CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Sabtu, 30 Disember 2023

NOTA SEJ T3 BAB 1

 

BAB 1- KEDATANGAN KUASA BARAT

1.1. KESTABILAN DAN KEMAKMURAN NEGARA KITA

 1.      Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan beraja yang diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka ( raja /sultan –ada pembesar dan rakyat )

a.       Sarawak dan Sabah mempunyai sistem pemerintahan tempatan yang lebih awal

b.       Malaysia mempunyai sistem perundangannya sendiri. Terdapat dua jenis undang-undang iaitu Undang-undang Bertulis       - Hukum kanun Melaka/ hokum kanun Pahang/ undang-undang 99 Pahang

c.       di Sarawak dan Sabah- adalah berdasarkan hukum adat yang diamalkan secara tradisi mengikut suku masing-masing.

d.       Undang-undang Tidak Bertulis- adat Temenggung ( Johor )/ adat Perpatih ( negeri Sembilan )

2.      Malaysia mempunyai sistem pemerintahan dan pentadbiran yang stabil hasil daripada kebijaksanaan pemerintah.

3.      Kemakmuran negeri pula datangnya daripada sumber hasil bumi dan hasil alam yang dimanfaatkan untuk memajukan ekonomi.

4.      Kebijaksanaan pemerintah tempatan menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan menyebabkan mereka meluaskan pengaruh, melindungi diri/ negeri daripada ancaman musuh, memajukan ekonomi negeri dan menstabilkan sistem pemerintahan

5.      Kekayaan hasil bumi dan sumber alam negeri ini

a.       merupakan sebab kemunculan pelabuhan perdagangan yang strategik membolehkan ia diperdagangkan ke seluruh dunia.

b.       Kaya dengan bahan galian (bijih timah, emas dan perak)

c.       Kegiatan melombong dijalankan oleh masyarakat tempatan dan mereka menggunakan kaedah mendulang dan melampan

d.       Negara kita juga dikenali sebagai pusat pengeluaran sumber hasil hutan

e.       Sifat kreatif dan berkemahiran tinggi menjadikan mereka berjaya menghasilkan kraf tangan yang indah dan menarik

f.        Masyarakat Melayu juga mahir dalam bertukang kayu, membuat perahu, perabot dan menempa alat senjata tradisional

g.       Di Sarawak, terdapat kegiatan menenun kain pua dan menyulam selendang

6.      Setiap negeri mempunyai kemudahan pelabuhan, mata wang, sistem percukaian dan sistem timbangan dan ukuran yang praktikal

7.      Negeri Melayu telah menjalankan kegiatan perdagangan kerana mempunyai pelabuhan yang terletak di muara sungai yang strategik

8.      Pelabuhan Johor, Kedah, Klang dan Melaka menjadi pusat mengumpul barangan dari timur dan barat

9.      Syahbandar dilantik mengurus pelabuhan

10.  Sistem sukat  diperkenalkan- kepul/leng/kal/cupak /gantang

11.  Sistem timbang- kati /tahil /pikul/ saga/mayam/bungkal

12.  Apabila pengaruh British sampai ke Alam Melayu, muncul sukatan baru seperti: Auns, paun, tan dan gelen

13.  Pada mulanya pedagang menggunakan sistem barter (tukar barang) Kemudian kepada mata wang logam yang diperbuat daripada timah dan emas

14.  Bayaran cukai yang dikenakan ke atas hasil pelombongan, pertanian, hasil hutan dan perdagangan.

15.  Hasil cukai merupakan sumber pendapatan pemerintah dan boleh digunakan untuk memajukan negeri

16.  Pendidikan-

a.       merupakan aspek yang penting dalam kehidupan masyarakat tempatan

b.       Bertujuan melahirkan individu yang berakhlak mulia, berkelakuan sopan, bertatasusila, berdikari dan berhemah tinggi

c.       Dibahagikan kepada pendidikan formal dan tidak formal

d.       Pendidikan tak formal – ibu mengasuh/ kemahiran di rumah/ ilmu agama- pantun/ cerita/pantang larang/

e.       Pendidikan formal- mengajar ilmu agama/ menggunakan masjid- hadis/ baca quran / sekolah pondok/ madrasah/ ada sukatan pelajaran/ ada kelas/ ada guru

f.        Menggunakan Bahasa Melayu dan tulisan jawi- contoh penulisan – Tuhfat al Nafis, gurindam 12, misa Melayu dan hikayat datuk merpati jepang

 

 

1.2 Faktor Kedatangan Kuasa Barat ke Negara Kita

 

Tahun

Peristiwa

1600

Syarikat Hindia Timur Inggeris / SHTI ditubuhkan di England

SHTI boleh berdagang rempah di kepulauan Melayu

1602

Syrikat Hindia Timur Belanda ditubuhkan

Boleh berdagang di Timur ( Asia Tenggara )

1664

SHT Perancis ditubuhkan

 

1.      Orang Sepanyol menjadi saingan utama sebagai kuasa penjajah

2.      Mereka juga menjadi kuasa utama di Eropah kerana memiliki kekayaan hasil daripada beberapa buah koloninya/ wilayah naungan

3.      Mulai abad ke 17 ( 1800 ) kuasa Barat  bertukar menjadi  kuasa penjajah untuk merebut kekayaan dan tanah jajahan di seberang laut ( Glory/ God/ Gospel )

4.      Alam Melayu ( TM/Indonesia ) menjadi sasaran utama kedatangan orang Eropah demi mencari sumber rempah-ratus dan menguasainya

5.      Hasil –

a.       rempah/ minyak wangi/emas/ permata/ gading /hasil hutan

b.       pelabuhan persinggahan –kapal/ berlabuh/ makanan/ baiki kapal

 

6.      Kedatangan Kuasa Barat pada Abad Ke-17 dan Abad Ke-18

a.       Revolusi Perindustrian

·         Berlaku di Britain pada abad ke-17 manakala di negara Eropah lain pada abad ke-18

·         Selepas berlakunya revolusi perindustrian, dasar kuasa Barat berubah corak

·         Mereka perlu mencari pusat perdagangan dan menguasai tanah jajahan yang dapat membekalkan bahan-bahan mentah bagi keperluan kilang perusahaan mereka secara berterusan

·         Perindustrian ini membolehkan barangan dikeluarkan secara besar-besaran

·         Maka, kawasan pasaran yang lebih luas perlu dicari untuk memasarkan barang tersebut supaya keuntungan dapat dimaksimumkan

 

Kedatangan Kuasa Barat pada Abad Ke-19 dan Ke-20

·         Perkembagan industri kereta- permintaan terhadap getah

·         Ciptaan kapal wap- boleh bawa muatan yang banyak/ cepat/jimat kos

·         Kesuburan tanah dan kekayaan hasil bumi- luas/subur/sesuai untuk tanaman/ besi/timah/emas/ petroleum dan arang batu

·         Industri mengetin-perusahaan mengetin makanan/minuman

·         Persaingan kuasa barat

·         Ciptaan telegraf- memudahkan perhubungan

·         Slogan beban orang putih- menyebarkan pengaruh dan tamadun ke negara lain

·         Pembukaan terusan suez- memendekkan perjalanan kapal dagang dari eropah ke asia

 

1.3 Persaingan Antara Kuasa Barat untuk Mendapatkan Tanah Jajahan

 

1.      Kuasa Barat berlumba-lumba meluaskan kuasa ke seluruh pelosok dunia untuk memiliki tanah jajahan demi kepentingan ekonomi mereka

2.      Negeri Melayu, Sarawak dan Sabah kaya dengan bahan mentah dan kawasan pasaran menyebabkan British bimbang dengan kemaraan kuasa Barat ke wilayah tersebut

3.      Tindakan

a.       Inggeris -menjadikan Brunei negeri naungan

b.       Keluarga Brooke – menguasai Sarawak

c.       SHTI ingin menguasai Sabah

d.       Amerika – cuba menguasai Terengganu

e.       Perancis berada di IndoChina/ Timor Leste

f.        Jerman mahu menguasai Pulau Langkawi

g.       Belanda – mahu menguasai Indonesia

 

1.4 Perbezaan Strategi Kuasa Barat untuk Menguasai Negara Kita

 

1.      Kuasa Barat menggunakan strategi yang berdiplomasi dan bersifat agresif

2.      Belanda – Serangan fizikal, perjanjian dan pakatan kuasa Barat

3.      British – Lebih bersifat diplomasi berdasarkan isu dan faktor setempat

 

STRATEGI  BELANDA-

a.       Serangan fizikal - berperang di Pulau Pangkor/Perak/ Selangor/ Rembau/ Johor

b.       Pakatan- dengan Johor untuk mengalahkan Portugis di Melaka

c.       Pakatan dengan British- Perjanjian Inggeris Belanda

d.       Perjanjian – Perak/ Selangor - untuk dapat bijih timah

 

 STRATEGI BRITISH

·         Tipu helah ( Pulau Pinang )

·         Pajakan ( Sabah)

·         Manipulasi- Singapura/ Selangor/ negeri Sembilan )

·         Perjanjian( Perak/Selangor negeri sembillan Pahang/ sarawak

·         Ugutan/desakan- Selangor / Pahanh/ Sarawak )

·         Serangan fizikal ( Dol Said , Bukit Naning/ Terengganu )

·         Pakatan ( Melaka – berpakat dengan Belanda melalui Perjanjian Ing-Belanda )

 

Strategi Belanda

·         Serangan fizikal- Perak/ Selangor/ Johor

·         Pakatan – dengan Johor menawan Melaka melawan Portugis

·         Perjanjian –perak/ Selangor untuk mendapatkan bijih timah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan