk mempelajari sistem pentadbiran moden baginda bagi memajukan daerah Larut

·         Usaha Ngah Ibrahim beakhir apabila beliau dijatuhkan hukuman dibuang negeri ke Pulau Seychelles dan kemudiannya meninggal dunia di Singapura pada 1895

 

2. Pembangunan Pertanian

a) Wan Muhammad Saman

·         Beliau dikenali sebagai Tokoh Pembangunan Negeri Kedah kerana mencetusidea membina terusan bermula dari Alor Setar hingga kaki Gunung Jerai, Gurun

·         Sempena mengenangkan jasa meliau kepada pembangunan negeri, terusan yang dibina oleh beliau dinamakan Terusan Wan Muhammad Saman

 

3. Pembangunan Bandar

a) Dato’ Muhammad Salleh Bin Perang

·         Beliau melukis peta lengkap pertama bagi negeri Johor bagi memudahkan kerajaan menggerakkan pembangunan pertanian, perbandaran dan sistem perhubungan

·         Beliau mengasaskan pembukaan Bandar Maharani (Muar), Endau dan Bandar Penggaram (Batu Pahat)

 

4. Pentadbiran Dan Pendidikan

 

Dato Jaafar Muhammad

-            Mengarahkan bendera Union Jack dikibarkan lebih rendah dari bendera johor

-            Menjaga kedaulatan negeri

-            Memartabatkan Bahasa  Melayu dalam penulisan surat rasmi kerajaan

-            Wajibkan pegawai Inggeris yang berkhidmat dengan kerajaan Johor memakai pakaian rasmi johor

Abdul Rahman Andak

-               Mengawal hubungan Johor- British

-               Seorang yang bijak dalam diplomasi/ berpandangan jauh

-               Mengutamakan kedaulatan negeri

-               Dibersarakan oleh British kerana bijak

-               Menubuhkan pakatan belajar mengajar 1888

 

Muhamad Ibrahim Munsyi

·         Menggalakkan perndidikan moden melalui  penubuhan jabatan pelajaran / sekolah

·         Mendesak pendidikan diwajibkan kepada kanak-kanak Johor

·         Syeikhul Islam Terengganu

·         Gelaran – Tok Ku Paloh

·         Beri nasihat dan semangat perjuangan kepada sultan ketika berhadapan dengan Ing

·         Beri nasihat penggubalan undang-undang negeri

 

5. Ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan

·         Golongan bangsawan yang dilantik kepada Ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan

·         Menuntut pembentukan Rejimen Askar Melayu Diraja untuk menjaga keselamatan bangsa

·         Mendesak British membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak watan

·         Khususnya dalam perkhidmatan awam

 

8.4 Keberkesanan Peranan Pemerintah Tempatan dalam Menangani Cabaran Barat 

 

1. Kemakmuran Negeri

-          Johor – moden/ cekap dalam pentadbiran

-          Pemodenan Johor menarik minat pelabur luar terutama dalam bidang pertanian

-          Ngah Ibrahim – memajukan perlombongan bijih timah di Perak

-          Sultan Ismail memajukan perlombongan hingga menjadi pengeluar utama dunia

-          Kedah – sultan memajukan sektor penanaman padi

-          Sabah dan Sarawak – pembukaan pelabuhan – mengumpulkan bahan dagangan/sumber/ bahan mentah dan hasil hutan/ hasil laut

 

 2. Melambatkan Peluasan Kuasa British

·         Penggubalan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor dan Undang-Undang Bagi Diri Terengganu membantutkan cita-cita British untuk meluaskan kuasa ke atas negeri Melayu

·         Kawalan undang-undang tubuh tersebut terhadap kedaulatan negeri dinyatakan dengan tegas bahawa pemerintah tidak boleh menyerahkan negeri kepada kuasa asing

·         Tahun 1914: British hanya berjaya menempatkan Penasihat Am British di Johor selepas Sultan Abu Bakar mangkat dengan mendesak Sultan Ibrahim menandatangani perjanjian British-Johor

 

             

3. Kemajuan Pendidikan

·         Penyediaan kemudahan pendidikan bukan menjadi keutamaan British

·         Tumpuan British adalah untuk mengeksploitasi sumber ekonomi negeri-negeri Melayu

·         British kurang memberikan perhatian kepada pendidikan terutama pendidikan wanita

·         Wanita dianggap tidak memberikan pulangan ekonomi kepada British

·         Desakan berterusan Raja-raja Melayu melalui Durbar mengenai kepentingan anak wantan membawa kepada penubuhan sekolah-sekolah di negeri-negei Melayu termasuk sekolah perempuan

 

4. Penubuhan Rejimen Askar Melayu Diraja

·         Rejimen Askar Melayu ditubuhkan hasil insiatif: Yamtuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad ibni Yamtuan Antah, Sultan Perak Sultan Alang Iskandar, Undang Luak Rembau Dato’ Abdullah Dahan dan Raja Di Hilir Perak, Raja Chulan ibni Sultan Abdullah

·         Raja-raja Melayu dan pembesar Melayu mendesak melalui Durbar dan Majlis Perundangan Persekutuan tentang keperluan pasukan bersenjata yang dianggotai oleh anak watan bagi memelihara kedaulatan dan keselamatan negara

·         Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)

 

5. Pegawai Tadbir Melayu

-         merupakan hak kepada raja bagi kepentingan anak-anak mereka

-         Ing beri kerjasama – elak perbalahan/ dapatkan sokongan

-         pegawai yang dilantik di masukkan dalam pentadbiran ing- ikut kehendak ing

-         pegawai ini boleh dinaikkan pangkan dalam perkhidmatan awam/ jawatan lebih tinggi

-         dianggap berprestij

 

6. Mempertahankan Institusi Beraja

- raja gunakan diplomasi – berjaya kekalkan institusi raja

- ing tidak menghapuskan kedudukan raja walaupun menguasai TM

- ing ambil alih peranan pemerintahan pada peringkat pembesar negeri sahaja

- pemerintahan corak barat dapat diperkenalkan untuk menggantikan pembesar tempatan

 

 PENTADBIRAN DI JOHOR

• Berlandaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

• Sultan tidak dibenarkan untuk menyerahkan negerinya kepada kuasa asing.

• Pentadbiran dijalankan oleh Menteri Besar, manakala Setiausaha negeri terdiri daripada orang Melayu

yang menjadi jurucakap kerajaan yang rasmi.

 

PENTADBIRAN DI JOHOR

• Majlis Mesyuarat Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri membantu sultan menjalankan pentadbiran.

• Orang Eropah dan Melayu dalam perkhidmatan kerajaan Johor dilayan sama taraf dan keutamaan

diberikan kepada orang Melayu yang berkelayakan bagi memenuhi jawatan pentadbiran.

 

 

 

 

 

 

 

KESAN LANGSUNG DARIPADA PERKEMBANGAN SEJARAH YANG BERLAKU MELIBATKAN NEGERI –NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU.

• CUTI UMUM

• Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, ketetapan diambil untuk mengekalkan hujung minggu pada hari  Ahad.

• Namun begitu, lima bekas Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu mengekalkan Jumaat sebagai hari cuti mereka.

 

ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR

• Pasukan ini dikenali dengan nama Johor Military  Force (Askar Timbalan Setia Negeri) yang

ditubuhkan pada tahun 1885 sewaktu pemerintahan Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar.

• Baginda menerima saranan pihak British agar memiliki sebuah pasukan tentera sendiri bagi

melindungi institusi diraja dan negeri Johor.

• Selain memberikan perkhidmatan menjaga keselamatan Sultan dan negeri Johor, pasukan

Timbalan Setia Negeri ini terlibat dalam  perbarisan bersempena dengan ulang tahun raja

di England pada tahun 1906

• Pasukan tentera ini terus kekal relevan hingga hari  ini.

 

PERKEMBANGAN PENTADBIRAN

• Pembentukan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu memberikan kesan besar kepada perkembangan

pentadbiran yang melibatkan tiga aspek utama, iaitu pengekalan kedudukan sultan, penerusan sistem

pentadbiran tradisional dan pengenalan birokrasi Barat.

PENGEKALAN KEDUDUKAN SULTAN

• Perubahan yang berlaku dalam sistem pentadbiran di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu tidak mengubah kedudukan sultan.

• Sultan masih kekal sebagai puncak kuasa dalam pentadbiran negeri.

• Sultan masih mempunyai kuasa terutama dalam hal berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu.

PENGEKALAN KEDUDUKAN SULTAN

• Selain kedudukan sultan, kedudukan pembesar turut dikekalkan, meskipun bidang

tugasnya telah berubah.

• Pembesar tidak lagi mengutip cukai dan pajak seperti sebelum ini, sebaliknya diberikan elaun dan pencen.

PENERUSAN SISTEM  PENTADBIRAN  TRADISIONAL

• Sistem pentadbiran tradisional seperti sistem Jemaah Menteri dan Majlis Negeri dan peraturan yang

terdapat dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan diteruskan.

• Pembesar Melayu menjadi peneraju sistem pentadbiran negeri

• Pihak British turut membantu melalui peminjaman pegawai

daripada Perkhidmatan Awam Negeri negeri Melayu Bersekutu dan Negeri negeri Selat.

• Negeri-negeri ini mempunyai sistem perkhidmatan awamnya sendiri.

• Kerajaan Kedah membuat perjanjian dengan kerajaan British yang menyatakan bahawa semua jawatan

perkhidmatan awam hendaklah diisikan dengan pegawai Melayu

 

 

PENGENALAN  BIROKRASI  BARAT

• Penasihat British menentukan dasar pentadbiran negeri sehingga mengurangkan kuasa sultan dan pembesar.

• Jabatan-jabatan baharu turut diperkenalkan di setiap negeri.

Pasukan polis diwujudkan.

• Urusan pentadbiran negeri mula mengamalkan cara Barat, mahkamah sivil diperkenalkan

dan pegawai-pegawai British turut dibawa masuk sebagai pegawai pentadbiran kerajaanBahasa Melayu hendaklah digunakan dalam segala urusan rasmi yang berkaitan pentadbiran negara.

• al ini diperkukuh dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dan dijelaskan melalui Pekeliling

Bilangan 9 Tahun 2011, Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan