CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Sabtu, 30 Disember 2023

NOTA SEJ T3 BAB 4

 BAB 4 PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU

 

4.1 PEMERINTAHAN KESULTANAN MELAYU DI PERLIS, KEDAH, KELANTAN, TERENGGANU DAN JOHOR

 

 Pemerintahan Kesultanan Melayu di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor

  1. Pemerintahan Kesultanan Melayu

·         Membentuk sistem pentadbiran yang tersusun

·         Diwarisi sejak turun temurun

 a) Kerajaan Perlis

Latar belakang

-         Asal -merupakan wilayah kedah

-         1842- menjadi wilayah sendiri, diiktiraf oleh siam

Pentadbiran

-            Raja terkenal Raja Syed hussin Jamalullail

-            Dibahagikan kepada 22 mukim

Hubungan luar

-         Dengan siam

-         Kesan – mengelakkan negeri diganggu oleh kuasa lain

Perundangan

-         Berdasarkan undang-undang kesultanan Kedah sebagai rujukan

-         Menekankan kebajikan rakyat

 

b) Kesultanan Kedah

Latar belakang

-         Bermula mulai abad 7 ( antara kerajaan terawal )

-         Islam memasuki Kedah mulai abad ke 12

-         Pemerintah pertama menggunakan gelaran sultan – Sultan Mudzaffar Shah

Pentadbiran

-         Sultan mengetuai pemerintahan

-         Ada undang-undang yang kemas dan teratur

-         Mewujudkan pentadbiran wilayah dan pembesar daerah

-         Penghulu mengetuai pentadbiran mukim

-         Pada abad ke 19 terdapat 128 mukim di Kedah

Hubungan luar

-            Ada hubungan dengan Siam sebagai satu cara mengelakkan ancaman dari Burma

-            Cara hubungan - Hubungan diplomatik –pentadbiran dan kewangan

Perundangan

1650 kanun undang-undang Kedah ditulis

Ada 5 bab – undang-undang, adat kebesaran, adat meminang, peranan orang besar dll

 

c) Kesultanan Kelantan

 Latar belakang

-         1776-1794 Long Yunos menyatukan kerajaan Kelantan- bergelar Yang dipertuan

-         1812 membuat perjanjian dengan Siam

-         Mendapat anugerah dari Siam ( Phya Pipit Pak di)

-         Mendapat pengaruh dari Siam sehingga 1909

Pentadbiran

-         Sultan dibantu oleh pembesar

-         Ada sistem jemaah menteri

-         Membahagikan pentadbiran kepada beberapa jajahan – 3

-         Ketua kampung – Tok Kweng

Hubungan luar

-   Hubungan dengan Siam

-   Negeri lain – Terengganu/kedah/patani

Perundangan

·   melaksanakan undang-undang syarak / berasaskan Islam semasa pemerintahan Sultan Muhammad II

·   membolehkan negeri aman- memajukan perdagangan

 d) Kesultanan Terengganu 

-   Pengasas Sulyan Zainal Abidin I 1708-1733

-   Membawa kemajuan dan memelihara kedaulatan negeri

-   Antara negeri terakhir menerima penasihat British ( berbanding negeri Melayu yang lain )

pentadbiran

-   Sultan dibantu pembesar dalam urusan pentadbiran

-   Ada sistem penghulu

-   Pentadbir yang berkebolehan – Tengku Musa, Tuan Hitam, CVhe Abdul Rahim

-   Sistem Jemaah Mesyuarat Kerajaan 

hubungan luar

-      Menjalinkan hubungan dengan Siam sejak abad ke 18

-      Juga – Kelantan, Patani dan Johor

-      Kesan – negeri diakui berdaulat

perundangan

-      Sejak pemerintahan Sultan Zainal Abidin 1 sistem perundangan dan kehakiman berasaskan prinsip keadailan Islam dilaksanakan

-      Semasa pemerintahan SZA III Tengku Musa dilantik menjadi Ketua Jabatan Mahkamah

-      1911 undang-undang diri kerajaan negeri digubal dan diamalkan

-      Hakim – berkebolehan dan mempunyai pengetahuan agama yang luas

 

e. Kesultanan Johor

Latar belakang

-   Jurai keturunan johor berakhir pada 1699

-   Johor diperintah oleh keturunan Bendahara

-   Konflik politik membolehkan keturunan Temenggung Daeng Ibrahim menjadi pemerintah Johor seterusnya

-   1885 Daeng Abu Bakar menjadi sultan Johor

Pentadbiran

-MAB- Johor mencapai zaman pemodenan

- mengasaskan pentadbiran moden – mewujudkan Majlis Jemaah Diraja Johor, jemaah menteri dan Jabatan kerajaan

- melantik pembesar Dato Seri Amar di Raja, Dato Bentara membantu sultan

- mewujudkan jawatan Menteri Besar dan Setiausaha kerajaan untuk melicinkan pentadbiran

Hubungan luar

-         Maharaja Abu Bakar menjalinkan hubungan dengan negeri Melayu yang lain ( Terengganu, Perak, Pahang dan Selangor )

-         MAB menjalinkan hubungan dengan negara luar- Eropah/ Jepun

Perundangan

-         Tahun 1895 Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor digunakan sebagai aturan pemerintahan

 

 

4.2 Peluasan Kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu

-               Sebelum kehadiran British, empat negeri ini berhadapan pengaruh Siam

-               Kedudukan strategik dan kemakmuran negeri menarik perhatian British

-               British tidak dapat meluaskan kuasanya selagi di bawah naungan Siam

 

Faktor Peluasan Kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu

 a) Kedudukan yang Strategik

Kedudukan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu penting kepada perdagangan British

Kelantan dan Terengganu strategik di laluan perdagangan di antara Siam dan Singapura

 

b) Menghalang Kemasukan Kuasa Barat lain

·         Negeri-negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu meurpakan penampan usaha kuasa-kuasa Barat lain untuk campur tangan

·         Antara kuasa Barat tersebut termasuklah Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan Rusia yang cuba meluaskan kuasa di sekitar negeri Melayu Utara

·         British perlu menguasai negeri-negeri ini untuk menghalang kemaraan kuasa Barat tersebut

·         Kemaraan kuasa Barat dapat dilihat dari pelbagai aspek:-

-         Jerman berusaha untuk mendapatkan Pulau Langkawi

·         -rusia ingin membuka petempatan di Ujung Salang

-         Perancis ingin meluaskan pengaruh di Segenting Kra

-         kuasa barat ini mencabar penguasaan Inggeris di Negeri Melayu

 

 c) Kemakmuran dan Kekayaan Sumber Hasil

·         Kedah dan Perlis – hasil pertanian dan penternakan menjadi sumber bekalan makanan yang diperlukan bagi memenuhi permintaan penduduk Pulau Pinang yang dikuasai oleh British

·         Kelantan dan Terengganu – aktiviti pembuatan seperti petukangan dan pembinaan kapal menjadi sangat penting. Kedua-dua negeri menjadi pembekal pelbagai barang dagangan kepada pedangan Singapura.

 

d) Menghubungkan Burma dengan Pulau Pinang

British berhasrat menghubungkan Burma yang dengan Pulau Pinang dan Singapura

Pembinaan jalan raya, kereta api dan telegraf di antara Burma dan Pulau Pinang membolehkan British mempunyai rangkaian terus perhubungan dengan India

Hal ini sangat penting bagi pedagangan dan keselamatan British

 

e) Beban Orang Putih

British mendapati Siam melakukan kekejaman di negeri-negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu

Bagi mewajarkan tindakannya, slogan “Beban Orang Putih” digunakan dalam usaha British meluaskan kuasanya

 

 Strategi Peluasan Kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu

 

KE ARAH PERJANJIAN BANGKOK 1909

1.      Negeri-negeri Melayu yang memiliki hubungan rapat dengan Siam ialah Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu

2.      Bagi kerajaan Siam, negeri ini adalah di bawah naungannya

3.      Perlu menghantar bunga emas dan perak setiap 3 tahun sekali sebagai tandan pertuanan Siam serta kepatuhan kepada kuasa Siam

4.      Pengaruh Siam ke atas negeri ini kurang menyenangkan pihak British

5.      Matlamat British untuk memastikan laluan perdagangan di antara India dan China berada dalam keadaan selamat

6.      Menyedari bahawa konfrontasi secara bersemuka akan merugikannya, British menggunakan strategi perjanjian bagi meluaskan kuasa

7.      Tahun 1826: terdapat beberapa siri penjanjian melibatkan British dan Siam yang menyentuh hal ehwal negeri-negeri Melayu

8.      Perjanjian diakhiri dengan Perjanjian Bangkok 1909 membolehkan British meluaskan kuasa.

 

Siri Perjanjian Inggeris

-         1826- Perjanjian Burney

-         1897 – perjanjian sulit

-         1899- perjanjian sempadan

-         1902 – siam kawal hubungan Kelantan dan Terengganu

-         1909 – perjanjian Bangkok

 

Perjanjian Bangkok 1909

 10 Mac 1909: Perjanjian ditandatangani oleh British dan Siam

Memberi laluan kepada British untuk menguasai negara kita tanpa gangguan kuasa luar

 

 4.3 Peluasan Kuasa British di Johor

 Johor mempunyai sistem pemerintahan yang teratur sebelum campur tangan British

Mencapai kemakmuran yang tinggi

Penguasaan British terhadap Singapura mengancam kedudukan Johor

 

1. Kemajuan dan Kemakmuran Johor

- kebijaksanaan dan kecekapan pemerintah

- berlaku perkembagan pesat dalam ekonomi komersial

- pentadbir yang komited/ berkesan

- pemodenan negeri Johor dalam pelbagai bidang

 

 2. Strategi British Menguasai Johor

- perjanjian 1855 –jika sultan Ali ingin menjual Kesang- tawarkan terlebih dahulu kepada Ing

- perjanjian setia 1885 –antara Johor dan Ing –Johor menerima seorang ejen atau pegawai konsul

- 1879- cadangan menempatkan residen Ing di Johor

- Ing tawarkan pinjaman 200000 bagi kerajaan Johor bina landasan kereta api

- tujuan – mengawal kewangan negeri Johor/ rancangan tidak berjaya

 

1914- perjanjian sultan Ibrahim dengan ing/ gabenor NNS- jawatan konsul diganti dengan penasihat am British

 

4.4 SISTEM PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU

 

  Latar Belakang Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

·         Tidak diperintah secara kesatuan / tunggal

 

Perlis

-            Penasihat inggeris terlibat secara langsung dalam pentadbiran bersama pembesar tempatan

-            MMN menjalankan pentadbiran

-            Raja pengerusi MMN

-            1931- hanya terdapat 3 orang pegawai eropaj dalam pentadbiran negeri

-            Setiausaha kerajaan merupakan pegawai terpenting

Kedah

-            Penasihat ing terlibat secara langsung dalam pentadbiran

-            Kedah tidak akan diserahkan kepada mana-mana kuasa tanpa keizinan daripada sultan dalam MMN

-            MMN menjalankan pentadbiran sejak 1905

-            Setiausaha kerajaan merupakan pegawai tabdir terpenting

 

Kelantan

-               Penasihat Inggeris terlibat dalam pentadbiran secara langsung bersama pembesar tempatan

-               Sultan mempengerusikan majlis mesyuarat negeri

-               Penasihat Inggeris adalah ahli MMN

-               Kakitangan perkhidmatan awam – orang ,elayu

-               Pegawai eropah dihadkan memegang jawatan tertentu sahaja

-               Menteri besar memainkan peranan penting dalam pentadbiran negeri

Terengganu

-pentadbiran berlandaskan undang-undang bagi diri kerajaan terengganu yang diluluskan pada 1911

- ketetapan pada UUBDKT ini tidak boleh dipinda

-penasihat Ing terlibat secara langsung dalam pentadbiran bersama pembesar tempatan

- jemaah menteri dan majlis mesyuarat negeri diwujudkan bagi melaksanakan pentadbiran

- kakitangan terdiri daripada orang Melayu

- penglibatan pegawai eropah dihadkan dalam pentadbiran

 

Johor

·         Pemerintahan berasaskan pada undang-undang tubuh kerajaan negeri johor 1895

·         Sultan tidak dibenarkan menyerahkan negeri kepada kuasa asing

·         Pentadbiran dilakukan oleh menteri besar, setiausaha negeri

·         Pentadbir dalam kalangan orang Melayu yang berpelajaran/ moden

·         Majlis mesyuarat menteri  dan majlis mesyuarat negeri membantu sultan menlaksanakan pentadbiran negeri

·         Orang eropah yang menjadi pentadbir adalah sama taraf dengan pentadbir Melayu

·         Mengutamakan orang Melayu dalam pengambilan jawatan pentadbir

 

Perkembangan Pentadbiran

 a) Pengekalan Kedudukan Sultan

Perubahan yang berlaku dalam sistem pentadbiran di Negeri Melayu Tidak Bersekutu tidak mengubah kedudukan sultan

Sultan masih kekal seagai puncak kuasa dalam pentadbiran negeri

Sultan mempunyai kuasa terutama dalam hal berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu

Kedudukan pembesar turut dikekalkan

Pembesar tidak lagi mengutip cukat dan pakaj sebaliknya dibeikan elaun dan pencen

 

b) Penerusan Sistem Pentadbiran Tradisional

Sistem pentadbiran tradisional seperti sistem Jemaah Menteri, Majlis Negeri dan peraturan yang terdapat dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan diteruskan

Pembesar Mealyu menjadi peneraju sistem pentadbiran negeri

Pihak British turut membantu melalui peminjaman pegawai daripada Perkhidmatan Awam Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Selat

Negeri-negeri ini mempunyai sistem perkhidmatan awamnya sendiri

Kerajaan Kedah membuat perjanjian dengan kerajaan British yang menyatakan bahawa semua jawatan perkhidmatan awam hendaklah diisikan dengan pegawai Melayu Kedah

 c) Pengenalan Birokrasi Barat

·         Penasihat British menentukan dasar pentadbiran negeri sehingga mengurangkan kuasa sultan dan pembesar

·         Jabatan baharu turut diperkenalkan di setiap negeri

·         Pasukan polis diwujudkan

·         Urusan pentadbiran negeri mula mengamalkan cara Barat

Mahkamah sivil diperkenalkan dan pegawai British turut dibawa masuk sebagai pegawai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan