Bab 7. PERPISAHAN SEMENTARA
- peperiksaan PMR telah selesai. Satiah dapat menghadiri peperiksaan dengan sihat dan lancar
- Papa dan Pak Morit menghantar Satiah ke hospital untuk rawatan lanjut. Doktor masih belum dapat mengesan punca sebenar penyakit Satiah
- Masing-masing sibuk merancang aktiviti memenuhkan masa cuti sekolah. Hartini bercadang mengikut neneknya pulang ke Johor sambil menghadiri kelas komputer
- Satiah tidak akan ke mana-mana memandangkan keadaan dirinya yang tidak mengizinkan. Satiah pulang ke rumahnya untuk meneruskan rawatan bersama dukun mengikut kehendak ayahnya
- Di Johor Hartini mengingatkan kesunyian yang melanda ibunya kerana berjauhan dengan Hartini dan Satiah dalam masa yang sama. Hal ini demikian kerana mereka berdualah yang selalu menemaninya
- Nenek menceritakan kisah Mak Usunya yang menjadi liar dan bergaul dengan budak-budak nakal , ponteng sekolah , melepak yang kini berada di bawah jagaan Pak Long ( abang sulungnya ) di Ipoh
- Hartini didaftarkan oleh neneknya belajar komputer di Pontian
- Nenek berjumpa dengan Makcik Leha yang menceritakan kisah anaknya yang berada di balai polis kerana kes menagih dadah.
- Nenek menceritakan kepada Hartini bahawa pemuda –pemudi pada zamannya berada dalam keadaan serba susah. Mereka faham akan keadaan itu . Hal ini menyebabkan mereka tidak berfoya-foya malahan banyak menghabiskan masa dengan menolong ibu bapa di kebun dan mematuhi perintah dan menghormati ibu bapa segalanya.
- Hartini mendapat dua pucuk surat daripada Satiah. Namun surat tersebut ringkas sahaja dan tidak memasukkan keadaan dirinya di rumah.
- Hartini menunggu masa untuk pulang semula ke rumahnya . Pengetahuan asas tentang komputer telah mula dikuasainya.
Bab 8. BERITA YANG MEMBIMBANGKAN
- Hartini meminta kebenaran daripada neneknya untuk pulang ke Jerantut
- Nenek menemankan Hartini balik ke Jerantut
- Mama memberitahu bahawa keadaan Satiah semakin bertambah teruk. Penyakitnya semakin kerap menyerang. Badannya juga semakin susut dan rambutnya semakin menipis. Dokto mengesahkan Satiah menghidap barah paru-paru . Hampir keseluruhan paru-parunya dijangkiti virus barah. Harapan untuk pulih sedia kala adalah tipis.
- Hartini dilarang oleh ibunya daripada pergi melawat Satiah kerana Pak Morit melarang .
- Pak Morit menyatakan penyakit Satiah melarat kerana melanggar pantang larang dukun. Pak Morit masih percaya bahawa Satiah terkena sampuk
- Satiah sebenarnya tidak sampai hati untuk menceritakan kesemua penderitaan yang dihadapinya kerana bimbang Tini tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran komputer.
- Hartini terus ke rumah Satiah walaupun ibunya mengajaknya pergi ke sana pada waktu malam
- Hartini menyatakan kekesalannya kerana Satiah tidak mengkabarkan keadaan penyakitnya melalui surat kepadanya.
- Satiah meminta maaf kerana berbohong kepada Hartini kerana tidak berterus terang dalam suratnya.
- Satiah melahirkan perasaan kecewa dengan sikap ayahnya yang enggan menuruti kehendak papa yang ingin meneruskan perubatan moden
- Satiah meluahkan harapan untuknya sembuh sangat tipis.
- Hartini menyatakan tentang tarikh keputusan peperiksaan mereka yang bakal tiba
Bab 9. KERANA ADAT DAN PANTANG LARANG
- Mak Sukin memberitahu Hartini bahawa Pak Morit enggan membenarkan Satiah dirawat di hospital. Walaupun dipujuk berkali-kali oleh papa , mama dan Mak Sukin keputusan Pak Morit tidak berganjak
- Pagi esoknya Hartini melawat Satiah di rumahnya dengan membawa sedikit kuih bingka jagung kesukaan Satiah . Satiah sedang dimandikan oleh emaknya.
- Hartini cuba memujuk Pak Morit untuk membenarkan Satiah dirawat di hospital
- Pak Morit memarahi tindakan Hartini ini. Hartini gagal. Dia menangis sambil kesal dengan tindakan Pak Morit.
- Hartini pulang ke rumah. Dia menangis. Hartini menceritakan semula kejadian sebentar tadi di rumah Pak Morit.
- Papa menjelaskan bahawa kepercayaan Pak Morit terhadap asal usul dan keturunannya belum dapat diubah kerana ia melibatkan pantang larang keluarganya.
- Mama berpendapat pada masa ini mereka tidak boleh terlalu mendesak perkara tersebut kepada Pak Morit kerana bimbang ia akan menjejaskan hubungan mereka selama ini.
- Keesokannya Hartini kembali semula ke rumah Satiah. Akob , adik lelaki Satiah memberitahu bahawa Satiah dan ibu bapanya tiada di rumah kerana berubat di Kampung Langsat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan