CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Sabtu, 30 Disember 2023

NOTA SEJ T3 BAB 7

 

BAB 7- PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN


 Latar belakang

1.      Negara kita dijajah oleh kuasa asing – Portugis, Belanda dan Inggeris

2.      Masyarakat tempatan/ rakyat tidak berpuas hati – kehilangan hak dan kedudukan/ hasil diambil / diperintah oleh orang lain

3.      Cara penentangan – bersenjata/ mencabar perjanjian dan melalui undang-undang

4.      Kebanyakan penentang terdiri daripada pemimpin tempatan/ golongan bangsawan/ pembesar tempatan/pemimpin agama

 

7.1 MATLAMAT

-mempertahankan hak dan kedudukan pemerintah tempatan/ pemerintahan barat merugikan mereka

- mengembalikan dan mengekalkan sistem pentadbiran tradisional

-Menentang pentadbiran dan peraturan baru yang menyusahkan rakyat

 Tokoh

·         Naning ( Melaka ) – Penghulu Dol Said

·         Negeri Sembilan – Yam Tuan Antah

·         Pahang – Dato Bahaman

·         Sarawak – Rentap / Sharif Masahor

·         Sabah – Mat Salleh/ Mat Sator

·         Kelantan – Tok Janggut

 

Penentangan Dol Said di Naning

1.      DS Merupakan seorang penghulu

2.      DS menentang bayaran cukai hasil tahunan 1/10 oleh British

3.      Menganggap Naning sebuah negeri yang merdeka ( bukan dibawah pemerintahan Melaka/ Ing )

4.      Peristiwa

a.       Bekerjasama dengan pemimpin Rembau/ wilayah lain  seri Menanti / Sg Ujong/ Linggi/Johol

b.       Kumpul 4000 orang

c.       1831- dapat mengalahkan Ing

d.       Ing pecahkan kerjasama DS dengan pembesar lain

e.       1832- Ing mengalahkan DS- satukan Naning dengan Melaka

 

Penentangan Yam Tuan Antah

1.      YTA ialah Yamtuan Seri Menanti ( pembesar )

2.      Menentang campurtangan ing di Sg Ujong/ bimbang Ing akan menguasai Sg Ujong

3.      Mengumpul 4000 pengikut menentang Dato Kelana ( yang disokong Ing )

4.      YTA ditewaskan di Paroi dan Bukit Putus

5.      1876-Ing melantik YTA  menjadi YT besar Seri Menanti

 

Penentangan Dato Bahaman- Pahang

1.      Merupakan pembesar Temerloh

2.      Sebab menentang- hilang hak mengutip cukai/ pembinaan balai polis yang tidak mendapat persetujuannya

3.      1891- bersama Tok Gajah dan Mat Kilau menentang Ing

4.      1894-menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai

5.      Ing menawan semula Jeram Ampai

6.      DB TG MK berundur ke Kelantan dan Terengganu- tamat penentangan

 

Penentangan Rentap di Sarawak

1.      Nama asal – Libau/ rentap bermaksud penggoncang dunia/ gelaran raja ulu dan raja darat

2.      Pemimpin kaum iban di Sg Skrang dan Sg Saribas

3.      1853- menyerang kubu Brooke di Nanga Skrang- membunuh pegawai JB

4.      1854- JB menyerang Rentap di Sg Lang- Rentap lari ke Bukit Sadok

5.      1857-Charles Brooke menyerang Bukit Sadok ( kali pertama/ kedua

6.      1861- serangan ke Bukit Sadok kali ke 3- Rentap lari ke Entabai

 

Penentangan Sharif Masahor di Sarawak

·         SM pembesar Sarikei/ kawasan Sg Rajang

·         1849- Dilantik oleh Sultan Abdul Mumin ( Sultan Brunei )

·         Sebab penentangan – Sarikei dimasukkan dalam pentadbiran Brooke

·         Mahu mengusir JB

·         Peristiwa – 1860 mengadakan pakatan sulit dengan Dato Patinggi Abdul Gapur dan Pangeran Temenggung Hashim

·         Mengajak orang Melayu dan dayak menyertainya

·         Menyerang Kuching

·         Dikalahkan oleh JB

·         SM dibuang negeri

 

Penentangan Tok Janggut

·         Nama sebenar – Haji Hassan Munas

·         Mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Mekah

·         Sebab penentangan – menentang pentadbiran yang keras oleh Encik Abdul Latiff ketua jajahan Pasir Puteh

·         Menentang peraturan cukai 1915 ( cukai tanah )

·         Melahirkan semangat jihad

·         Tindakan – boikot / tidak patuh peraturan, rancang serang Pasir Puteh

·         Ing menyerang TJ – TJ mati

 

Penentangan Mat Salleh di Sabah

·         MS berasal dari Inanam Sabah/ berketurunan bajau dan suluk

·         Menentang tindakan SBUB mengambil alih hak pungut cukai

·         Berunding dengan SBUB tetapi gagal- SBUB menganggap MS mengancam kepentingan mereka

·         Julai 1897- MS menyerang pusat pentadbiran Ing di Pulau Gaya

·         Nov 1897- menyerang Ambong

·         1898 – MS diberikan hak mentadbir Tambunan

·         1899 – SBUB menyerang MS di Teboh

·         1900 – MS mati

 

Penentangan Mat Sator di Sabah

·         Mat Stor merupakan orang kanan/ ketua tentera Mat Salleh

·         Pemimpin Kadazandusun di Tambunan

·         Sebab penentangan

-            Memperjuangkan kedaulatan tanah air

-            meneruskan perjuangan selepas kematian Mat Salleh

Peristiwa penentangan

-               Mat Sator membina kubu di Kg Kepayan Tambunan

-               Tujuan melambatkan pergerakan/ serangan oleh British

-               1900 British berusaha menamatkan kebangkitan Mat Sator dan Mat Salleh

-               Mat Sator dan pengikutnya berundur ke Sg sunsuron

-               April 1900 Mat Sator menawan Kudat

-               British menyerang – Mat Sator terkorban

 

2. Mencabar Perjanjian

·         Dato’ Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak yang mentadbir Pasir Salak

 

Sebab Penentangan

·         Beliau bangkit menentang British kerana Residen British mengambil alih kuasa Sultan, pengambilan hak mengutip cukai dan Residen British yang mencabuli adat resam orang Melayu

 

Peristiwa Penentangan

·         16 Oktober 1874: Sultan Abdullah dan pembesar Perak mengupah R.C Woods, peguam dari Pulau Pinang untuk memansuhkan Perjanjian Pangkor. Namun usahanya gagal

·         Rentetan itu, beberapa mesyuarat sulit diadakan antara Sultan Abdullah dengan pembesarnya bagi membincangkan pakatan menghapuskan J.W.W Birch.

·         2 November 1875: J.W.W Birch diiringi oleh Leftenan Abbott, Mat Arshad, jurubahasanya dan sepasukan tentera tiba di Pasir Salak untuk menampal perisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British

·         Kesempatan tersebut digunakan oleh Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya untuk membunuh J.W.W Birch

·         2 November 1875: J.W.W Birch dibunuh

·         1877: Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Siputum dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh British

·         Sultan Abdullah, Raja Ismail dan Ngah Ibrahim dibuang negeri

 

3. Menggunakan Sistem Perundangan

Gerakan Kebangkitan Tani

·         Ketua gerakan Kebangkitan Tani ialah Haji Abdul Rahman atau Haji Abdul Rahman Limbong

·         Keluarganya berasal dari Patani dan Terengganu

·         Lahir pada 1868 dan meninggal dunia di Makkah pada 1929

 

Sebab Penentangan

·         Beliau menentang pengenalan pentadbiran Barat di Terengganu dan menolak undang-undang tanah yang berlawanan dengan hukum syarak

 

Peristiwa Penentangan

·         Beliau memohon Lesen Wakil (pleader) untuk menjadi wakil kepada tertuduh

·         Beliau bertindak sebagai peguam bagi mewakili penduduk Ulu Telemong menentang pihak kerajaan yang diwakili oleh renjer hutan

·         Kegagalan pihak peguam cara dan hakim menjelaskan pertanyaan Haji Abdul Rahman Limbong menyebabkan perbicaraan ditangguhkan dan berakhir tanpa keputusan

·         Akhirnya, perbicaraan ditamatkan dengan keputusan berpihak kepada beliau

·         Apabila berlaku Kebangkitan Tani 1928, British menangkap beliau atas tuduhan menghasut

·         Beliau dibicarakan dan dibuang negeri ke Makkah

 

 

7.2 Sistem pentadbiran barat memberikan kesan terhadap kuasa pemerintahan dan kehidupan masyarakat tempatan

Kesan terhadap kuasa pemerintahan

a.       Negeri Sembilan –

·         Ing memulakan penguasaan di Sg Ujong pada 1874 dengan menyebelahi Dato Kelana.

·         Ing menggugat dan mencabar kedudukan Yam Tuan Antah

·         Ing menguasai Rembau, Jelebu dan Seri Menanti- meletakkan majistret dan pemungut cukai

·         1895- menyatukan daerah menjadi negeri

 

b.       Sarawak

·         Melibatkan penduduk tempatan dalam pentadbiran / bagi mengukuhkan kuasa

·         Pentadbir baru menggantikan pembesar tempatan

c.       Pahang

·         Hak memungut cukai dihentikan

·         Memaksa sultan melucutkan jawatan/gelaran Dato Bahaman

d.       Perak

·         JWWB menekan sultan untuk tandatangan surat perisytiharan lantikan residen

·         Sultan dan pembesar kehilangan kuasa

e.       Sabah

·         Pentadbiran SBUB menggugat kedudukan Mat Salleh ( pembesar Sungai Sugut )

·         Rundingan awal SBUB membenarkan MS mentadbir Tambunan

·         SBUB tidak menepati janji

f.        Kelantan

·         Ing mengambil alih pentadbiran dengan cara melantik ketua jajahan yang baru

g.       Terengganu

·         Pelantikan penasihat Ing

 

Perundangan Tempatan

 Naning

·         British berusaha melaksanakan undang-undang Barat di Naning

·         TIndakan British mencabar bidang kuasa penghakiman yang dimilki oleh Dol Said dan menggangu sistem perundangan Naning yang berlandaskan Adat Perpatih

 

Perak

·         Pembinaan balai polis dan pelantikan Kapten Speedy sebagai Penolong Residen di Larut

·         Ini mengurangkan kuasa Menteri Ngah Ibrahim mentadbir kerana beliau diminta menerima nasihat daripada Kapten Speedy

 Pahang

·         Konflik antara Dato’ Bahaman dengan British di Pahang menjadi lebih serius apabila British mendirikan balai polis di Lubuk Terua

·         Tindakan British menyebabkan kedudukannya sebagai penguasa undang-undang tergugat

 

Kewangan Tempatan

Perak

-         Pembatalan pajakan pungutan cukai dan larangan memngut cukai oleh JWW Birch di kuala sungai Perak

-         Kesan – Sultan Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim dan pembesar terjejas pendapatan mereka

Pahang

-            Dengan pengenalan pegawai Majistret dan pemungut cukai maka Dato Bahaman dan pembesar lain tidak dibenarkan memungut cukai

-            Mereka ditawarkan elaun bulanan yang keci;

-            Tidak puas hati

-            Membantah – tidak akan mematuhi keputusan majlis mesyuarat negeri

 

2. Kesan Terhadap Kehidupan Masyarakat

·         Kesengsaraan kepada rakyat

British memperkenalkan pelbagai jenis cukai terhadap tanah, hasil hutan dan tumbuh-tumbuhan

 

a) Cukai Terhadap Petani di Pasir Puteh

Sebelum Kedatangan British

·         Kutipan cukai berdasarkan jumlah keluaran

·         Sekiranya hasil tanaman sikit, maka cukai yang dikenakan adalah rendah

·         Tanah yang tidak diusahakan dikecualikan daripada cuka

 

Selepas Kedatangan British

·         Setiap penduduk mesti melaporkan jumlah keluasan sawah padi yang dimiliki

·         Setiap tanah yang mempunyai keluasan 400 depa per segi dikenakan cukai sebanyak tiga kupang (30 sen) setahun

·         semua pemilik tanah diwajibkan membayar cukai

 

 b) Masalah Membayar Cukai

·         Penduduk Pasir Puteh, Kelantan menghadapi masalah membayar cukai kerana pejabat bayaran cukai terletak jauh dari tempat tinggal mereka

·         Bayaran cukai hanya boleh dijelaskan semasa waktu pejabat

·         Penduduk yang enggan membayar cukai ditangkap dan didenda

·         Keadaan ini menyebabkan penduduk semakin benci kepada British

 

c) Bercanggah dengan Nilai Tempatan

·         British melaksanakan beberapa perubahan baharu dalam pentadbiran yang bertentangan dengan nilai tempatan

·         Contoh: penduduk Terengganu memerlukan surat kebenaran untuk mengambil hasil hutan, membuka tanah untuk petempatan atau berhuma

·         Cukai mesti dibayar di pejabat tanah

·         Mereka yang gagal mematuhi peraturan akan didenda dan jika gagal membayar denda akan dipenjarakan

 

d) Sarawak

1894 – DJS Bailey ( pegawai Brooke di Simanggang mengenakan cukai terhadap orang Iban di Ulu Batang Lupar

-      Mengeluarkan arahan memusnahkan rumah panjang yang dibina di kawasan sempadan Sarawak dengan Kalimantan

-      Orang Iban membantah- kerana menjejaskan kegiatan tanaman pindah mereka

-      Semasa melalui sempadan – barangan mereka dirampas kerana dikatakan tidak membayar cukai/ dan didenda 10 kati

 

e) Sabah

 SBUB memperkenalkan pelbagai jenis cukai yang membebankan rakyat

 

f) Layanan Tidak Adil

SABAH –

-               pentadbiran SBUB menindas orang Murut

-               mereka diilarang membuka tanah baru untuk pertanian pindah atau membuat rumah

-               akibatnya orang murut kekurangan bekalan makanan/beras

-               orang murut dikenakan bayaran menyukat tanah

-               pasangan suami isteri dipisahkan / rumah- jika ingin berjumpa dikenakan denda 1 dolar

-               peraturan menyulitkan kehidupan masyarakat murut

 

7.3 Penentangan masyarakat tempatan terhadap kuasa barat

Kebangkitan masyarakat tempatan menetang British mempunyai kekuatan dan kelemahan

 

 

 

1. Kekuatan

a) Muafakat

 

Dato Maharaja Lela

-          1874 Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim , Dato Maharaja Lela, Dato Sagor dan pembesar Melayu yang lain mengadakan pakatan sulit untuk menghapuskan JWW Birch

-          Julai 1875 mesyuarat penting di Kampung Durian Sebatang- sumpah setia/ ikrar

-          September 1875mesyuarat du rumah Dato Sagor

-          Pembunuhan JWW Birch

Sharif masahor

-          Berjaya menyerang Kanowit dengan bantuan Dato Patinggi Abdul Ghafur

-          Berjaya membunuh 2 pegawai British-       

 

 

 

 

b) Kubu Pertahanan

 

 

 

 

 Yam tuan antah

-               Berjaya mematahklan serangan British pada peringkat awal penentangan kerana kekuatan kubu di Paroi dan Bukit Putus

-               Kubu terletak di kawasan bukt- sukar ditembusi/ dikeliling hutan tebal / sukar dijejaki

Rentap

-               Berjaya mematahkan serangan brooke sebanyak 2 kali

-               Mempunyai kubu yang kuat

-               Kubu dikelilingi hutan dan bukit batu kapur/ kayu berlian / tak dapat ditembusi peluru

-               Rentap guna meriam diperbuat daripada besi

Mat sator

·         Mempunyai kubu terletak di Tambunan

·         Kubu sangat strategik – dekat dengan sungai/ boleh meninjau kegiatan British

 

 

c) Persenjataan

Dol Said:

·         Memperoleh bantuan angkatan tentera dari Rembau dan wilayah yang menjadi jiran Naning

·         Angkatan tersebut menggunakan senapang jenis flintlock dan snider riffles ketika membuat serangan hendap terhadap tentera British

·         Menggunakan meriam kecil (lela rentaka) yang mudah dibawa ke medan pertempuran

 

d) Perundangan

Haji Abdul Rahman Limbong:

·         Memohon lesen pleader umtuk membela para petani Terengganu di mahkamah dengan menggunakan hujah agama

·         Menyatakan bahawa tanah yang dikerjakan oleh mereka ialah “Hak Allah SWT” dan rakyat bebas mengerjakannya tanpa perlu membayar cukai

·         Berhujah, sistem percukaian yang diperkenalkan oleh British adalah berlawanan dengan hukum syarak

Menuntut hak mengerjakan tanah harus mengikut hukum agama Islam

 

2. Kelemahan

a) Penentangan Bersenjata

 Yamtuan antah pejuang terbilang

-            British menggunakan meriam besar menghancurkan kubu di Paroi dan Bukit Putus

-            YTA berundur ke Johor

Rentap Wira Bukit Sadok

·         JB berjaya menewaskan Rentap dalam serangan ke tiga pada tahun 1861

·         Mereka menggunakan meriam tembaga dan angkatan tentera yang lebih besar

·         Menawan Bukit Sadok

·         Rentap melarikan diri ke Entabai

b) Ancaman Perundangan Barat

·         Hj Abdul Rahman Limbung pejuang masyarakat tani di Terengganu

·         kebangkitan di Telemong – petani menentang peraturan baru dengan memberikan tanah tanpa mengambil pas kebenaran pada tahun 1922

·         1925-  seramai 300-500 petani berkumpul di kuala Telemong dan membersihkan 200 ekar tanah milik Tengku Nik Maimunah dan 400 ekar tanah kerajaan tanpa pas kebenaran

 

Kebangkitan tahun 1929

- berlaku Kebangkitan Tani di Marang , Kuala Telemong dan Kuala Berang

- mereka isytihar perang terhadap Ing

- duduki balai polis, bangunan kerajaan dan kibar bendera merah di Kuala Berang

- ing tangkap HARL/ dibicarakan

- HARL dibuang negeri ke Makah atas kesalahan menghasut

 

c) Gagal Mentafsir Perjanjian

Dato’ Maharaja Lela Pahlawan Melayu:

·         Sultan dan pembesar Perak cuba mencabar Perjanjian Pangkor

·         Usaha membatalkan perjanjian tersebut perlu mendapat sokongan British

·         Pembesar Melayu tidak diberikan masa yang cukup untuk meniliti Perjanjian Pangkor

 d) Tipu Muslihat

Tok Janggut Pejuang Jihad

-          British desak sultan istiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka

-          Rakyat berasa takut / tidak menyokong/ menyertai perjuangan Tok Janggut

Mat Salleh pahlawan Sabah

-          SBUB menggunakan tipu muslihat untuk melemahkan perjuangan beliau

-          1898 MS dibenarkan mentadbir wilayah tambunan

-          1899- SBUB ambil alih pentadbiran Tambunan

 

 

 

 

3. Kegagalan Penentangan Masyarakat Tempatan

Sebab-sebab Kegagalan:

           Penentangan bersifat setempat

           Sokongan

           Faktor istana

           British berpakat dengan belanda

           Kelemahan strategi

           Kelemahan teknologi

 

Kesan Terhadap Pentadbir British

Kerugian akibat peperangam

-          Rugi 100000 paun – Perang Naning, 400000 Perang Perak, 7000 Perang Pahang

Pemantapan kuasa barat

-          British menguasai seluruh negeri Melayu

-          Dinasti Brooke meluaskan pengaruh dan kuasa di Sarawak

-          SBUB menguasai Sabah

British lebih berhati-hati dalam seitem pentadbiran

-          British melantik residen yang berpengalaman/ bijak/ fasih berbahasa Melayu/ pandai  mengambil hati dan tahu adat resam penduduk tempatan

-          Menubuhkan MMN yang ahlinya dilantik oleh sultan

-          MMN menasihati sultan

British merombak semula skim penempatan pegawai

-          Pentadbir/pemerintah mengetahui adat istiadat Melayu

-          Menubuhkan Kolej Melayu Kuala Kangsar

-          Membenarkan golongan aristokrat Melayu memasuki perkhidmatan awam – MCS

-          Menubuhkan perkhidmatan pentadbir Melayu

 

7.4 KESAN TERHADAP MASYARAKAT TEMPATAN

Kesan kepada pemerintah dan pembesar tempatan

-          Kehilangan jawatan dan kedudukan

-          Kehilangan jiwa

-          Ramai dibuang negeri

 Kedudukan raja dan pembesar Melayu diberi perhatian

British memperkenalkan Durbar ( persidangan majlis raja-raja )

Durbar memberikan peluang kepada sultan, ahli mesyuarat negeri dan pembesar Melayu menyuarakan pandangan mereka dengan bebas berkaitan perkara yang melibatkan kepentingan bersama

Dalam persidangan Majlis mesyuarat negeri, bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi persidangan dan menggunakan tulisan jawi dalam urusan surat menyurat

 

Menjadi inspirasi kepada pejuang kemerdekaan tanah air

-          Keberanian mereka menjadi inspirasi kepada pejuang bangsa

-          Memberikan semangat kepada pejuang kemerdekaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan