CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 29 November 2011

CEMPAKA PUTIH UNTUKMU

BAB 17. TERSINGKAP MISTERI

  1. Persekolahan telah bermula semula. Hartini masih tidak pulang ke sekolahnya. Dengan keizinan pengetua Hartini diberikan cuti selama seminggu setelah papa menceritakan keadaannya ketika itu.
  2. Pada hari itu papa dan mama pergi ke Kuantan untuk mengambil barang Satiah di asramanya.
  3. Salah satu yang ditinggalkan ialah buku diari yang ditulis oleh Satiah .
  4. Dalam diari itu tertulis segala pengalaman yang dilaluinya, segala duka dan keperitannya menanggung kesakitan
  5. Pada halaman ke 25 Satiah menampalkan sekuntum bunga . Bunga ini menjadi lambang kewangian hidupnya dan mengharapkan apabila ia meninggal nanti bunga itu akan ditanam di atas kuburnya.
  6. Di dalamnya juga tercatat keadaannya yang sakit berterusan . Dia mendiamkan sahaja kesakitan itu dan menghadapinya berseorangan . Satiah juga menyatakan jika diberikan pilihan Satiah hanya mahu meninggal dunia setelah dia membalas jasa dan kebaikan yang dilakukan oleh keluarga Hartini. Satiah juga menangis apabila mengenetahui bahawa Hartini dimasukkan ke dalam lokap akibat difitnah. Masih ada kesan air mata pada diari tulisan Satiah itu.
  7. Satiah meminta agar selepas dia meninggal Hartini tidak lagi bersedih dan meminta dia hidup dalam keadaan tabah dan tenang. Dia meminta Hartini menghadiahkannya segulung ijazah kepada kedua orang tua mereka.
  8. Satiah mengakhiri tulisannya pada halaman ke 180 dengan perkataan Allahyarhamah Satiah Morit.
  9. Hartini sedar ia perlu memenuhi wasiat daripada sahabat dan saudaranya Satiah.

BAB 18. CEMPAKA PUTIH UNTUKMU


  1. Hartini sudah bersiap untuk balik ke sekolah. Dia akan dihantar oleh ibu bapanya dan Pak Morit serta Mak Sukin.
  2. Pak Morit membawakan kepada Hartini buah rambutan , duku , langsat
  3. Hartini meminta mereka singgah di pusara Satiah yang sudah tiga minggu meninggalkan mereka. Satiah mensedekahkan bacaan Al Fatihah kepada Satiah.
  4. Hartini menanam pokok cempaka putih di pusara Satiah dan mengharapkan ianya dapat mengharumkan kubur Satiah. ( Hartini menunaikan amanat Satiah yang dituliskan dalam diatinya itu ) sebagai tanda kasihnya kepada Satiah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan