CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 17 September 2024

LATIHAN SEJARAH T5

 SET 3

1. Maklumat berikut antara ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka.

Apakah X?

·         Kerajaan

·         Undang-undang

·         Wilayah pengaruh

·         X

A Hubungan luar                               B Kesejahteraan sosial

C Lambang kebesaran                       D Kewibawaan pemerintah

 

2. Bagaimanakah rakyat menunjukkan kesetiaan kepada pemerintah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

A Menjadi pengayuh kapal perang              B Memperkenalkan undang-undang

C Mengutip hasil melalui sistem serah         D Menjaga keamanan kawasan pegangan

 

3. Mengapakah Mikado Meiji menekankan pemodenan mengikut model Barat ketika melancarkan gerakan pemulihan Jepun?

A Membentuk satu blok ekonomi                             B Menaikkan taraf hidup penduduk

C Memupuk semangat cinta akan negara               D Mendapatkan penghormatan negara luar

 

4. Bagaimanakah golongan intelektual berpendidikan agama membangkitkan kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu?

I  Menerbitkan akhbar                                   II  Menubuhkan madrasah

III Menganjurkan kongres                             IV  Mengadakan perhimpunan

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

5. Operasi kod "D-Day" telah dilaksanakan oleh tentera Bersekutu pada bulan

Jun 1944. Apakah kejayaan operasi tersebut terhadap tentera Bersekutu?

A Menguasai negara Eropah Barat                           B Meluaskan pengaruh golongan tentera

C Melaksanakan dasar baharu ketenteraan             D Membebaskan Perancis dari penaklukan Jerman

 

6. Tokoh berikut terlibat dalam kegiatan anti-Jepun di Tanah Melayu.

Bagaimanakah tokoh tersebut melakukan penentangan terhadap tentera Jepun?

·         Gurchan Singh

A Menubuhkan persatuan sekerja                            B Menyertai pasukan keselamatan

C Membekalkan makanan dan senjata                    D Menyebarkan risalah dan propaganda

 

7. Bagaimanakah Raja-raja Melayu menyuarakan penentangan terhadap Malayan Union?

I Menganjurkan Kongres Melayu

Il Menghantar surat bantahan ke London

Ill Membawa kes ke Mahkamah Tinggi England

IV Membuat perjanjian dengan British

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

8. Bagaimanakah Raja-raja Melayu menyuarakan penentangan terhadap Malayan Union?

I Menganjurkan Kongres Melayu                             Il Menghantar surat bantahan ke London

Ill Membawa kes ke Mahkamah Tinggi England     IV Membuat perjanjian dengan British

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

9. Pada 26 Jun 1946, Syarikat Borneo Utara British (SBUB) menandatangani satu perjanjian dengan kerajaan British untuk menyerahkan Sabah. Mengapakah SBUB bertindak sedemikian?

A Menyelesaikan kemelut politik                  B Memenuhi kepentingan British

C Memajukan penduduk tempatan              D Mengalami masalah pewarisan takhta

 

10. PUTERA-AMCJA mencadangkan Perlembagaan Rakyat sebagai alternatif kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Apakah kandungan perlembagaan tersebut?

A Raja berkuasa mutlak                                 B Kewarganegaraan yang sama

C Sultan menjadi ahli Majlis Raja-Raja        D Tanah Melayu dan Singapura dipisahkan

 

11. Majlis Perundangan Persekutuan diketuai Oleh Pesuruhjaya Tinggi. Apakah bidang kuasa majlis tersebut?

 I  Kewangan               II  Kehakiman             III  Komunikasi             IV  Kewarganegaraan

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

12. Apakah ideologi yang diperjuangkan oleh komunis?

A Melaksanakan undang-undang yang tegas         B Melindungi nasib golongan pertengahan

C Menjadikan ekonomi milik negara                                    D Menjaga kepentingan majikan

 

13. Mengapakah pertubuhan berikut diharamkan di bawah Undang-undang Darurat?

·         Angkatan Wanita Sedar (AWAS)

·         Ikatan Pembela Tanah Air (PETA)

A Menentang Jepun                                       B Berfahaman radikal

C Menyokong pentadbiran British                D Berusaha menuntut kemerdekaan

 

14. Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) telah mencadangkan penubuhan sebuah agensi untuk meningkatkan ekonomi dan pendidikan orang Melayu.

Apakah agensi tersebut?

A Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)               B Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

C Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)     D Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

 

15. Maklumat berikut berkaitan usaha ke arah mencapai kemerdekaan.

-         Persidangan Kebangsaan

-         Konvensyen Kebangsaan Penubuhan Parti Perikatan

Bagaimanakah usaha tersebut dapat dijayakan?

A Mengadakan Pilihan Raya Persekutuan                B Mewujudkan pendidikan kebangsaan

C Mengadakan kerjasama politik                             D Memperkenalkan Sistem Ahli

 

16. Apakah kesan penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan 1955?   

I Sistem Ahli telah dimansuhkan

II Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri

III Pesuruhjaya Tinggi British tidak mempunyai kuasa

IV Pegawai British mewakili Majlis Negeri

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

17. Mengapakah Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) mengkritik soal kewarganegaraan dalam draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

A Pendidikan negara tidak seragam                          B Menggugat kepentingan orang Melayu

C Mengancam kedudukan Majlis Raja-Raja                        D Pembentukan kerajaan Persekutuan yang kuat

 

18. Antara berikut, manakah merupakan inti pati yang terdapat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?

I Perpaduan    II Kewarganegaraan  III Kedudukan agama Islam              IV Penubuhan parti politik

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

19. Maklumat berikut berkaitan peristiwa yang berlaku di Stadium Merdeka.

·         Menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu

·         Melepaskan 101 das tembakan

Mengapakah peristiwa tersebut sangat penting dan bermakna?

A Membentuk sebuah negara berdaulat                   B Memberi penghormatan kepada British

C Meraikan pembentukan kabinet pertama                        D Mengisytihar tarikh kemerdekaan negara

 

20. Tokoh berikut memberikan komitmen yang tinggi dalam menghadapi cabaran politik setelah Kerajaan Persekutuan mencapai kemerdekaan.

-         Tunku Abdul Rahman

-         Dato' Abdul Razak Hussein

Apakah cabaran tersebut?

A Menggunakan kepakaran luar                              B Melantik wakil diplomat asing

C Melahirkan kakitangan profesional                      D Menggantikan jawatan pegawai Eropah

 

21. Apakah yang menjadi panduan asas sistem perundangan negara kita?

A Mahkamah Atasan                                                 B Badan perundangan

C Yang di-Pertuan Agong                                          D Perlembagaan Persekutuan

 

22. Antara berikut, apakah peranan rakyat bagi mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi di negara kita?

I  Memupuk kerjasama dengan semua kaum

II  Melaksanakan undang-undang negara secara berkesan

III  Memastikan agihan sumber kekayaan negara adil

IV Menyokong segala usaha dan dasar kerajaan

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

23. Majlis Undangan Negeri menggubal undang-undang bagi

A Negeri-negeri Selat                                     B Negeri-negeri Melayu Bersekutu

C Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu     D Persekutuan Tanah Melayu

 

24. Asas kepada demokrasi ialah Pilihan Raya Umum 1955.

Apakah tujuan pilihan raya diadakan?

A Memilih pemimpin                                     B Meminda perlembagaan

C Menganggotai Dewan Negara                   D Mengimbangi kuasa pemerintah

 

25.Antara berikut, manakah berkaitan kebebasan asasi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan?

I Kebebasan beragama                                   II Kebebasan bersuara tanpa batasan

III Hak memilih ketua negara                       IV  Hak berkenaan pendidikan

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

26. Bagaimanakah sistem Raja Berperlembagaan mewujudkan mekanisme semak dan imbang dalam pemerintahan negara?

A Meredakan pertikaian parti politik                       B Mengekalkan status quo orang Melayu

C Memudahkan dasar kerajaan diluluskan              D Mengukuhkan pemusatan kuasa

 

27. Mengapakah peruntukan kuasa yang lebih besar diberikan kepada Kerajaan Persekutuan?

I Menjamin kebebasan dan hak asasi rakyat

II Memastikan kestabilan dan kemajuan negara

III Membentuk Kerajaan Persekutuan yang kuat

IV Mewujudkan semak dan imbang dalam pentadbiran

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

28. Apakah peranan Majlis Negara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?

A Mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang Kerajaan Negeri

B Membincangkan pelaksanaan dasar yang diputuskan oleh kerajaan

C Melaksanakan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen

D Menyelaras pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan

 

29. Pemimpin berikut telah mengadakan lawatan ke Tanah Melayu sebelum pembentukan Malaysia.

-         Donald Stephens

-         Temenggung Jugah Anak Barieng

Apakah tujuan lawatan tersebut?

A Menjalin kerjasama kebudayaan                           B Meninjau kemajuan Tanah Melayu

C Menyatakan persetujuan rakyat Sabah                D Menyampaikan pandangan rakyat peribumi

 

30. Apakah pendekatan yang digunakan oleh Malaysia untuk menangani konfrontasi yang dilancarkan oleh Indonesia?

A Mengadakan siri rundingan                                  B Melancarkan serangan balas

C Mengenakan sekatan ekonomi                              D Memutuskan hubungan diplomatik

 

31. Maklumat berikut menunjukkan usaha kerajaan bagi mengatasi ancaman komunis.

-         Operasi Hammer

-         Rancangan Briggs

Apakah persamaan operasi ketenteraan tersebut?

I Melaksanakan perintah berkurung

II  Mempengaruhi penduduk secara psikologi

III Mengadakan kawasan hitam dan kawasan putih

IV Memindahkan penduduk ke petempatan baharu

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

32. Jabatan Penerangan berusaha menyekat berita palsu selepas peristiwa rusuhan kaum pada 16 Mei 1969.

Apakah usaha tersebut?

A Membentuk pasukan risikan                     B Menutup syarikat percetakan

C Menggantung penerbitan akhbar             D Menghalang penggunaan radio

 

33. Apakah peranan Dewan Bahasa dan Pustaka?

A Memartabat budaya bangsa                      B Membuat penyelidikan

C Melatih guill baharu                                   D Menerbitkan buku

 

34. Apakah prinsip utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan?

A Adat resam menjadi unsur penting           B Bahasa Melayu bahasa kebangsaan

C Unsur kebudayaan lain tidak diterima      D Kebudayaan rakyat asal menjadi teras

 

35. Maklumat berikut berkaitan langkah yang diambil dalam melaksanakan Dasar Ekonomi Bam (DEB).

          Menambah pendapatan rakyat dan pengeluaran bahan makanan

          Tumpuan kepada penggunaan tanah dengan tanaman jangka pendek

Apakah langkah tersebut?

A Melancarkan Rancangan Buku Hijau

B Meningkatkan program pembangunan wilayah

C Memperkenalkan Industri Kecil dan Sederhana

D Menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

 

36. Maklumat berikut berkaitan strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam

          Rancangan Jangka Panjang Kedua.

          Pembangunan wilayah

          Penyusunan semula modal saham

Apakah strategi tersebut?

A Dasar Ekonomi Baru                                  B Dasar Perindustrian Negara

C Dasar Pembangunan Nasional                  D Dasar Kependudukan

 

37. Maklumat berikut berkaitan negara yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

-         China

-         India

Apakah faktor yang mempengaruhi hubungan diplomatik tersebut?

A Kebijaksanaan kepimpinan                                    B Keperluan nasional

C Persekitaran luar                                        D Ikatan sejarah

 

38.Berikut  merujuk kepada pelibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau.

Antara berikut, manakah merupakan kerjasama ekonomi yang dilakukan oleh Malaysia?

I Mengawal harga dagangan                                                II Menyediakan kemudahan kredit

III Menyokong konsep integrasi ekonomi                IV  Menawarkan potongan cukai barangan

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

39. Bagaimanakah kerjasama melalui perjanjian Asean Free Trade Area (AFTA) dapat membantu ekonomi negara yang terlibat?

A Menambat kadar mata wang                    B Mengurangkan tarif barangan

C Membangunkan sistem kewangan                        D Mempelbagaikan produk makanan

 

40. Apakah isu di Syria yang mendapat perhatian rakyat Malaysia?

A Krisis politik                        B Bencana alam         C Diskriminasi kaum             D Pencemaran alam sekitar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan