CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 29 Disember 2010

Sistem pembesar

Sistem Pembesar

Pengenalan

Sistem pembesar merupakan sebahagian daripada struktur pemerintahan Tanah Melayu pada abad ke-19. Seperti juga sistem beraja, sistem ini berasaskan kepada sistem pembesar Kesultanan Melayu Melaka. Pembesar Empat Lipatan yang terdapat di Kesultanan Melayu Melaka diamalkan di hampir semua negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan, tetapi gelaran pembesarnya berbeza-beza di antara satu sama lain. Selepas kedatangan British, sistem pembesar ini mengalami penjejasan.

Struktur sistem pembesar

Pada dasarnya, struktur pembesar yang utama di Tanah Melayu ialah seperti berikut : Bendahara ® Laksamana ® Temanggung ® Penghulu Bendahari. Walau bagaimanapun, terdapat juga pembesar yang bertugas sebagai penguasa sesuatu kawasan jika kawasan pentadbiran sesebuah negeri itu luas.

Seseorang pembesar itu boleh jadi menguasai sesuatu kawasan yang luas yang mungkin terdiri daripada beberapa buah kampung atau lembah. Perlantikan beliau dilakukan olah Sultan melalui sepucuk surat tauliah dan sebilah pedang sebagai lambing jawatannya. Dan ketua-ketua kampung ini adalah bertanggungjawab kepada pembesar itu.

1. Kedah

Di negeri Kedah terdapat seorang pembesar Raja Bendahara yang lebih tinggi tarafnya daripada Menteri Berempat dan gelarannya ialah Seri Paduka Maharaja Sura. Menteri Berempat pula terdiri daripada Seri Paduka Raja Laksamana, Seri Maharaja Anggota Desa dan Seri Maharaja Putera Dewa. Selain itu, terdapat seorang Syahbandar yang tergolong dalam pembesar enam belas.

2. Pahang

Di Pahang, Orang Besar Berempat ialah Orang Kaya Maharaja Indera Perba, Orang Kaya Indera Segara, Orang Kaya Indera Pahlawan dan Orang Kaya Indera Syahbandar. Orang Besar Berempat ini diberikan kawasan tertentu untuk ditadbir. Pembesar pertama berkuasa di Tanjung Lindung, pembesar kedua di Temerloh, pembesar ketiga di Bera ke Kuala Luit dan pembesar keempat di Luit ke Bebar.

3. Perak

Orang Besar Berempat juga dikenal sebagai Orang Empat di Balai. Mereka ialah Bendahara, Orang Kaya Besar Penghulu Bendahari, Orang Kaya Temenggung Paduka Raja dan Orang Kaya Menteri Paduka Tuan. Orang Besar Delapan pula terdiri daripada Maharajalela, Syahbandar, Laksamana, Imam Paduka Tuan, Sri Amar Diraja, Sri Adika Raja, Panglima Kinta dan Panglima Bukit Gantang. Orang Besar Enambelas memakai gelaran Maharaja, Paduka dan Sri.

4. Negeri Sembilan

Ketua pemerintah memakai gelaran Yang Dipertuan Besar. Di bawahnya ialah 4 orang Undang yang merupakan ketua daerah yang dipanggil Luak. Terdapat 4 Luak utama iaitu Rembau, Sungai Ujong, Jelebu dan Johol. Di bawah Undang, Lembaga merupakan ketua bagi setiap suku anggota masyarakat. Di bawah Lembaga ialah Buapak, iaitu gabungan perkataan ibu dan bapak.

5. Kelantan

Terdapat 7 orang di peringkat pusat, iaitu Raja Bendahara Banggol, Raja Kampung Laut, Raja Bukit Panar, Tengku Kota, Tengku Aria Pahlawan, Dato’ Kaya Hulubalang Kaduk dan Dato’ Panglima Perang Londang.

2 ulasan:

  1. Salam Cikgu Razak. Terima kasih kerana cikgu sebagai Guru Sejarah mempunyai inisiatif untuk memperluaskan skop fakta dan tidak terikat kepada sumber teks semata-mata.

    Meskipun begitu, dalam konteks Orang Besar Berempat Pahang - harap dapat ditulis dengan lengkap GELARAN PEMBESAR tersebut dan wilayah pemerintahannya.

    Misalnya, ORANG KAYA INDERA MAHARAJA PERBA JELAI atau sebelumnya digelar SRI MAHARAJA PERBA merupakan ORANG BESAR BEREMPAT paling kanan, berwibawa dan berpengaruh dalam Sistem Politik Tradisional praBritish di Pahang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam cikgu, untuk pembesar Delapan, gelaran Maharajalela telah ditukarkan ke Setia Bijaya Diraja selepas pemberontakan di perak..

      Padam