CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Sabtu, 30 Disember 2023

NOTA SEJ T3 BAB 3

 

BAB 3- PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU

 3.1 Kekayaan Hasil Bumi di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang ( NNMB )

  Pengenalan

·         Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang kaya dengan hasil bumi

·         Hasil bumi seperti bijih timah dan emas

·         Kekayaan dan kemakmuran menarik minat kuasa Acheh, British dan Belanda untuk menguasai negeri tersebut

  a. Kekayaan Bijih Timah

 Perlombongan Bijih Timah pada Abad ke-15

Peringkat awal

-            Diusahakan orang Melayu di lembah sungai

-            Kegunaan – tempatan dan didagangkan

-            Sultan dapat hasil dagangan

-            Pembesar ada pegangan kawasan bijih melalui surat tauliah dari sultan

-            Pembesar – pemilik lombong dan bekalkan keperluan pengeluaran timah

 

Perlombongan Bijih Timah pada Abad ke-16 hingga 17

-         Negeri pengeluar utama – Perak

-         Kawasan – Sg Perak, Kuala Kangsar , Kelian

-         Perak menjadi pelabuhan utama/ dikunjung pedagang

-         Perluasan kawasan melombong baru- Manjung , Beruas

-         Perak mempunyai dijadikan negeri  naungan oleh Acheh

-         Perak guna bijih timah untuk dapatkan perlindungan Portugis ( Melaka ) untuk membebaskan diri dari Acheh

 

Perlombongan Bijih Timah pada Abad ke-18

Perak

-               Pengeluaran awal- pelombong Melayu

-               Kerjasama dengan Belanda keluarkan bijih

-               Sultan menjual bijih timah kepada Belanda

 Selangor

– kaya dengan bijih timah

-               Menarik minat pedagang dari luar

-               Menjual bijih kepada Belanda

Larut ( perak )

-            Menjadi kawasan perlombongan mulai 1840

-            Pembesar ( Long Jaafar dan anaknya Ngah Ibrahim ) memajukan perlombongan bijih timah dengan membawa masuk pelombong dari China

-            Menjadikan Kuala Sepetang sebagai pelabuhan mengangkut bijih ke Pulau Pinang

Lembah Kinta

-            Mulai melombi=ong bijih akhir 1800

-            Menjadi antara pengeluar bijih terbesar di dunia

-            Kesan – mewujudkan bandar baru – Ipoh/Gopeng/ Kampar/ Batu Gajah

Jugra

-            Sultan Abdul Samad menjadikan Jugra sebagai Pusat pentadbiran

-            Menjadi pusat pengutipan cukai bijih untuk dibawa ke Pelabuhan Melaka

Kuala Lumpur

-         1860 – KL menjadi pusat pengeluaran bijih timah

-         Kawasan – Ampang

-         Sg Kelang menjadi tempat mengangkut bijih timah

-         Bilangan penduduk –Melayu dan Cina – membentuk bandar KL

Lukut ( selangor )

-         Perlombongan diusahakan oleh Raja Busu

-         1830 raja Jumaat menjadikan Lukut sebagai pusat perdagangan bijih yang terkenal

-         1880 Lukut diserahkan kepada Negeri Sembilan

 

Kekayaan Hasil Emas

 a) Lokasi perlombongan Emas di Pahang

Perlombongan emas telah dilakukan di Hulu Pahang

Kawasan penting perlombongan – Raub, Tui, Tersang, Selinsing, Penjom, Kechau dan Hulu Dong

 

b) Kegiatan Perlombongan Emas di Pahang

- pada abad ke 16 dan 17  diusahakan oleh orang Melayu/ asli dan minangkabau

- menggunakan kaedah mendulang dan melampan

- abad ke 18- orang Cina dari Perak/ Kelantan dan Negeri Sembilan datang ke Pahang

- orang Cina guna kaedah melampan

- abad ke 19- Sultan Ahmad memberi konsesi/lesen melombong kepada pelombong eropah. Mereka guna lombong dedah dan bawah tanah

 

3.2 PERLUASAN KUASA BRITISH DI PERAK, SELANGOR, NEGERI SEMBILAN DAN PAHANG

 

 Strategi British Meluaskan Kuasa di Negeri-negeri Melayu

 a) Strategi Manipulasi

Manipulasi British di Perak

-            Perang Larut - Berlaku pergaduhan pelombong Cina ( Ghee Hin dan Hai San / Menjejaskan pengeluaran bijih/ Pedagang Ing mendesak Ing campurtangan – elak kerugian pelabur

-            Perebutan tahta – isu penggiliran jawatan untuk menjadi sultan

-            Giliran – raja dihilir- raja bendahara- raja muda – sultan

-            Kes – Sultan Ali –diganti Raja Ismail- Raja Yusof tidak setuju sebab diketepikan/ Raja Abdullah juga mahu jadi raja dengan sokongan pelabur Eropah dan pelombong Cina

 

Manipulasi British di Selangor

-          Sultan Abdul Samad memerintah Selangor 1857-1898

-          Berlaku pertelingkahan – Perang Klang ( antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah )

-          Raja Abdullah memajukan lombong/ bandar Klang ( Ampang dan KL ) mendapat sokongan kumpulan Hai San

-          Raja Mahadi – sebelum ini menguasai Klang- disokong kumpulan Ghee Hin

-          British campurtangan

 

Manipulasi British di Sungai Ujong, Negeri Sembilan

-         Kepentingan sungai Linggi – laluan penting dalam daerah Sg Ujong

-         Pembesar mengenakan cukai di sini (

 

Kepentingan sungai Linggi

-         Merupakan laluan penting menghubungkan daerah Sg Ujong dengan kawasan sekitarnya

-         Jika menguasai SG Linggi membolehkan pembesar mendapat kuasa memungut cukai yang membawa bijih timah untuk ke Pelbuhan Melaka

Persaingan pembesar memungut cukai di Sungai Linggi

- Dato Kelana , Dato Syahbandar, Dato Muda Linggi bersaing mengawal pungutan cukai di Sg Linggi

- persengketaan mereka dimanipulasi oleh Ing

- Ing bantu Dato Kelana mengalahkan Dato Syahbandar

- Ing dapat menguasai kuasa pungutan cukai di Sg Linggi

- kesan perbalahan – menjejaskan kegiatan perdagangan di Negeri Selat

 

b) Desakan dan Paksaan kepada Raja-raja Melayu Menerima Perlindungan British

SELANGOR

-      British tidak berjaya pujuk Sultan Abdul Samad menerima penasihat / perlindungan Ing

-      British tetap berusaha mencari alasan untuk letakkan Selangor dalam pengaruhnya bagi menguasai kekayaan bijih timah di selangor

-      1873 Rompakan kapal dagang inggeris di Kuala Langat

-      1874- serangan rumah api di Tanjung Rachado membolehkan penasihat Ing bertapak di Selangor

PAHANG

- 1887- British menggunakan Sultan Abu Bakar ( Johor ) untuk memujuk sultan Pahang menerima wakil British

-1888 British mendesak/paksa Sultan Pahang menerima penasihat British setelah kematian pedagang Cina – Go Hui diperkarangan istana ( Pahang dianggap tidak dapat menjamin keselamatan negeri

 

c) Strategi Menandatangani Perjanjian dengan Pemerintah Tempatan

 

i) Perjanjian Pangkor 1874

 

·         Andrew Clark Gabenor Negeri Selat bertindak memanggil ketua kumpulah Ghee Hin dan Hai San untuk menamatkan perselisihan faham antara mereka

·         Pembesar Melayu dipanggil untuk berunding di Pulau Pangkor bagi menamatkan perselisihan di Perak

   Syarat:

·         Raja Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak

·         Raja Ismail dibenarkan memakai gelaran Sultan Muda dan diberikan sebuah jajahan kecil untuk ditadbir

·         Sultan menerima seorang Residen British. Nasihatnya mesti diminta dan dipatuhi dalam semua urusan pentadbiran kecuali berkaitan agama Islam dan adat Melayu

·         Ngah Ibrahim diakui sebagai Orang Kaya Menteri Larut dan menerima seorang Penolong Residen

·         British berkuasa penuh ke atas pungutan cukai di Perak

 

ii) Perjanjian British-Sungai Ujong 1874

 Dato Kelana diiktiraf sebagai pemerintah Sungai Ujong

·         British mempunyai kuasa penuh memungut cukai di Sungai Linggi

 iii) Perjanjian British-Selangor 1875

 British membantu Sultan memerintah negeri

·         British menghantar J.G. Davidson menetap di KLang dan Frank Swettenham menetap di Langat untuk membantu pentadbiran Selangor

 iv) Perjanjian British-Pahang 1887

 British menempatkan seorang wakil yang mempunyai kuasa seperti pegawai konsul di Pahang

·         British betanggungjawab menjaga keamanan Pahang

·         Pahang tidak membenarkan membuat perjanjian dengan kerajaan asing tanpa kebenaran British

 v) Perjanjian British-Negeri Sembilan 1895

 Yam Tuan Besar Sri Menanti bersama dengan Undang Johol, Sungai Ujong, Jelebu, Rembau dan Tampin dengan ini secara berasingan meletakkan diri mereka dan Luak mereka di bawah naungan Kerajaan British

 

SISTEM RESIDEN

 

a. Peranan

Menasihati Raja-raja Melayu dalam semua hal ehwal pentadbiran kecuali berkaitan agama Islam dan adat Melayu

Semua nasihat hendaklah diikuti dan dipatuhi

Senarai residen

Perak – JWW Birch 1874-1875

Pahang – JP Rodger 1888-1896

Negeri Sembilan – Martin Lister 1895-1897

Selangor – JG Davidson 1874-1875

Kedudukan sultan dan pembesar dikekalkan

Sultan dan pembesar kehilangan kuasa dalam pentadbiran dan memungut cukai

Jabatan dan sistem bercorak barat digunakan bagi menggantikan sistem pentadbiran tradisional

 

3.3 PEMBENTUKAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU

Ciri NNMB

·         Gabungan negeri Perak Pahang Negeri Sembilan dan Selangor membentuk sebuah persekutuan

·         Dikenali sebai Persekutuan 1896

·         Ketua pentadbiran persekutuan– Residen Jeneral

·         Raja Melayu terima nasihat RJ dalam semua perkara kecuali adat dan agama

·         Pusat pentadbiran – Kuala Lumpur

 

Faktor pembentukan NNMB

1.            Mengatasi kelemahan sistem residen

·         Residen tidak diberikan garis panduan untuk melaksanakan tugas/peranan

·         Menjadi semakin berkuasa dalam MMN

·         Raja dan pembesar tidak berpuas hati kerana kehilangan kuasa dalam pentadbiran negeri dan hak memungut cukai

2.            Menyeragamkan pentadbiran

·            Pentadbiran negeri tidak seragam / pelbagai pendekatan/ ada undang-undang sendiri

·            Kemajuan ekonomi tidak seimbang

·            Memerlukan pentadbiran yang cekap dan seragam untuk mengeksploitasi ekonomi negeri ini

3.            Menjamin keselamatan negeri

·            Membolehkan negeri mempunyai pasukan keselamatan sendiri

·            Tidak perlu bantuan negeri lain

4.            Menangani masalah kewangan pahang

·         Gabungan negeri Melayu yang kaya ( hasil – Perak/ Selangor/ Negeri Sembilan

 

3.4 PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU

 

·         NNMB diketuai oleh Residen Jeneral ( di KL )

·         Bertanggungjawab pada Majlis Mesyuarat Negeri dan Pesuruhjaya Tinggi NNMB (juga merupakan Gabenor Neger-negeri Selat)

 MAJLIS MESYUARAT PERSEKUTUAN

-            Ditubuhkan pada 1909

-            Berkuasa meluluskan undang-undang di NNMB

-            Pengerusi –pesuruhjaya Tinggi British / dibantu Residen Jeneral

-            Ahli – 4 raja Melayu/ 4 Residen / 4 ahli tak rasmi ( 3 bangsa Eropah+ 1 Cina

-            Kesan – membolehkan Ing mengawal undang-undang dan kewangan negeri

-            Raja setiap negeri hanya menjadi ahli biasa MMP

Majlis Mesyuarat Negeri

·         Ditubuhkan selepas British berjaya campur tangan dalam pentadbiran negeri Melayu

·         Majlis ini dipengerusikan oleh Raja Melayu dan berperanan menggubal undang-undang serta membantu pentadbiran negeri.

 

Majlis Mesyuarat Persekutuan

·         Tahun 1909: Perjanjian antara British dan Raja-raja Melayu bagi menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan

·         Tujuan Majlis ialah meluluskan undang-undang di NNMB

 

Pembentukan Durbar

Tujuan - ditubuhkan untuk  mendapatkan sokongan Raja-raja Melayu terhadap Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

 Ahli-ahli Durbar

·         Pesuruhjaya Tinggi British

·         Raja-raja Melayu

·         Residen Jeneral

·         Residen British

Tiada ulasan:

Catat Ulasan