CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 17 September 2024

SEPTEMBER 2024

 










LATIHAN SEJARAH T5

 SET 11

1. Apakah ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu?
A Lambang kebesaran                       B Undang-undang                 C Kedaulatan                          D Kerajaan

 2. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai undang-undang yang berasaskan syariah dan adat. 

Apakah tujuan undang-undang tersebut?

A Mengukuhkan pengaruh                           B Mengeratkan perpaduan

C Melaksanakan pentadbiran                       D Meningkatkan pembangunan

 3. Nasionalisme bermaksud perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara.

Mengapakah perasaan tersebut penting?

A Mendapatkan pengiktirafan dunia                       B Memperkukuh hubungan luar

C Mendaulatkan institusi beraja                   D Memperoleh kebebasan politik

 4. Mengapakah masyarakat di China menentang pemerintahan Dinasti Manchu?

A Raja membelakangkan undang-undang   B Kerabat raja menguasai pentadbiran

C Pengaruh barat gagal dihalang                 D Rakyat dibebani pelbagai cukai

5. Maklumat berikut berkaitan faktor kemunculan nasionalisme di Tanah Melayu pada abad ke-20.

• Al-Imam

• Neracha

• Pengasuh

Apakah matlamat penerbitan media cetak tersebut?

A Memuatkan idea pembaharuan                B Memartabatkan pendidikan wanita

C Mementingkan nikmat kebebasan                        D Memperjuangkan nasib bangsa

 6.  Berikut adalah persatuan kebajikan yang ditubuhkan di Singapura semasa pentadbiran British.

al-Jamiah 

al-Khairiah

Mengapakah persatuan tersebut penting kepada masyarakat?

A Meningkatkan taraf hidup                         B Mengasaskan dana pelajaran

C Mengukuhkan perpaduan kaum              D Membangkitkan semangat bemiaga

 7. Apakah faktor Jepun melaksanakan dasar peluasan kuasa di Asia Pasifik?

A Keperluan perindustrian negara                B Kegagalan perjanjian Versailles

C Kemunculan ideologi baharu                     D Kemuncak krisis Balkan

 8. Maklumat berikut berkaitan kemaraan tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik.

 Tarikh

·         8/12/1941 – Jepun menyerang Pearl Harbour

·         2/1/1942 – Jepun menakluk Burma

·         15/2/1942 – Jepun mengalahkan Singapura

Mengapakah kawasan tersebut berjaya dikuasai?
I Strategi yang berkesan                                II Pengaruh propaganda
lll Sokongan tentera luar                               IV Penguasaan serangan

A. I dan II        B. I dan IV       C. II dan III                 D. III dan IV

 9. Maklumat berikut berkaitan perjuangan rakyat menentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

X- mengumpulkan maklumat

- melakukan sabotaj

- menyebarkan propaganda

Apakah X?

A. Operasi Barbarossa                        B. Operasi Semut        C. Operasi Zipper       D. Operasi D-Day

 10. Kelewatan pendaratan tentera British menyebabkan kekosongan kuasa politik di

Tanah Melayu.
Apakah kesan peristiwa tersebut?
A Penguasaan Bintang Tiga                           B Pengukuhan Askar Melayu

C Pengunduran tentera Komanwel               D Pemberontakan pasukan Kempeitai

 

11. Mengapakah British menindas kegiatan berpersatuan di Sabah selepas Perang
Dunia Kedua?
A Menjejas ekonomi                                       B Menggugat kedudukan

C Mengawal pelaburan                                 D Menyekat kemajuan

 12.Apakah persamaan matlamat perjuangan gerakan nasionalis berikut?

• Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
• Angkatan Pemuda lnsaf (API)

A Membebaskan tanah air                            B Mengembalikan kestabilan

C Menyokong dasar penjajah                                   D Menyemat semangat kenegerian

 

13. Pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan secara rasmi.
Apakah implikasi penubuhannya? 

I Merangka sistem pendidikan yang seragam
II Mengadakan rundingan ke arah kemerdekaan
Ill Mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu
IV Membuka jalan ke arah perpaduan kaum

A. I dan II        B. I dan IV       C. II dan III                 D. III dan IV

14. Maklumat berikut berkaitan tawaran pengampunan kepada komunis supaya
menyerah diri.

• 40 juta risalah
• 12 juta pas pengampunan

Bagaimanakah kerajaan menyebarkannya?

A Surat khabar           B Kapal terbang          C Talian telegraf         D Siaran televisyen

 

15.Apakah matlamat perjuangan Independence of Malayan Party (IMP)?
A Penyatuan dunia Melayu               B Perpaduan kebangsaan

C Pemerintahan demokrasi               D Pentadbiran hukum Islam

 

16.Apakah portfolio yang dikekalkan oleh British dalam Sistem Ahli?
A Hal Ehwal Ekonomi                                    B Hal Ehwal lmigran

C Hal Ehwal Negeri                            D Hal Ehwal Kerakyatan

 

17.Apakah tujuan Pilihan Raya Umum Pertama 1955?
A Penetapan ahli Communities Liaison'Committee (CLC)

B Pembentukan ahli Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)

C Penentuan Jawatankuasa Selia Kawan Malaysia (JSKM)

D Pemilihan anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP)

 

18.Apakah sumbangan tokoh berikut terhadap peristiwa bersejarah negara?

- Sheikh Abdullah Fahim

A Mengetuai perhimpunan agama               B Merangka perlembagaan negara

C Mencadangkan tarikh kemerdekaan         D Menyusun strategi rundingan

 

19. Perkara 153 dalani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 memperuntukkan rakyat keturunan Melayu diberikan beberapa keutamaan.

Apakah keutamaan tersebut?

A Pemilikan tanah                              B Jawatan kerajaan

C Kenaikan pangkat                          D Bantuan perumahan

 

20. Tokoh berikut mentakrifkan kemerdekaan ialah perjuangan menghadapi penjajah.
- Sayyid Jamal – al din al Afghan

Bagaimanakah perjuangan tersebut dapat dicapai?

A Semangat kenegerian                     B Kebebasan berpolitik

C Keselamatan kukuh                                    D Sikap bersatu padu

 

21.Apakah ciri-ciri negara yang berdaulat?

A Mempunyai budaya                                   B Mempunyai ideologi

C Mempunyai kesatuan                                D Mempunyai sempadan

 

22. Mengapakah rakyat Malaysia perlu menghayati prinsip Rukun Negara?
A Mengukuh sistem pertahanan                   B Menguatkuasakan undang-undang

C Memperkasa semangat perpaduan                       D Meningkatkan kecekapan pentadbiran

 

23.Apakah badan yang diberikan kuasa oleh Perlembagaan Sarawak untuk
mentadbir negeri pada tahun 1959?
A Majlis Tertinggi       B Majlis Undangan    C Majlis Eksekutif       D Majlis Kerja

 

24.Apakah perkara utama yang berlaku dalam pindaan Perlembagaan 1963?
A Pengukuhan kuasa Yang di-Pertuan Agong

B Penstrukturan semula Mahkamah Atasan

C Peruntukan Singapura dimansuhkan

D Pelantikan jawatan Yamtuan Besar

 

25.Apakah tanggungjawab raja dalam Kesultanan Melayu Melaka?
A Memperkukuhkan kedudukan                  B Mengurangkan kuasa pembesar ·

C Mempertahan struktur masyarakat          D Menghalang pengaruh luar

 

26. Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen mewujudkan
mekanisme semak dan imbang dalam pemerintahan negara.

Mengapakah kuasa pengimbang penting kepada seseorang raja?

A Meredakan konflik dalam demokrasi

B Menyelesaikan pertikaian undang-undang

C Menentukan sempadan kawasan pilihanraya

D Memastikan kelancaran pembubaran parlimen

 

27. Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Persekutuan.
Jawatan tersebut diperkenalkan semasa
A Persekutuan Malaysia 1963                      B Persekutuan Tanah Melayu 1957

C Persekutuan Tanah Melayu 1948             D Persekutuan 1896

 

28.Apakah Majlis yang menyelaraskan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?
A Majlis Air Negara                                        B Majlis Keselamatan Negara

C Majlis Perumahan Negara                         D Majlis Kewangan Negara

 

29. Pada bulan Jun 1962, Suruhanjaya Cobbold telah menyerahkan Japoran kepada
kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu.

Apakah hasil laporan tersebut?

A Mencadangkan kuasa autonomi kepada Sarawak dan Sabah

B Mencadangkan kemasukan Singapura dalam persekutuan

C Mengiktiraf persamaan hak semua negeri dalam Malaysia

D Mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

 

30.Apakah inti pati Perjanjian Malaysia?
A Menubuhkan kabinet negeri Singapura

B Menetapkan sempadan kawasan Borneo

C Memperuntukan hak Sarawak menubuhkan kabinet

D Mengiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi Sarawak

 

31.Apakah isu pembangunan ekonomi yang perlu ditangani dalam Rancangan Malaysia Pertama?
A Penglibatan pihak swasta                          B Pemilikan modal saham

C Perbezaan taraf hidup                                D Pembangunan wilayah

 

32. Bagaimanakah Bahasa Melayu diperkukuhkan sebagai bahasa kebangsaan pada tahun 1956?
A Pembukaan Sekolah Alam Shah

B Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka

C Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia

D Pembukaan lnstitut Alam dan Tamadun Melayu

 

33. Berikut adalah prinsip kelima dalam Rukun Negara.

·         Kesopanan dan Kesusilaan

Bagaimanakah prinsip tersebut diamalkan dalam kehidupan seharian?

A Patuh undang-undang                   B Amalan beragama

C Lantang bersuara                           D Bertolak ansur

 

34. Apakah matlamat kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970?
A Mewujudkan kesejahteraan kaum                        B Memajukan perindustrian berat

C Meningkatkan pelaburan modal               D Melahirkan golongan pertengahan

 

35. Kerajaan telah memperkenalkan Rancangan Buku Hijau pada 20 Disember 1974.
Bagaimanakah rancangan tersebut dilaksanakan?
A Mengawal selia harga padi                                    B Membuka rancangan tanah baharu

C Mengusaha perkebunan berkelompok      D Memperkenalkan penanaman semula

 

36. Berikut berkaitan dengan faktor penggubalan dasar luar Malaysia.

·         Mengamalkan dasar luar yang bebas dan berkecuali

Faktor tersebut merujuk kepada

A keperluan nasional                         B ikatan sejarah

C persekitaran luar                            D kebijaksanaan pemimpin

 

37.Maklumat berikut berkaitan dengan penyertaan Malaysia dalam Komanwel.
1951- Rancangan Colombo – menangani masalah kemiskinan dan memberikan bantuan dalam pelbagai bidang kepada negara anggota

Mengapakah rancangan tersebut panting kepada negara anggota?

A Menyelesai isu pelarian                              B Membiayai pengajian pelajar

C Memajukan sektor pelancongan               D Menghapus sekatan perdagangan

 

38.Apakah tindakan Malaysia untuk menyelesaikan konflik politik di Vietnam?
A Memberi latihan teknikal                           B Membentuk pakatan tentera

C Menyelaras rundingan damai                    D Menghantar pasukan pengaman

 

39. Logo berikut berkaitan dengan AFTA (ASEAN Free Trade Area).
Apakah manfaatnya kepada negara anggota?

A Menyediakan bantuan kewangan             B Meningkatkan kerjasama ekonomi

C Membiayai projek pembangunan             D Menambat kadar mata wang

 

40. Maklumat berikul berkaitan komitmen Malaysia dalam memelihara keaslian alam
sekitar.
2006 – mengisytiharkan Langkawi sebagai geopark

Apakah kesan daripada pengisytiharan tersebut?

A Kawalan perubahan iklim                          B Pengunaan tenaga baharu

C Pengenalan teknologi hijau                                    D Kelestarian negeri terjamin

LATIHAN SEJARAH T5

 SET 10

1. Maklumat berikut antara ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka.

·         Kerajaan

·         Undang-undang

·         Wilayah pengaruh

·         X

Apakah X?

A Hubungan luar                               B Kesejahteraan sosial                       

C Lambang kebesaran                       D Kewibawaan pemerintah

2. Bagaimanakah rakyat menunjukkan kesetiaan kepada pemerintah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

A Menjadi pengayuh kapal perang              B Memperkenalkan undang-undang

C Mengutip hasil melalui sistem serah         D Menjaga keamanan kawasan pegangan

 

3. Mengapakah Mikado Meiji menekankan pemodenan mengikut model Barat ketika melancarkan gerakan pemulihan Jepun?

A Membentuk satu blok ekonomi                             B Menaikkan taraf hidup penduduk

C Memupuk semangat cinta akan negara               D Mendapatkan penghormatan negara luar

 

4. Bagaimanakah golongan intelektual berpendidikan agama membangkitkan kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu?

I  Menerbitkan akhbar                                               II  Menubuhkan madrasah

III Menganjurkan kongres                                         IV  Mengadakan perhimpunan

A. I dan II        B. I dan IV       C. II dan III                 D. III dan IV

 

5. Operasi kod "D-Day" telah dilaksanakan oleh tentera Bersekutu pada bulan

Jun 1944. Apakah kejayaan operasi tersebut terhadap tentera Bersekutu?

A Menguasai negara Eropah Barat                           B Meluaskan pengaruh golongan tentera

C Melaksanakan dasar baharu ketenteraan             D Membebaskan Perancis dari penaklukan Jerman

 

6. Tokoh berikut terlibat dalam kegiatan anti-Jepun di Tanah Melayu.

Bagaimanakah tokoh tersebut melakukan penentangan terhadap tentera Jepun?

·         Gurchan Singh

A Menubuhkan persatuan sekerja                B Menyertai pasukan keselamatan

C Membekalkan makanan dan senjata        D Menyebarkan risalah dan propaganda

 

7. Bagaimanakah Raja-raja Melayu menyuarakan penentangan terhadap Malayan Union?

I Menganjurkan Kongres Melayu                             Il Menghantar surat bantahan ke London

Ill Membawa kes ke Mahkamah Tinggi England     IV Membuat perjanjian dengan British

A. I dan II        B. I dan IV       C. II dan III                 D. III dan IV

 

8. Bagaimanakah  UMNO  menyuarakan penentangan terhadap Malayan Union?

I Menganjurkan Kongres Melayu                             Il  Mendesak MU dimansuhkan

Ill Membawa kes ke Mahkamah Tinggi England     IV Membuat perjanjian dengan British

A. I dan II        B. I dan IV       C. II dan III                 D. III dan IV

 

9. Pada 26 Jun 1946, Syarikat Borneo Utara British (SBUB) menandatangani satu perjanjian dengan kerajaan British untuk menyerahkan Sabah. Mengapakah SBUB bertindak sedemikian?

 

 

A Menyelesaikan kemelut politik                              B Memenuhi kepentingan British

C Memajukan penduduk tempatan                          D Mengalami masalah pewarisan takhta

 

10. PUTERA-AMCJA mencadangkan Perlembagaan Rakyat sebagai alternatif kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Apakah kandungan perlembagaan tersebut?

A Raja berkuasa mutlak                                 B Kewarganegaraan yang sama

c Sultan menjadi ahli Majlis Raja-Raja         D Tanah Melayu dan Singapura dipisahkan

 

11. Majlis Perundangan Persekutuan diketuai Oleh Pesuruhjaya Tinggi. Apakah bidang kuasa majlis tersebut?

 I  Kewangan             II  Kehakiman             III  Komunikasi             IV  Kewarganegaraan

A. I dan II        B. I dan IV       C. II dan III                 D. III dan IV

 

12. Apakah ideologi yang diperjuangkan oleh komunis?

A Melaksanakan undang-undang yang tegas         B Melindungi nasib golongan pertengahan

C Menjadikan ekonomi milik negara                                    D Menjaga kepentingan majikan

 

13. Mengapakah pertubuhan berikut diharamkan di bawah Undang-undang Darurat?

·         Angkatan Wanita Sedar (AWAS)

·         Ikatan Pembela Tanah Air (PETA)

A Menentang Jepun                                                   B Berfahaman radikal

C Menyokong pentadbiran British                            D Berusaha menuntut kemerdekaan

 

14. Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) telah mencadangkan penubuhan sebuah agensi untuk meningkatkan ekonomi dan pendidikan orang Melayu.

Apakah agensi tersebut?

A Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)

B Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

C Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)

D Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

 

15. Maklumat berikut berkaitan usaha ke arah mencapai kemerdekaan.

- Persidangan Kebangsaan

- Konvensyen Kebangsaan Penubuhan Parti Perikatan

Bagaimanakah usaha tersebut dapat dijayakan?

A Mengadakan Pilihan Raya Persekutuan                B Mewujudkan pendidikan kebangsaan

C Mengadakan kerjasama politik                             D Memperkenalkan Sistem Ahli

 

16. Apakah kesan penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan 1955?   

I Sistem Ahli telah dimansuhkan

II Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri

III Pesuruhjaya Tinggi British tidak mempunyai kuasa

IV Pegawai British mewakili Majlis Negeri

A. I dan II        B. I dan IV       C. II dan III                 D. III dan IV

 

17. Mengapakah Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) mengkritik soal kewarganegaraan dalam draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

A Pendidikan negara tidak seragam                          B Menggugat kepentingan orang Melayu

C Mengancam kedudukan Majlis Raja-Raja                        D Pembentukan kerajaan Persekutuan yang kuat

 

18. Antara berikut, manakah merupakan inti pati yang terdapat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?

I Perpaduan                II Kewarganegaraan  III Kedudukan agama Islam  IV Penubuhan parti politik

A. I dan II        B. I dan IV       C. II dan III                 D. III dan IV

 

19. Maklumat berikut berkaitan peristiwa yang berlaku di Stadium Merdeka.

·         Menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu

·         Melepaskan 101 das tembakan

Mengapakah peristiwa tersebut sangat penting dan bermakna?

A Membentuk sebuah negara berdaulat                   B Memberi penghormatan kepada British

C Meraikan pembentukan kabinet pertama                        D Mengisytihar tarikh kemerdekaan negara

 

20. Tokoh berikut memberikan komitmen yang tinggi dalam menghadapi cabaran politik setelah Kerajaan Persekutuan mencapai kemerdekaan.

·         Tunku Abdul Rahman

·         Dato' Abdul Razak Hussein

Apakah cabaran tersebut?

A Menggunakan kepakaran luar                              B Melantik wakil diplomat asing

C Melahirkan kakitangan profesional                      D Menggantikan jawatan pegawai Eropah

 

21. Apakah yang menjadi panduan asas sistem perundangan negara kita?

A Mahkamah Atasan                                                 B Badan perundangan

C Yang di-Pertuan Agong                                          D Perlembagaan Persekutuan

 

22. Antara berikut, apakah peranan rakyat bagi mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi di negara kita?

I  Memupuk kerjasama dengan semua kaum

II  Melaksanakan undang-undang negara secara berkesan

III  Memastikan agihan sumber kekayaan negara adil

IV Menyokong segala usaha dan dasar kerajaan

A. I dan II        B. I dan IV       C. II dan III                 D. III dan IV

 

23. Majlis Undangan Negeri menggubal undang-undang bagi

A Negeri-negeri Selat                                                 B Negeri-negeri Melayu Bersekutu

C Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu                 D Persekutuan Tanah Melayu

 

24. Asas kepada demokrasi ialah Pilihan Raya Umum 1955.

Apakah tujuan pilihan raya diadakan?

A Memilih pemimpin                                                 B Meminda perlembagaan

C Menganggotai Dewan Negara                               D Mengimbangi kuasa pemerintah

 

25.Antara berikut, manakah berkaitan kebebasan asasi berdasarkan Perlembagaan

Persekutuan?

I Kebebasan beragama                                               II Kebebasan bersuara tanpa batasan

III Hak memilih ketua negara                                   IV  Hak berkenaan pendidikan

A. I dan II        B. I dan IV       C. II dan III                 D. III dan IV

 

26. Bagaimanakah sistem Raja Berperlembagaan mewujudkan mekanisme semak dan imbang dalam pemerintahan negara?

A Meredakan pertikaian parti politik                       B Mengekalkan status quo orang Melayu

C Memudahkan dasar kerajaan diluluskan              D Mengukuhkan pemusatan kuasa

 

27. Mengapakah peruntukan kuasa yang lebih besar diberikan kepada Kerajaan

Persekutuan?

I Menjamin kebebasan dan hak asasi rakyat

II Memastikan kestabilan dan kemajuan negara

III Membentuk Kerajaan Persekutuan yang kuat

IV Mewujudkan semak dan imbang dalam pentadbiran

A. I dan II        B. I dan IV       C. II dan III                 D. III dan IV

 

28. Apakah peranan Majlis Negara yang termaktub dalam Perlembagaan           Persekutuan?

A Mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang

Kerajaan Negeri

B Membincangkan pelaksanaan dasar yang diputuskan oleh kerajaan

C Melaksanakan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen

D Menyelaras pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan

 

29. Pemimpin berikut telah mengadakan lawatan ke Tanah Melayu sebelum pembentukan Malaysia.

·         Donald Stephens

·         Temenggung Jugah Anak Barieng

Apakah tujuan lawatan tersebut?

A Menjalin kerjasama kebudayaan               B Meninjau kemajuan Tanah Melayu

C Menyatakan persetujuan rakyat Sabah    D Menyampaikan pandangan rakyat peribumi

 

30. Apakah pendekatan yang digunakan oleh Malaysia untuk menangani konfrontasi yang dilancarkan oleh Indonesia?

A Mengadakan siri rundingan                      B Melancarkan serangan balas

C Mengenakan sekatan ekonomi                  D Memutuskan hubungan diplomatik

 

31. Maklumat berikut menunjukkan usaha kerajaan bagi mengatasi ancaman komunis.

·         Operasi Hammer

·         Rancangan Briggs

Apakah persamaan operasi ketenteraan tersebut?

I Melaksanakan perintah berkurung                                                II  Mempengaruhi penduduk secara psikologi

III Mengadakan kawasan hitam dan kawasan putih                      IV Memindahkan penduduk ke petempatan baharu

A. I dan II        B. I dan IV       C. II dan III                 D. III dan IV

 

32. Jabatan Penerangan berusaha menyekat berita palsu selepas peristiwa rusuhan kaum pada 16 Mei 1969.

Apakah usaha tersebut?

A Membentuk pasukan risikan                                 B Menutup syarikat percetakan

C Menggantung penerbitan akhbar                         D Menghalang penggunaan radio

 

33. Apakah peranan Dewan Bahasa dan Pustaka?

A Memartabat budaya bangsa                                  B Membuat penyelidikan

C Melatih guill baharu                                               D Menerbitkan buku

 

34. Apakah prinsip utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan?

A Adat resam menjadi unsur penting                       B Bahasa Melayu bahasa kebangsaan

C Unsur kebudayaan lain tidak diterima                  D Kebudayaan rakyat asal menjadi teras

 

35. Maklumat berikut berkaitan langkah yang diambil dalam melaksanakan Dasar

Ekonomi Bam (DEB).

·         Menambah pendapatan rakyat dan pengeluaran bahan makanan

·         Tumpuan kepada penggunaan tanah dengan tanaman jangka pendek

Apakah langkah tersebut?

 

 

 

A Melancarkan Rancangan Buku Hijau

B Meningkatkan program pembangunan wilayah

C Memperkenalkan Industri Kecil dan Sederhana

D Menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

 

36. Maklumat berikut berkaitan strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam

·         Rancangan Jangka Panjang Kedua.

·         Pembangunan wilayah

·         Penyusunan semula modal saham

Apakah strategi tersebut?

A Dasar Ekonomi Baru                                  B Dasar Perindustrian Negara

C Dasar Pembangunan Nasional                  D Dasar Kependudukan

 

37. Maklumat berikut berkaitan negara yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

·         China

·         India

Apakah faktor yang mempengaruhi hubungan diplomatik tersebut?

A Kebijaksanaan kepimpinan                                    B Keperluan nasional

C Persekitaran luar                                        D Ikatan sejarah

 

38.  berikut merujuk kepada pelibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau.

·         ASEAN

Antara berikut, manakah merupakan kerjasama ekonomi yang dilakukan oleh

Malaysia?

I Mengawal harga dagangan

II Menyediakan kemudahan kredit

III Menyokong konsep integrasi ekonomi

IV  Menawarkan potongan cukai barangan

 A. I dan II        B. I dan IV       C. II dan III                 D. III dan IV

 

39. Bagaimanakah kerjasama melalui perjanjian Asean Free Trade Area (AFTA) dapat membantu ekonomi negara yang terlibat?

A Menambat kadar mata wang                    B Mengurangkan tarif barangan

C Membangunkan sistem kewangan                        D Mempelbagaikan produk makanan

 

40. Apakah isu di Syria yang mendapat perhatian rakyat Malaysia?

 

A Krisis politik                        B Bencana alam         C Diskriminasi kaum             D Pencemaran alam sekitar