CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Sabtu, 30 Disember 2023

NOTA SEJ T3 BAB 2

 

BAB 2 PETADBIRAN NEGERI NEGERI SELAT

2.1 Peluasan Kuasa British di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka ( NNS )

 

·         Pada abad ke-18, British menggalakkan ekspedisi ke Timur untuk meningkatkan kekayaan negara melalui perdagangan

·         Petempatan strategik penting bagi memenuhi keperluan perdagangan dan keselamatan British di Alam Melayu

 

a. Latar Belakang NNS Sebelum Peluasan Kuasa British

 

1. Pulau Pinang

·         Wilayah Kesultanan Kedah

·         Menjadi tempat persinggahan pedagang dari Lingga yang berdagang dengan Kedah

·         Pelabuhan dagang bagi daerah serantau terutama dengan Acheh di Sumatera

·         Batu Uban merupakan pelabuhan paling awal dibuka di Pulau Pinang

·         Sering dikunjungi oleh pedagang-pedagang Arab

 

2. Singapura

·         Wilayah Kesultanan Johor Riau (Pahang, Johor dan gugusan kepulauan Riau Lingga) sejak abad ke-16 hingga 19

·         Johor, Singapura dan Kepulauan Riau ditadbir oleh Temenggung Abdul Rahman yang tinggal di Singapura

·         Sewaktu pentadbiran Temenggung Abdul Rahman, ladang gambir diusahakan oleh orang Melayu dan Cina di Singapura

·         Pemerintah Kesultanan Johor Riau, Sultan Abdul Rahman yang bersemayam di Lingga dan mengadakan hubungan baik dengan Belanda

 

3. Melaka

·         Kerajaan Alam Melayu yang unggul pada abad ke-15

·         Tahun 1511: Kesultanan Melayu Melaka ditawan oleh Portugis

·         Tahun 1641-1824: Melaka menjadi tanah jajahan Belanda setelah Belanda mengalahkan Portugis dengan bantuan Kesultanan Johor Riau

·         Belanda menjadikan Melaka sebagai pusat pengumpulan hasil bijih timah dari negeri Melayu

·         Belanda mementingkan Betawi di Pulau Jawa sebagai pusat perdagangan utama

 

b. Peluasan Kuasa British di Pulau Pinang

 

1. Kedudukan Strategik

- pusat pengumpulan barang- teh  ( China ), emas,perak, bijih timah dan rempah ratus

- pelabuhan persinggahan – laluan antara India dan China/ baiki kapal/ bekalan makanan dan minuman/ tempat berlindung semasa peralihan angina monsoon

- pangkalan tentera – terletak di Bombay/ India- terlalu jauh/ perlu tempat yang lebih strategik

 

2. Kronologi Pendudukan British di Pulau Pinang

- krisis perebutan tahta di Kedah- penentangan terhadap Sultan Muhamad Jiwa daripada pembesar kerana melantik Tunku Abdullah sebagai raja muda kedah

- mereka berpakat dengan orang Bugis- menyerang SMJ

- SMJ minta bantuan SHTI( gagal dapat bantuan )

- siam mengancam kedah – minta hantar bunga emas

- sultan minta bantuan SHTI- tawarkan PP sebagai  pangkalan SHTI/ Francis Light ( dengan syarat melindungi kedah dari serangan siam

- tipu helah FL – FL buat perjanjian dengan sultan Kedah / FL menduduki PP/ FL menamakan PP sebagai Prince of Wales Island/ menamakan bandar Georgetown

 

3. Pengukuhan Kuasa British di Pulau Pinang: Perjanjian                                  

- 1786 Siam mengancam kedah, sultan minta FL bantu Kedah daripada diserang Siam

- FL tidak tolong

- 1791- Sultan Kedah mahu menyerang FL di PP , berhimpun di Seberang Perai

- SK dikalahkan oleh FL/SHTI- buat perjanjian dengan Ing

- 1800 – Ing buat perjanjian dengan SK – ambil Seberang Perai

 

Peluasan Kuasa British di Singapura

 

1. Perang Napoleon (1793-1814):

·         Belanda ditawan oleh Perancis

·         Tahun 1795: Raja Belanda berundur ke England dan menandatangani Surat Kew

·         Berdasarkan Surat Kew, Belanda menyerahkan tanah jajahannya secara sementara di Timur kepada British sehingga perang tamat

2. Kepentingan Singapura kepada British

·         British memerlukan pelabuhan yang lebih strategik untuk bersaing dengan Belanda di Alam Melayu

·         Kedudukan Singapura di bahagian selatan Semenanjung Tanah Melayu dapat mengawal kegiatan perdagangan Selat Melaka dan Selat Sunda

·         Singapura dijadikan sebagai pusat pengumpulan hasil-hasil ekonomi Alam Melayu

·         Kebanyakan kapal dagang berlabuh di pelabuhan Betawi, Riau dan Lingga

 

3. Pertapakan British di Singapura

·         Isu pewarisan tahta sultan johor riau

·         Sultan Mahmud Shah III ada 2 putera – Tengku Hussin/ Tungku Abdul Rahman

·         SMS III mangkat- TH tidak hadir semasa pemakaman

·         TAR – ditabalkan menjadi sultan/ disokong oleh Belanda dan Org Bugis

·         TH diketepikan / tinggal di Riau

·         Tindakan Stamford Raffles memanipulasikan isu pewarisan takhta menyebabkan Kesultanan Johor Riau mempunyai dua orang sultan - Sultan Abdul Rahman di Lingga / Sultan Hussein di Singapura

 

4. Perjanjian Mengukuhkan Kuasa British di Singapura

 

Peluasan Kuasa British di Melaka

 

1. Faktor Pakatan British-Belanda

a) Menamatkan pertikaian British dan Belanda berkaitan Singapura

- Stanford Raffles tandatangan perjanjian dengan Sultan Hussin dan Temenggung Abdul Rahman – Inggeris berkuasa di Singapura

- Ing lantik William Farquhar sebagai residen singapura

- perjanjian 2/8/1824- Residen Ing John Crawford buat perjanjian dengan SH/TAR- serah Singapura kepada Ing selama-lamanya/ SH dan TAR hilang kedaulatan atas Singapura- dapat pampasan dan pencen bulanan seumur hidup

 

2.2 Pertikaian Inggeris dan Belanda- Perjanjian London

1.      Ing menguasai Singapura- mahu majukan sebagai pelabuhan

2.      Belanda anggap Singapura dalam lingkungan pengaruhnya/ mahu Ing keluar dari Singapura

3.      Belanda tidak mahu Singapura mengatasi pelabuhan Betavi di Indonesia

4.      ING dan Belanda tidak mahu bermusuh di kawasan timur

 

b) Penyelesaian untuk perdamaian

Belanda dan British mahu mengelakkan peperangan sesama mereka

Belanda tidak mahu terbeban dengan masalah kewangan selepas Perang Napoleon

·         ING- Belanda wujudkan perjanjian London 1824 / Perjanjian Ingg- Belanda

·         Tujuan – tamatkan pertikaian/ elak hubungan tegang/ tidak baik antara mereka

·         Isi perjanjian – Ing mendapat Melaka daripada Belanda/ Ing serahkan Bangkahulu kepada Belanda

·         Kesan -

1.      Pembahagian Alam Melayu kepada Dua Lingkungan Pengaruh Barat ( TM dibawah penguasaan Ing/ Jawad an Sumatera dibawah penguasaan Belanda)

2.      Selat Melaka dan Singapura dijadikan sempadan yang memisahkan wilayah pengaruh British dan wilayah pengaruh Belanda di Alam Melayu

3.      Wilayah dikenali sebagai Hindia Timur Belanda

4.      Empayar Johor Riau terbahagi 2/ berakhirnya kesultanan Riau-Lingga

5.      Pahang menjadi negeri yang merdeka

6.      Selat Melaka di bawah penguasaan Ing

7.      Penubuhan Negeri-negeri Selat 1826

 

2.3 PENUBUHAN NEGERI-NEGERI SELAT/ NNS

1.      PULAU PINANG

a.       Tempoh penguasaan Ing -1786-1826

b.       1787- dijadikan pelabuhan bebas

c.       Gabenor Ing dilantik untuk mentadbir

 

2.      SINGAPURA

a.       1819-1826

b.       1823- menjadi pelabuhan bebas

c.       Menjadi  pusat pertemuan pedagang persendirian mengumpulkan hasil alam Melayu untuk diperdagangkan dengan China

3.      MELAKA

a.       1824-1826

b.       Ditadbir oleh residen consular

c.       Sistem kapitan diteruskan bagi mewujdukan keamanan dan komuniti kaum

d.       Suku kaum diletakkan di bawah seorang ketua kaum dan melaksanakan undang-undang

e.       Untuk penduduk luar bandar penghulu memainkan peranan

 

Kepentingan NNS kepada Ing

·         Kuasai selat Melaka/ laluan utama perdagangan

·         Pelabuhan bebas- menarik pedagang tempatan dan luar

·         Melaka menjadi pusat pengumpulan hasil- bijih timah

·         Menjadi pintu masuk kedatangan buruh luar

·         Kehadiran pelabur dari luar memajukan ekonomi melaka

 

Hubungan Negeri-negeri Selat dengan Negeri-negeri Melayu

 1. Negeri Selat

·         Memerlukan hasil ekonomi untuk memajukan perdagangan

·         Melabur modal memajukan perlombongan bijih timah di negeri Melayu

 

2. Negeri Melayu

·         Memerlukan pelabuhan untuk memperdagangkan hasil ekonomi

 

 

 

2.4 PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT

 

·         1826- 1867 – NNS ditadbir SHTI kerajaan British di India-

·         1867: pentadbiran dipindahkan ke Pejabat Tanah Jajahan London

·         Negeri Selat di Bawah SHTI (1826-1857)

·         Negeri Selat diketuai oleh Gabenor

·         Residen Konsular dilantik membantu Gabenor menjalankan pentadbiran

·         Pulau Pinang menjadi pusat pentadbiran pertama

·         Tahun 1832: pusat pentadbiran dipindahkan ke Singapura kerana lebih strategik dan maju berbanding dengan Pulau Pinang

 

Negeri Selat di bawah Pejabat India (1858-1867)

·         Undang British dikuatkuasakan di Negeri Selat

·         Pemberontakan yang berlaku di India menyebabkan Pejabat India tidak mampu mentadbir Negeri Selat dengan baik

·         Pejabat India tidak memberikan perhatian yang sewajarnya bagi melindungi pedagang Negeri Selat

·         Menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pedagang Negeri Selat

 

 

 

Gabenor jeneral british SHTI

( India )

 

Gabenor NNS

Residen Konsular PP

Residen Konsular Singapura

Residen Konsular Melaka

 

STRUKTUR PENTADBIRAN NNS 1826-1967

 

FAKTOR PEMINDAHAN PENTADBIRAN NNS KE PEJABAT TANAH JAJAHAN LONDON

1.      Tiada wakil NNS dalam majlis Perundangan di India

2.      Undang-undang NNS di India

3.      Pejabat di India gagal kawal rompakan kapal dagang dan pertelingkahan kumpulan Cina di NNS

4.      Penggunaan wang rupee India di NNS

5.      Cadangan mengenakan cukai pelabuhan di NNS menjejaskan taraf pelabuhan bebas NNS

6.      NNS dijadikan tempat buangan banduan ( jejaskan imej NNS sebagai pusat dagangan

Struktur pentadbiran NNS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan