SET 8
1. Apakah fungsi Inskripsi Telaga Batu semasa
Zaman Srivijaya?
A. Menulis karya kesusasteraan B. Mencatat
rekod perdagangan
C. Membuktikan kesetiaan rakyat D. Menerangkan
salasilah keturunan raja Funan
2. Berikut merupakan perubahan gelaran
pemerintah Kesultanan Melayu Melaka.
Raja -->> Sultan
Mengapakah perubahan tersebut berlaku?
A. Penaklukan kuasa luar B. Penyebaran agama Islam
C. Pertembungan kebudayaan D. Perjanjian antara pemerintah
3. Pada tahun 1688 telah berlaku
peralihan kuasa di England.
Mengapakah peralihan kuasa tersebut dikenali
sebagai Revolusi Keagungan (Glorious Revolution)?
A. Perluasan empayar England B. Membentuk sebuah republik
C. Tanpa berlaku pertumpahan darah D. Mendapat kemerdekaan mutlak
4. Maklumat berikut merupakan sebahagian
daripada penulisan kreatif yang ditulis semasa zaman penjajah
·
Melor Kuala Lumpur
·
Cerita Awang Putat
Apakah tujuan penulisan kreatif tersebut?
I Menggambarkan penderitaan rakyat II Menyokong perjuangan
British
III Memuatkan berita harian IV Menyindir penjajah
A. I dan II B. I dan IV C. II
dan III D. III dan IV
5. Apakah faktor kejayaan tentera Bersekutu
menewaskan Jerman dalam Perang Dunia Kedua?
A. Strategi yang berkesan B. Pengguguran bom atom
C. Jumlah tentera yang ramai D. Sumber kewangan yang besar
6. Dasar pendudukan Jepun telah meninggalkan
pelbagai kesan kesengsaraan dan penderitaan kepada rakyat.
Apakah pengajaran daripada peristiwa tersebut?
I Berani membuat pertimbangan II Amanah dalam pekerjaan
III Keperluan sifat bekerjasama IV Waspada terhadap kuasa
asing
A. I dan II B. I dan IV C. II
dan III D. III dan IV
7. Maklumat berikut berkaitan dengan bantahan
akhbar Melayu terhadap Malayan Union.
·
Majlis
·
Utusan Melayu
Bagaimanakah akhbar tersebut menentang Malayan
Union?
A. Menjadikan akhbar sebagai alat propaganda B. Menyeru orang Melayu berhimpun
C. Menyumbang bantuan kewangan D. Mengadakan
mogok lapar
Rang undang-undang penyerahan ( Cession Bill )
Menyokong -19
Menentang -16
Apakah kesan daripada keputusan tersebut?
A. Pengenalan pentadbiran pusat B. Peningkatan
taraf hidup pribumi
C. Kemunculan gerakan antipenyerahan D. Undang-undang tempatan
dimansuhkan
A. Menerbitkan akhbar B.
Menawarkan hadiah
C. Mengadakan lawatan D,. Menubuhkan persatuan
Apakah cadangan warna tersebut?
A. Putih dan hijau B.
Merah dan putih
C. Biru dan kuning D.
Kuning dan hijau
11. Ideologi komunis dibawa masuk ke negara
kita pada tahun 1920-an melalui negara China.
Apakah pertubuhan yang membawa masuk ideologi
tersebut?
A. Parti Kuomintang B.
Parti Komunis Nanyang
C. The Communist International D. Persatuan Orang Cina
Peranakan
12. Dialog berikut mungkin berlaku semasa
ancaman komunis di Tanah Melayu
Pegawai British A – komunis cuba mewujdukan sebuah
kerajaan republik komunis di Tanah Melayu
Pegawai British B – Pelbagai serangan untuk menggugat
keamanan negara dilakukan bagi mencapai impian mereka
Pegawai british C –jangan risau , ada kebaikan
tindakan mereka kepada negara
Apakah kebaikan tersebut?
A. Mengadakan pilihan raya Majlis Perbandaran
B. Memperkasakan pasukan keselamatan tempatan
C. Mewujudkan kerjasama antara rakyat dan kerajaan
D. Meningkatkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum
13. Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan
Ibrahim Haji Yaakob telah memperjuangkan kemerdekaan tanah air melalui
penyatuan bangsa dan dunia Melayu.
Apakah konsep yang diperjuangkan oleh KMM?
A. Konsep Melayu Raya B. Konsep Hidup Melayu
C. Konsep Merdeka dengan Darah D. Konsep pemerintahan demokrasi
14. Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)
ditubuhkan pada tahun 1949, antara peranannya adalah penubuhan beberapa agensi.
Apakah isu yang selari dengan penubuhannya?
A. Demokrasi B.
Politik C. Ekonomi D. Kewarganegaraan
15. Jawatankuasa Pilihan Raya 1954
mengeluarkan dua bentuk penyata A dan B dalam penyusunan anggota Majlis
Perudangan Persekutuan (MPP)
Maklumat manakah yang dirujuk kepada Bentuk B?
A. Dua orang ahli yang dilantik
B. Sembilan orang wakil negeri
C. Lapan orang tambahan lantikan oleh Pesuruhjaya
Tinggi
D. Enam puluh orang dipilih melalui pilihan raya
16. Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) berperanan
menggubal undang-undang dan turut mengalami perubahan dari segi bilangan
anggota selepas pilihan raya.
Komposisi manakah merujuk kepada Majlis Perundangan
Persekutuan 1948?
I 52 orang ahli melalui pilihan raya II 35 orang ahli
berkepentingan
III 3 orang ex officio IV 9 orang Residen
A. I dan II B. I dan IV C. II
dan III D. III dan IV
17. Mengapakah Suruhanjaya Reid dibentuk pada
8 Mac 1956?
A. Langkah penubuhan negara merdeka B. Membuat rundingan
kemerdekaan
C. Lanjutan rundingan kemerdekaan D. Menyusun perlembagaan
18. Apakah nilai yang diperoleh hasil kejayaan
penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?
A. Menepati masa B.
Permuafakan C. Berusaha gigih D. Berwawasan
19. Berikut adalah peranan penting negara pada
peringkat antarabangsa selepas mencapai kemerdekaan.
Ahli
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Sertai misi
pengaman PBB ke Congo
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berkaitan
penglibatan tersebut?
A. Menjamin keamanan dan kestabilan politik
B. Mempunyai pemimpin yang berwibawa
C. Menerima pengiktirafan antarabangsa
D. Memiliki tentera yang berdisiplin
20. Mengapakah lambang tersebut penting kepada
negara?
JATA NEGARA
A. Menunjukkan ketelusan jiwa B. Mewujudkan
semangat jati diri
C. Mempamerkan kehebatan rakyat D.
Mengekalkan keharmonian negara
21. Maklumat berikut berkaitan peristiwa yang
berlaku di negara kita.
·
Kemerdekaan Tanah Melayu 31 Ogos 1957
·
Pembentukan Malaysia 1963
Peristiwa tersebut berkaitan dengan
A. Kedaulatan B.
Demokrasi C. Pentadbiran D. Perlembagaan
22. Manakah antara berikut membuktikan
kecemerlangan hubungan luar negara kita?
A. Mempertahan sempadan negara B. Menerima kemasukan buruh asing
C. Memperkukuh kedudukan ekonomi D. Menganggotai pertubuhan antarabangsa
23. Undang-undang pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka telah mempengaruhi undang-undang bertulis di negeri-negeri Melayu.
Apakah undang-undang tersebut?
A. Undang-undang adat Melayu B. Undang-undang Terengganu
C. Hukum Kanun Pahang D. Hukum Kanun Manu
24. Maklumat berikut menunjukkan perkembangan
politik di negeri Perak.
Mesyuarat
pertama Majlis Negeri Perak yang dipengerusikan oleh Raja Muda Yusuf pada tahun
1877.
Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?
A. Pelantikan residen British B.
Penubuhan Majlis Raja-raja Melayu
C. Pembentukan Sistem Jemaah Menteri D. Pembentukan undang-undang
negara
25. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan,
Majlis Raja-raja melaksanakan peranan sebagai pengimbangan dalam sistem
demokrasi. Bagaimanakah perkara itu dapat dilaksanakan?
A. Membincangkan dasar negara B. Merangka
undang-undang
C. Memilih Jemaah Menteri D. Membubarkan parlimen
26. Apakah fungsi suruhanjaya tersebut?
SUHAKAM( Suruhanjaya Hak Asasi Manusia )
A. Melaksanakan proses pilihan raya B. Memastikan kebebasan
bersuara
C. Menjamin keselamatan imigran D. Melindungi hak
asasi rakyat
27. Antara berikut yang manakah kepentingan
pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
I Membentuk sistem Persekutuan
II Melicinkan perjalanan sistem Persekutuan
III Mengelakkan permasalahan antara kedua-dua pihak
IV Memastikan hubungan diplomatik antara negara
dikekalkan
A. I dan II B. I dan IV C. II
dan III D. III dan IV
28. Kerajaan telah menjalankan Program
Perumahan Rakyat (PPR) untuk membina perumahan awam di seluruh negara.
Apakah matlamat utama usaha tersebut?
A. Meningkatkan kemajuan B. Menghapuskan kemiskinan
C. Memajukan sistem perhubungan D. Membantu golongan pertengahan
memiliki rumah
29, Senarai berikut berkaitan usaha kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu.
·
Referendum Singapura
·
Rundingan London
·
Suruhanjaya Cobbold
Mengapakah usaha tersebut dilaksanakan?
A. Menubuhkan gagasan Malaysia B. Menyelaras kawasan
sempadan
C. Membentuk pertubuhan serantau D. Membentuk
kerjasama ketenteraan
30. Antara berikut yang manakah bidang kuasa
Kerajaan Negeri Sarawak yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan?
A. Hal ehwal luar B.
Pendidikan C. Pertahanan D. Imigresen
31. Bagaimanakah kerajaan mengatasi ancaman
gerakan komunis di Sarawak?
I Melancarkan Rancangan Briggs II Melaksanakan perintah
berkurung
III Menjalankan operasi ketenteraaan IV Melancarkan perang saraf
A. I dan II B. I dan IV C. II
dan III D. III dan IV
32. Maklumat berikut berkaitan tindakan yang
telah diambil oleh kerajaan bagi mengatasi ancaman komunis di Sarawak.
·
Operasi Sri Aman
Apakah iktibar yang diperoleh daripada peristiwa
tersebut?
A. Menyokong amalan demokrasi B. Mempertahankan
maruah negara
C. Kesanggupan menerima perubahan D. Mematuhi peraturan dan
undang-undang
33. Apakah yang dimaksudkan dengan integrasi
kaum?
A. Rakyat hidup aman B. Rakyat
pelbagai etnik
C. Masyarakat yang bersatu D. Proses merapatkan hubungan
34. Maklumat berikut berkaitan Rukun Negara
yang dibentuk pada 29 Januari 1970.
·
Rukun Negara dibentuk ekoran peristiwa 13 Mei 1969
·
Rukun Negara hasil perbincangan Majlis Perundingan
Negara (MAPEN)
Apakah badan yang bertanggungjawab membentuk Rukun
Negara?
A. Majlis Gerakan Negara B. Majlis Perpaduan Negara
C. Majlis Gerakan Perpaduan D. Majlis Perundingan
Perpaduan
35. Matlamat Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
adalah untuk mencapai perpaduan melalui pengagihan kekayaan negara.
Bagaimanakah hasrat tersebut dapat dicapai?
A. Mengawal kadar inflasi B. Melaksanakan ekonomi
kawalan
C. Memantau pengurusan kewangan negara D. Mengimbangi pembangunan antara
negeri
36. Apakah yang dimaksudkan dengan pertanian
pintar?
A. Penggunaan teknologi dalam pengeluaran B. Membangunkan kemudahan fizikal
C. Meningkatkan integrasi ekonomi D. Pengurusan sektor
moden
37. Dasar luar Malaysia sekarang dibina
berlatarkan hubungan perdagangan dan diplomatik sejak dahulu lagi.
Negara manakah yang menjalankan hubungan
perdagangan ketika itu?
A. Siam B.
Pasai C. Luzon D. Makassar
38. Misi pengaman dihantar ke Congo pada tahun
1960 hingga 1964.
Mengapakah misi ini disertai oleh Malaysia.
A. Membantu pentadbiran B. Mendaulatkan undang-undang
C. Memberi latihan teknikal D. Menjadi jurubahasa
39. Kempen antiminyak kelapa sawit secara
tidak langsung telah menggugat ekonomi negara.
Apakah langkah Malaysia dalam menangani isu ini?
A. Forum ASEAN-China 1995
B. Menggunakan Mahkamah Antarabangsa
C. Bekerjasama dengan Polis Antarabangsa
D. Pelaksanaan Good Agricultural Practices (GAP)
40. Dalam mengekalkan kelestarian global, Malaysia
turut memberikan komitmen yang tinggi dalan pemeliharaan alam sekitar.
Apakah usaha yang dilakukan oleh negara kita?
I Langkawi sebagai geopark II Dasar Teknologi Hijau Negara
III Deklarasi Agenda 21 IV Protokol Kyoto 1997
A. I dan II B. I dan IV C. II
dan III D. III dan IV
Tiada ulasan:
Catat Ulasan