CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Ahad, 22 September 2024

LATIHAN SEJ T5

 SET 13

1. Senarai berikut berkaitan dengan ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka.

Ciri negara bangsa kesultanan melayu melaka

-         Rakyat

-         Kedaulatan

-         Wilayah pengaruh

-         Undang-undang

-         Lambang kebesaran

-         x

Apakah X?

A Raja             B Kerajaan      C Pemerintahan         D Sistem pentadbiran

 

2 Sultan Melaka telah memberikan kuasa pentadbiran kepada Pembesar Berempat. Apakah kuasa pentadbiran yang diterima oleh pembesar tersebut?

A Wilayah      B Kampung                 C Bandar         D Daerah

 

3 Jadual berikut berkaitan dengan revolusi di Eropah.

1789 - Revolusi Perancis

Bagaimanakah revolusi tersebut ditamatkan?

A Menjatuhkan kerabat diraja                      B Menggempur penjara Bastile

C Menukar sistem pemerintahan                  D Memperkenalkan sistem demokrasi

 

4 Apakah peranan Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) dalam pergerakan nasionalisme tanah air?
A Mengasaskan pertubuhan politik

B Menubuhkan sekolah kebangsaan

C Melancarkan penentangan bersenjata

D Melahirkan idea melalui penulisan dan akhbar

 

5 Gerakan Fasisme di bawah pimpinan Benito Mussolini memberi penekanan kepada nasionalisme melampau.

Mengapakah gerakan tersebut bertindak demikian?

A Meningkatkan imej negara

B Mengadakan sekatan ekonomi

C Memperkukuhkan sistem pertahanan

D Memajukan perdagangan antarabangsa

 

6 Maklumat berikut berkaitan dengan perjuangan menentang pendudukan Jepun.

Gerakan anti-Jepun yang semakin meningkat mendorong pentadbiran Jepun menggunakan pasukan tentera atau polis yang dianggotai oleh orang Melayu untuk menentang MPAJA.

Apakah kesan daripada tindakan di atas?

A Mewujudkan perpaduan rakyat                B Melemahkan kuasa pembesar Melayu

C Menimbulkan ketegangan kaum               D Mencetukan rusuhan kaum

 

7 Rancangan Malayan Union yang diisytiharkan dalam Warta Kerajaan dikenali sebagai Kertas Putih 6724.

Apakah yang terkandung dalam Kertas Putih tersebut?

A Pemulihan ekonomi Tanah Melayu

B Penubuhan sebuah pentadbiran mutlak

C Rancangan meningkatkan pelaburan asing

D British mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu

 

8 Mengapakah kerajaan British ingin mendapatkan Sarawak daripada keluarga Brooke?
A Memulihkan ekonomi Sarawak                 B Mendapat desakan kerajan British

C Memerlukan sumber tenaga kerja             D Melicinkan sistem pentadbiran

 

9 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah dimeterai pada 21 Januari 1948 di Kuala Lumpur. Apakah ciri - ciri perjanjian tersebut?

I Penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan

II Singapura kekal sebagai tanah jajahan British

III Sultan membincangkan soal agama Islam sahaja

IV Gabenor Jeneral dilantik di setiap negeri

A I dan II         B I dan IV        C II dan III      D III dan IV

 

10 Apakah kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
A Menjejaskan hubungan antara kaum

B Hak istimewa orang Melayu terhakis

C Syarat kewarganegaraan diperketatkan

D Mengembalikan kedudukan Raja-raja Melayu

 

11 Gambar menunjukkan kereta api yang disabotaj oleh komunis.

Mengapakah komunis berbuat sedemikan?

A Membunuh rakyat Tanah Melayu                        B Mengancam keselamatan rakyat

C Melumpuhkan ekonomi British                 D Memutuskan jalan kereta api

 

12 Rancangan Briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu pada 1950. Apakah tujuan Rancangan Briggs?
A Mengawal pergerakan Parti Komunis Malaya

B Memutuskan hubungan PKM dengan Min Yuen

C Menggalakkan rakyat Tanah Melayu bersatu

D Mengetatkan undang-undang senjata api

 

13 Antara berikut, manakah yang berkaitan dengan ciri-ciri Sistem Ahli?

I Terdiri daripada jemaah menteri                II Dilantik oleh Gabenor British

III Ahli bertaraf Menteri                                IV Satu sistem kabinet bayangan

A I dan II         B I dan IV        C II dan III      D III dan IV

 

14 Berikut merupakan usaha ke arah pembentukan sistem pendidikan kebangsaan melalui penubuhan jawatankuasa pelajaran di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.
- sekolah rendah menggunakan bahasa melayu dtau Ingegris sebagai bahasa penghantar

-         Sekolah menengah menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar

Apakah jawatankuasa tersebut?

A Laporan Barnes 1951                    B Laporan Fenn-Wu 1951

C Ordinan Pelajaran 1952                D Penyata Pelajaran 1956

 

15 Muthu ialah warganegara Persekutuan Tanah Melayu yang ingin bertanding dalam Pilihan Raya Perundangan Persekutuan 1955. Apakah syarat yang perlu Muthu penuhi?
A Berkhidmat sebagai perkhidmatan awam

B Berpengetahuan dalam bahasa Melayu

C Mempunyai kewangan yang kukuh

D Menjadi anggota Sistem Ahli

16 Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Pilihan Raya Umum 1955. Mengapakah pembentukan kabinet tersebut penting kepada Persekutuan Tanah Melayu?
A Mencadangkan kandungan perlembagaan

B Membincangkan kuasa Pesuruhjaya Tinggi

C Membincangkan isu keselamatan dalam dan luar negeri

D Mengurangkan kuasa pentadbiran British di Tanah Melayu

 

17 Pada 8 Mac 1956, kerajaan British mengumumkan pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan atau Suruhanjaya Reid. Apakah tugas suruhanjaya tersebut?
A Memantau perjalanan Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan

B Merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka

C Menerajui bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union

D Meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak

 

18 Berikut adalah intipati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Setiap orang yang dilahirkan dalam Persekutuan pada atau selepas hari merdeka akan menjadi wargenegara.

Bagaimanakah kewarganegaraan diberikan mengikut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?

A Melalui penguatkuasaan undang-undang

B Memohon untuk mengekalkan warganegara

C Melalui penguatkuasaan kerakyatan Jus Soli

D Memohon sebagai Rakyat Raja dan Rakyat British

 

19 Bangunan di sekitar bandar dan jalan raya telah dihiasi dengan bendera dan lampu berwarna-warni oleh Jawatankuasa Sambutan semasa malam kemerdekaan. Mengapakah jawatankuasa tersebut ditubuhkan?
A Mengenal pasti tempat pemasyhuran      B Menonjolkan identiti negara merdeka

C Memeriahkan sambutan kemerdekaan     D Memastikan kawasan sambutan terang

 

20 Gambar berikut merakamkan peristiwa bersejarah di Stadium Merdeka.
Gambar Tunku Abdul Rahman meneriakkan MERDEKA

Apakah kesan peristiwa tersebut kepada sejarah negara kita?
I Pembentukan negara bangsa                      II Kelahiran negara yang merdeka
III Muncul sebuah negara berdaulat                        IV Berakhirnya pentadbiran British

A I dan II         B I dan IV        C II dan III      D III dan IV

 

21 Menurut Ibnu Khaldun, apakah yang menjadi asas kepada kekuasaan sesebuah negara?
A Kekuatan angkatan tentera                       B Sifat perikemanusiaan

C Kehidupan harmoni                       D Semangat kekitaan

 

22 Gambar berikut merujuk sampul surat hari pertama Pos Malaysia berkaitan dengan kepelbagaian budaya dan adat resam kaum di Malaysia.
GAMBAR PERAYAAN DI MALAYSIA

Apakah mesej yang dapat diperoleh daripada sampul surat tersebut?

A Mengekalkan perpaduan kaum                B Menunjukkan keistimewaan negara

C Mematuhi undang-undang negara           D Semangat kunjung-mengunjung

 

23 Mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak telah dilaksanakan pada tahun 1877. Apakah kepentingan mesyuarat tersebut?
A Menentukan bidang kuasa pemerintah negeri

B Memajukan pembangunan ekonomi tempatan

C Merintis pembentukan undang-undang negara

D Membentuk corak pemerintahan kerajaan pusat

 

24 Dalam pindaan Perlembagaan 1963, terdapat tiga perkara utama yang berlaku. Apakah perkara tersebut?

I Struktur Mahkamah Atasan                                   II Hal ehwal dalam negeri

III Pembahagian kerusi Parlimen                  IV Pembentukan Mahkamah Tinggi Borneo

A I dan II         B I dan IV        C II dan III      D III dan IV

 

25 Maklumat berikut menunjukkan sistem perundangan di negeri Melayu.

Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 

Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu 1911

Apakah kesan penggubalan perlembagaan tersebut?

A Taraf hidup meningkat                  B Ekonomi dapat dijana

C Rakyat hidup bersatu padu                        D Kedaulatan negeri dikekalkan


26 Logo berikut merupakan logo Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
- SUHAKAM

Apakah peranan SUHAKAM?

A Mempromosi dan melindungi hak asasi manusia

B Melindungi hak asasi manusia sedunia

C Mempromosikan hak asasi manusia

D Memperjuangkan dan melindungi hak asasi di parlimen

 

27 Antara berikut, yang manakah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan?

I Kebudayaan dan sukan                   II Kebajikan awam

III Hal ehwal luar negeri                    IV Kewarganegaraan

A I dan II         B I dan IV        C II dan III      D III dan IV

 

28 Maklumat berikut berkaitan dengan projek perumahan di negara kita.

 Rumah Selangorku 

Rumah Mampu Milik Johor

Apakah kumpulan sasaran projek perumahan tersebut?

A Kakitangan awam                                      B Golongan pertengahan

C Terbuka kepada semua golongan              D Kumpulan profesional tempatan

 

29 Parti Rakyat Singapura dan Barisan Sosialis menentang pembentukan Malaysia. Mengapakah berlakunya penentangan tersebut?
A Menuntut kemerdekaan mutlak                B Menolak prinsip persamaan taraf

C Menganggap penjajahan baharu              D Mempertahankan hak pribumi

 

30 Bagaimanakah kerajaan Malaysia menyelesaikan isu konfrontasi dengan Indonesia?

A Menggunakan pendekatan diplomatik     B Menutup aktiviti ekonomi dua hala

C Memanggil mesyuarat tergempar             D Melancarkan perang gerila

 

31 Kerajaan menggunakan kaedah sama yang diguna pakai dalam Rancangan Briggs untuk dilaksanakan di Sarawak bagi mengatasi ancaman komunis. Apakah nama rancangan tersebut?

A Operasi RASCOM                           B Operasi Jala Raja

C Operasi Hammer                            D Operasi Harapan

 

32 Pada tahun 1970-an, kerajaan juga berhadapan dengan isu kadar pengangguran yang meningkat. Bagaimanakah kerajaan mengatasi isu tersebut?
A Menambah penggunaan tenaga kerja asing

B Menubuhkan pusat latihan vokasional dan teknikal

C Menawarkan pekerjaan dalam perkhidmatan awam

D Menggiatkan aktiviti perkilangan dan pembuatan

 

33 Apakah penambahbaikan yang dilakukan dalam Kajian Aminuddin Baki dalam sistem pendidikan negara ?

I Bahasa Melayu bahasa pengantar             II Penekanan kepada subjek Sejarah

III Sistem persekolahan aneka jurusan         IV Memperkenalkan kursus kemahiran

A I dan II         B I dan IV        C II dan III      D III dan IV

 

34 Logo berikut diperkenalkan sempena sambutan 50 tahun Rukun Negara.

LOGO MERDEKA  50 TAHUN
Apakah maksud bulan dan bintang dalam logo tersebut?

A Keluhuran perlembagaan              B Kepercayaan kepada Tuhan

C Kedaulatan undang-undang          D Kesopanan dan kesusilaan

 

35 Penggunaan teknologi moden yang mampu meningkatkan pengeluaran dalam pelbagai bidang ekonomi di negara kita. 
Bagaimanakah teknologi dron membantu petani di sawah padi?

A Menyembur racun dan baja cecair

B Mengambil gambar kawasan sawah padi

C Memantau petani membajak petak sawah

D. Menyembur biji benih dan air pada tanaman

 

36 Maklumat berikut berkaitan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Tempoh pelaksanaan

Rancangan pembangunan

Strategi

1990-2000

Dasar pembangunan negara

Membasmi kemiskinan

Bagaimanakah kerajaan melaksanakan strategi tersebut?

A Memberi latihan bidang pengurusan hartanah

B Memberi subsidi kepada pengeluar minyak negara

C Memberi latihan kepada golongan belia di agensi kerajaan

D Memberi kontrak, kuota dan lesen kepada perniagaan bumiputera

 

37 Maklumat berikut berkaitan faktor yang mempengaruhi dasar luar negara.

Keperluan nasional bermaksud memberikan keutamaan kepada kepentingan negara.

Mengapakah kepentingan negara diberi perhatian utama semasa dasar luar digubal?

A Menjaga hubungan rapat dengan negara serantau

B Menjaga kestabilan politik negara dari ancaman kuasa luar

C Menjaga ikatan keagamaan dengan negara-negara Islam lain

D Menjaga kebajikan rakyat Malaysia yang berada di luar negara

 

38 Fazura ingin melanjutkan pelajarannya di New Zealand. Bagaimanakah pertubuhan Komanwel dapat membantu beliau?

A Melalui Rancangan Colombo                     B Menerusi pelaksanaan AFTA

C Menawarkan latihan teknikal                   D Menyediakan peluang pekerjaan

 

39 Maklumat berikut berkaitan dengan tohmahan yang diterima oleh Malaysia ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai pengerusi OIC pada tahun 2003.
Masyarakat Islam sering dikaitkan dengan 3K iaitu keganasan , kemiskinan dan kemudnuran .Apakah pendekatan yang digunakan oleh Malaysia untuk menghadapi tohmahan tersebut?

A Melancarkan kempen anti-barat

B Mengetengahkan nilai kesederhanaan

C Mengeratkan hubungan dengan negara barat

D Menyeru anggota OIC supaya mengumpul kekayaan

 

40 Berikut merupakan antara Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat dengan isu kemanusian dan keamanan di Palestin, Syria, Acheh dan Sri Lanka.
- AMAN PALESTIN

-         MERCY MALAYSIA

-         MY CARE

Mengapakah rakyat Malaysia terlibat dalam pelbagai aktiviti kesukarelawanan tersebut?

A Mewujudkan hubungan diplomatik

B Memastikan keselamatan rakyat terjamin

C Membantu golongan yang tidak bernasib baik

D Menjaga kedaulatan negara yang ditindas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan