CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 17 September 2024

LATIHAN SEJARAH T5

 

SET 6

1. Rajah berikut berkaitan dengan kerajaan Alam Melayu.

Ciri-Ciri Negara Bangsa

-         raja  

-         Rakyat

-         Undang-undang

-         x

Apakah X ?

A Sistem pembesar                             B Wilayah pengaruh

C Amalan keagamaan                                   D Lambang kebesaran

 

2. Konsep waadat yang mengaitkan pemerintah dan rakyat wujud dalam sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.

Apakah kepentingan konsep tersebut?

A Menghargai sumbangan rakyat                B Menggerakkan jentera kerajaan

C Mengelakkan rakyat menderhaka             D Mengukuhkan kedudukan pemerintah

 

3. Mengapakah rakyat Amerika melancarkan Revolusi Amerika pada tahun 1776?

A Menentang penjajahan asing                    B Membebaskan tahanan politik

C Memperjuangkan hasrat umum               D Menamatkan pemerintahan beraja

 

4 Bagaimanakah British menyekat perkembangan idea kesedaran kebangsaan di Tanah

Melayu sebelum Perang Dunia Kedua?

I Menyekat aktiviti berkumpulan                 II Menubuhkan Biro Siasatan Politik

III Mengawal kebebasan bersuara                IV Menguatkuasakan perintah darurat

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

 

5. Perang Dunia Pertama telah tercetus di Eropah pada tahun 1914 hingga tahun 1918.

Mengapakah perang tersebut berlaku?

A Kemunculan ideologi baharu                     B Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa

C Wilayah Jerman diceroboh                                    D Bakal raja Austria dibunuh

 

6. Situasi berikut telah berlaku semasa pendudukan pentadbiran Jepun di Tanah Melayu.

-         Pendudukan Jepun membawa kepada kemelesetan ekonomi dengan kadar inflasi yang tinggi serta harga barangan yang melambung tinggi.

Apakah tindakan Jepun untuk menanganinya?

A Memperkenalkan ekonomi kawalan                     B Memperkenalkan kad catuan makanan

C Mencetak banyak wang pokok pisang                  D Mengimport makanan

 

7. Jadual berikut berkaitan dengan sistem pentadbiran British di Tanah Melayu selepas pendudukan Jepun.

-         Tarikh – 12 september 1945

-         Sistem pentadbiran – British Military Administration ( BMA )

Apakah tujuan pengenalan sistem pentadbiran tersebut?

A Mengembalikan kuasa raja                                    B Melatih rakyat menjadi tentera

C Menyatukan pentadbiran negeri               D Memulihkan kepercayaan rakyat

 

8. Mengapakah Syarikat Borneo Utara British (SBUB) bertindak menyerahkan Sabah kepada kerajaan British?

A Desakan British                   B Menjalin kerjasama

C Memberi keuntungan         D Kekurangan dana

 

9. Maklumat berikut berkaitan dengan faktor-faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

-         Cadangan raja-raja melayu

-         Desakan daripada orang melayu

-         x

Apakah X?

A Sokongan pentadbir British

B Desakan golongan Melayu radikal

C Mematuhi tuntutan Piagam Atlantik

D Saranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

 

10. Jawatankuasa berikut dibentuk selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

-         Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ( Communities Liason Committee )

Apakah peranan jawatankuasa tersebut?

A Merangka kontrak sosial pelbagai kaum

B Membentuk parti politik berasaskan kaum

C Mewujudkan kerjasama pemimpin pelbagai kaum

D Menentukan kepentingan sah kaum bukan Melayu

 

11. Apakah yang diperjuangkan oleh tokoh-tokoh berikut?

-         Karl Marx                   - Friedrich Engels

A Sekularisme             B Komunisme             C Kapitalisme             D Sosialisme

 

12. Gambar berikut merujuk kepada pasukan keselamatan yang ditubuhkan oleh British.

-         Pasukan Homeguard

Apakah tugas pasukan tersebut?

A Menjejak persembunyian pengganas                    B Menyekat bekalan makanan dan ubatan

C Mempertahankan bandar dan kampung              D Membuat rondaan di pinggir hutan

 

13. Mengapakah Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu?

A Melaksanakan pilihan raya umum                                   B Menentukan syarat kewarganegaraan

C Melatih penduduk tempatan mentadbir               D Memantapkan perlembagaan persekutuan

 

14. Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 telah mengemukakan teras pembentukan sistem Pendidikan Kebangsaan.

Apakah hasrat jawatankuasa tersebut?

A Memupuk perpaduan kaum                      B Mengasaskan idea kemerdekaan

C Membasmi kemiskinan rakyat                   D Menjaga keamanan negara

 

15. Maklumat berikut berkaitan dengan Pilihan Raya Umum Pertama di negara kita.

Pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955

-         Memilih anggota Majlis Perundangan Persekutuan

-         Diisytiharkan oleh Sir Donald Mac Gillivray

 

Apakah kepentingan pilihan raya tersebut?

A Menamatkan darurat                                 B Mengukuhkan institusi raja

C Merintis kemerdekaan negara                   D Melindungi kepentingan ekonomi

 

16.  berikut berkaitan anggota kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu.

 

Apakah peranan kabinet tersebut?

I Membincangkan soal kewangan                            II Memantapkan pemerintahan beraja

III Merangka sistem pendidikan kebangsaan           IV Mengurangkan kuasa pentadbiran British

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

17. Rajah berikut berkaitan dengan perjalanan rombongan rundingan kemerdekaan ke London pada tahun 1956.

-         Rombongan merdeka menaiki kapal laut M.V Asia berlepas dari Singapura ke London

-         Rombongan ini singgah di Karachi , Pakistan dan menaiki kapal terbang ke London

 

Mengapakah anggota rombongan menggunakan pengangkutan yang berbeza ?

Mengapakah anggota rombongan menggunakan pengangkutan yang berbeza ?

A Menyusun anggota kabinet kerajaan                    B Menjimatkan kos anggota rombongan

C Membincangkan pelantikan Jemaah menteri       D Menyusun strategi rundingan dengan British

 

18. Apakah inti pati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?

A British mengawal sistem kewangan                      B Pengekalan jawatan Pesuruhjaya Tinggi

C Pemansuhan prinsip pengasingan kuasa             D Pengamalan sistem Demokrasi Berparlimen

 

19. Mengapakah peristiwa pemasyhuran kemerdekaan amat penting kepada Persekutuan Tanah Melayu?

A Pengukuhan kuasa pemerintahan                        B Mengukuhkan perpaduan kaum

C Bebas daripada penjajahan asing              D Pengamalan amalan demokrasi

 

20. berikut menunjukkan Buku Merah yang dilancarkan pada tahun 1961 dalam Rancangan Malaya Kedua.

Mengapakah rancangan di atas diperkenalkan?

A Menilai pelaksanaan rancangan pembangunan  B Memantau kecekapan pengurusan syarikat

C Mengurangkan beban kewangan kerajaan          D Mengawal kemasukan buruh luar

 

21. Apakah takrif kedaulatan dalam bahasa Yunani?

A Kuasa tertinggi dalam negara                                B Negara yang bebas dan merdeka

C Kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan               D Negara berkuasa penuh terhadap pemerintahan

 

22. Setiap negara yang berdaulat mempunyai sistem perundangan yang menjadi asas kepada peraturan negara.

Apakah badan yang bertanggungjawab menentukan sistem perundangan negara kita?

A Parlimen                  B Dewan Negara        C Dewan Rakyat        D Yang di-Pertuan Agong

 

23.

-         PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957

 Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan pernyataan di atas?

A Digubal oleh Parlimen                                            B Diambil berdasarkan Hukum Kanun Melaka

C Dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman             D Disesuaikan dengan model Westminster

 

24. Apakah perkara yang terlibat dalam Pindaan Perlembagaan 1963?

I Struktur mahkamah                                                II Pengagihan kekayaan

III Peranan bahasa kebangsaan                    IV Jawatan Yang di-Pertua Negeri

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

25. Apakah status Raja-raja Melayu semasa pendudukan Jepun?

A Ketua hakim                                                B Ketua pentadbir negeri

C Ketua keselamatan dan keamanan                        D Ketua hal ehwal agama Islam

 

26. Majlis Raja-Raja merupakan institusi beraja di Malaysia.

Apakah peranan yang dilaksanakan oleh Majlis Raja-Raja?

A Penasihat kerajaan                                     B Pakar perlembagaan

C Pengimbang sistem demokrasi                   D Penggubal undang-undang negeri

 

27. Mengapakah peruntukan kuasa yang lebih besar diberi kepada Kerajaan Persekutuan?

I Menjamin kestabilan negara                                   II Mewujudkan kerajaan Persekutuan yang kuat

III Menggubal undang-undang negara                    IV Mengurus hal ehwal agama Islam

A .     I dan II                  B. I dan IV             C. II dan III           D.III dan IV

 

28. Sejak tahun 1994, sebanyak 42 buah pulau di perairan negara telah diwartakan sebagai Taman Laut.

Mengapakah langkah tersebut diambil?

A Menarik minat pelancong                                      B Memulihara khazanah laut

C Mewujudkan identiti negara                                  D Mendapatkan pengiktirafan UNESCO

 

29. Maklumat berikut berkaitan tindakan A.M Azahari.

 Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M Azahari menentang pembentukan Malaysia

Mengapakah A.M. Azahari bertindak seperti di atas?

A Melindungi hak peribumi Borneo                          B Menyokong gabungan dengan Indonesia

C Membentuk kesatuan Kalimantan Utara              D Menyekat penguasaan ekonomi

 

30. Indonesia melancarkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia melalui kempen "Ganyang Malaysia" pada 20 Januari 1963.

Apakah tindakan Indonesia melalui kempen tersebut?

A Melancarkan serangan gerila                    B Memusnahkan bandar

C Mengadakan demonstrasi                          D Membakar rumah kediaman

 

31. Mengapakah Mesyuarat Khas Kabinet Malaysia bersetuju dengan rancangan pemisahan Singapura dari Malaysia?

I Menjaga kepentingan rakyat                      II Mengelakkan ketegangan kaum

III Menguatkan pertahanan Singapura        IV Meyukarkan kerjasama dengan Singapura

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

32. Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menangani Peristiwa 13 Mei 1969?

I Mengisytiharkan darurat                                        II Menubuhkan Majlis Gerakan Negara

III Membatalkan keputusan pilihan raya                 IV Menangkap dalang yang mencetuskan rusuhan

 

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

33. Bagaimanakah kedudukan bahasa kebangsaan diperkukuhkan dalam Akta Pendidikan 1996?

I Program pendidikan bersepadu diperkenalkan

II Kurikulum sekolah KBSR dan KBSM dilaksanakan

III Mata pelajaran wajib di semua institusi pengajian

IV Diiktiraf sebagai bahasa pengantar di sekolah

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

34. Penganjuran Mailis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) telah diadakan secara bergilir-gilir sejak tahun 1974.

Apakah kesan daripada penganjuran sukan tersebut?

A Mempertingkatkan sektor pelancongan               B Menggalakkan integrasi antara negeri

C Mendapat pengiktirafan banyak pihak                D Melibatkan kerjasama sektor swasta

 

35. Senarai berikut ialah agensi yang berkaitan dengan program pembangunan wilayah.

• Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)

• Lembaga KemajuanPahang Tenggara (DARA)

• Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)

Apakah tanaman komersial yang diusahakan oleh agensi tersebut?

A Nanas dan kopi                   B Kelapa dan koko

C Tembakau dan the              D Getah dan kelapa sawit

 

36. Apakah matlamat kerajaan memperkenalkan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada tahun 1991?

A Mencapai perpaduan negara                    B Menyekat kemasukan imigran

C Menyeragamkan sistem kewangan           D Memperkukuh sektor pertahanan

 

37. Pilih pasangan yang betul berkaitan faktor-faktor penggubalan dasar luar Malaysia.

A

Ikatan sejarah

Pernah dijajah oleh Amerika Syarikat

B

Keperluan nasional

Melindungi keselamatan warga  negara dalam negara

C

Kepimpinan

Bijak membuat keputusan demi negara

D

Persekitaran luar

Menerima pengaruh daripada negara kuasa besar

 

 

38. Pasukan pengaman PBB telah dibentuk di negara bergolak di Lubnan, Somalia, dan Kemboja.

Mengapakah situasi di atas berlaku?

A Mengembalikan kedaulatan undang-undangB Memastikan pembangunan ekonomi

C Mengadakan rundinganD Menjaga kebajikan rakyat

 

39. Kempen antiminyak kelapa sawit yang dilancarkan oleh negara maju telah menggugat ekonomi negara sedang membangun.

Apakah iktibar daripada peristiwa tersebut?

I .Gigih dalam pekerjaan                               II .Berani membuat penerokaan

III .Toleransi sesama masyarakat                  IV .Waspada terhadap anasir luar

A .     I dan II               B. I dan IV                   C. II dan III                 D.III dan IV

 

40. Maklumat berikut menjadi sejarah penting bagi Langkawi.

TAHUN 2026 – mengisytiharkan Langkawi sebagai geopark

 Mengapakah tindakan di atas dilakukan?

A Memodenkan pengurusan perhutanan                B Memajukan kawasan pelancongan

C Menggalakkan pembinaan saliran                                    D Menjamin kelestarian alam

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan