Bab 10. KERUHNYA AIR YANG TENANG
- Hubungan keluarga Satiah dan Hartini semakin renggang dan tegang
- Papa membeli buku berkaitan dengan penyakit barah . Hartini cuba membaca untuk mengetahui cara melayan dan memberikan semangat serta rawatan yang perlu bagi mengurangi kesakitan akibat barah
- Papa , Mama dan Hartini sering melawat Satiah. Ianya dilakukan bagi mengelakkan Satiah berasa keseorangan dalam menghadapi penyakitnya ( sokongan moral )
- Hartini membawakan pelbagai novel , majalah untuk mengilangkan kesunyian Satiah walaupun kehadirannya tidak disukai oleh Pak Morit
- Keadaan Satiah seakan beransur pulih buat seketika. Dia sudah boleh bangun dan berjalan sendiri ke bilik air. Hartini sedikit gembira.Pak Morit melarangnya turun ke tanah mengikut kehendak dukun. Satiah menurut sahaja.
- Pada petangnya Hartini bertanyakan kepada Satiah sama ada dia dapat ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan. Ambok dan Sinda juga berada di rumah Satiah.
- Ambok mendapati kulit badan / lengan Satiah mengelupas semuanya. Satiah menyatakan bahawa ia mungkin kesan daripada ubat daun-daun kayu yang dilumurkan oleh bapanya.
- Hartini pula mendapati bahawa ada bintik-bintik merah pada keseluruhan tubuh seperti kesan alahan tertentu
Bab 11. BERITA GEMBIRA DISAMBUT TENANG
- Hari untuk mengambil keputusan peperiksaan telah tiba. Pelajar tingkatan 3 ( Teratai , Kenanga , Melati ) datang ke sekolah
- Satiah tidak dapat datang , Pak Morit yang mengambil keputusannya
- Hartini mendapat 7A 1B manakala Satiah mendapat 8A.
- Hartini berasa gembira dengan keputusan yang dicapai oleh Satiah . Dia mengharapkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh Satiah.
- Cikgu Hanafi masih tidak tahu tentang penyakit yang dideritai oleh Satiah. Sambil menangis Hartini mengesahkan kepada Cikgu Hanafi bahawa Satiah menderita penyakit barah ( Hartini berasa sensitif apabila memperkatakan tentang Satiah )
- Sekolah ini mendapat keputusan cemerlang berbanding dengan tahun lepas
- Hartini pergi ke rumah Satiah kerana mendapat tahu Pak Morit balik dari sekolah dalam keadaan tergesa-gesa.
- Hartini diberitahu oleh Mak Sukin bahawa Satiah pengsan dan badannya kejang
- Pak Morit dan bomoh cuba memulihkan Satiah yan memuntahkan darah daripada mulutnya
- Hartini berasa sayu apabila melihat keadaan Satiah
- Bomoh menggunakan daun dan bunga dalam perawatannya terhadap Satiah. Bomoh berpesan agar Satiah sentiasa dibasahkan dengan air yang dicampur dengan daun dan bunga itu. Bomoh menyatakan ada suatu benda yang berada pada badan Satiah
- Keadaan Sataih masih tidak berkurang selama setengah jam. Hilang perasaan gembira mendapat keputusan baik dalam peperiksaan yang mahu dikongsi bersama dengan rakan dan Satiah
- Mak Sukin menyatakan pendapatnya tentang keadaan Satiah. Dia tidak sanggup menunggu rawatan tersebut. Pak Morit mula menyatakan dia tidak tahu nak berbuat apa lagi.
- Papa memujuk Pak Morit menghantar Satiah ke hospital. Pak Motit tidak memberikan sebarang reaksi.
- Hartini merayu kepada Pak Morit agar Satiah dihantar ke hospital
- Pak Morit bersetuju. . Encik Hasrul menyatakan mereka agar cuba membuat apa sahaja termasuk perbelanjaan dengan harapan Satiah sihat dan dapat menyambung semula persekolahannya
- Cikgu Malik dan Cikgu Hanafi datang ke rumah Satiah.
- Satiah dihantar ke hospital
- Mak Sukin diminta oleh mama agar tidur di rumah mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan